HOME


Sunday, 24 March 2013

Mana Simpang Cinta...? Bab 13


Bab 13
Suasana sunyi di jalanan menjadi santapan pandangan Adriana. Kesakitan yang dialaminya akibat insiden petang tadi bagaikan datang dan pergi. Aneh. 

Sesekali terasa sakit namun hilang dan akan datang kembali. Mana taknya, otak pandainya sedang bercelaru memikirkan apa yang telah terjadi.

Mula-mula insiden kayu jatuh yang menyebabkan Syaqir telah patah kaki kiri. Insiden tu memang terkejut giler. Tapi ada yang lebih mengejutkan lagi.

Yang menyebabkan Ard lebih terkejut be-rok lagi apabila dia dan Yana terserempak dengan Hadif Irfan yang merupakan bekas senior mereka di sekolah suatu ketika dahulu yang dalam diam Adriana pernah menaruh perasaannya kepadanya dan merupakan abang kepada Hanif Izfan bekas classmate Ard dan Yana.

Atau bak kata lain, cinta hati pengarang jantung Ard dalam diam. Yang hansome, bijak, pandai, baik, gentleman dan yang sewaktu dengannya.

Setelah sampai dirumah, Adriana membersihkan dirinya. Banyak sangat dah perkara yang telah dihadapiya hari ni.

Dalam pada tu, Ard yang baru nak bersiap ambil wudhu’ namun, pintu biliknya telah diketuk. Siapa lagi kalau bukan housemate tersayang, Yana!

“Masukla, tak kunci pun…” laung Ard dari biliknya.

“Ehehe, aku mengganggu kau ke? Dah okey ke tak sakit tu?”, soal Yana sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Ard.

“Aku nak ambil wudhu’ tadi sebab belum Isya’ lagi. Sakit tu masih lah jugak tapi aku kena lah tahan kan. Tak boleh nak bawak sangat rasa sakit ni, nanti makin melarat rasa sakit. Tak nak la manja-manja macam kau. Aku kan kuat macam Hulk. Ehehehe…”, sempat lagi Ard bergurau.

“Ye lah tu. PERASAAN  lah sangat nak jadi Hulk. Aku tengok macam bini Shrek si Fiona bila dia jadi hijau tu adelah. Ni aku datang ni nak cakap something pasal Syaqir tu.”sengaja Yana menekankan sedikit nada pada perkataan PERASAAN yang dalam erti kata lain nya PERASAN.

“Cis, kau samakan wajah comel aku ni dengan bini Shrek si Fiona tu. Tak guna!”, lantas Ard membaling bantal pada Yana.

“Aha, rasakan. Amacam?best? itu lah, cakap tu main lepas je kan. Kenape dengan Syaqir? kritikal ke? Alamak, macam mana boleh jadi macam ni. tadi kan keadaan dia dah stabil. Ya Allah…macam mane ni Yana. Kenape dengan Syaqir..”, tukas Ard tiba-tiba. Wajahnya semakin bimbang, takut sekiranya keadaan Syaqir semakin serius.

Belum habis lagi Yana berkata-kata Ard dah buat andaian sendiri. Tudiaa…kalut Ard dah mai dah…

“Ish, ape kau ni. Aku belum habis cakap lagi kau dah potong, kerat, cincang, overtake and what so ever menyampuk. Kau ni, kalut sangat lah Ard. Cuba kau dengar dulu aku habiskan ayat-ayat dialog aku ni.”

Ard mengangguk faham setelah mendengar bebelan Yana.

“Aku nak cakap yang keadaan Syaqir tu dah stabil, bukan ke petang tadi aku dah cakap?? Ke kau tak korek telinga lagi?? Then, Aiman ade call aku tadi. Dia cakap yang Syaqir dah boleh gelak-gelak, berjalan-jalan bagai…”,

Ard memandang muka Yana dengan hairan dan blur. Hebat jugak Syair yang baru patah kaki dan pengsan bagai nak rak petang tadi dah boleh buat macam tu. Memang tak masuk akal langsung lah.

“Aha. Memang tak masuk akal langsung kan?”, soal Yana kepada Ard. Macam tau-tau je Yana yang Ard tengah soal dia macam tu.

Sekali lagi Ard mengangguk menjawab pertanyaan Yana.

