Bab 1
“Krokk..krokkk..krokkkkk....”, cewahh berdangdut dah perut aku ni. Agak-agak sape lah yang tengah karaoke dalam ni. Uwarghh, lapar la. Nervous kekeliruan bermain di fikiran. Aku, kalau lapar memang aku ade rasa nervous.
“Krokk..krokkk..krokkkkk....”, cewahh berdangdut dah perut aku ni. Agak-agak sape lah yang tengah karaoke dalam ni. Uwarghh, lapar la. Nervous kekeliruan bermain di fikiran. Aku, kalau lapar memang aku ade rasa nervous.
Pelik bukan? Tapi itulah tertulis.
Hei Ard, kau ni memang tak habis-habis nervous. Last aku nervous pun pagi tadi. Tu la, siapa yang tak nervous kalau masuk ke kelas lambat. Dah la pengawas, bagi malu keturunan pengawas je. Kasihan dekat cikgu disiplin kau!
“Hello... tu baru first time in my life okay.”
“Banyak lah kau punya ‘first time’... Kau pernah dengar tak?”
“Aku belum pekak lagi lah,”
“Kau ni memang padan lah pandai, jawapan kau bagi memang full mark mengada-ngada.”
“Kau baru tahu rupanya,”
“Dengar nih,Sekali sekala, dua kali dua kala, tiga kali berkala-kala-kala!”
“Apa barang berkala-kala sangat ni, kala jengking lah sangat Ard...”
“Ard!!”, sergah Yana.
Mak aii! Terkejut kucing aku sebab minah ni tiba-tiba je jerit nama aku dah lah aku tengah dok syok mengelamun sorang-sorang pasal nervous tadi. Itu pun naluri hati aku dok bertekak gara-gara aku lambat tadi.
Mak aii! Terkejut kucing aku sebab minah ni tiba-tiba je jerit nama aku dah lah aku tengah dok syok mengelamun sorang-sorang pasal nervous tadi. Itu pun naluri hati aku dok bertekak gara-gara aku lambat tadi.
Cewahh, hebat bukan? Naluri hati pun boleh bertekak. Dahsyat la, tabik spring kat kau Ard. Korang ada? Haha.
“Eh, kau ni apahal? Terkejut tau tak! Salam tak bagi, makanan tak hulur dah la aku tengah nervous nih. Eh, lapar la. Lain kali, panggilah dengan bersopan-santun dah berhemah sikit kawan. Barulah sesuai macam wanita mithali...”, omelku terhadap Yana.
“Banyak manis mulut kau berkata-kata ye... Lapar lah tu, siapa suruh lambat bangun tadi. Subuh ke tak kau tadi. Tu la, makanan je kau tahu kan. Kau tu yang mengelamun dah sampai ke kutub selatan sampai tak dengar aku panggil tadi”, Yana menjelaskan keadaan sewaktu aku mengelamun tadi. Aku ABC la hari Yana.
Aha. Patutla asyik dangdut je perut aku ni, tambahan kalau aku cuti, memang aku kuat makan dari biasa.
Hehe, memang betul pun aku mengelamun tadi, hebat kau Yana! Bisik ku di hati.
“Laa...ye ke?ehehe, sorry Yana. Aku saje je sebab boring lah kalau tak dengar kau bagi tazkirah hari-hari. Lebih-lebih lagi di pagi Jumaat yang mulia ini... So, apahal pulak ni?”, teruja pulak aku nak tahu cerita si Yana ni.
Ni aku nak habaq, Yana ni kaki gosip jugak. Entah dari mana dia kutip semua tu.
“Sebenarnya,aku...aku kan...aku...”, tergagap-gagap dia nak jawab.
Apa?? Apa? Apa yang dia nak bagitahu sebenarnya nih, naik lenguh dah telinga aku nak menatang cerita dia ni. Dia ni dah declare dengan seseorang ke?
Lantas aku menyampuk.
