HOME


Tuesday, 6 November 2012

Mana Simpang Cinta...? Bab 11


Pergh!! Penatnya! Penat giler wo! Giler pun tak pernah penat macam ni tau. Eee…Yana ni tak reti-reti nak penat ke? Dah la lama duduk dalam kereta tadi. Masih lagi kebas ni tau.


Rasa macam cupcakes pulak dah dok terperap dalam mangkuk kertas tu je. Tapi, tadi tu versi dok terperap dalam kereta.

Yana ni, balik-balik je dari trip jauh tadi terus je dia rest pulak depan tv sambil makan jajan. Aku terliur sikit jer. Tengok ‘Oh My English!’ la pulak dia. Tak cukup ke dating dengan ‘Oh Her Aiman!’ tadi. Eh, patut lah minah tu selamba sumbu je relax, aku lupa yang dia tu tengah cuti, cuti ABC.

Tapi kan, penat pun tadi tetap best tau! Best sebab baby Aqiel pun ade jugak. Tu je yang best nye. Lagipun Legoland ni lebih sesuai untuk kanak-kanak. Aku rasa, aku pun di dalam kategori kanak-kanak jugak kan?

Dah lama dah tak pergi jalan-jalan macam tu. Next time, aku nak bawak lah laki aku dating dekat sana. Eh, ape aku mengelamun ni! Eiii...asyik nak melarut je~

Aku pulak, terus naik atas masuk bilik dan solat asar. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Trip pergi Legoland tadi termasuk aku, Yana, Aiman, Kak Syira, Abang Aqief dan jugak my pasangan baby Aqiel.

Yang agak frust nye dekat sini, diorang yang pergi tu sume nya dan ade pasangan masing-masing. Diorang memang bagai pinang dibelah empat. Aku pulak takde pinang yang nak dibelah. Kesian~

Jelous nye haku. Untuk menghilangkan rasa jelous tu, aku rembat je baby Aqiel untuk jadi pasangan aku ler.

Sebab tu la aku cakap yang aku ni dalam golongan kanak-kanak jugak. Hehehhe… Aku bawak Aqiel jalan-jalan dekat situ but then, aku berangan lagi.

‘Pelik jugak kalau orang tengok aku ni, bawak budak sorang-sorang dan takde pasangan. Atau lebih tepat lagi suami, dear, abang, husband, hubby, baby, sayang and etc…’ eeuuww~

Lalu aku berjalan-jalan bersama dengan Kak Syira dan Abang Aqief so, tak nampak la pelik sangat tapi, aku ni nampak macam bibik Aqiel la pulak. Erk! Whatever~

“Ard!! Wei, bangun bangun..!! dah nak masuk magrib ni. Bukan anak dara kalau tido time macam ni… bangun, bangun, bangun!”, arah Yana kepada Adriana yang sedang tidur akibat kepenatan berjalan seharian tadi.

“Hmm…ape ni? Membebel bagai mak orang je ni. Kepala aku pening la, bagi la aku rest kejap…”, pinta Adriana kepada Yana.

“Rest tu rest la jugak. Dari asar tadi rest tak cukup ke? dah nak magrib ni, cepat lah bangun tak elok tido time macam ni. Kau ni kenape? Macam sakit je aku tengok? Kau demam ke? Takkan baru jalan sikit tadi dah sakit kot. Ke kau rindu someone...”, ujar Yana kepada Adriana sambil tangannya merasa dahi Adriana.

Hmm..takde pulak panas, okey je aku rasa. Getus Yana di dalam hati.

“Eii…suka suki je eyh. Ha’ah, aku ni sakit lah jugak. Sakit tengok orang tu asyik berkepit dengan balak dia je. Sahabat dia ni kena tinggal macam kulit kacang yang dalam paket tu je. Yela yela aku bangun lah ni. Hmm…berat nye kepala aku. Sape pulak yang hempap kepala aku dengan lego sampai berat macam ni skali eh…”

“Elehh, kau ni. Nak salahkan aku lah pulak. Tu lah, mulakanlah misi nak cari calon suami tu. Cakap je lah nak beli lego dekat sana tadi sebagai souvenir untuk Taufiq kan? tapi kau malu nak beli kan? Ahaha, aku dah agak dah. Macam-macam je kau ni. Dah, cepat bangun then turun bawah tolong aku masak.”

