HOME


Tuesday, 30 October 2012

Mana Simpang Cinta...? 10


Isnin atau dalam English ‘Monday’. Hmm... it takes four more days to weekends. Alah, isnin kan hari permulaan, banyak orang tak suka tapi tak termasuk aku. Bagi aku, biasa je hari ni dengan weekdays yang lain. Terlebih semangat pulak masuk office.

Sometimes ada yang kata hari isnin ni ‘Bad Monday’. Oh my~ tak perlu lah sampai macam tu sekali. Patutnya kita bersyukur sebab masih lagi bernyawa okey...

Hari ni aku rembat baju kurung warna turqouise dengan shawl warna kuning cair yang sepadan dengan corak bunga pada baju aku. Ikutkan hati, aku nak je rembat yang warna ungu. Tapi memandangkan hari ni ada meeting dengan lembaga pengarah dan client baru so, aku tak nak lah nampak macam kartun Barney nanti.

Tak pasal-pasal ada pulak yang nyanyi lagu ending Barney masa habis  meeting nanti. Mana aku nak letak muka karang.

Sampai-sampai je di office, mamat tu dah tersengih-sengih tengok aku. Mamat mane? Sape lagi kalau bukan Taufiq.  Nape ek? Shawl aku ni terbalik ke? Tak pun senget macam menara condong? Atau gincu aku ni terseret ke pipi? Eh, aku mana ada pakai gincu, lip balm je aku guna.

“Yes Encik Taufiq, anything wrong with me?...”, Soalku berani kepada Taufiq yang asyik tersengih je tengok aku. Dah tu, tangan sebelah nya memegang fail manakala sebelah lagi cekak pada pinggang. Ingat macho sangat ke buat gaya macam tu. Oh please~

“Oops...sorry,sorry... Nothing, but I just wanna say you look so pretty today. Very nice attire and it makes you looks very confident...”, jelas Taufiq kepadaku. Wow! Ni dah lebih-lebih dah puji ni.

Argh, kurang asam jawa jugak dia ni. Pagi-pagi dah buat aku blushing. Baik aku pakai purple je tadi, biar lah dia nak kata aku macam Barney ke, Blackcurrant ke ape segala purple ke aku tak kisah. Kasih spoil mood aku je.

“Whatever... I got to go now...’’, aku berlalu pergi meninggalkan Taufiq yang dok tercegat je berdiri dekat pintu office tu.

Handbag ku letakkan kemas pada rak yang berada di belakang kerusiku manakala laptop ku letakkan di penjuru mejaku. Ape lagi, lets start the feast! Eh, maksud aku, mula kan kerja macam biasa ler. Takkan lah nak sambut party dalam office ni pulak. Tak pasal-pasal orang kata aku ni meroyan, tak ke kes naya tu.

Kerja sesi pagi telah pun berjalan dengan beres yerk. Nasib baik dah pergi lunch tadi, kalau tak, payah aku nak pergi meeting lepas ni. Banyak persediaan nak kena buat. Tinggal setengah jam lagi untuk hadiri mesyuarat ni. Baik siapkan apa yang perlu dulu.

"Oh my, where did I put that file? Semalam ade dekat Yana ke atau aku dah bagi dekat Abang Aqief? Eii, tak leh jadi ni...", getus Adriana di dalam hati.

Terus punat telefon yang berada di mejanya di tekan dan mendail nombor Yana.

“Assalamualaikum Yana, aku nakkan kepastian ni. Kau ade pegang ke contract file tu semalam?...”,

“Waa’laikummussalam...contract file? Yang warna biru tu ke...?”,

“Ha’ah, warna biru. Aku tak jumpa lah fail tu...”,

“Aku tak pegang lah, kan kau yang  last settlekan dengan Dato’ Iskandar tu...”,

“Aku tak ingat lah. By the way, instinct aku ni kuat kata yang fail tu memang ade dengan aku. Tapi, bila cari, takde pun... Aku risau lah, dah lah tinggal setengah jam lagi nak meeting ni. Dato’ Iskandar pun ade jugak..”,

“Laa...ye ke. Hmm...kau kata fail tu macam ade dekat dengan kau but then bila kau cari kau tak jumpa. Aku suggest kau carilah dalam kereta. Mana lah tahu kau lupa nak bawak fail tu naik kan? Sebab tu kau rasa dekat tapi bila cari, takde... Eh macam chipsmore, kejap ade kejap takde...”,

“Marvellous, thanks Yana..!! it’s great idea! Aku lupa pulak nak cari dalam kereta eyh... wahh, tak sia-sia je kan aku call kau ni. Lega sikit hati aku ni. Heheh, aku tertinggal file tu dalam kereta kot...Okey lah, aku nak turun kejap amik fail tu. By the way, thanks a lot my friend!!...”,

“Ya Allah, Ard. Tak payah la sampai nak menjerit, aku ni belum pekak lagi lah. Dah la tu, pergi cari cepat. Tak sampai setengah jam lagi nak meeting ni. Last but not least, good luck my friend for looking that trouble file...”,

“Okey, bye Yana...!!”, terus aku meletakkan telefon menuju ke parking kereta. hmm... dengan harapan aku jumpa lah fail bertuah tu.

Tak sampai sepuluh minit aku telah berada di hadapan Suzuki Swift kesayanganku. Ape lagi, bertukar jadi CSI lah sebab nak geledah kereta tu. Ala, macam Eddie Cibrian dalam CSI Miami tu.

Tu one of my favourite cerita. Dulu cita-cita nak jadi ahli forensik tapi tak jadi sebab Kak Syira tak kasi. Sebab nya, nanti susah nak cari calon suami. Ye ke, ade ke macam tu? Merepek je kan?

Tapi, betul-betul pulak aku ikut kata Kak Syira. Ehehehe...

“Aha! Alhamdulillah. Dah jumpa pun kau trouble file. Walaupun kau sebesar A4 paper je tapi kau lah nyawa aku untuk terus bertahan di Emperial Shah Holding ni tau. Wahh...nikmat, nikmat, nikmat...”, omel Adriana di sisi keretanya.

“Owkey, sekarang ni kau ikut aku balik office k. Sebab banyak orang rindu dekat kau ni. Maklumlah, kau ni nilai nya berjuta-juta. Kalau hilang, 50 tahun pun aku kerja, tetap tak mampu nak ganti jumlah kau. Tak gitu?...”, ujar Adriana pada fail yang sekarang ini terletak pada tangannya dan menggerakkan hujung fail tersebut sebagai tanda faham fail itu mengikut katanya.

Dengan keadaan Adriana yang berseorangan di basement dan bercakap seorang diri dengan fail pulak tu, memang tak ubah macam orang sewel.

Kalau lah Pak Guard yang jaga CCTV dengan bangunan tu, terserempak dengan Adriana depan-depan tak ke ngeri tu. Terserempak dengan manusia aneh yang pernah bercakap sorang-sorang dengan fail. Kalau bercakap depan cermin, tu perkara biasa lah bagi perempuan, kan?Ehehehe...

