Bila dah nak konvo graduate ni, asyik je teringat masa sekolah dulu. Kata orang, kenangan lalu mengusik jiwa a.k.a KLMJ.
Especially masa form 5, maklumlah tahun terakhir nak bersekolah. Korang pun mesti feel benda yang sama juga kan? Tipu lah kalau takde.
Bukan main lagi study smart dulu, and at last I was do it in very well. Well done Ard! Berbisik aku sendirian.
Masa tu jugak la kali terakhir aku berjumpa dengan Hadif. Walaupun aku ada nombor telefon Hadif tapi, aku tidak menghubungi nya sehingga sekarang. Aku bingung kot-kot mengganggu Hadif ke, lagipun budak pandai kan selalunya sibuk je. Eh, ye ke? Lantak la kan...
Tapi aku tahu lah serba sedikit pasal perkembangan Hadif, itu pun dari Hanif. Hehe, sibuk jugak aku ni nak tahu kan. Aku cuma pasang telinga je masa Hanif cakap pasal abang dia tu.
Hanif cakap, yang Hadif sambung belajar kat Ireland ambil bidang perubatan. Ehehe, okay setakat tu je la yang aku dapat hidu.
“Ard, makanan dah siap! Akak masak special hari ni tau. Meh la cepat...”, ujar Kak Syira kepadaku setelah dia bertungkus-lumus menyediakan makan malam ni.
Aku? aku, relax je sebab Kak Syira yang memang tak nak aku tolong dia kat dapur tadi.
Waa...ni la yang aku suka kalau balik rumah, akak mesti masak special bila aku balik. Biasanya tempoh tu untuk dua hari yang pertama cuti je.
Di ulangi, untuk tempoh dua hari pertama cuti je. Hari dan cuti yang selebihnya, tak de la layanan special lagi, tuan-tuan dan puan-puan. sekian...
Tapi aku tak kisah, aku tetap sayang kat Kak Syira. xoxo
Tapi aku tak kisah, aku tetap sayang kat Kak Syira. xoxo
Garang macam rimau sekalipun, aku tetap sayang Kak Syira. Dialah yang mengambil alih menguruskan aku sejak ibu dan abah meninggal. Kak Syira lah satu-satunya saudara kandung yang aku ada.
Aku pulak duduk kat asrama. Macam mana sekalipun aku memang perlu masuk sekolah berasrama sebab utamanya, tiada teman di rumah.
Dalam sebulan, dua kali je aku balik rumah, tu pun kalau Kak Syira tak sibuk. Yang sedih nya, kadang-kadang sebulan sekali je aku balik rumah. Sedihkan? Huhu...
Tapi, aku selalu jugak balik rumah Yana, tu pun mama dia yang ajak. Aku dah anggap mama Yana tu dah macam ibu kandung jugak. Aku panggil mama Yana pun ‘mama’. Mama pun tahu kisah hidup aku macam mana.
Lagipun, Yana anak tunggal. So, aku sebagai kawan yang dah kira macam adik dia, kiteorang memang rapat dan selalu bersama. Aku bersyukur sangat dapat kawan macam Yana dan mama nya yang baik plus, sporting sangat!
Diaorang pun tahu latar belakangku bagaimana. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur atas pemberianMu padaku ya Allah.
“Akak bangga dengan Ard. Tak sia-sia je kan akak tolong besarkan Ard. So, Ard nak sambung lagi ke lepas ni?”, soal Kak Syira sewaktu kami makan malam.
Laa...akak ni tak boleh nak interview kejap lagi ke, makanan ni dah la sedap-sedap dia masak.
Jawab je la Ard, lantas aku menjawab pertanyaan Kak Syira dengan gaya suapan nasi ke mulutku.
“Tau tak pe... Tengok la sape ni...”, sambil jariku menunjuk pada diriku sendiri.
“Ini Ard lah a.k.a Dania Adriana Bt. Mohd Adril... Bagi je ape, Ard boleh handle punya lah... Hehe. Insya’Allah. Ard ingat Ard nak sambung ambil master lah kak, boleh kan kak?”, kali ni aku pula yang menyoal Kak Syira. Tadi mengata Kak Syira sebab sibuk nak interview masa makan. Sekarang ni dah terbalik la pulak.
“Alhamdulillah... Ard kan dah dapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, I tought it was piece of cake you gonna got a job. Buat apa nak ambil master pulak?”, Kak Syira menjawab persoalan ku kepada persoalan yang baru, pulak dah? Berbelit sungguh!
“Alaa... akak nih. Menuntut ilmu kan satu ibadah jugak, tak salah kan. Requires more knowledge is much more better right? Bukan ape, pihak universiti pun ade offer jugak nak tanggung biasiswa Ard kalau Ard sambung master...”, kataku kepada Kak Syira dengan harapan dia akan mempersetujui cadanganku.
