Sudah hampir seminggu aku bergelar seseorang yang sudah bekerja.
Hmm...rutin harian aku pun menjadi semakin sibuk dengan urusan di pejabat.
Sekarang ni pekerja-pekerja kat sini dah kira satu kepala dengan aku. Cuma,
aku rasa yang sorang ni ada lain sikit lah.
Sape lagi kalau bukan si Taufiq ni. Ni Abang Aqief punya pasal lah kot.
Entah apa yang dia cerita kat Taufiq ni. Part ni yang buat aku curious sikit.
Sikit? eh, banyak kot.
Taufiq ni kadang-kadang gentleman sangat, kadang-kadang serius nak mampus.
Baik bagi anugerah pelakon terbaik je dekat dia. Mak aii...ni yang tak best ni.
Orang dalam office ni dah mula gosipkan aku dengan Taufiq ni.
“Ard! I’ve have something to do this afternoon so, I want you to replace me
to meet our clients with Taufiq. Can you?...”, soal Abang Aqief yang telah
masuk ke bilik pejabat aku sebentar tadi.
Sedikit nada serius pada perbualannya namun, Abang Aqief masih mampu
mengukir senyuman yang aku rasakan memang lain. Especially bila dia sebut nama
Taufiq. Alaa...asyik pergi jumpa clients dengan Taufiq je. Boh tambah san lah.
Nak jugak rasa pergi dengan Yana. Aku dah rasa memang dah takde manusia
lain ke yang boleh jadi peneman aku untuk ganti dia ni. Kali ni aku nekad, tak
nak pergi dengan Taufiq. Aku nak jugak pergi dengan Yana.
“Okey boss! but, may I go with Yana and not with Mr. Taufiq? I’ve never get
a chance to meet clients with Yana...”, aku mengiyakan arahan Abang Aqief tapi
aku menyoalkan nya kembali.
Lelaki yang memakai kemeja-T belang biru putih itu telah pun mengambil
posisinya duduk di kerusi di hadapan mejaku.
Dia hanya gelak dan tersenyum je dengar permintaanku. Aku dah agak dah.
Baru je boss aku ni nak mengeluarkan kata jawapan kepada persoalan ku tadi,
pintu bilikku telah di ketuk oleh seseorang.
Alahh...sape yang dok sesibuk je kacau nih.
Tekedu aku tengok ‘seseorang’ tu. Ceh...mamat tu rupanya. Sape lagi kalau
bukan Taufiq. Apa dia buat time-time macam ni.
Dah tu, aku baru je nak mengumpat pasal dia ni tadi. Tu lah, nak mengumpat
tak bertempat kan? Padan muka kau Ard.
Taufiq terus masuk dan duduk di kerusi kosong yang berada di sebelah Abang
Aqief. Senyuman lelaki-lelaki di depan aku ni memang tak lekang. Hampeh nye
rasa~
“Good time Fiq! Just now she just ask me if her can meet clients this
afternoon with Yana and not with you. What do you think?...”, terus Abang Aqief
menyoal Taufiq yang duduk di sebelah nya.
Aku hanya menahan malu. Marah pun ada. Apa punya abang ipar lah dia ni.
Malu tau! Aku hanya menjeling Abang Aqief dan Taufiq. diorang ni dok syok-syok
gelakkan aku. kurang asam betul lah.
“Laa.. ye ke Adriana? But why?
Aah...diorang nak main-mainkan aku ye. Takpe, aku akan buat serius sikit
kali ni.
“The reason is why, I’ve never get a chance to meet clients with
Yana. And as you know, everytime if you wanna meet clients there’s no other
person except me to accompany you. But why? So, for this time let me and Yana
go and meet them. Can I? Mr. Aqief and Mr. Taufiq?...”, aku rasa ni lah
statement berani mati aku kot... rasa macam boss lah pulak jawab macam ni.
Lelaki kat depan aku ni dah tarik muka lah pulak bila aku buat statement
tu. Abang Aqief memandang Taufiq sambil memberi
isyarat bahawa dia membenarkan aku untuk pergi bersama Yana.
Taufiq pula, macam terkejut pulak dengar statement aku tadi. Lama jugak si
Taufiq ni berfikir dan akhirnya.
“Okey, since Aqief setuju so I need to accept and agree with him. But, it’s
just for this time. Another time, I will think deeply first. So, have fun with
Yana and new clients...”. Taufiq juga
akhirnya setuju. Jadi, aku akan keluar dengan Yana!
Seronoknya, jarang aku nak menang kalau berjawab dengan Taufiq ni. Abang
Aqief memang terbaik!
Sekali lagi diorang dok gelak-gelak kat depan aku ni. Mesti diorang ni
weird kot tengok muka aku ni yang tadi nya frust giler dah berubah ceria
secerianya macam Astro Ceria kat 611 tu.