“Aku,aku,aku ape?? cakap tu biar kasi masa yang punctual sikit boleh tak? Aku kasi punch kat muka kau pulak, abeh ar kau. Ni bukan sinetron bagai nak bagi orang suspen”, eh, tak pasal-pasal aku babitkan sinetron pulak. Tapi, hakikat nya memang betul pun kan?kan?... nampak sangat layan. Haha.
“Alaa...kau ni kan. Sebenarnya aku saja je kacau kau! Kau tu pagi-pagi dah mengalamun macam ada masalah negara je aku tengok. Mengalahkan Presiden J.W Bush la pulak.”, seraya Yana menjawab dan sepantas itu bahu Yana aku jadikan guni pasir tu, yang orang selalu guna untuk practice menumbuk.
Ha, tu la. Kacau lagi aku, kan dah kena penumbuk manja pagi-pagi ni. Aku ingatkan apa lah yang penting sangat tadi.
Eh, jangan fikir lain pulak. Maksud aku, penumbuk yang tak berapa nak menumbuk la. Takde la sakit macam kena tumbuk. Gila apa tumbuk kawan sampai lebam gara-gara hal remeh-temeh tu, aku masih waras lagi la. W.A..R.A.S. waras...Err... tak faham? Buat je la faham erkk...
Paper physics aku dah dapat tapi, bingung pulak dengan biology ni. Lagipun, bab-bab Bio ni aku tak berapa nak minat la. Tapi, yang terbaik adalah aku dapat lulus dengan cemerlang dengan ‘killer subject’ ni.
Rasa bangga teramat sangat, walaupun masih di awal tingkatan 5 aku masih dapat score science subject ni. Ahah, bangga lah sangat jangan riak sudah...Akan ku kejar cita-citaku hingga ku gapai.
Alaa, macam yang Edwin H. Chapin pernah kata “Impatience never commanded success”. So, kita kena lah bersabar dalam sesuatu perkara. Dah lama-lama tu, tinggi lah income kita nanti. InsyaAllah, dengan izin Allah...
“Adriana!!” tersentak aku bila namaku di panggil Miss Anne. Asyik mengelamun je, mana tak nya. Laa...mengalamun lagi, macam hobi la pulak dah. Ehehe, aku tersenyum dan tersengih je bila dapat paper biology nih.
Alhamdulillah... Bangga lagi aku, bila dapat markah baik sangat nih. Mesti lah kan, lagipun aku tak menghampakan cikgu dan satu-satunya saudara yang aku ada, Kak Syira.
Ahah, hari ni hari terakhir sebelum kitaorang cuti pertengahan. Tak sabar nak balik, nak makan masakan Kak Syira. Rindu pula masakan akak.
Eh?? Dania Adriana Mohd Adril, sudah-sudah la mengelamun tu. Kasihan kat otak aku ni kan, sebab asyik berfungsi untuk mengelamun je. Lagi bagus berfungsi untuk jawab soalan dalam exam je, kan bagus tu. Kejap! Apa kes asyik fikir nak makan je nih.
“Kau ni asyik dapat highest je, apa rahsia kau eh?”, seraya Hanif menegurku.
“Alaa... kau belajar je la sampai kau faham. Kalau tekun belajar tapi tak faham-faham jugak, apa guna kan? Eheheehee...”, aku menjawab persoalan Hanif tapi bukan nak berlagak, tu kan memang hakikat yang telah terikat.
Hakikat pun dah boleh terikat sekarang ni, ingatkan buah-buahan dan sayuran je.
“Ye lah tu. Jadi, kau nak kata yang kitaorang ni belajar tak faham-faham ker?”, sampuk Yana dengan sedikit geram nadanya.
Lantas aku menjawab “Aku gurau je, jangan lah ambil hati. Alaa, korang pun highest jugak ape cuma, kurang sikit je kot...tak pe, nanti kite belajar sama-sama , okey...?”.