“Ehehe, aku tipu jelah. Sebenarnya, Syaqir baru je sedar tadi. Semua yang aku cakap pasal Syaqir tadi aku saje reka untuk buat joke dekat muka ketat kau ni.”

“Kurang asam jawa Adabi jugak kau. Nah, rasakan!”. Sekali lagi Ard membaling bantal pada Yana.

Suasana di dalam bilik Ard semakin riuh dengan gelak ketawa mereka berdua. Mana tak nya, yang sorang tu asyik nak kenakan yang sorang lagi dan sebaliknya. Dah tu, mereka saling berbalas-balas.

“Esok temankan aku jenguk Syaqir nak tak?”, soal Ard kepada Yana.

“Amboi…caring jugak kau dengan Syaqir eh? Ahahha, cuba lah kau dengar cakap aku dengan Aiman. Jadi je teman Syaqir tu. Dapat lah aku nanti bersaudara dengan bestfriend aku sendiri. Eh, wait!! Ke kau nak jumpa dengan Dr. Hadif yang hansome lagi ganteng ala-ala Nikhun yang bila dia senyum sikit je dah buat wanita cair jadi ice-cream atau pun macam lilin yang sedang membakar. Pergh!! Macho habis babe…”,

“Ish, Yana! ape kau merepek ni. Aku cakap lain, kau pulak dah melarut sampai ke Korea pulak, dah. Something wrong somewhere dah kawan aku ni.”, bebel Ard kepada Yana.

Yana masih lagi tergelak-gelakkan Ard. Seronok sangat lah tu bila dapat mengusik sahabat nya itu dengan topik yang totally 123% Ard amat tidak sukai.

Topik ape? topik tentang soal jodoh ler. Ard ni memang ada sensitive sikit kalau cakap pasal jodoh. Sentitive bagai orang yang kena sakit kulit pun ada.

“Uahahaha…!! Yela-yela, aku gurau je babe. Baiklah Princess Fiona, esok aku akan temankan kau k. Eh, tapikan ape yang aku cakap tadi masih ade betul lah…”.

“Berani kau panggil aku macam tu lagi. Nanti aku report kat Abang Aqief yang kau selalu buli adik ipar kesayangan dia ni. By the way, part mane pulak yang betul nya? Aku rasa, memang dah 321% rekaan semata-mata kan…??”.

“Ek, elehh…nak main report report bagai. Pape je la. Part yang Hadif tu hansome la, dulu memang dia hansome pun kan. Tapi, sekarang ni bertambah-tambah pulak ke hansomen dia. Kau tak perasan ke? Then, tak nak ke kau nak usha Hadif? Bukan ke dulu korang tu senior-junior yang paling cool and match gitu, hahha.”

“Ek elehh minah depan aku ni. Bukan main lagi puji Hadif tu. Aiman tu kau nak letak mane? Tu cerita lama la. Lama sangat dah tu, entah-entah dia dah kahwin kot, dah ade bini, anak pulak dah 2 3 orang. Memang dah jadi keluarga bahagia. Hmm..pape je lah. Okey, now dah takde pape lagi kan? Pergi balik bilik kau sekarang, aku nak solat ni, lepastu nak tido nak rest, penat plus minus bahagi darab equal to mengantuk. Okey, bye..!!” Arah Ard kepada Yana sambil membuat gaya menguap.

“Alaa…aku baru je nak ce cite dengan kau. Hmm…takpe la, esok kan masih ade. Nanti aku kacau kau lagi. Bersiap sedia lah kau eh.hahaha… Okey, goodnight!”.

Yana berlalu keluar meninggalkan bilik Ard. Dalam pada itu, Ard terfikirkan apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu mengenai Hadif.

Ya, memang benar Hadif semakin kacak berbanding dulu. Wajahnya memang ada iras-iras seperti Nikhun dari kumpulan K-pop 2pm. Namun, dia dapat merasakan bahawa yang Hadif tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Malah, merasakan bahawa Hadif sudah pun mempunyai teman hidup sendiri. Sebagai petunjuk, Hadif tidak meminta nombor telefon Ard.

Secara logik akal, seseorang lelaki yang berminat terhadap seorang perempuan pastinya akan berbuat demikian, namun tidak bagi Hadif terhadap Ard. Dan disebabkan itu, Ard merasakan bahawa Hadif tidak pernah menaruh perasaan terhadapnya.