“Ya Allah, tinggal 15 minit lagi nak meeting. Macam mana lah aku boleh leka dekat sini. Nak kena transform jadi macam Flashman dalam cite Justice League tu nampaknya. Tapi, kali ni versi turqouise dan bukan merah. Ehehehe...lari, lari, lari!!, omel Ard pada dirinya sendiri.

Setelah itu, dia tergesa-gesa menuju ke pejabat dengan langkah yang beribu-ribu langkah. Dalam keadaannya yang terburu-buru, Ard telah terlanggar seseorang.

Puncanya? Sebab dia letak mata dekat lutut lah, tu lah pasal sampai terlanggar.

“Oops...sor...sor...sorry encik...”, lantas Ard melafazkan maaf pada orang yang telah dilanggarnya.

“Awak...!”, serentak Ard dan Syaqir berkata sambil berpandangan antara satu sama lain. Sedikit riak terkejut pada wajah mereka berdua.

“Eh, dia ni. Syaqir lah...”, getus Ard dalam hati.

“Sorry, Syaqir... Saya tak nampak, lagipun saya tergesa-gesa ni. Maaf...”, ujar Ard kepada Syaqir sambl memperkemaskan baju dan fail di tangannya.

“Eh, takpe. It’s okey. Salah saya jugak tak nampak awak. Awak pergi lah dulu, nampak macam ade hal yang urgent je...”, dalih Syaqir kepada Ard.

“Ha’ah, okey...sorry, saya pergi dulu. Assalamualaikum...”, setelah mengungkapkan kata-kata itu Adriana lantas menuju ke pejabatnya.

Waa’laikummussalam, jawab Syaqir di dalam hati.

“Eh, tu bukan Ard ke babe...?”, soal Aiman kepada Syaqir yang baru sahaja sampai di ruang hadapan pintu utama Emperial Shah Holding.

“Yup, that’s Adriana kawan kau. Dia terlanggar aku tadi masa dia lalu kat sini...”, terang Syaqir kepada Aiman.

“Oowh, ye ke. Hmm...baguslah macam tu...”, Aiman melemparkan senyumannya yang agak curious untuk dirungkaikan.

“Eh, apa yang bagus? Sengihan kau tu lain macam je aku tengok...”,

“Takde pape. Cuma, punya lah besar bangunan ni, kau jugak yang dia langgar kan? Aku cuma harap kau akan dapat jodoh secepat yang mungkin. Lagi cepat dari aku lagi lah bagus. Adriana tu orangnnya masih single, baik, bijak, pandai plus cantik puak tu. Tak berkenan ke wahai Syed Syaqir al-Fatha??”,

“Aii cik abang sorang ni, nak kena penangan hikmat dari cik adik Yana ke? Bukan main lagi puji Adriana nampak...”,

“Aku puji dia bagi pihak kau lah babe. Biar mata dan hati kau terbukak luas nak pergi cari isteri. Kau ni, usik sikit pun tak boleh ke? Aku suggest kau usha lah Ard tu, mane lah tahu kot-kot dia pun sangkut jugak kat kau ke...”,

“Dah, dah, dah... merepek je kau ni. Jom lah naik, nanti lambat pulak. Naib baik kau dengan aku, kalau dengan ayah aku tadi entah tak tahu lah ape nak jadi. Tapi ayah aku tu baik...”,

“Hmm...tu aku setuju. Ayah kau memang baik dan disebabkan dia sangat baik, kalau lah Pak Long yang terlanggar dengan Ard tadi, aku sure dia akan pinangkan Ard untuk anak teruna dia yang belum reti-reti nak kawen-kawen lagi ni. And that’s you Syed Syaqir al-Fatha...”, ulas Aiman kepada Syaqir sambil tangannya menepuk lembut belakang Syaqir.

“Kau ni memang tak boleh di layan sikit, dah jom gerak”, arah Syaqir.

Ape lah Aiman ni, macam nak sangaatt jodohkan aku dengan kawan dia tu , Adriana. Aku lebih sayang kan Maria la weii...

Di dalam bilik mesyuarat Adriana hanya diam dan mendengar kertas kerja yang disampaikan oleh Taufiq selaku ketua projek bagi Emperial Shah Holding. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Syaqir di dalam meeting yang diadakan.

Apa yang dia tahu adalah Dato’ Iskandar dan Syed Aisy Aiman yang akan hadir pada mesyuarat itu sebagai wakil daripada Xavier holding. Tapi yang hadir adalah Aiman dan juga Syaqir.

Rupa-rupanya Syaqir adalah anak kepada Dato’ Iskandar iaitu Syed Syaqir al-Fatha Syed Iskandar, Pemilik kepada Xavier Holding. Kedatangannya pada mesyuarat hari ini adalah menggantikan ayahnya yang tidak dapat hadir pada mesyuarat ini di atas urusan kerja yang lain. Patutlah aku terserempak dengan dia tadi.

Aha! Same goes on that day! Aku pernah ternampak dia dekat bangunan ni haritu. Masa aku mula-mula masuk bekerja dekat sini. Patut lah pernah nampak. Company diorang ada link dengan company Abang Aqief rupanya.

Selesai sudah mesyuarat dan secara rasminya Emperial Shah Holding telah mengikat satu contract dengan Xavier Holding.

“Tak sangka pulak aku yang anak Dato’ tu yang gantikan dia hari ni. Aiman tak cakap pun...”, bisik Yana kepadaku. Aku hanya mengjengket bahu mendengar kata-kata Yana.

Sewaktu itu, mesyuarat telah selesai dan semua orang tengah sibuk untuk beredar tapi tidak bagi Abang Aqief, Taufiq, Aiman dan jugak Syaqir. mereka berempat masih lagi berborak.

“Aiman lupe lah tu nak bagitau dekat kau. So, mesti kau tengah hepi sekarang ni kan? Cik abang pengarang jantung di depan mata lah katakan...”, sengaja aku mengusik Yana memandangan Aiman berada di ESH ni.

“Hish, kau ni kan. Walau ape pun, kena behave jugak. boss tengok nanti, boleh kena potong gaji. Taknak lah aku...”,

“Haha tau takpe. Jom keluar.” Ajakku kepada Yana untuk beredar dari bilik mesyuarat tersebut.

Sebaik sahaja Aiman melihat aku dan Yana hendak keluar dari bilik itu, dia dan Syaqir segera meminta diri dengan Abang Aqief dan Taufiq.

“Tengku, nampaknya saya dengan Syaq nak minta diri dulu lah. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam projek ni...”, pinta Aiman kepada Abang Aqief.

“Baiklah Aiman, maklumlah bunganya ade dekat sini kan? tak sabar nak jumpa lah tu. Saya pun nak ucap terima kasih jugak dekat Aiman dan Syaqir sebab sudi bekerjasama dengan kami. Nanti, sampaikan salam saya kepada Dato’ ye...”, ujar Abang Aqief kepada Aiman dan Syaqir.

“Baiklah Tengku, saya akan sampaikan. Orang sebelah ni je yang macam dah tak sabar nak jumpa bunga dia tu...”, terang Syaqir kepada Abang Aqief sambil mengenakan Aiman yang berada di sebelahnya.