Kurang garam dalam kari jugak lah, takpe...
“So, can we go to lunch now?...”, soal Taufiq kepada aku dan Abang Aqief.
Ha’ah la, patutlah aku lapar semacam. Dah lunch hour rupanya.
“Ard, let join us. Taufiq nak belanja ni, nanti kita order yang mahal-mahal
sikit...”, kali ni Abang Aqief pulak yang mempelawa. But nope! Aku dah janji
dengan Yana tadi yang kitaorang akan pergi lunch sama-sama.
“Laa...orang tu belanja rupanya. Takpe lah, terima kasih je. Ard dah janji
nak pergi lunch dengan Yana...” selamba je aku jawab. Padahal nak jugak aku
join sebab Taufiq yang akan bayar kan. Hehe.
“Just small matter lah Adriana. Awak ajak lah Yana ikut sekali pergi lunch,
mesti dia takkan menolak. Lagipun saya belanja kali ni. Ni kan arahan jugak kan
Aqief?...”, Taufiq menyoal Abang Aqief setelah mempelawa aku untuk mengajak
Yana pergi lunch bersama.
Aku nak je, kalau orang yang membayar, bukan aku. Kalau dah macam ni, aku
join je lah diorang ni. Akhirnya aku bersetuju untuk pergi lunch dengan Taufiq
dan Abang Aqief serta sudah semestinya bestfriend aku Yana pun turut bersama.
Sepanjang perjalanan, aku dan Yana berborak hal-hal kiteorang je. Taufiq
dan Abang Aqief pulak sempat bincang pasal projek pulak dalam kereta. Office diorang
ni memang banyak macam tempat kan? Dalam kereta pun boleh~
Setelah lebih kurang sepuluh minit perjalanan, Mitsubishi Lancer 2.0 GT
white solid yang kami naiki telah parkir berhadapan dengan restoran Secret
Recipe.
Makan kat sini lah kot jawab nya si Taufiq tu nak belanja. Dalam kereta,
Yana terus memandang aku dengan muka dia yang dah ter exited sangat tu. Mana
taknya, ni lah restoran favourite dia.
Taufiq memberitahu di dalam kereta bahawa dia akan belanja kitaorang lunch
kat Secret Recipe. Yana menunjukkan ibu jarinya menandakan bahawa tempat
pilihan Taufiq ini memang terbaik sangat!
Aku? aku tak kisah, jalan je asal duit aku tak jalan. Nampak sangat aku ni
kedekut, tapi bukan kedekut lah ini berjimat nama nya. Eh, ye ke? Hmm...
Taufiq telah memilih tempat duduk yang agak strategik jugak. Nak tahu
kenapa?
Boleh nampak pemandangan kat luar, boleh nampak kek-kek yang dalam peti
sejuk kaca tu dengan jelas yang memang
terjelas kesedapan kek-kek tersebut. Then, boleh nampak orang yang keluar dan masuk
restoran ni.
Abang Aqief duduk berhadapan denganku manakala Taufiq duduk berhadapan
dengan Yana. Kami memesan makanan yang berbeza-beza. Maklumlah, setiap orang
mempunyai cita rasa yang berbeza.
“Abang ada bagitahu Kak Syira tak yang kita keluar lunch ni?...”, soalku
kepada Abang Aqief yang sedang menyentuh-nyentuh skrin Androidnya.
“Of course I had told her. Dia sempat kata yang abang ni kacau daun pulak
yang Taufiq ni nak date dengan Ard. Tapi, abang cakaplah yang Taufiq ni nak
belanja kita semua. So, she didn’t say anything more except to take care both
of you...”, jawab Abang Aqief dengan selamba.
Wahh...kakak aku ni memang nak kena dengan aku jugak la agaknya kot. Tak
kuasa lah aku nak keluar date dengan Taufiq ni. Yana yang mendengar jawapan
Abang Aqief sebentar tadi terus gelak. Taufiq pula, hanya tersenyum macam malu
dan macam tak. Pelik.
“Taufiq, sorry lah kalau saya ganggu korang berdua nak date. Saya datang ni
pun datang nak makan sebab orang belanja. Tak gitu Abang Aqief?...’, soal Yana
kepada Abang Aqief. Yana ni dah mula dah nak bagi aku blushing ni.
Kalau diluar pejabat Yana memang membahasakan boss kami ni ‘Abang Aqief’.
Sebab tu pun Abang Aqief yang suruh supaya tak nak la formal sangat kalau kat
luar. Lagipun aku dan Yana dah macam adik-beradik dan dengan panggilan tu lebih
sesuai di luar pejabat.
“Ha’ah. Betul tu Yana. 120% abang sokong. Orang belanja, kite datang je
kan... Hahah, sorry lah babe kacau korang nak dating eyh...”, jawab Abang Aqief
sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Taufiq.