Perbualannya dengan Hadif dan Yana pada petang tadi di Kafe hospital mengingatkan Ard tentang sesuatu. Sesuatu peringatan Hadif kepada dirinya.

“Hmm…dah bertahun-tahun kita tak berjumpa kan? Alhamdulillah, dekat hospital ni jugak la kita berjumpa. Itu pun, kebetulan. So, Ard can you tell me what happen to your arm?”. Soal Hadif kepada Ard sambil menghulurkan minuman kepada Adriana.

“Ye lah kan, dah lama tak jumpa. Dah berjumpa ni pun, dengan keadaan Ard yang macam ni. Segan pulak Ard. Hmm…it’s long story Hadif, a lot of thing happens. Yang berbalut dekat tangan ni pun masih baru. Masa dekat site tadi, ade kayu yang jatuh dari atas bangunan but I didn’t realize that. Then, suddenly my partner noticed that and he run to save me. Unfortunately, I was fell down and so do him but a piece of wood was fall on his legs. Now, I feel so sorry for him and di sebabkan Ard, dia patah kaki kiri. Until now, Ard rasa bersalah sangat…”, cerita Ard kepada Hadif tentang insiden yang telah berlaku kepadanya.

“Owh, really? if I’m not mistaken, he was Syed Syaqir right? a son of Dato’ Iskandar, am I right?...”.

“Yup, Syaqir Dato’ Iskandar. But, how did you know him?”.

Baru je Syaqir nak menjawab persoalan Hadif, Yana yang baru sampai dari tandas telah datang untuk duduk di kerusi bersebelahan dengan Ard.

“Wahh, macam best je korang berborak Yana tengok dari jauh tadi. Macam serius semacam, macam bincang masalah negara je. Tapi, macam je lah…”, Yana yang baru sampai terus mencelah perbualan Ard dan Hadif. Dah lah banyak pulak ‘Macam’ Yana ni.

“Ahaha, borak kosong je Yana. So, Yana nak order air ape? order je, Hadif belanja both of you, since lama dah tak jumpa kan...”.

Yana dan Ard hanya tersenyum dan mengangguk dengan apa yang diperkatakan oleh Hadif.

“Hmm…Ard, actually Syaqir was my patient’s for now. That’s way I know him and I’ve heard that incident from his parents. By the way Ard, don’t worry too much. He’s in good conditions now and there’s nothing serious to him. I believe that he can get well soon.”

“Owh, really? Alhamdulillah, lega lah kalau macam tu…”.

“And you Ard, I don’t want you to being too much worries about him, he’s okey. Your nervous and clumsy a little bit tu, kena lah kawal sikit Ard. Sebab tu kan jadi macam ni?...”, tebak Hadif kepada Ard.

Uwarghh!! Akak! Hadif buat Ard malu la…dah berasap dah kot pipi Ard ni tahan malu. Hadif masih ingat lagi la perangai Ard yang suka nervous and clumsy ni. Desis Ard di hati.

“Aha. That’s right. Dari dulu until now perangai Ard masih macam tu tau Hadif. Kalut semacam, hahah macam Clumsy Smurf kan, Hadif?”, gurau Yana kepada Hadif.

Seraya mereka berdua gelakkan Ard. Ard hanya diam tersenyum tersipu malu.

Ish, diorang ni. Agak-agak la nak kenakan aku ni. Dah la tengah sakit ni. Dah la depan Hadif pulak tu. Tak pe Yana, tunggu kau dekat rumah nanti. Sabar je la. Hati Ard berbicara sesuatu bagi menangkan perasaan malunya.

Namun, pesanan Hadif itu ada benarnya dan akan menjadi ingatan buat Ard. Tersentak dengan itu, Adriana tersedar dari lamunannya dan dia bangun untuk mengambil wudhu’ bagi menunaikan solat Isya’.

***********

Yana memakirkan keretanya di kawasan parking di hospital tersebut. Sesekali dia melihat wajah Adriana yang gelisah semacam.