Setelah selesai bersalam Aiman dan Syaqir mula turun ke bawah ke tempat receptionist. Di situ, mereka menunggu Yana untuk berjumpa dengan Aiman.

“Ard, teman aku turun bawah jumpa Aiman jap. Tolong lah...”, rayu Yana kepadaku sebelum aku sempat masuk kebilik pejabatku.

“Alah, nak dating pun perlu ajak aku jugak ke? Aneh, pelik...”,

“Jom lah, temankan aku kejap...jom lah...”, rayu Yana memujukku.

“Kau belanja aku dinner malam ni, boleh?...”, umpan ku terhadap Yana.

“Yela yela, aku belanja kau nanti...”,

Berjaya je proses pujuk memujuk Yana dengan aku, kami terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan Aiman. Dari jauh aku sudah melihat kelibat Aiman dan Syaqir yang telah duduk di sofa yang telah di sediakan di bahagian penyambut tetamu itu.

Aiman segera bangun manakala Syaqir masih leka menekan-nekan Androidnya. Setelah beberapa ketika barulah Syaqir bangun dan menghala ke arah kami bertiga.

“Alamak, ade orang ade jodoh lah pulak dekat sini selain saya dengan awak Yana...”, ujar Aiman sebaik sahaja Syaqir datang mendekati kami.

Apa yang Aiman cuba nak cakap ni. Tak kesampaianlah apa point dia.

“Oowh...Yana faham. Maksud Aiman, Ard dengan Syaqir ade jodoh lah kan, betol tak? Tengok, warna baju pun sama turqouise...hehehhe...”, terang Yana dengan jelas.

Ha’ah lah, baru aku perasan. Baju aku dengan Syaqir sama warnalah. Masa mesyuarat tadi takde lah perasan sangat sebab masa meeting Syaqir pakai coat suit. Sekarang ni dia dah buka coat so, nampak lah warna kameja Syaqir.

“Tengok tu, muka Ard dah blushing...ahahhaa...” usik Aiman kepadaku. Aiman ni memang tak sah kalau tak usik aku, dari zaman universiti lagi.

“Weyh, diam lah. Mane ade aku blushing, suka suki je eyh... Yana, aku naik atas dulu lah, banyak kerja nak buat...”, dalihku pada Yana.

“Ard, kejap lah, tunggu kejap k. Tak payah ambil hati dengan Aiman tu. Macam kau tak tahu perangai dia yang suka mengusik kau tu...hehehe...”, pujuk Yana.

“Hmm...aku tunggu kau dekat kereta je lah Man...”, kali ni Syaqir pula bersuara dengan Aiman.

“Aha, ni lagi sorang. Sabar kejap babe. Dah nak habis dah pun conversation ni. Yana, Ard kiteorang balik dulu lah. Fikirlah nanti pasal ape yang kite bincang kejap tadi tentang hujung minggu ni...”, ujar Aiman.

“Ha’ah...InsyaAllah, nanti kiteorang dua bagitahu lah macam mane nanti k.”, jawab Yana

“Kiteorang gerak dulu. Assalamualaikum...”, ucap Aiman sebelum beredar.

“Waa’laikummussalam...”, seraya aku dan Yana menjawab.

Syaqir hanya tersenyum dan kemudiannya dia dan Aiman bergerak keluar menuju ke arah kereta mereka.

Melepaslah aku nak main dengan Aqiel hujung minggu ni kalau si Yana ni berjaya pujuk aku. Tapi best jugak pergi jalan-jalan. Lagipun, Legoland tu kan tempat baru and baru siap pulak tu.

Aha! Ape kata aku ajak Kak Syira dengan Abang Aqief sekali then bawa baby Aqiel sekali. Kan best tu. Nanti lah aku bagitahu. Harap-harap jadi...



p/s tolong komen sikit o_O

*maaflah kalau yang highlight putih tu mengganggu pembacaan korang. Iftiya pun dah cuba macam2 nak hilangkan, tapi tak jugak dpt2...xpe, yg penting dapat bace kan?




Mana Simpang Cinta...? 9


“Bangun pagi... gosok gigi... cuci muka terus mandi...gigi putih sihat dan kuat...Dania Adriana sangat suka...hahahaa...”, nyanyi Adriana sendirian di bilik air ketika ini.

Hujung minggu yang sangat best. Semua orang sangat sukakan hujung minggu, ape lagi it’s shopping time!

Tok.tokk.tokk.... bunyi ketukkan pada pintu bilik mandi Adriana. Siapa lagi kalau bukan si Yana yang bertuah tu.

“Oi Cik Dania Adriana, cepat lah sikit mandi tu. Karang ada pulak kena tinggal nanti. Sibuk nak nyanyi je, mana tak lama mandi nya tu. Patut lah lama...cepat tau!”, arah Yana kepada Adriana di dalam bilik mandi.

“Cepat lah sangat...Ye, iye aku cepatlah ni. Sabar lah kejap. Nanti aku belanja kau makan yer...”, umpanku kepada Yana. Yana ni, sebut je pasal makan, aku sure 120% dia akan setuju punya maa...

“Hmm...yela yelah. Pandai kau ek nak bodek aku dengan makanan. Cepat sikit bersiap tu nanti aku demand nak makan dekat hotel five stars, baru kau tahu nak buat muka kesian dekat aku pulak. Masa tu akan ada istilah ‘tiada kesian bagimu’...”, jawab Yana yang berlalu pergi meninggalkan bilik Adriana.

Sengaja Yana menekankan sedikit nada ketika menyebut perkataan terakhir.

Uissh...Yana ni memang tak sah kalau tak buat hidup aku ni kelam kabut. Tak sampai lima minit Adriana telah keluar dari bilik mandi. Setelah itu, dia berkejar-kejar di dalam bilik untuk bersiap keluar shopping dengan Yana.

Hari ni, Adriana memilih untuk memakai pashmina hitam dan mengenakan baju biru bercorak bunga hitam. Disebabkan dia dalam keadaan tergesa-gesa jadi tak sempat lah nak gosok baju dan sebab tu jugak dia pilih baju yang tak nampak kedut. Nampak sangat malas kan?

Bukan malas tapi tak sempat je, okey... Eh, lebih kurang je tu.

“Sorry lambat, sengaja. Let’s go..”,  tukas Adriana kepada Yana yang sedang membelek majalah di sofa ruang tamu kediaman mereka.

“Kau ni kan, memang sengaja tau... Okey, sekarang ni kita nak keluar naik kereta aku ke atau kereta kau?”, soal Yana kepada Adriana.

Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua apabila keluar shopping, mereka akan menggunakan sebuah kereta iaitu salah sebuah kereta antara mereka. Bukan apa, berkongsi kereta kan lebih baik lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu dan dapat menjimatkan minyak.

“Hmm...guna kereta aku lah. Kau kan dah puas tunggu aku bersiap tadi. Lagipun aku ingat nak isi minyak kereta  tu...”, ujar Adriana kepada Yana sambil mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.

“Okey, jom gerak...”, arah Yana pula kepada Adriana.