Lantas Adriana membaling Yana dengan bantalnya.

“Wei...Ee kau ni kan, mengada lah. Mentang-mentang lah orang tu keluar dengan buah hati pengarang jantung pisang dia. Sebab tu lah syok kan? Tunggu kau kat dapur karang…”,

Yana menjelirkan lidahnya kepada Ard sebaik sahaja Ard menghabiskan kata-katanya dan setelah itu dia turun ke bawah untuk menyediakan bahan masakan.

******

“Syaq, petang ni kau free kan? Kita ada hal yang perlu di pantau. Jangan bagi excuse pulak. Hal penting ni, antara jodoh, ajal dan maut…”, soal Aiman kepada Syaqir yang berada di pejabatnya.

“Pergh!! Statement kau kalau post dekat facebook, sure dapat like beribu-ribu babe. Hahahaa!! Ape hal yang kau nak cakapkan ni? Aku tak berapa nak faham lah bahasa bunga-bunga kau ni. Hehehh, eh kejap. Hari ni hari rabu kan?…”, terang Syaqir kepada Aiman. Kalau hari rabu masudnya tinggal 3 hari lagi birthday Maria.

“Ha’ah, hari rabu. Kenape? Kau ade date dengan awek ke? Siap lupe hari apa pulak dah. Budak tadika lagi tahu hari ni hari ape tau. Malu nye, malu…”, jawab Aiman kepada Syaqir.

Syaqir pula hanya memberikan jelingan garangnya kepada Aiman dan membuatkan Aiman kembali serius.

“By the way, aku saje je nak buat header yang gempak punya weii. Saje nak bagi orang like banyak-banyak. E’eh. Sesat pulak aku. Tak, macam ni, petang ni kita kena pergi tapak projek dekat Putrajaya untuk pantau projek yang kita cooperate sama-sama dengan ESH tu. Tu je sebenarnya.”

“Oowh…takde lah, aku cuma confuse je hari ni selasa ke rabu… Aha, kau ni pun satu, kau ni main tanya aku bagai. Macam lah kau tak tahu yang aku memang free petang ni. Petang ni pukul berapa nak pergi?”

“Janji dengan Ard dalam pukul 2.30 dah jumpa dekat Putrajaya nanti. So, karang nak pergi drift guna kereta sape?”, soal Aiman kepada Syaqir yang sedang menekan keyboard macbook nya.

Pertanyaan Aiman kepada Syaqir itu membuatkan Syaqir tiba-tiba berhenti daripada menaip macbook nya. Justeru, terus dia memandang Aiman dengan sedikit gelisah pada wajahnya.

“Ha, Eh…Ape? Janji dengan Ard? Adriana?”. Soal Syaqir kepada Aiman dengan muka blur.

“Aik, aku tanya kau, kau tanya aku balik? Ha’ah, Ard tu lah. Ard mane lagi. Dia kan civil engineer project management bagi projek ni. Kenape asal sebut pasal Ard je mesti kau sentap kan? Banyak sangat ke awek yang kau kenal nama Ard tu sampai kau sentap sesaat. Tak pun kau dah mula nak syok kat dia…”.

Cis! Aiman ni perasan lah pulak riak muka aku berubah bila mempersoalkan pasal Ard. Hebat jugak saudara menakan aku ni eh. Getus Syaqir di dalam hati.

“Ha’ah, banyak awek nama tu yang aku kenal. Sebab tu lah aku sentap sesaat kan..???”,

“Yela yela, gurau sikit pun tak boley ke, ha? So, macam mane?”,

“Macam mane?macam mane ape?”, soal Syaqir lagi kepada Aiman.

“Haiyaa… Ya Allah, MasyaAllah, SubhanaAllah betapa berat dan parah nye penyakit kau ni bila sebut nama Ard. Sejak dua tiga menjak ni kau ni buat aku curious je lah. Maksud aku, nak guna kereta sape pergi drift karang dekat Putrajaya? ade fahemm??”,

“Kau ni pun satu. Dah tahu aku ni tak pandai nak faham bahasa bunga-bunga ni asyik je guna bahasa bunga-bunga kau tu kan. Dengan Yana, boleh lah kau ayat dia tapi kalau dengan aku, baik tak payah la. Susah-susah, just speak in english with me la. Later on just use my cars to go there, okey? are you satisfied now?”