“Lorh, apesal kau ni? gelisah macam ulat bulu je aku tengok. Nak pergi jenguk Syaqir je pun, bukannye nak pergi dating dengan Hadif sampai kau kena buat muka macam tu…”, terang Yana kepada Ard setelah melihat muka sahabatnya itu nervous semacam.

“Kau ni kan, kalau tak usik aku tak sah. Tunggu lah kejap, aku nak redakan rasa nervous ni. Macam mana nanti kalau dato’ dan datin ade jugak? bertambah malu lah aku. Dah la, aku ni punca anak diorang jadi macam tu. Kau tak rasa diorang benci ke menyampah ke tengok aku ni Yana? Acaner ni Yana…”, tukas Ard.

“Ish…sampai ke situ kau fikir. Relax la, diorang okey punya. Tu kan memang dah takdir Syaqir selamatkan kau dan jatuh sampai dia patah kaki pulak tu. Tu bukan salah kau la, tu dah ketentuan. Diorang mesti faham punya. Dah la, kawal sikit nervous kau tu. Kalau dato’ aku sure dia okey je lagipun kau tau kan dato’ tu macam mana orangnya. Kalau datin, tu aku tak sure, sebab belum pernah jumpa lagi…hehehh”. Jelas Yana kepada Ard.

Sejurus selepas itu, mereka keluar dari kereta dan bergerak menuju ke wad Syaqir.

Dalam perjalanan mereka menuju ke wad Syaqir, Ard meminta diri untuk ke tandas sebentar.

“Babe, aku rasa aku nak pergi toilet kejap la. Ape kata, kau pergi dulu. Karang aku sampai la. Lagipun, Aiman kan ade. Ade lah teman kau nak berborak kejap kan. Sorry yerk, tak lama, kejap je…”, pinta Ard kepada Yana.

Sempat lagi Ard ni nak ke tandas. Yana hanya menuruti kata Ard dan dia terus menuju ke wad Syaqir.

Dalam perjalanan Ard hendak pergi ke tandas, seorang budak perempuan telah berlari di hadapannya. Malangnya budak perempuan tersebut telah terlanggar seorang wanita yang berusia agak dalam lingkungan 40-an di hadapannya. Lantas Ard segera mendapatkan mereka.

Ard membantu wanita tersebut untuk bangun.

“Sorry auntie, I’m so sorry. I’m not intention to make you fall.”, rayu budak perempuan yang baru sahaja terlanggar wanita tadi. Dari paras wajah budak perempuan itu, jelas dia merupakan pelancong dari Europe, mungkin…kerana wajahnya lebih ke arah Barat macam Katy Perry.

“It’s okey my dear, don’t worry. It’s not your fault, it just accidently. I’m okey my dear…”, jelas wanita itu kepada budak perempuan tersebut.

Baik nya hati budi auntie ni. Dah jatuh macam ni pun masih boleh cakap lemah lembut. Untung lah kalau dapat ibu macam ni. Kalaulah boleh jadi mak mertua ni, boleh jadi geng kot. Hehehh… Getus hati Ard.

“Thanks auntie, may god bless you.”.

“Your welcome my dear…”.

“Auntie, kita duduk dekat situ dulu ye…”, pinta Ard kepada wanita itu sambil memapahnya untuk duduk. Wanita itu hanya menurut.

“Thanks young lady for helping me. You’re so kind.”, ucap wanita itu kepada Ard.

Eh, auntie ni speaking pulak dengan aku. Tapi muka memang macam ada Pan Asia. Darah kacukan kot… desis hati Ard.

“It’s okey auntie, just a small matter.”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki datang dan menyapa wanita itu. Malah, turut duduk bersebelahan dengannya.

“Umi, what happens? Puas Aril cari umi. Daddy told me that you are going to ladies room just now. But now, you’re here with…”, ujar pemuda yang bernama Aril tersebut dan memandang Ard dengan sedikit persoalan di akhir perbualannya.

“I’m Adriana, can called me Ard.”, jawab Ard.

“Actually Aril, just now ade a little girl yang terlanggar umi then umi terjatuh. Luckily, Ard datang tolong umi…”. Ujar wanita tersebut sambil tersenyum memandang Ard.

“Owh, really? by the way, thanks Ard sebab tolong umi Aril.”

