HOME


Monday, 29 October 2012

Mana Simpang Cinta...? 5


Percintaan diantara Kak Syira dan Abang Aqief, sememangnya aku telah terlibat secara tak langsung. Mana tak nya, setahun yang lepas masa aku still study kat UTM, macam-macam perkara yang berlaku.

Macam promote Astro tu “Macam-macam ada...”.

Banyak nya assignment hari tu so, aku asyik la ulang-alik ke library. Dah la Yana demam hari ni, nampak nya aku sorang-sorang la hari ni.

Aku redah jelah cari maklumat di dalam library. Wahh, masa tu nampak macam budak nerd je blaja sorang-sorang kat library, cuma aku tak pakai spec je.

Hampir dua jam aku kat situ and rasa macam di Iceland la pulak, sejuk giler. Tambahan pula, perut aku dah berdangdut. Jam di tangan aku tenung. Patutla, dah tengahari rupanya. 

Cepat-cepat aku mengemas barang-barangku di atas meja dan beredar keluar dari library. Keluar je dari library, lega aku rasa. Ada la rasa panas sikit. Di luar library tiba-tiba ada satu suara menyapaku.

“Assalamualaikum...” suara itu tadi menegurku dari tepi.

Lantas aku menjawab, “Waa’laikumussalam...”,  alangkah terkejut nya aku, rupa-rupanya Encik Aqief yang memberi salam. Macam mana dia ada kat sini? 

“E..ee...Encik Aqief bu buu buat ape kat sini? (aku tergagap) Kenapa tak contact kakak saya? Dia tunggu tau, nak bayar ganti rugi accident hari tu...”

Baru je Encik Aqief nak menjawab persoalanku, tiba-tiba ada beberapa pensyarah yang menegurnya  “Hye Aqief!”   Encik Aqief hanya tersenyum.

Oowh...apa semua ni ha? Aku semakin bertambah hairan. Dia ni sape? Dia ni salah seorang pensyarah kat kampus ni ke? Pekerja Am ke?. Patutlah aku macam pernah tengok je dia sebelum ni. Ternyata bukan perasaan aku dan ia adalah kenyataan...

“Hmm...(matanya melirik ke ID student ku) Adriana, saya bukannya sengaja pun tak contact Cik Syira tu cuma, bila dah settle kan kereta hari tu saya fikir balik saya tak jadi pulak nak contact dia. Lagipun kos repair hari tu pun boleh lah tahan, kot...”. Jawab Abang Aqief yang asyik senyum je dari tadi. Memang dia ni ada pelik sikit la.

“Laa...ye ke? Tengok kos boleh tahan jadi, encik pun cancel la nak contact kakak saya? Apa kata kita borak-borak kat kafe lagipun. saya memang nak pergi ke kafe ni, lapar la. Mari lah join sama...”.   ujarku kepada Abang Aqief dan dia hanya mengangguk. Lantas, kami meneruskan perbualan sambil berjalan menuju ke kafe.

“Ahaha...By the way Adriana, after that incident, I keep always dream of your sister, Cik Insyirah. Rasa macam dah jatuh hati kat dia pulak. Ye lah, dari pandangan saya Cik Insyirah tu nampak macam baik dan boleh di percayai pulak tu. Saya ada jugak terfikir nak contact dia, tapi saya bingung mana lah tahu dia dah ada suami ke. Tak ke naya saya nanti...”, Abang Aqief meluahkan perasaan nya. Patutla senyum pelik semacam je.

“Oowh...Wow! maksudnya encik ni dah berkenan kat akak saya lah eh?(abang Aqief hanya tersenyum manis). Hahaa...terbaik la ni. Don’t worry, my sister still single and available... Kak Syira pun selalu jugak sebut nama encik, sebab dia bimbang pasal accident hari tu. Ada chance ni. Saya boleh settle kan about both of you, insyaAllah...”, aku mengocakkan air di dalam gelas untuk ais nya sejuk di dalam gelas tersebut.

Ternyata Abang Aqief ketika itu, memang dah jatuh hati pada Kak Syira. Terbaik!

“Oowh, ye ke? Alhamdulillah...nasib baik. Boleh ke Adriana? Takut nanti awak fikir saya ni sengaja pulak nak mengada-ngada kat kakak awak pulak. Lagipun baru je kenal hari tu, tu pun kebetulan. Saya ikhlas nak berkenalan dengan kakak awak tu...”, aku hanya tersenyum mendengar luahan hati insan di hadapanku, untung nya Kak Syira. Jelas kelihatan keceriaan di wajahnya

“Rasanya boleh kot, insyaAllah saya akan tolong Encik Aqief. Ard rasa, akak okey je kot. Tapi, apa-apapun, jangan  sesekali buat akak merana nanti kalau tak, nahas encik nanti. Buat masa sekarang ni kita makan dulu, Ard lapar la...”, eh, aku tersebut Ard lah pulak. Padahal dia paggil Adriana. Hehe, tak kisah lah. Yang penting, orangnya sama. Nak makan. Lapar dah ni.