Yana mengunci pintu pagar rumah manakala Adriana menghidupkan enjin Suzuki Swift miliknya. Aha. Baru je keja dah ada kereta? Suzuki Swift pulak tu?

Sebenarnya kereta tu hadiah daripada Abang Aqief dan Kak Syira. Diorang kasi sebab aku dah berjaya tamatkan pelajaran dan juga sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 25 tahun.

Mula-mula memang lah aku taknak terima, hadiah tu punya lah besar sangat lah dan tak sanggup nak terima sebab diorang dah cukup baik selama ni. Tapi, setelah di pujuk Kak Syira dan Abang Aqief aku menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka tapi dengan syarat.

Syaratnya adalah, tu adalah pemberian yang terakhir daripada mereka kerana banyak sangat dah mereka tolong aku.

Sebaik sahaja Adriana dan Yana sampai ke shopping kompleks, Adriana mencari parkir kereta dan akhirnya menemui parkir yang terletak betul-betul berhadapan dengan pintu masuk kompleks tersebut.

“1212...hmm, cantik nombor plat kereta ni. Mesti mahal, tengok kereta pun dah tahu mahal. Eh, macam tarikh lahir Hadif lah pulak 12 Disember...”, seloroh Adriana di dalam hati sebaik sahaja keluar dari kereta untuk menuju ke pintu masuk kompleks tersebut.

Hampir sejam Adriana dan Yana berjalan-jalan di dalam kompleks tersebut. Adriana yang sudah terasa penat dan lapar sekadar mengikut arah jalan Yana.

“Wei, babe. Tunggulah kejap. Kau tak penat ke? Aku dah lapar dah ni, siap berdisko lagi perut ni tau. Kita lunch dulu nak tak?...”, soal Adriana kepada Yana. Sengaja tangannya menunjuk perutnya yang lapar itu kepada Yana.

“Ha’ah lah...dah dekat nak pukul satu suku lah. Patutlah perut aku shuffle jugak ni. Okey lah, kita pergi makan dululah. Nak makan kat mana ni? Eh, aku lupa, kau yang belanja kan?...” , dalih Yana kepada Adriana.

“Hmm...yela, memang aku yang belanja pun. Kan masa kat rumah tadi aku dah offer...nape? taknak ke? Kalau taknak, lagi senang kerja aku. Tak payah aku nak keluarkan duit dari wallet kan? hahaha...”, siap gelakkan Yana lagi Adriana dengan statement nya terhadap Yana.

“Laa...kau ni kedekut nye. Aku cuma tanya je, saje nak test memory kau je lah. Takde-takde, kau yang kena belanja aku. Janji harus ditepati tau. Sekali sekala sedekah la dengan aku ni...”.

“Ahahah...ape lah kau ni Yana. Yelah, memang aku kena belanja kau pun kerana kesabaran kau tunggu aku bersiap tadi. Ahahaha... jom, makan dekat Kenny Rogers je nak?...”.

“Kenny Rogers? Okey sangat tu, makan dekat situ memang mengenyangkan. Ayam, nasi, salad, muffin...hmm...I like...”,

“Tengok tu, dah mula dah buat perangai. Kalau lah Aiman tengok kau macam ni, malu semalunya kot Aiman disebabkan kau. Dah jom pergi makan...”, ajak Adriana kepada Yana.

Mereka berjalan menuju ke Kenny Rogers. Setibanya di tempat duduk di dalam restoran tersebut, tiba-tiba Adriana terpandang seseorang yang sedang berjalan menuju ke kedai sukan yang bertentangan dengan Kenny Rogers. Dia terpegun seketika melihat lelaki yang memakai T-shirt berwarna Turquoise.

“Yana, cuba kau tengok lelaki baju Turquoise tu...”, arah Adriana kepada Yana. Lantas Yana terus menjenguh ke luar cermin.

“Eh. Sape tu? Hensem nye babe. Kau dah pandai skodeng lelaki eh, sejak bila pulak ni ha... Wahh, hebat! Tapi macam kenal je. Tapi, macam je lah...”, jelas Yana kepada Adriana. Ceh, hampeh betul lah Yana ni. ‘Tapi’ je yang banyak..

“Kau ni kan, cakap macam confident giler. Tapi last last, hampeh giler. Ape lah. Bila masa pulak aku nak skodeng, aku nk kau recognise je sape lelaki tu. Muka dia macam...”,

“Hadif Irfan...!!”, serentak Yana dan Adriana menjawab.

“Yup, muka dia macam Hadif senior sekolah kite dulu merangkap ketua pengawas yang paling baik dan paling bijak. Eh, aku rasa memang bukan lagi dah. Tu memang dah sah-sah Hadif...”,

“Ha’ah lah babe. Ard, aku rasa tu memang Hadif la, walaupun bertahun-tahun tak jumpa tapi aku tetap rasa yang tu Hadif. Tengok tu, masih pakai spec lagi...”,

“Ape nak buat eh,”,

“Pergi lah tegur dia, lagipun kau kan junior yang paling rapat dengan Hadif dulu. Mesti dia masih ingat dekat kau...”,

“Kau sendiri pun cakap ‘dulu’, so automatiknya sekarang tak lagi ler...”.

“Ya Allah, lurus bendul jugak kau ni eh. Belajar je tinggi-tinggi. Sungguh tak ku sangka, aahhahah... pergi je lah, pergi tanya khabar ke apa ke...”.

“Ee...kau mengutuk aku eh? Sedap nye mulut. Takpe, dah la kau order makanan banyak tadi kan, lepas ni bayar sendiri okey. Aku nak tegur dia kejap...”,

Baru je Adriana nak bangun dari meja makan, lelaki tersebut telah berjalan pergi meninggalkan kedai tersebut. Apa lagi, tekedu Adriana melihat lelaki tersebut berjalan menuju meninggalkan kedai tersebut.

Belum sempat Adriana datang untuk menyapanya, tetapi dia telah bergerak meninggalkan kedai sukan itu. Perasaan kecewa dan menyesal telah hadir di dalam hati Adriana.

Yana pula sempat gelakkan Adriana namun terhenti setelah Adriana memberikan jelingan dan mempamerkan muka yang mengerikan.

“Jelas bebenor terpancar riak sedih muka Ard ni, it’s dangerous...”, getus Yana di dalam hati.

“Takpe Ard, mungkin belum ada jodoh untuk kau bersemuka dengan Hadif. Mane lah tahu kan kalau-kalau esok lusa kau akan terserempak dengan dia  lagi. Masa tu, kau jangan pulak lepaskan peluang nak tegur dia. Nanti merana disebabkan persoalan...”, terang Yana kepada Adriana.

“Yelah, aku tahu. Kenape lah aku lambat sangat nak bertindak tadi. Aigoo...”, omel Adriana pada dirinya sendiri. Tidak lama selepas itu, makanan yang di pesan mereka telah pun sampai dan mereka menjamu selera dengan keadaan yang sedikit senyap terutamanya Adriana yang dah tak ubah macam budak-budak yang hilang mainan.

Selesai makan, mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat zohor. Setelah itu, mereka meneruskan membeli-belah di beberapa buah kedai yang berada di dalam kompleks itu. Dalam masa yang sama, Adriana berharap agar dia dapat bertemu dan terserempak dengan Hadif sekali lagi.