“Your welcome, lagipun hal kecil je. Kalau orang lain berada di tempat Ard pun, tentu diorang akan buat the same thing…”, hujah Ard. Wahh…sempat~

“Qisha mane? Dia tak ikut kamu ke?”, soal wanita itu kepada Aril.

“She’s here and already dekat wad dengan ayah and adik.”

Memandangkan anak beranak tu dah mula berborak tentang familly diorang, baik aku cau sekarang. Tak elok di buat orang pasang telinga dengar cerita family orang. Nanti, lama pulak diorang tunggu dekat wad tu. Desis hati Ard.

“Hmm…auntie, since Encik Aril ade temankan auntie, Ard rasa Ard kena gerak dulu. Lagipun, lebih selesa lagi kan auntie nak berbincang dengan Encik Aril ni. Ard nak kena pergi lawat kawan Ard, bimbang pulak nanti diorang tunggu Ard lama. May I?”, soal Ard kepada wanita tersebut.

“Owh, yeke? Sorry my dear. And thanks a lot sebab tolong auntie tadi. Kalau ada jodoh lagi, auntie nak lagi berborak dengan Ard. Terima kasih sekali lagi…”, ucap ikhlas wanita tersebut terhadap Ard begitu juga dengan Aril.

“Sama-sama. InsyaAllah, auntie. Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi, kita berborak panjang lagi ye. Saya minta maaf sebab kena minta diri dulu. Assalamualaikum…”, jelas Ard kepada wanita itu sambil menyalami tangannya.

Setelah itu Ard berlalu pergi meninggalkan wanita tersebut dengan anaknya. Dari pandangannya, wanita itu sangat baik dan peramah. Memang beruntung siapa yang mmenjadi anaknya.

Tiba-tiba HTC miliknya telah berbunyi menandakan untuk di angkat. Siapa lagi kalau bukan Yana yang menelefonnya. Di sebabkan dia pergi ke tandas dalam mengambil masa yang lama, Yana telah pun menelefonnya. Lantas Adriana menjawab panggilannya.



p/s tolong komen sikit o_O

Iftiya Zafyra
http://www.yoursite.com

Mana Simpang Cinta...? Bab 12


Bab 12
Panas terik jugak petang ni. Walaupun dah petang tapi, bahang panas nye tetap terasa. Baru dua suku. Abang Aqief pun belum sampai lagi ni. Tapi yang penting, nasib baik perut bertuah dah isi. Seloroh Adriana dalam hati.

Sekarang ni, Adriana dan Yana telah berada di Putrajaya, tempat tapak projek yang mereka cooperate dengan Xavier Holding. Mereka berdua masih berada di dalam kereta sementara menunggu kedatangan Abang Aqief, Aiman dan Syaqir.

“Awal jugak kita sampai eh? Memang pandai aku drift tadi, hebat, hebat…”, Adriana membuka bicara di dalam kereta.

“Ceh, perah santan betul! Drift lah sangaaatt... Kau tu yang paksa aku lunch cepat-cepat tadi. Nak tercekik aku tau tak. Perut aku ni rasa macam memulas je sebab makanan tak hadam. Kalau perut aku ni ade masalah ape-ape ke, aku claim insurans dekat kau tau…”, jelas Yana kepada Adriana.

“Elehh…suruh makan cepat tu pun nak jadi isu ke? Pape je lah. Lagipun ni kan first project kita. Sebab tu lah kena semangat sikit kawan…ye dok??...”, ujar Adriana kepada Yana sambil tangannya menekan-nekan HTC miliknya  yang tengah bermain game ninja fruit. Siap dengan bunyi ninja sekali. Watchaa!!

“Yela yela, semangat, semangat. Caiyook!! Ahahaha, but babe. Mane diorang ni tak sampai-sampai lagi ni? batang hidung kereta pun tak nampak, apatah lagi batang hidung tuan punya kereta. Bertelor kita tunggu ni… I can’t wait… I can’t wait… heheh, exited je lebih nih.”,

“E’elehh…minah ni, sabar ler. Kejap lagi bos-bos besar tu sampai lah. Dengar je lagu kau dekat radio ni. Takpun, layan lah main game dalam handphone kau tu. Aha, bercakap tentang bos besar, kau tanya lah Aiman diorang kat mane sekarang ni… ”,

“Ha’ah eh. Tapi…tak payah lah kot nak tanye, destinasi diorang kan kat sini jugak. Karang, sampai lah diorang tu. Erm… Hmm… ehehe, message je lah.”,

“Cis! jual mahal jugak nak message rupanya. Mengade betul lah!…”,

Lantas Yana mencapai Androidnya untuk menghantar pesanan kepada Aiman. Dalam dia sibuk mencari di dalam wallet nya, tiba-tiba Yana menjerit.