“Tahu lah ada mix England ala-ala Brad Pitt bagai... Sekali sekala tu kena la belajar dan fasih bahasa melayu sebagai sokongan terhadap memartabatkan Bahasa Melayu. Kita harus bangga menjadi rakyat Malaysia tau. Malaysia boleh! ehehhe…”

Erk! Mamat depan aku ni dah terlebih bersemangat patriotik la pulak dalam office ni. Desis Syaqir di dalam hati.

“Hahahaa… It’s amazing but whatever. Okey, is it settle Mr. Aiman? May I continue my work? then, good and please go back to your work. Later on I’ll contact you about this afternoon. Oh, later, on lunch hour okey?”

“Yela yela, okey boss! got to go now…”. Aiman meminta diri dan keluar pergi ke pejabatnya.

Petang ni nak kena jadi pelakon lah nampaknya. Yelah, nak kena buat-buat baik dekat Adriana takut nanti kot-kot dia cerita pulak tentang Maria dengan Aiman. Rancang Syaqir di dalam hati nya untuk pertemuannya dengan Adriana di Putrajaya sebentar lagi.

“Hmm…petang ni Ard nak kena pergi tapak  projek yang dekat Putrajaya tu and then Yana pun pergi jugak. Would you like to join us?”, soal Adriana kepada Abang Aqief yang sedang menyemak proposal yang baru diberikan oleh Adriana.

“Oh yeke. Ermm… Since Taufiq is not here, may be abang join kot. What time supposed to be there?”,

“At half past two already there. So, how? you are not confirm yet to join right?”,

“Yup. Not confirm yet, but I’ll inform you as soon as possible…”, mata Abang Aqief masih lagi tertumpu kepada proposal yang dibawakan oleh Adriana tadi.

“Owkey, done. Here, good job Ard! Tak sia-sia je abang ambil Ard kerja kat sini.” Puji Abang Aqief kepada Adriana sambil menghulurkan kembali proposal yang dibawa oleh Adriana sebentar tadi.

Adriana ape lagi, suke lah tu. Sape yang tak suka kalau boss besar puji? Ahaa…

Hidung Ard yang mancung tu dah nak kembang dan memanjang macam pinocchio pulak dah. Pipi Ard yang gebu tu pulak bagai tiba-tiba macam kena tumpah blusher sekotak je. Merah semacam kena puji boss.

Abang Aqief ni siap puji aku bagai. Malu lah aku wahai abang oii… Wahh!! Panas! Panas! Panas…semacam dah rasa muka aku ni, air mane air ? Nak simbah biar bagi sejuk sikit. Boboiboy kuasa angin meh la datang tolong kipaskan muka comel ni. Ni kalau letak ketul ais, confirm tak sampat seminit dah cair. Desis hati Ard.

“Aik? Abang baru perasan ke? Hahahh, I just do my job and give all the comittment for the task that I need to done. Heheh, abang puji-puji Ard ni ade ape-ape ke?”,

“Eh, takdela. That’s the truth la Ard. Same goes to Yana, she’s talented too. Aha…talk about Yana, bila dia nak kahwin eh? Abang tengok bukan main lagi haritu masa dekat Legoland dengan Aiman.”

Eh, ape hal Abang Aqief ni tiba-tiba tukar profession jadi wartawan hiburan ni? Heheh, skru dia dah longgar ke? Oops! Sorry terumpat pulak abang ipar sendiri. Terfikir Adriana seketika di kepalanya.

“Hmm… pasal tu, Ard tak tahu lagi. Yana belum cerita ape-ape lagi pasal dia nak kahwin ke. Tapi, Ard rasa kalau diorang dah ready, mesti langsung lah majlis tu nanti. Hehe, yang abang jadi wartawan tetiba ni kenape? May I know why?”,

“Tak… there’s nothing. Just on the day yang kita pergi Legoland haritu, Aiman pernah tanya abang, about any opinions or suggestions how to proposed a girl. So, I thought Aiman already proposed Yana. That means, Aiman belum ready lagi lah kot.”,

“Owh, yeke? Aiman pernah tanya dekat abang rupanya.”