Semasa Yana masih di dalam kedai barangan Nose, Adriana berada di luar kedai tersebut. Dia tidak merancang untuk membeli barang lagi. Sebenarnya dia masih memikirkan kejadian yang telah berlaku tadi.

Di dalam keadaannya yang asyik ke hulu ke hilir memikirkan Hadif, tiba-tiba dia telah tersedar dari lamunannya akibat perlanggarannya dengan seseorang.

Aduh.! Itu adalah yang di perkatakan oleh Adriana sebaik sahaja teranjak ke belakang akibat perlanggaran tadi dan yang paling membuatkan hatinya panas adalah, barang-barang dan beg-beg yang dibawanya telah jatuh ke lantai.

“Wei, buta ke.?”, soal perempuan muda yang cantik dan terlebih seksi itu kepada Adriana.

“Maafkan saya, saya tak sengaja. Sorry..”, wajah perempuan seksi itu di pandang Adriana. Eh, perempuan ni. Pernah nampak la. Tapi... aha. Perempuan yang keluar dengan sepupu Aiman hari tu.

“Dah lah tu B, dia tak sengaja pun. Lagipun takde ape-ape kan.? Kita pergi kedai lain nak?...”, soal lelaki yang datang bersama dengan perempuan seksi tersebut.

Menyampah nye aku, dah lah langgar aku. lagilah aku menyampah dengar word “B” tu a.k.a “Baby”... Uwekks~

Tapi kenapa dia dengan lelaki lain pulak, bukan dengan Syaqir sepupu Aiman tu. Ni mesti perempuan ni curang dan main kayu banyak sangat. Mesti Syaqir tak tahu yang perempuan seksi ni keluar dengan lelaki tua ni. Eh, tak baik buruk sangka dengan orang.

“Okey, I maafkan you. Jom B, kita pergi jalan tempat lain pulak...”, ujar perempuan seksi itu dengan Adriana dengan sombongya. Nampak sangat tak ikhlas minta maaf.

Adriana mengambil barang-barang dan beg-beg nya yang terlepas dari tangannya akibat perlanggarannya dengan perempuan seksi itu. Setelah itu, Yana telah selesai membeli barang di kedai dan hairan melihat Adriana yang seakan menunduk mengambil barang-barangnya.

“Apesal ni Ard? macam ada something wrong somewhere je?...”, soal Yana.

“Ha’ah. Memang something wrong somewhere. Entah dari mana datang nya perempuan tak cukup kain tu terlanggar aku, habis terlepas semua barang-barang ni...”, berang Adriana sewaktu mengambil barang-barangnya.

“Hmm...banyak nye dugaan kau hari ni Ard... ish, ish, ish... simpati pulak aku...”, kata Yana sambil sedikit gelak tawa di hujung ayatnya.

Adriana hanya memberikan jelingan dan mukanya masih terpancar ketidakpuasan hatinya akibat insiden tadi. Ni dah termasuk dua dah insiden yang berlaku pada masa yang singkat di kompleks tersebut.

Agaknya, apa lagi lah dugaan aku lepas ni...getus di dalam hati Adriana.



p/s tolong komen sikit o_O

Mana Simpang Cinta...? 8



Pen di tangan di ketuk-ketukkan pada meja. Otaknya kini menjadi tidak tenteram.

Mana taknya, masa lunch tadi Syed Syaqir al-Fatha atau Syaqir sepupu kepada Aiman terserempak dengan Adriana iaitu sahabat baik kepada Aiman.

‘Sahabat baik tu, kalau kawan biasa-biasa je, takde nye aku nak pening-pening kepala ni. Hish, kes naya ni...’, desis Syaqir di dalam hati.

Sebenarnya Syaqir perasan kahadiran Adriana ketika dia sedang lunch bersama teman wanitanya tengahari tadi. Sape la yang tak perasan kalau dah terang-terang tempat duduk Adriana tadi tu betul-betul nampak orang yang keluar masuk restoran.

Namun, pada waktu tu, Syaqir sengaja buat-buat seakan dia tidak mengenali Adriana.

Ini kerana, dia berasa malu dan tergugat sekiranya Adriana memberitahu Aiman bahawa dirinya telah keluar bersama seorang perempuan iaitu Maria yang boleh dikatakan berpakaian tidak cukup kain itu.

Kalaulah Aiman tahu, masak la Syaqir ni kena dengan Aiman. Lebih-lebih lagi kalau ayah dan uminya tahu. Semestinya, hubungannya dengan Maria tidak akan diterima oleh kedua ibu bapanya.

‘Agaknya Adriana ni kaki busybody ke tak? Kalau betullah, mampuslah aku nanti kalau ayah dan umi tahu...’, soal Syaqir pada dirinya sendiri. Argh, tak tenang dah rasanya, tak tenang!

Sememangnya keluarga Syaqir adalah dalam kalangan yang berada. Ayahnya seorang usahawan yang berjaya dan Syaqir bekerja di salah satu syarikat cawangan ayahnya.

Oleh itu, dia amat berhati-hati kerana bimbang perhubungannya dengan Maria akan menyebabkan keluarganya huru-hara dan musnah.

Aiman sepupunya juga bekerja di syarikat ayahnya yang menyebabkan dia perlu berhati-hati dalam perhubungannya bersama Maria.

Fikirannya kini agak berserabut memikirkan peristiwa yang berlaku di Restoran Secret Recipe tengahari tadi. Sedang asyik Syaqir mengelamun, tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya.

“Oit, Syaq! Ape yang kau mengelamun tu? Nak kata fikir pasal kahwin, calon satu pun aku tak nampak. Nak kata fikir pasal kerja, kau tu jenis yang efficient bila buat kerja. Nak kata kau...”, tegur Aiman kepada Syaqir yang sedang asyik mengelamun sambil tangannya melambai-lambai pada wajah Syaqir. Namun, belum sempat Aiman meneruskan kata-katanya, Syaqir telah mencelah terlebih dahulu.

“Okey, okey...enough Aiman. Kau ni kalau tak kacau hidup aku memang tak sah kan? Annoyying betul! Mengalahkan mak cik-mak cik yang shopping kat pasar tamu tu...”.

“A’ah...tu memang betul. Aku kan memang selalu kacau hidup kau. Yang ni pun satu, mengelamun sampai ke kutub utara tu pasai pa? Dah lah jambang kat muka kau tak shave. Memang tak ubah macam PATI kena tahan imigresen lah babe. Macam besaq giler je problem kau...”.

Papppp!! Bahu Aiman di hempuk oleh Syaqir. Sesedap mee sedaap je dia kata aku ni tak ubah macam PATI yang kena tahan imigresen. Weii, aku Syed Syaqir al-Fatha yang segak lagi bergaya lah babe. PATI-PATI aku tak main okey.