“Ya Allah ya tuhanku.!! Astargfirullah hal’azim!! Aiman…!!!!!”, jerit Yana tiba-tiba dan membuatkan Adriana lantas memandangnya. Terkejut punya pasal~

Adriana memandang Yana dengan muka yang blur. Sesaat selepas itu dia galak ketawakan Yana sampai berair-air je mata Ard. Lah…Ard ni nak gelak ke nak nangis~ bukan cerita sedih ni Ard!!

“Awak!! Terkejut saya tau. Nasib baik saya takde sakit jantung kalau tak, siap lah awak nanti kalau saya…”, tukas Yana sambil tangannya menekan butang bagi menurunkan cermin kereta.

“Saya, saya, saya ape?? Ahahhaha, saya nak gurau je pun tak boleh ke Cik Dayana Emieyra my sweetheart..!! Ehehehe, sorry ler…”,

Pinta Aiman kepada Yana. La…nak buat drama slot Akasia ke kat sini?siap romantik bagai diaorang ni.

Actually insiden yang berlaku tadi sebenarnya, masa Yana sibuk nak cari handphone dalam handbag rupa-rupanya Aiman dah ade kat luar tingkap. Aiman senyum buat muka pelik dekat luar tingkap Yana.

Lepastu, Yana terpandang lah dekat tingkap. Dia pun terkejut be-rok jugak lah tiba-tiba Aiman dekat tingkap, siap buat muka pelik bagai. Mane tak terkejut.

**********

“So, how is’t Tengku? It’s seems this project was being handled well so far.”, soal Syaqir kepada Abang Aqief sewaktu di tapak projek di Putrajaya.

“Yup, that’s right Syaqir. So far, it’s okey. Hmm…Ard dengan Yana pulak macam mane? since this is the first project for both of you…”, soal Abang Aqief pulak kepada Yana dan Ard.

Keempat-empat lelaki termasuk seorang penyelia dari tapak projek ini memandang ke arah Yana dan Ard. Kedua-dua mereka kelihatan agak sukar untuk melihat akibat topi keselamatan yang di pakaikan.

“For me Tengku, this project was being handled similar according to the schedule. So, as long it same with the schedule  I think it should be no problems here…”, jelas Adriana.

“Ya, that’s right. Anyway Tengku, there’s some area that I found a bit messy with a pile of woods and bricks…”, kali ni Yana pulak menerangkan pandangannya.

“Owh, really? Which area miss?”, soal seorang penyelia yang bersama dengan kami.

Lantas Yana menunjukkan kawasan yang sedikit berselerak dan tidak teratur dengan bahan-bahan binaan.

“Oowh, situ. Maafla, tempat tu diaorang memang longgokkan dekat situ buat sementara then diorang akan alihkan satu persatu. Cik, encik dan Tengku jangan risau. Lepas ni saya akan uruskan dan bagitahu dekat pekerja untuk uruskan secepat yang mungkin…”, jelas penyelia tersebut.

Setelah itu, mereka berenam berbincang mengenai beberapa perkara. Setelah hampir sepuluh minit berbincang, mereka berehat sebentar sebelum meneruskan pemantauan untuk kali terakhir. Manakala Abang Aqief telah meminta diri untuk kembali ke pejabat kerana ada urusan lain lagi yang perlu diselesaikan.

Tapi tidak bagi Adriana. Dia masih ingin untuk berjalan-jalan di sekitar tapak projek tersebut. Saje nak berlagak macam penyelia bagai. Gaya dah macam leftenan tengah periksa perbarisan pulak Ard ni.

Yana pulak sedang rancak berborak dengan Aiman. Siap dengan gelak-gelak macam tengah tengok running man je. Guling-guling je yang tak.

Syaqir pulak ke hulu ke hilir mundar mandir tengok kawasan sekeliling sambil matanya sesekali menatap pada Androidnya. Adriana berada tidak jauh daripada mereka bertiga.