“Dah, dah, dah...tengok tu, Ard tu dah mula dah nak mengada. Lepas ni masa rehat, kita rehat sama-sama okay. Sebelum tu, aku nak jumpa cikgu kat depan kejap, nak minta tambah markah nih sebab salah kira..hehe, jangan jelous...”, Anaz bersuara sebaik sahaja perbualan aku.
Sebaik sahaja Anaz menamatkan perbualan, aku, Yana dan Hanif merenung Anaz. Kitaorang bagi Anaz renungan yang menyampah dengannya. Nak tahu balasan atas fitnah jelous yang tak sewenang-wenangnya Anaz lemparkan kat kitaorang?
Beberapa saat lepas tu, serentak kami bertiga ketawa kerana Anaz terlanggar meja. Terpelecok jugak dia kat situ, padan muka! Tu la padah nya kalau berlagak sangat. Kan dah kena... haha, macam tu la kehidupan ku semasa sekolah.
Sebenarnya aku, Yana, Hanif dan Anaz berkawan rapat. Kitaorang pun bersaing memang sepenuh jiwa dan raga dalam pelajaran. Aku ingat lagi masa mula-mula kami berkawan. Yana yang bercermin mata ala-ala nerd lah yang paling rapat dengan aku.
Hanif dengan Anaz pulak, kitaorang mula lebih rapat bila dicalonkan menjadi pengawas sekolah. Tak hairan lah kalau sering nampak kami berempat bersama-sama walaupun ada jugak segelintir yang mengkritik kami sebagai pengawas poyo.
Ade aku kisah? sikit pun memang tak la. Diorang jelous kot tengok kami berempat ni berkawan, lagipun memang dah tugas pengawas untuk menegur pelajar yang bermasalah kan. Kalau terasa tu, korang dulu nakal-nakal jugak kan dekat sekolah? Ehehe.
Jam menunjukkan 10.40am dan merupakan masa rehat. Time ni, adalah time aku. Aku suka makan tapi, nasib baik body mantain je.
Ehehe, sampai Kak Syira pernah cakap, “Ard ni kuat makan tapi badan tak la besar manapun. Entah-entah makan tak baca doa, dah tu, syaitan yang makan makanan Ard. Tu la tak besar-besar kan?”.
Ek eleh, suka suki je cakap macam tu. Aku memang kuat makan tapi aku selalu makan dalam kuantiti yang sikit je lah. Then, aku tak amalkan sangat makan makanan segera nih. fast food ni la salah satu punca masalah kegemukkan berlaku tau.
Sebab tu tak effect sangat kat body. Ye ke? Hehe, suka hati aku lah nak hentam kan. Kebetulan, hari ni adalah hari keputusan SPM keluar jadi, ramai senior kiteorang datang ke sekolah.
Sebab tu tak effect sangat kat body. Ye ke? Hehe, suka hati aku lah nak hentam kan. Kebetulan, hari ni adalah hari keputusan SPM keluar jadi, ramai senior kiteorang datang ke sekolah.
Aku ternampak Hadif Irfan. Senior yang paling aku respect sekali sebab dia tu genius, berdisiplin pulak tu and nak advance lagi, Hadif tu hensem tau! Dulu Hadif juga merupakan bekas ketua pengawas sekolah ni dan selalu dikenali sebagai top student semasa dia masih belajar di sini dan juga disenangi oleh ramai guru kerana perwatakannya peramah sangat!.
Amboi?? puji nampak...hahahemm.
Amboi?? puji nampak...hahahemm.
Selain itu, kalau korang nak tahu, Hadif ni abang kepada si Hanif tu. Tengok? Nama pun hampir sama kan? Perangai je lain. Kalau aku disuruh pilih antara dua tu, mestilah aku pilih Hadif, kalau Hanif sebaya sangat lah tak best. Eh, apa aku mengarut nih! nak jumpa Hadif la.

No comments:
Post a Comment