“I don’t mind la. I ikhlas belanja korang hari ni... Tengok muka Ard tu,
dari tadi dah blushing sebab korang. Cukuplah tu, kesian pulak kat dia. Tak
termakan pulak nasi dia tu karang...hahaa ”, selamba badak sumbu je si Taufiq
cakap macam tu.
Aku lempar nasi kat muka dia karang, baru dia tahu langit tinggi ke rendah.
Eh, mana boleh. Dah la nasi ni rezeki, dia yang belanja pulak tu. Okey la,
tarik balik...
Setelah itu hidangan Yana, Abang Aqief dan Taufiq telah pun sampai. Kami
menjamu selera dan keadaan di meja makan tersebut senyap je sebab sedang
menikmati makanan yang memang sedap sangat ni.
Entah berapa kali suapan nasi dah masuk ke mulutku dan akhirnya aku
berhenti sekejap untuk minum air di dalam gelas. Dah tu, tiba-tiba aku rasa
macam nak tersembur air kat muka Abang Aqief.
Mak aii! Memang hampir-hampir nak sampai ke Abang Aqief lah, nasib baik aku
dapat tahan.
Aku rasa macam tersekat je nafas. Dah la tu, tersedak waktu minum air.
Faham-faham je lah bagaimana rasanya. Ketiga-tiga mereka pun berhenti makan dan
memandang aku dengan penuh kehairanan dan persoalan.
“Kau ni kenapa Ard? tiba-tiba je. Tak ada pun siren bunyi cakap ada gempa
ke apa ke. Apesal ni?...”, soal Yana sambil mengurut-ngurut tangannya di
belakangku untuk meredakan kesedakan aku.
Aku masih lagi terbatuk-batuk. Sakit tau, tersedak air ni.
“Apesal pulak ni? Nasib baik tak tersembur muka abang tadi. Kalau tak,
free-free je abang dapat treatment cuci muka kat sini...”, kali ni Abang Aqief
pulak yang menyoal aku. Hehe, sabar lah.
“Ehehe...takde ape lah. Cuma tersedak je. Ada orang mengumpat Ard
kot...Hehe, takpe-takpe. Teruskan makan ye...”, jawabku dengan senyuman dan
berlagak tenang.
“Makan tak baca Bismillah ke atau ade orang yang mengumpat...”, ujar Taufiq
kepadaku. Cis! kurang asam jawa jugak mamat ni. Sekali lagi aku tersedak, tapi
nasib baik tak dasyat sangat macam tadi. Takpe, aku sabar je. Sebab ni pun dia
yang belanja kan...
Sebenarnya aku nampak Syaqir sepupu kepada Aiman yang baru sahaja masuk ke
restoran ni. Aku kenal dia ni pun masa kami terserempak dekat kompleks haritu.
Waktu tu, Aiman yang perkenalkan Syaqir ni pada aku dan Kak Syira.
Kalau setakat nampak je, takde lah aku sampai tersedak macam ni sekali.
Tapi, aku nampak dia dengan seorang perempuan yang aku rasa kedai dia beli baju
tu tak cukup kain ke ape. Perempuan tu punya lah seksi nak mampus, dah tu pakai
heels 5-6 inci kot aku rasa.
Dasyat jugak taste sepupu Aiman ni. Kalau aku ada abang punya taste macam
tu, nak kena tazkirah dengan aku lah nampaknya. Takpun, aku brainwash otak dia
sampai bersih sebersihnya. Cakap pun tak guna, hehe aku mana ade abang. Abang
ipar adelah.
Aku teruskan makan dan sedaya upaya untuk menghabiskan makanan ni. Sambil
tu jugak mata aku ni liar jugak nak tengok pasangan tu. Sape lagi kalau bukan
Syaqir dengan minah tak cukup kain tu
Selesai kami semua makan, dan bil telah Taufiq bayar, kami segera bergerak
ke arah parkir kereta. Kami nak balik ke pejabat secepat yang boleh kerana
waktu-waktu begini faham-faham je lah jalan sesak giler.
Sebelum keluar dari restoran tersebut, aku sempat memandang pasangan
tersebut dan Syaqir telah perasan yang aku telah memandang mereka. Reaksinya
hanya biasa sahaja, seolah-olah tidak kenal lagi pada aku.
Agaknya Aiman tahu ke yang sepupu dia tu ada awek macam tu? Memang berbeza
120% lah perangai dia dengan Aiman kalau dia macam tu. Mana taknye, makwe Aiman
kan bestfriend aku, si Yana ni. Baju terlebih cukup kain, pulak tu bertudung
pulak. Hmm...
Citarasa orang memang berbeza-beza bukan?
Hmm...nak kena ready untuk jumpa clients petang ni. Macam mana lah pulak
ragam clients kali ni.
p/s tolong komen sikit 0_o
p/s tolong komen sikit 0_o

No comments:
Post a Comment