“Okey, thanks Adriana. But, stop calling me encik encik. You can call me Aqief pun dah cukup. Formal sangat kalau berencik dengan saya. I promise I will not disappointing your sister...”, setelah meneguk air. Aku hanya mengangguk faham.

Tapi, takkan la nak panggil nama dia je. Lagipun dia ni macam sebaya Kak Syira je.

“Owkey tapi, Ard nak panggil Abang Aqief je la. Boleh tak? Ard rasa macam tak sesuai la pulak nak panggil nama je. Lagipun Abang Aqief lebih kurang sebaya je dengan Kak Syira kan?. Abang Aqief pulak boleh panggil saya Ard, pendek dan ringkas je...”, kali ni aku pulak yang bagi Abang Aqief pengenalan panggilan tidak formal aku.

Alamak! Aku lupa. Apa dia buat kat kampus UTM ni eh? Selesai je makan, aku terus sambung perbualan dengan abang Aqief.

“Ni Ard nak tanya, Abang Aqief kerja apa ek? ape Abang Aqief buat kat kampus ni? pensyarah eh? tak pernah pun nampak. Pernah kot, tapi tak sure sangat...”, punya lah banyak soalan yang aku baling kat dia nih.

Bukan game bola baling ni nak baling-baling. Haha, redah je Ard! Senyum je Abang Aqief menjawab.

“Abang kerja jadi jalur lebar je...”. 0kay, fine! Karut lagi mengarut adalah cerita dia nih.

“Laa... Ard tanya betul-betul jawab tak ikut logik akai pulak dah...”.

“Ahahhaha..! ape lah... Ard ni, saja je abang nak kasi blurr sikit. Abang kerja jadi Network Engineer je...”. Network Engineer  ‘JE’ dia cakap, best woo! Jarang aku jumpa orang kerja macam ni.

“Wahh, best nye! Abang kerja kat mana? abang buat apa pulak kat sini? Mesti yang broadband, Unifi, streamyx and sewaktu dengan nya abang lah yang pasang and handle eh?”.

Hahahh, amik kau! Gelojohnya kau tanya soalan Adriana. Tak tercekik ke?

Lantak aku la nak tanya, mulut aku. Bukan mulut korang kan? Hahah!

“Abang kerja kat company papa abang. Datang sini sebab Sir Haiqal jemput untuk buat talk for his student. Abang pun macam Adriana jugak tau, dulu abang student kat sini tapi ambik course electrical engineering. Anyway, Adriana jangan lupa tau pasal Cik Syira tu...”, soal Abang Aqief lagi untuk kepastianku.

“Okay, no hal lah abang...it’s just small matter...”, seraya aku menjawab sambil menunjukkan ibu jariku sebagai signal okay, I’ll do it.

Ternyata apa yang di ungkapkan oleh Abang Aqief ketika itu telahpun menjadi realiti dan aku sangat bersyukur kerana Kak Syira telah mendapat pasangan yang sangat baik dan yang paling penting boleh membahagiakannya.

Pendek kata, ehehehh aku lah yang tolong usha kan Abang Aqief tu untuk Kak Syira. Alhamdulillah, akhirnya berjaya dan tak lama lagi mereka akan mendirikan masjid.

Wahh...bahagianya kakak aku ni. Aku ni, bila la pulak agak nya ye... Sabar Adriana, perjalanan hidupku masih panjang lagi.

Ni kan pulak nak sambung master lagi. Lagi la panjang Adriana oii... ni mesti terkena penangan dari Yana jugak nih. Mana tak nya, nasib kami berdua macam lebih kurang sama je aku tengok. Dah macam belangkas je kan? Ada jugak aku dengar orang cakap-cakap yang aku dengan Yana ni lesbian.

Simpang malaikat 44!! Kui, kui, kui... tak ke naya nama nya tu. Suka suki je cakap macam tu. Apa? Ingat aku ni teruk sanagat ke sampai tak ada lelaki yang aku boleh jadikan suami.

Hey korang nih, takde topik yang lebih bermanfaat ke nak buat gosip. Eh, dah nama pun gosip Ard, nak buat macam mana kan... dah benda tu sewaktu dengan fitnah. Hmm...apa agaknya dah jadi kat kawan-kawan aku kat sekolah dulu ek?

“Better buat reunion je lah nanti. Mana pulak dah perginya Hadif? terasa rindu la pulak...”, selorohku di dalam hati.




p/s tolong komen sikit 0_o

*Ni pulak ade sedikit sambungan pertemuan Adriana dengan bakal abang iparnya, Abang Aqief.


No comments:

Post a Comment