“And you Ard, adik abang yang bijak pandai ni, bila lagi nak dirikan masjid? Abang tengok calon nya dah ade dah kan? Okey ape. Tak nak ke?”,

“Erk! Calon dah ade? Sape yang abang maksudkan ni?”, soal Adriana kepada Abang Aqief, padahal dia tahu sebenarnya siapa yang dimaksudkan oleh Abang Aqief.

“Laa… Taufiq la, sape lagi. Kenape? Tak sudi ke atau memang dah sudi? Abang tengok Taufiq tu macam syok je dekat Ard. Almost the whole office ni tahu kot. Hahaha”,

“Ish abang Aqief ni. Ard baru je tengah nak stabil ni. Baru je dapat kerja dah nak fikir ke situ pulak. Nanti-nati lah Ard fikir pasal tu. Kalau kes Yana tu lain, tu memang dah bertemu jodoh since study lagi. Cuma kahwin je yang belum, ape kes camtu?  Let me guess, tentu Kak Syira kan yang suruh abang interview Ard kan? Betu tak??”,

“Ermm…nope, but both of us. Hahaha!”,

“Tengok tu, gelakkan Ard. Nasib baik akak takde dekat sini, kalau akak ade, siap lah dia Ard kenakan. Okey la, Ard nak keluar ni nak ready untuk petang ni. Cik abang wartawan ni dah takde ape-ape soalan lagi kan?”

“Hahaha…berani nak kerjakan akak eh, hahhaa. I’ll protect her. Hahaha. Okey, you may go now. Soon, I’ll inform you about this afternoon, ok.”

Adriana lantas mengangguk. Setelah itu, dia berlalu pergi menuju ke bilik pejabatnya.

Alah, akak ni bincang pasal tu la pulak dengan Abang Aqief. Malunya aku. Pergh! Petang ni nak jumpa Syaqir dengan Aiman la pulak. Bertambah lagi malu aku nanti. Dahla Aiman tu asyik usha aku dengan Syaqir je. Rimas lah kalau macam ni.



p/s tolong komen sikit o_O

hope korang bagi lah sedikit komen eh... Ifti nak jugak tahu pendapat dan jugak cadangan korang...owkey~ tQ =D



http://www.yoursite.com

Tuesday, 30 October 2012

Mana Simpang Cinta...? 10


Isnin atau dalam English ‘Monday’. Hmm... it takes four more days to weekends. Alah, isnin kan hari permulaan, banyak orang tak suka tapi tak termasuk aku. Bagi aku, biasa je hari ni dengan weekdays yang lain. Terlebih semangat pulak masuk office.

Sometimes ada yang kata hari isnin ni ‘Bad Monday’. Oh my~ tak perlu lah sampai macam tu sekali. Patutnya kita bersyukur sebab masih lagi bernyawa okey...

Hari ni aku rembat baju kurung warna turqouise dengan shawl warna kuning cair yang sepadan dengan corak bunga pada baju aku. Ikutkan hati, aku nak je rembat yang warna ungu. Tapi memandangkan hari ni ada meeting dengan lembaga pengarah dan client baru so, aku tak nak lah nampak macam kartun Barney nanti.

Tak pasal-pasal ada pulak yang nyanyi lagu ending Barney masa habis  meeting nanti. Mana aku nak letak muka karang.

Sampai-sampai je di office, mamat tu dah tersengih-sengih tengok aku. Mamat mane? Sape lagi kalau bukan Taufiq.  Nape ek? Shawl aku ni terbalik ke? Tak pun senget macam menara condong? Atau gincu aku ni terseret ke pipi? Eh, aku mana ada pakai gincu, lip balm je aku guna.

