Pergh!!
Penatnya! Penat giler wo! Giler pun tak pernah penat macam ni tau. Eee…Yana ni
tak reti-reti nak penat ke? Dah la lama duduk dalam kereta tadi. Masih lagi
kebas ni tau.
Rasa macam
cupcakes pulak dah dok terperap dalam mangkuk kertas tu je. Tapi, tadi tu versi
dok terperap dalam kereta.
Yana ni,
balik-balik je dari trip jauh tadi terus je dia rest pulak depan tv sambil
makan jajan. Aku terliur sikit jer. Tengok ‘Oh My English!’ la pulak dia. Tak
cukup ke dating dengan ‘Oh Her Aiman!’ tadi. Eh, patut lah minah tu selamba sumbu
je relax, aku lupa yang dia tu tengah cuti, cuti ABC.
Tapi kan, penat
pun tadi tetap best tau! Best sebab baby
Aqiel pun ade jugak. Tu je yang best nye. Lagipun Legoland ni lebih sesuai
untuk kanak-kanak. Aku rasa, aku pun di dalam kategori kanak-kanak jugak kan?
Dah lama dah tak
pergi jalan-jalan macam tu. Next time, aku nak bawak lah laki aku dating dekat
sana. Eh, ape aku mengelamun ni! Eiii...asyik nak melarut je~
Aku pulak, terus
naik atas masuk bilik dan solat asar. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan
selamat pulang. Trip pergi Legoland tadi termasuk aku, Yana, Aiman, Kak Syira,
Abang Aqief dan jugak my pasangan baby Aqiel.
Yang agak frust
nye dekat sini, diorang yang pergi tu sume nya dan ade pasangan masing-masing.
Diorang memang bagai pinang dibelah empat. Aku pulak takde pinang yang nak
dibelah. Kesian~
Jelous nye haku.
Untuk menghilangkan rasa jelous tu, aku rembat je baby Aqiel untuk jadi
pasangan aku ler.
Sebab tu la aku
cakap yang aku ni dalam golongan kanak-kanak jugak. Hehehhe… Aku bawak Aqiel
jalan-jalan dekat situ but then, aku berangan lagi.
‘Pelik jugak
kalau orang tengok aku ni, bawak budak sorang-sorang dan takde pasangan. Atau
lebih tepat lagi suami, dear, abang, husband, hubby, baby, sayang and etc…’
eeuuww~
Lalu aku
berjalan-jalan bersama dengan Kak Syira dan Abang Aqief so, tak nampak la pelik
sangat tapi, aku ni nampak macam bibik Aqiel la pulak. Erk! Whatever~
“Ard!! Wei,
bangun bangun..!! dah nak masuk magrib ni. Bukan anak dara kalau tido time
macam ni… bangun, bangun, bangun!”, arah Yana kepada Adriana yang sedang tidur
akibat kepenatan berjalan seharian tadi.
“Hmm…ape ni? Membebel
bagai mak orang je ni. Kepala aku pening la, bagi la aku rest kejap…”, pinta
Adriana kepada Yana.
“Rest tu rest la
jugak. Dari asar tadi rest tak cukup ke? dah nak magrib ni, cepat lah bangun tak
elok tido time macam ni. Kau ni kenape? Macam sakit je aku tengok? Kau demam
ke? Takkan baru jalan sikit tadi dah sakit kot. Ke kau rindu someone...”, ujar
Yana kepada Adriana sambil tangannya merasa dahi Adriana.
Hmm..takde pulak
panas, okey je aku rasa. Getus Yana di dalam hati.
“Eii…suka suki
je eyh. Ha’ah, aku ni sakit lah jugak. Sakit tengok orang tu asyik berkepit
dengan balak dia je. Sahabat dia ni kena tinggal macam kulit kacang yang dalam
paket tu je. Yela yela aku bangun lah ni. Hmm…berat nye kepala aku. Sape pulak
yang hempap kepala aku dengan lego sampai berat macam ni skali eh…”
“Elehh, kau ni. Nak
salahkan aku lah pulak. Tu lah, mulakanlah misi nak cari calon suami tu. Cakap
je lah nak beli lego dekat sana tadi sebagai souvenir untuk Taufiq kan? tapi
kau malu nak beli kan? Ahaha, aku dah agak dah. Macam-macam je kau ni. Dah, cepat bangun then turun bawah tolong aku masak.”
Lantas Adriana
membaling Yana dengan bantalnya.
“Wei...Ee kau ni
kan, mengada lah. Mentang-mentang lah orang tu keluar dengan buah hati
pengarang jantung pisang dia. Sebab tu lah syok kan? Tunggu kau kat dapur
karang…”,
Yana menjelirkan
lidahnya kepada Ard sebaik sahaja Ard menghabiskan kata-katanya dan setelah itu
dia turun ke bawah untuk menyediakan bahan masakan.
******
“Syaq, petang ni
kau free kan? Kita ada hal yang perlu di pantau. Jangan bagi excuse pulak. Hal
penting ni, antara jodoh, ajal dan maut…”, soal Aiman kepada Syaqir yang berada
di pejabatnya.