 Jambang ni wujud pun sebab tak sempat nak beli shave baru. Eh, bukan malas ke? Whatever~

“Aha, macam mane? Sedap tak kena hempuk dengan aku. Tu la, cakap tu main sesedap mee sedaap je cakap aku macam tu. Nasib baik hempuk je, if other than that, you should’ve already know what I’m going to do. Memang masalah yang aku ada sekarang ni memang besar tapi kau tak perlu lah nak tahu sebab banyak sangat lah perkara yang kau dah tahu. Dah full dah memory RAM kau tu. So, tak payah nak tahu lah ye...”, dalih Syaqir kepada Aiman.

Syaqir membuat muka tak bersalahnya terhadap Aiman. Aiman yang tadinya mengurut bahunya yang di hempuk oleh Syaqir segera mempamerkan muka geram terhadap Syaqir. Actually Syaqir saje je nak menukar topik.

Dia tak nak sekiranya Aiman ingin sangat nak tahu apa yang baru difikirkannya sebentar tadi.

Aiman yang berada dihadapan Syaqir dari tadi hanya mengangkat bahu mendengar penjelasan Syaqir. Dia hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Syaqir. Sebenarnya Aiman dah malas nak ambil tahu pasal Syaqir ni.

Dah banyak sangat dah kot hal Syaqir yang Aiman tahu tapi kecuali satu perkara iaitu pasal awek-awek Syaqir. Hal ni je yang Aiman langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu pun. Aiman kemudian mengambil posisi untuk duduk di kerusi tetamu yang terletak di dalam pejabat Syaqir.

“Syaq, tadi Pak Long kata dia dah jumpa wakil dari Emperial Shah Holding. Diorang bincang pasal projek baru dan nampaknya, ayah kau macam berminat je nak sign kontrak dengan diorang...”, Aiman menyatakan hasrat sebenarnya untuk berjumpa dengan Syaqir.

“Ha’ah...itu aku tahu. Tadi ayah aku ada ajak join diaorang meeting. Tapi, aku ada hal sikit lah tadi so, aku masih tak tahu lagi keputusan ayah aku tu. Nanti, ade lah tu dia bagitahu keputusan. Just wait for his decision...”, Syaqir menjelaskan kepada Aiman.

Sebenarnya, ‘hal sikit’ yang dikatakan oleh Syaqir adalah dia dok sibuk temankan Maria shopping.

“Adriana kawan kau yang kita  jumpa dekat kompleks haritu ade tak contact kau harini?...”, soal Syaqir kepada Aiman dengan nada yang sangat berhati-hati dan penuh dengan penantian.

Aiman sedikit pelik dengan pertanyaan Syaqir. Tak pernah-pernah Syaqir ni nak tanya pasal Ard. Ni demam panas ke demam sejuk ke demam meroyan ke apa budak ni. Ni memang dah buang tabiat dah ni and dah di luar syllabus.

“Eh, kau tanya ape tadi? Aku ni tengah mimpi atas katil ke atau tengah mengigau berjalan pergi ke pejabat kau ni? Ape...ape kau sebut tadi? Adriana eh? Ard?...”, jawab Aiman dengan penuh kehairanan.

Mana tak nya, baru sekali Syaqir jumpa Ard itu pun dah berkurun lama dan tiba-tiba je dia tanya pasal Ard sekarang ni. Memang ade something wrong somewhere ni.

Ish, sepupu aku ni memang nak kena lagi la kot. Aku tanya dia, dia tanya aku pulak. Macam mana ni. Tak boleh jadi ni, nanti boleh kantoi. Bisik Syaqir di dalam hati.

“Ek, eleh mamat ni... aku hempuk lagi kang baru tau. Orang tanya dia, dia pulak yang sibuk nak soal kita balik. Aku tanye je, ade tak kawan kau yang nama Adriana tu contact kau harini? Aku Cuma tanya je T.A.N.Y.A  tanya faham?...”, jawab Syaqir dengan mengeja tanya dengan satu persatu.

“Owh, takde lah babe. Aku C.U.M.A cuma hairan je tiba-tiba je kau tanya pasal dia. Takde pulak dia contact aku harini. Lagipun buat ape aku nak contact dia, baik aku contact makwe aku je si Yana ‘tersayang’ tu. Nape babe? Tiba-tiba je kau tanya...”, soal Aiman kepada Syaqir dengan sedikit hairan dan membalas balik soalan Syaqir dengan mengeja C.U.M.A cuma satu persatu dan menekankan sedikit nada pada perkataan ‘tersayang’.

“Nothing la. I’ve told you just now that I’m just asking...”.

“Owh... I see. But its looks weird. Hmm...nevermind la...”.

Setelah itu, Syaqir dan Aiman berbincang mengenai hal kerja mereka. Namun, pada masa yang sama, Syaqir masih berasa bimbang kot-kot Adriana akan memberitahu kepada Aiman.

**********

‘Aah...jalan jammed ni la paling aku lemah sangat. Terlebih masa pulak aku spent time duduk dalam kereta ni. Kalau nak di ikutkan, aku nak berkelah dalam kereta ni pun boleh tau.

Jammed panjang giler ni. Mungkin ada kemalangan kot kat depan sana.’, keluh Ard di dalam hatinya.

Nasib baik Yana ada, ada teman berborak. Biasanya, aku drive pergi dan balik kerja sorang-sorang je. Tapi, hari ni Yana hantar kereta dia pergi servis. Sebab tu lah dia tumpang aku. lagipun aku dengan Yana tinggal rumah sewa yang sama.

Nak save bajet lah katakan, lagipun ada teman untuk gaduh kalau balik rumah.

Memang Kak Syira ada ajak aku untuk tinggal bersamanya dengannya tapi aku taknak. Takkan lah nak kacau dan tinggal di rumah orang yang dah berumahtangga kot. Takde privasi lah diorang nanti.

Rumah sewa ni pun payah aku nak pujuk Kak Syira supaya dia setuju bagi aku tinggal situ.

Tapi, nasib baik la dia setuju jugak akhirnya tapi dengan syarat, mesti ada teman. Dan teman yang aku ajak adalah Yana. Nasib baik jugak Yana nak sewa rumah sama dengan aku.

Boringnya rasa, dahla jalan jammed, penumpang yang duduk sebelah aku ni dok asyik memekak je layan nyanyi lagu dalam radio tu. Yana ni, kalau bagi bab merosakkan lagu memang sah confirm dia akan dapat nombor satu.

Buka je mulut dia nak nyanyi, abeh ar... Bernanah telinga ni mendengar nye babe~ adoi.!

“Excuse me Cik Dayana Emieyra, pitching tu boleh kurengkan sikit tak? Bernanah telinga ni dengar tau, habis lah cair apa yang ada dalam telinga aku ni karang. Nanti sape yang susah, kau jugak kan?...”, pintaku kepada Yana yang sedang asyik melayan perasaannya menyanyi mengikut lagu yang keluar di corong radio di dalam keretaku.

Package dengan gaya tangan sekali dia nyanyi.

“Alaa...kau ni, aku baru nak warming up suara. Bosan lah macam ni. Nak tak nak, kau kena jugak tadahkan teilnga kau untuk dengar aku nyanyi, okey?...”.