Ayam goreng rempah dalam pinggan tu terus aku gigit je, takde masa nak pisahkan isi dengan tulang guna tangan. Brutal tak aku? Kalau depan orang lain ni, gerenti tak terpisah kot isi ayam dengan tulang ni.
“Betul ke? Alhamdulillah Ard, memang murah dengan rezeki adik akak nih... Tak pe la Ard, akak pun takde la nak halang Ard. What’s the best for you, I’ll support from back. But now, akak nak Ard makan dulu. Lepas tu Ard fikirkan baik-baik pasal tu....”. ujar Kak Syira sambil menambah lauknya.
Memang nak makan pun, tapi akak yang penuh persoalan sangat tadi. Aku tahu, sebenarnya Kak Syira bingung pasal yuran master tu. Nasib baik lah pihak universiti dapat bantu, kalau tak, aku pun payah jugak fikir nak sambung belajar lagi.
Aha. Kali ni aku pula nak kacau akak makan. Kalau aku tanya ni, confirm haru biru nanti. Takpe, kali ni aku berani tanggung risiko. Tak caye? aku tanya sekarang, tengok la ape akan jadi.
“Akak, bila nak kahwin? umur akak dah makin naik tu. Teringin jugak Ard nak rasa nasi minyak akak. Lama dah Ard tunggu nak makan dekat kenduri kahwin tau..”.
Kak Syira yang tengah meneguk air bagai nak tersembur je ke muka aku ni. Mata dia yang bulat tu bukan main lagi terbeliak. Nasib baik dapat ditahan kesemburan tu, kalau tak, percuma je orang tolong wudhu’ kan aku kat meja makan ni.
Hehe, nasib lah kan kena berani tanggung risiko.
Tak pasal-pasal kena lagi, seraya tu Kak Syira menjawab.
“Budak ni kan, memang nak kena la. Makan je nasi tu, nanti ke muka pulak nasi tu karang...”. sampai hati nak bagi muka aku yang comel ni makan nasi. Agak nya, nasi pun tak sanggup nak landing ke muka aku nih.
Aku saje je usik Kak Syira ni, actually aku dah tau sape bakal abang ipar aku merangkap bakal suami Kak Syira ni. Ala, aku kan adik, mesti lah tahu.
Eh, macam iklan hari raya tu pulak tapi versi dia lain sikit, macam ni “aku kan abang...”. tahu tak iklan tu? mustahil lah kalau korang tak tahu iklan tu.
Hmm...berbalik kepada my new family, meh aku perkenalkan. Sape lagi kalau bukan Sir. Aqief Emeriz, berbelit lidah nak sebut.
Tu baru nama pendek tuan-tuan dan puan-puan. Nak yang lagi panjang? Alaa...jangan lah, lenguh nak taip. Takpelah, untuk korang aku sanggup taip.
Ni ha nama dia, Tengku Aqief Emeriz Shah Tengku Fadzil Shah! Nah, ambik kau! Sekali lafaz je tau, ala macam orang nak akad nikah tu.
Nasib baik lelaki, kalau perempuan, kasihan kat bakal suami sebab kena lafaz nikah dengan nafas yang lama. Panjang berjela-jela kan?
Ni kalau dah ada anak, fuhh! Besar gedabak kot IC dia nanti...haha.
Untung lah Kak Syira dapat kahwin dengan kerabat di raja. Tu pun aku dengan Kak Syira dapat tahu bila keluarga Abang Aqief datang merisik. Pandai pulak Abang Aqief ni merahsiakan keturunannya Tengku nya.
Sebenarnya, Abang Aqief ni seorang yang simple, merendah diri dan baik sesangat tau!
Kalau lah abah dan ibu masih ada, mesti suasana di rumah ni lebih ceria. Seraya tu, mataku yang sudah bersinar kaca, akhirnya jatuh jua airnya. Walaupun sudah 10 tahun pemergian orang tuaku namun aku tetap merasa baharu tadi aku bergurau senda dengan mereka.
Peristiwa kemalangan yang meragut nyawa mereka masih lagi aku terbayang-bayangkan. Bot persiaran yang kami naiki telah karam kerana terlanggar permukaan batu besar yang terdapat di persisir pantai.
Mana tak nya, tinggal dua hari lagi hendak menjelang Aidilfitri, kami telah menjadi mangsa kejadian tersebut. Akhirnya, Aidilfitri itulah yang menjadi Aidilfitri yang suram bagiku. Ya Allah, sememangnya aku rindukan mereka. Tempatkan lah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman...amiin...
Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Bukan public holiday kerana aku sememangnya dah tak belajar and belum bekerja. Bukan jugak hari ulang tahun ke ape. Hari raya pun lama lagi.
Ce korang teka?Alaa...hari ni adalah hari yang orang pakai jubah besar tu dengan topi segiempat kat atas kepala lerr...

No comments:
Post a Comment