“Pergh!!
Statement kau kalau post dekat facebook, sure dapat like beribu-ribu babe. Hahahaa!!
Ape hal yang kau nak cakapkan ni? Aku tak berapa nak faham lah bahasa
bunga-bunga kau ni. Hehehh, eh kejap. Hari ni hari rabu kan?…”, terang Syaqir
kepada Aiman. Kalau hari rabu masudnya tinggal 3 hari lagi birthday Maria.
“Ha’ah, hari
rabu. Kenape? Kau ade date dengan awek ke? Siap lupe hari apa pulak dah. Budak tadika
lagi tahu hari ni hari ape tau. Malu nye, malu…”, jawab Aiman kepada Syaqir.
Syaqir pula
hanya memberikan jelingan garangnya kepada Aiman dan membuatkan Aiman kembali
serius.
“By the way, aku
saje je nak buat header yang gempak punya weii. Saje nak bagi orang like
banyak-banyak. E’eh. Sesat pulak aku. Tak, macam ni, petang ni kita kena pergi
tapak projek dekat Putrajaya untuk pantau projek yang kita cooperate sama-sama
dengan ESH tu. Tu je sebenarnya.”
“Oowh…takde lah,
aku cuma confuse je hari ni selasa ke rabu… Aha, kau ni pun satu, kau ni main
tanya aku bagai. Macam lah kau tak tahu yang aku memang free petang ni. Petang
ni pukul berapa nak pergi?”
“Janji dengan
Ard dalam pukul 2.30 dah jumpa dekat Putrajaya nanti. So, karang nak pergi
drift guna kereta sape?”, soal Aiman kepada Syaqir yang sedang menekan keyboard
macbook nya.
Pertanyaan Aiman
kepada Syaqir itu membuatkan Syaqir tiba-tiba berhenti daripada menaip macbook
nya. Justeru, terus dia memandang Aiman dengan sedikit gelisah pada wajahnya.
“Ha, Eh…Ape?
Janji dengan Ard? Adriana?”. Soal Syaqir kepada Aiman dengan muka blur.
“Aik, aku tanya
kau, kau tanya aku balik? Ha’ah, Ard tu lah. Ard mane lagi. Dia kan civil
engineer project management bagi projek ni. Kenape asal sebut pasal Ard je
mesti kau sentap kan? Banyak sangat ke awek yang kau kenal nama Ard tu sampai
kau sentap sesaat. Tak pun kau dah mula nak syok kat dia…”.
Cis! Aiman ni
perasan lah pulak riak muka aku berubah bila mempersoalkan pasal Ard. Hebat
jugak saudara menakan aku ni eh. Getus Syaqir di dalam hati.
“Ha’ah, banyak
awek nama tu yang aku kenal. Sebab tu lah aku sentap sesaat kan..???”,
“Yela yela,
gurau sikit pun tak boley ke, ha? So, macam mane?”,
“Macam mane?macam
mane ape?”, soal Syaqir lagi kepada Aiman.
“Haiyaa… Ya
Allah, MasyaAllah, SubhanaAllah betapa berat dan parah nye penyakit kau ni bila
sebut nama Ard. Sejak dua tiga menjak ni kau ni buat aku curious je lah. Maksud
aku, nak guna kereta sape pergi drift karang dekat Putrajaya? ade fahemm??”,
“Kau ni pun
satu. Dah tahu aku ni tak pandai nak faham bahasa bunga-bunga ni asyik je guna
bahasa bunga-bunga kau tu kan. Dengan Yana, boleh lah kau ayat dia tapi kalau
dengan aku, baik tak payah la. Susah-susah, just speak in english with me la.
Later on just use my cars to go there, okey? are you satisfied now?”
“Tahu lah ada
mix England ala-ala Brad Pitt bagai... Sekali sekala tu kena la belajar dan
fasih bahasa melayu sebagai sokongan terhadap memartabatkan Bahasa Melayu. Kita
harus bangga menjadi rakyat Malaysia tau. Malaysia boleh! ehehhe…”
Erk! Mamat depan
aku ni dah terlebih bersemangat patriotik la pulak dalam office ni. Desis
Syaqir di dalam hati.
“Hahahaa… It’s amazing
but whatever. Okey, is it settle Mr. Aiman? May I continue my work? then, good
and please go back to your work. Later on I’ll contact you about this
afternoon. Oh, later, on lunch hour okey?”
“Yela yela, okey
boss! got to go now…”. Aiman meminta diri dan keluar pergi ke pejabatnya.
Petang ni nak
kena jadi pelakon lah nampaknya. Yelah, nak kena buat-buat baik dekat Adriana
takut nanti kot-kot dia cerita pulak tentang Maria dengan Aiman. Rancang Syaqir
di dalam hati nya untuk pertemuannya dengan Adriana di Putrajaya sebentar lagi.
“Hmm…petang ni
Ard nak kena pergi tapak projek yang
dekat Putrajaya tu and then Yana pun pergi jugak. Would you like to join us?”,
soal Adriana kepada Abang Aqief yang sedang menyemak proposal yang baru
diberikan oleh Adriana.