Dalam pada itu, Syaqir yang tengah meneliti kawasan tapak projek itu, dia ternampak sesuatu. Dia ternampak beberapa batang kayu yang jatuh daripada bangunan yang hampir 40% siap itu. Malangnya, kayu itu sedang jatuh ke kawasan yang Adriana sedang berada.

Aiman dengan Yana pulak, bukannye nak tahu keadaan sekeliling. Borak memanjang je.

“Ard..!!! lari..!!”, jerit Syaqir kepada Ard.

Ketika itu semua memandang ke arah Syaqir termasuk juga Adriana. Namun Adriana tidak dapat menangkap apa yang ingin diperkatakan oleh Syaqir. Dia ingat Syaqir saje je nak main jerit-jerit ke ape sebab nak kacau Aiman dengan Yana.

Yelah, Syaqir tak pernah pun main jerit-jerit atau gurau-gurau dengan Ard. Sebab tu lah Ard yang memang seorang yang blur semakin bertambah blur.

Ard yang tengah berdiri dengan muka blur memandang Syaqir. Dengan gaya Ard yang blur, Syaqir sudah mengagak bahawa Ard sebenarnya tidak faham apa yang cuba disampaikannya.

Lantas Syaqir berlari mendapatkan Ard.

Namun Ard telah tersungkur ke tepi terlebih dahulu akibat perlanggarannya dengan Syaqir. Akhirnya mereka berdua telah jatuh ke tanah. Aiman dan Yana dan beberapa pekerja telah menyaksikan insiden tersebut. Terus mereka mengerumuni ke arah Ard dan Syaqir.

“Ya Allah…Syaqir..!!!”, laung Adriana kepada Syaqir.

Ard yang tersungkur dan rebah telah cuba untuk bangun mendapatkan Syaqir yang berada di depannya. Syaqir yang telah rebah ke tanah hanya mampu mengerang kesakitan. Kira-kira dalam dua batang kayu telah jatuh dari atas bangunan dan telah menghempap kaki Syaqir.

Wajah pucat Syaqir di tenung Ard. Jelas terpancar rasa sakit pada wajah yang ditenungnya. Dia yang memang terkejut dengan insiden yang berlaku dan sedikit mengelabah tiba-tiba matanya yang sudah berkaca itu jatuh jua airnya.

“Syaqir..!! bertahan Syaqir, bertahan…!”, raung Adriana kepada Syaqir yang seakan-akan sudah hilang suara akibat menahan kesakitan.

Kelihatan Syaqir telah luka pada pipi kirinya dan terdapat sedikit pendarahan keluar daripada hidungnya. Adriana yang mendampinginya semakin gugup melihat keadaan Syaqir yang semakin lemah.

Rasa bersalah dan kasihan telah timbul pada Adriana. Kerana dialah, punca Syaqir jadi begini.

Ketika itu, Adriana yang telah mendapatkan Syaqir terlebih dahulu daripada yang lain. Setelah itu, Aiman, Yana dan beberapa orang bekerja telah sampai di tempat kejadian.

“Ya Allah… Syaq, Ard!! Syaq, bangun Syaq!!”, pinta Aiman kepada Syaqir. Syaqir yang seakan seperti tidak sedarkan diri lagi.

Lalu Aiman cuba menggerakkan badan Syaqir. Namun, usahanya itu gagal.

“Ard!! masyAllah…kau okey tak? tangan kau dah luka ni… dah, dah, dah, jangan nangis. Bawak bertenang k…”, kali ini Yana pulak memujuk Ard.

Lantas mereka menghubungi ambulans. Keadaan di sekitar itu agak kelam-kabut.

Aiman yang berada di sebelah Syaqir telah mengalihkan kayu-kayu yang telah menghempap kaki Syaqir. Namun dia tidak mengalihkan posisi kaki Syaqir kerana bimbang akan menyebabkan kecederaan yang lain.

Dari pandangannya, besar kemungkinan kaki Syaqir telah patah. Tidak sampai lima minit mereka menghubungi ambulans, ambulans telah pun sampai ke tempat kejadian. Sejurus itu, Syaqir dan Ard di bawa ke hospital.