Hesyh...Yana ni kan, aku bagitahu Aiman perangai dia ni karang baru dia tau. Suara dia ni memang lebih kurang macam katak panggil hujan je. Ish, ish, ish... Eh, Aiman? hmm...patut ke aku cakap dan tanya at Yana pasal sepupu Aiman tu.



p/s tolong komen sikit 0_o

Mana Simpang Cinta...? 7


Sudah hampir seminggu aku bergelar seseorang yang sudah bekerja. Hmm...rutin harian aku pun menjadi semakin sibuk dengan urusan di pejabat.

Sekarang ni pekerja-pekerja kat sini dah kira satu kepala dengan aku. Cuma, aku rasa yang sorang ni ada lain sikit lah.

Sape lagi kalau bukan si Taufiq ni. Ni Abang Aqief punya pasal lah kot. Entah apa yang dia cerita kat Taufiq ni. Part ni yang buat aku curious sikit. Sikit? eh, banyak kot.

Taufiq ni kadang-kadang gentleman sangat, kadang-kadang serius nak mampus. Baik bagi anugerah pelakon terbaik je dekat dia. Mak aii...ni yang tak best ni. Orang dalam office ni dah mula gosipkan aku dengan Taufiq ni.

“Ard! I’ve have something to do this afternoon so, I want you to replace me to meet our clients with Taufiq. Can you?...”, soal Abang Aqief yang telah masuk ke bilik pejabat aku sebentar tadi.

Sedikit nada serius pada perbualannya namun, Abang Aqief masih mampu mengukir senyuman yang aku rasakan memang lain. Especially bila dia sebut nama Taufiq. Alaa...asyik pergi jumpa clients dengan Taufiq je. Boh tambah san lah.

Nak jugak rasa pergi dengan Yana. Aku dah rasa memang dah takde manusia lain ke yang boleh jadi peneman aku untuk ganti dia ni. Kali ni aku nekad, tak nak pergi dengan Taufiq. Aku nak jugak pergi dengan Yana.

“Okey boss! but, may I go with Yana and not with Mr. Taufiq? I’ve never get a chance to meet clients with Yana...”, aku mengiyakan arahan Abang Aqief tapi aku menyoalkan nya kembali.

Lelaki yang memakai kemeja-T belang biru putih itu telah pun mengambil posisinya duduk di kerusi di hadapan mejaku.

Dia hanya gelak dan tersenyum je dengar permintaanku. Aku dah agak dah. Baru je boss aku ni nak mengeluarkan kata jawapan kepada persoalan ku tadi, pintu bilikku telah di ketuk oleh seseorang.

Alahh...sape yang dok sesibuk je kacau nih.

Tekedu aku tengok ‘seseorang’ tu. Ceh...mamat tu rupanya. Sape lagi kalau bukan Taufiq. Apa dia buat time-time macam ni.

Dah tu, aku baru je nak mengumpat pasal dia ni tadi. Tu lah, nak mengumpat tak bertempat kan? Padan muka kau Ard.

Taufiq terus masuk dan duduk di kerusi kosong yang berada di sebelah Abang Aqief. Senyuman lelaki-lelaki di depan aku ni memang tak lekang. Hampeh nye rasa~

“Good time Fiq! Just now she just ask me if her can meet clients this afternoon with Yana and not with you. What do you think?...”, terus Abang Aqief menyoal Taufiq yang duduk di sebelah nya.

Aku hanya menahan malu. Marah pun ada. Apa punya abang ipar lah dia ni. Malu tau! Aku hanya menjeling Abang Aqief dan Taufiq. diorang ni dok syok-syok gelakkan aku. kurang asam betul lah.

“Laa.. ye ke Adriana? But why?

Aah...diorang nak main-mainkan aku ye. Takpe, aku akan buat serius sikit kali ni.

“The reason is  why,  I’ve never get a chance to meet clients with Yana. And as you know, everytime if you wanna meet clients there’s no other person except me to accompany you. But why? So, for this time let me and Yana go and meet them. Can I? Mr. Aqief and Mr. Taufiq?...”, aku rasa ni lah statement berani mati aku kot... rasa macam boss lah pulak jawab macam ni.

Lelaki kat depan aku ni dah tarik muka lah pulak bila aku buat statement tu. Abang Aqief memandang Taufiq sambil memberi  isyarat bahawa dia membenarkan aku untuk pergi bersama Yana.

Taufiq pula, macam terkejut pulak dengar statement aku tadi. Lama jugak si Taufiq ni berfikir dan akhirnya.

“Okey, since Aqief setuju so I need to accept and agree with him. But, it’s just for this time. Another time, I will think deeply first. So, have fun with Yana and new clients...”. Taufiq  juga akhirnya setuju. Jadi, aku akan keluar dengan Yana!

Seronoknya, jarang aku nak menang kalau berjawab dengan Taufiq ni. Abang Aqief memang terbaik!

Sekali lagi diorang dok gelak-gelak kat depan aku ni. Mesti diorang ni weird kot tengok muka aku ni yang tadi nya frust giler dah berubah ceria secerianya macam Astro Ceria kat 611 tu.

Kurang garam dalam kari jugak lah, takpe...

“So, can we go to lunch now?...”, soal Taufiq kepada aku dan Abang Aqief.

Ha’ah la, patutlah aku lapar semacam. Dah lunch hour rupanya.

“Ard, let join us. Taufiq nak belanja ni, nanti kita order yang mahal-mahal sikit...”, kali ni Abang Aqief pulak yang mempelawa. But nope! Aku dah janji dengan Yana tadi yang kitaorang akan pergi lunch sama-sama.

“Laa...orang tu belanja rupanya. Takpe lah, terima kasih je. Ard dah janji nak pergi lunch dengan Yana...” selamba je aku jawab. Padahal nak jugak aku join sebab Taufiq yang akan bayar kan. Hehe.

“Just small matter lah Adriana. Awak ajak lah Yana ikut sekali pergi lunch, mesti dia takkan menolak. Lagipun saya belanja kali ni. Ni kan arahan jugak kan Aqief?...”, Taufiq menyoal Abang Aqief setelah mempelawa aku untuk mengajak Yana pergi lunch bersama.

Aku nak je, kalau orang yang membayar, bukan aku. Kalau dah macam ni, aku join je lah diorang ni. Akhirnya aku bersetuju untuk pergi lunch dengan Taufiq dan Abang Aqief serta sudah semestinya bestfriend aku Yana pun turut bersama.

Sepanjang perjalanan, aku dan Yana berborak hal-hal kiteorang je. Taufiq dan Abang Aqief pulak sempat bincang pasal projek pulak dalam kereta. Office diorang ni memang banyak macam tempat kan? Dalam kereta pun boleh~

Setelah lebih kurang sepuluh minit perjalanan, Mitsubishi Lancer 2.0 GT white solid yang kami naiki telah parkir berhadapan dengan restoran Secret Recipe.

Makan kat sini lah kot jawab nya si Taufiq tu nak belanja. Dalam kereta, Yana terus memandang aku dengan muka dia yang dah ter exited sangat tu. Mana taknya, ni lah restoran favourite dia.