“Oh yeke. Ermm… Since
Taufiq is not here, may be abang join kot. What time supposed to be there?”,
“At half past
two already there. So, how? you are not confirm yet to join right?”,
“Yup. Not
confirm yet, but I’ll inform you as soon as possible…”, mata Abang Aqief masih
lagi tertumpu kepada proposal yang dibawakan oleh Adriana tadi.
“Owkey, done. Here, good job Ard! Tak sia-sia
je abang ambil Ard kerja kat sini.” Puji Abang Aqief kepada Adriana sambil
menghulurkan kembali proposal yang dibawa oleh Adriana sebentar tadi.
Adriana ape
lagi, suke lah tu. Sape yang tak suka kalau boss besar puji? Ahaa…
Hidung Ard yang
mancung tu dah nak kembang dan memanjang macam pinocchio pulak dah. Pipi Ard
yang gebu tu pulak bagai tiba-tiba macam kena tumpah blusher sekotak je. Merah
semacam kena puji boss.
Abang Aqief ni
siap puji aku bagai. Malu lah aku wahai abang oii… Wahh!! Panas! Panas! Panas…semacam
dah rasa muka aku ni, air mane air ? Nak simbah biar bagi sejuk sikit. Boboiboy
kuasa angin meh la datang tolong kipaskan muka comel ni. Ni kalau letak ketul
ais, confirm tak sampat seminit dah cair. Desis hati Ard.
“Aik? Abang baru
perasan ke? Hahahh, I just do my job and give all the comittment for the task
that I need to done. Heheh, abang puji-puji Ard ni ade ape-ape ke?”,
“Eh, takdela. That’s
the truth la Ard. Same goes to Yana, she’s talented too. Aha…talk about Yana,
bila dia nak kahwin eh? Abang tengok bukan main lagi haritu masa dekat Legoland
dengan Aiman.”
Eh, ape hal
Abang Aqief ni tiba-tiba tukar profession jadi wartawan hiburan ni? Heheh, skru
dia dah longgar ke? Oops! Sorry terumpat pulak abang ipar sendiri. Terfikir
Adriana seketika di kepalanya.
“Hmm… pasal tu,
Ard tak tahu lagi. Yana belum cerita ape-ape lagi pasal dia nak kahwin ke.
Tapi, Ard rasa kalau diorang dah ready, mesti langsung lah majlis tu nanti.
Hehe, yang abang jadi wartawan tetiba ni kenape? May I know why?”,
“Tak… there’s
nothing. Just on the day yang kita pergi Legoland haritu, Aiman pernah tanya
abang, about any opinions or suggestions how to proposed a girl. So, I thought
Aiman already proposed Yana. That means, Aiman belum ready lagi lah kot.”,
“Owh, yeke?
Aiman pernah tanya dekat abang rupanya.”
“And you Ard,
adik abang yang bijak pandai ni, bila lagi nak dirikan masjid? Abang tengok
calon nya dah ade dah kan? Okey ape. Tak nak ke?”,
“Erk! Calon dah
ade? Sape yang abang maksudkan ni?”, soal Adriana kepada Abang Aqief, padahal
dia tahu sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Abang Aqief.
“Laa… Taufiq la,
sape lagi. Kenape? Tak sudi ke atau memang dah sudi? Abang tengok Taufiq tu
macam syok je dekat Ard. Almost the whole office ni tahu kot. Hahaha”,
“Ish abang Aqief
ni. Ard baru je tengah nak stabil ni. Baru je dapat kerja dah nak fikir ke situ
pulak. Nanti-nati lah Ard fikir pasal tu. Kalau kes Yana tu lain, tu memang dah
bertemu jodoh since study lagi. Cuma kahwin je yang belum, ape kes camtu? Let me guess, tentu Kak Syira kan yang suruh
abang interview Ard kan? Betu tak??”,
“Ermm…nope, but
both of us. Hahaha!”,
“Tengok tu,
gelakkan Ard. Nasib baik akak takde dekat sini, kalau akak ade, siap lah dia
Ard kenakan. Okey la, Ard nak keluar ni nak ready untuk petang ni. Cik abang
wartawan ni dah takde ape-ape soalan lagi kan?”
“Hahaha…berani
nak kerjakan akak eh, hahhaa. I’ll protect her. Hahaha. Okey, you may go now.
Soon, I’ll inform you about this afternoon, ok.”
Adriana lantas
mengangguk. Setelah itu, dia berlalu pergi menuju ke bilik pejabatnya.
Alah, akak ni
bincang pasal tu la pulak dengan Abang Aqief. Malunya aku. Pergh! Petang ni nak
jumpa Syaqir dengan Aiman la pulak. Bertambah lagi malu aku nanti. Dahla Aiman
tu asyik usha aku dengan Syaqir je. Rimas lah kalau macam ni.
p/s tolong komen sikit o_O
hope korang bagi lah sedikit komen eh... Ifti nak jugak tahu pendapat dan jugak cadangan korang...owkey~ tQ =D
http://www.yoursite.com