***************

“Macam mana keadaan anak saya doktor?...”, soal Dato’ Iskandar yang merupakan ayah kepada Syaqir.

“Alhamdulillah… Encik Syaqir dalam keadaan yang stabil dan tiada mengalami sebarang kecederaan serius. Cuma mengalami kecederaan pada kaki kiri sahaja dan sekarang ni keadaannya masih lemah. Alhamdulillah,there is no other serius injuries that have found. No worries, Dato’ and Datin…”,

“Maksud doktor, anak saya patah kaki kiri?...”, kali ini Datin Sofea iaitu ibu Syaqir pulak yang menyoal doktor.

“Iya datin. Dan disebabkan itu, dia perlu berehat at least for three months. Besides that, he needs to obtains treatment which is physiotherapy for let him to get used the fractured leg…”, jelas doktor tersebut.

“Alhamdulillah, nothing is serious happen. Terima kasih doktor. Boleh kami jenguk Syaqir?...”, soal Dato’ Iskandar.

“Boleh Dato’ cuma, if possible do not too many. Bimbang nanti mengganggu rehat Syaqir. Dato’ dan datin faham kan maksud saya?”,

“Ha’ah, kami faham doktor. Anyway, thanks doctor…,”

“My pleasure Dato’. Dato’ dengan Datin silalah masuk…”, pelawa doktor tersebut kepada Dato’ Iskandar dan Datin Sofea.

Sejurus itu, mereka pun masuk ke dalam wad Syaqir berada. Mereka diikuti dengan Aiman yang juga masuk untuk melihat keadaan Syaqir.

Sementara itu, Adriana baru sahaja keluar dari salah satu bilik rawatan. Yana yang menunggunya di luar terus mendapatkannya.

“Macam mane? Kau dah okey dah? Dah la, tak payah susah hati lagi k… lagipun keadaan Syaqir dah stabil…”, terang Yana kepada Ard.

Ard masih lagi dalam keadaan yang sedikit penat pada riak wajahnya. Berjalan beriringan dengan Yana.

“Aku okey, cuma penat sikit… macam mane aku tak susah hati, Syaqir jadi macam tu disebabkan aku tau tak? keadaan dia macam mane Yana? Kecederaan dekat kaki dia tu, aku sure kaki dia patah. Aku nak jenguk dia lah. Tunjukkan aku wad dia…”, pinta Ard kepada Yana.

“Baiklah, aku bawak kau pergi wad dia k. Tapi kau jangan lah lemah sangat macam ni. Takut aku tengak kau macam ni. Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni tau. Baru je tadi Aiman call, dia cakap yang Syaqir okey cuma kaki kiri dia patah je. Dia pun tengah melawat Syaqir dekat wad. Dia kata, yang Syaqir masih belum sedar lagi…”, rumus Yana.

“Thanks Yana…”, ujar Ard kepada Yana.

Dia sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Yana. Walaupun kadang-kadang Yana agak mengjengkelkan namun dia tidak mempedulikannya. Kerana dia tahu, adakalanya Yana akan bersikap lain daripada yang lain bagi melepaskan geram.

Sama seperti dirinya juga. Sebab itulah mereka tetap masih sebagai sahabat yang dah macam adik-beradik dah.

Dalam perjalanan mereka hendak ke wad Syaqir, tiba-tiba Ard dan Yana terhenti seketika langkahnya apabila seorang doktor telah berhenti di hadapan mereka.

“Assalamualaikum… is’t you two?Ard and you Yana?...”, soal doktor itu kepada Yana dan Ard.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Ard ape lagi, blur dua tiga saat lah dengan menanggung sakit yang luka pada tangannya. Asyik-asyik blur je, dah macam muka koala nak tidur je. Sah! Lebih kurang sama je sebenarnya.

Seraya selepas itu mereka berdua menyambut salam dari doktor lelaki tersebut. Setelah itu, barulah Ard mula mengenali doktor tersebut.

“Hadif Irfan!!”, getus Ard di dalam hati.




p/s tolong komen sikit o_O


maaf, ada pembetulan dekat bab ni. Nama umi Syed Syaqir sebenarnya adalah Datin Sofea dan bukan Datin Munirah kerana saya telah membuat sedikit pembetulan & perubahan...tQ~


Iftiya Zafyra