Taufiq memberitahu di dalam kereta bahawa dia akan belanja kitaorang lunch kat Secret Recipe. Yana menunjukkan ibu jarinya menandakan bahawa tempat pilihan Taufiq ini memang terbaik sangat!

Aku? aku tak kisah, jalan je asal duit aku tak jalan. Nampak sangat aku ni kedekut, tapi bukan kedekut lah ini berjimat nama nya. Eh, ye ke? Hmm...

Taufiq telah memilih tempat duduk yang agak strategik jugak. Nak tahu kenapa?

Boleh nampak pemandangan kat luar, boleh nampak kek-kek yang dalam peti sejuk kaca tu dengan jelas yang memang terjelas kesedapan kek-kek tersebut. Then, boleh nampak orang yang keluar dan masuk restoran ni.

Abang Aqief duduk berhadapan denganku manakala Taufiq duduk berhadapan dengan Yana. Kami memesan makanan yang berbeza-beza. Maklumlah, setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza.

“Abang ada bagitahu Kak Syira tak yang kita keluar lunch ni?...”, soalku kepada Abang Aqief yang sedang menyentuh-nyentuh skrin Androidnya.

“Of course I had told her. Dia sempat kata yang abang ni kacau daun pulak yang Taufiq ni nak date dengan Ard. Tapi, abang cakaplah yang Taufiq ni nak belanja kita semua. So, she didn’t say anything more except to take care both of you...”, jawab Abang Aqief dengan selamba.

Wahh...kakak aku ni memang nak kena dengan aku jugak la agaknya kot. Tak kuasa lah aku nak keluar date dengan Taufiq ni. Yana yang mendengar jawapan Abang Aqief sebentar tadi terus gelak. Taufiq pula, hanya tersenyum macam malu dan macam tak. Pelik.

“Taufiq, sorry lah kalau saya ganggu korang berdua nak date. Saya datang ni pun datang nak makan sebab orang belanja. Tak gitu Abang Aqief?...’, soal Yana kepada Abang Aqief. Yana ni dah mula dah nak bagi aku blushing ni.

Kalau diluar pejabat Yana memang membahasakan boss kami ni ‘Abang Aqief’. Sebab tu pun Abang Aqief yang suruh supaya tak nak la formal sangat kalau kat luar. Lagipun aku dan Yana dah macam adik-beradik dan dengan panggilan tu lebih sesuai di luar pejabat.

“Ha’ah. Betul tu Yana. 120% abang sokong. Orang belanja, kite datang je kan... Hahah, sorry lah babe kacau korang nak dating eyh...”, jawab Abang Aqief sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Taufiq.

“I don’t mind la. I ikhlas belanja korang hari ni... Tengok muka Ard tu, dari tadi dah blushing sebab korang. Cukuplah tu, kesian pulak kat dia. Tak termakan pulak nasi dia tu karang...hahaa ”, selamba badak sumbu je si Taufiq cakap macam tu.

Aku lempar nasi kat muka dia karang, baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Eh, mana boleh. Dah la nasi ni rezeki, dia yang belanja pulak tu. Okey la, tarik balik...

Setelah itu hidangan Yana, Abang Aqief dan Taufiq telah pun sampai. Kami menjamu selera dan keadaan di meja makan tersebut senyap je sebab sedang menikmati makanan yang memang sedap sangat ni.

Entah berapa kali suapan nasi dah masuk ke mulutku dan akhirnya aku berhenti sekejap untuk minum air di dalam gelas. Dah tu, tiba-tiba aku rasa macam nak tersembur air kat muka Abang Aqief.

Mak aii! Memang hampir-hampir nak sampai ke Abang Aqief lah, nasib baik aku dapat tahan.

Aku rasa macam tersekat je nafas. Dah la tu, tersedak waktu minum air. Faham-faham je lah bagaimana rasanya. Ketiga-tiga mereka pun berhenti makan dan memandang aku dengan penuh kehairanan dan persoalan.

“Kau ni kenapa Ard? tiba-tiba je. Tak ada pun siren bunyi cakap ada gempa ke apa ke. Apesal ni?...”, soal Yana sambil mengurut-ngurut tangannya di belakangku untuk meredakan kesedakan aku.

Aku masih lagi terbatuk-batuk. Sakit tau, tersedak air ni.

“Apesal pulak ni? Nasib baik tak tersembur muka abang tadi. Kalau tak, free-free je abang dapat treatment cuci muka kat sini...”, kali ni Abang Aqief pulak yang menyoal aku. Hehe, sabar lah.

“Ehehe...takde ape lah. Cuma tersedak je. Ada orang mengumpat Ard kot...Hehe, takpe-takpe. Teruskan makan ye...”, jawabku dengan senyuman dan berlagak tenang.

“Makan tak baca Bismillah ke atau ade orang yang mengumpat...”, ujar Taufiq kepadaku. Cis! kurang asam jawa jugak mamat ni. Sekali lagi aku tersedak, tapi nasib baik tak dasyat sangat macam tadi. Takpe, aku sabar je. Sebab ni pun dia yang belanja kan...

Sebenarnya aku nampak Syaqir sepupu kepada Aiman yang baru sahaja masuk ke restoran ni. Aku kenal dia ni pun masa kami terserempak dekat kompleks haritu. Waktu tu, Aiman yang perkenalkan Syaqir ni pada aku dan Kak Syira.

Kalau setakat nampak je, takde lah aku sampai tersedak macam ni sekali. Tapi, aku nampak dia dengan seorang perempuan yang aku rasa kedai dia beli baju tu tak cukup kain ke ape. Perempuan tu punya lah seksi nak mampus, dah tu pakai heels 5-6 inci kot aku rasa.

Dasyat jugak taste sepupu Aiman ni. Kalau aku ada abang punya taste macam tu, nak kena tazkirah dengan aku lah nampaknya. Takpun, aku brainwash otak dia sampai bersih sebersihnya. Cakap pun tak guna, hehe aku mana ade abang. Abang ipar adelah.

Aku teruskan makan dan sedaya upaya untuk menghabiskan makanan ni. Sambil tu jugak mata aku ni liar jugak nak tengok pasangan tu. Sape lagi kalau bukan Syaqir dengan minah tak cukup kain tu

Selesai kami semua makan, dan bil telah Taufiq bayar, kami segera bergerak ke arah parkir kereta. Kami nak balik ke pejabat secepat yang boleh kerana waktu-waktu begini faham-faham je lah jalan sesak giler.

Sebelum keluar dari restoran tersebut, aku sempat memandang pasangan tersebut dan Syaqir telah perasan yang aku telah memandang mereka. Reaksinya hanya biasa sahaja, seolah-olah tidak kenal lagi pada aku.

Agaknya Aiman tahu ke yang sepupu dia tu ada awek macam tu? Memang berbeza 120% lah perangai dia dengan Aiman kalau dia macam tu. Mana taknye, makwe Aiman kan bestfriend aku, si Yana ni. Baju terlebih cukup kain, pulak tu bertudung pulak. Hmm...

Citarasa orang memang berbeza-beza bukan?

Hmm...nak kena ready untuk jumpa clients petang ni. Macam mana lah pulak ragam clients kali ni.





p/s tolong komen sikit 0_o