“Yes Encik Taufiq, anything wrong with me?...”, Soalku berani kepada Taufiq yang asyik tersengih je tengok aku. Dah tu, tangan sebelah nya memegang fail manakala sebelah lagi cekak pada pinggang. Ingat macho sangat ke buat gaya macam tu. Oh please~

“Oops...sorry,sorry... Nothing, but I just wanna say you look so pretty today. Very nice attire and it makes you looks very confident...”, jelas Taufiq kepadaku. Wow! Ni dah lebih-lebih dah puji ni.

Argh, kurang asam jawa jugak dia ni. Pagi-pagi dah buat aku blushing. Baik aku pakai purple je tadi, biar lah dia nak kata aku macam Barney ke, Blackcurrant ke ape segala purple ke aku tak kisah. Kasih spoil mood aku je.

“Whatever... I got to go now...’’, aku berlalu pergi meninggalkan Taufiq yang dok tercegat je berdiri dekat pintu office tu.

Handbag ku letakkan kemas pada rak yang berada di belakang kerusiku manakala laptop ku letakkan di penjuru mejaku. Ape lagi, lets start the feast! Eh, maksud aku, mula kan kerja macam biasa ler. Takkan lah nak sambut party dalam office ni pulak. Tak pasal-pasal orang kata aku ni meroyan, tak ke kes naya tu.

Kerja sesi pagi telah pun berjalan dengan beres yerk. Nasib baik dah pergi lunch tadi, kalau tak, payah aku nak pergi meeting lepas ni. Banyak persediaan nak kena buat. Tinggal setengah jam lagi untuk hadiri mesyuarat ni. Baik siapkan apa yang perlu dulu.

"Oh my, where did I put that file? Semalam ade dekat Yana ke atau aku dah bagi dekat Abang Aqief? Eii, tak leh jadi ni...", getus Adriana di dalam hati.

Terus punat telefon yang berada di mejanya di tekan dan mendail nombor Yana.

“Assalamualaikum Yana, aku nakkan kepastian ni. Kau ade pegang ke contract file tu semalam?...”,

“Waa’laikummussalam...contract file? Yang warna biru tu ke...?”,

“Ha’ah, warna biru. Aku tak jumpa lah fail tu...”,

“Aku tak pegang lah, kan kau yang  last settlekan dengan Dato’ Iskandar tu...”,

“Aku tak ingat lah. By the way, instinct aku ni kuat kata yang fail tu memang ade dengan aku. Tapi, bila cari, takde pun... Aku risau lah, dah lah tinggal setengah jam lagi nak meeting ni. Dato’ Iskandar pun ade jugak..”,

“Laa...ye ke. Hmm...kau kata fail tu macam ade dekat dengan kau but then bila kau cari kau tak jumpa. Aku suggest kau carilah dalam kereta. Mana lah tahu kau lupa nak bawak fail tu naik kan? Sebab tu kau rasa dekat tapi bila cari, takde... Eh macam chipsmore, kejap ade kejap takde...”,

“Marvellous, thanks Yana..!! it’s great idea! Aku lupa pulak nak cari dalam kereta eyh... wahh, tak sia-sia je kan aku call kau ni. Lega sikit hati aku ni. Heheh, aku tertinggal file tu dalam kereta kot...Okey lah, aku nak turun kejap amik fail tu. By the way, thanks a lot my friend!!...”,

“Ya Allah, Ard. Tak payah la sampai nak menjerit, aku ni belum pekak lagi lah. Dah la tu, pergi cari cepat. Tak sampai setengah jam lagi nak meeting ni. Last but not least, good luck my friend for looking that trouble file...”,

“Okey, bye Yana...!!”, terus aku meletakkan telefon menuju ke parking kereta. hmm... dengan harapan aku jumpa lah fail bertuah tu.

Tak sampai sepuluh minit aku telah berada di hadapan Suzuki Swift kesayanganku. Ape lagi, bertukar jadi CSI lah sebab nak geledah kereta tu. Ala, macam Eddie Cibrian dalam CSI Miami tu.

Tu one of my favourite cerita. Dulu cita-cita nak jadi ahli forensik tapi tak jadi sebab Kak Syira tak kasi. Sebab nya, nanti susah nak cari calon suami. Ye ke, ade ke macam tu? Merepek je kan?

Tapi, betul-betul pulak aku ikut kata Kak Syira. Ehehehe...

“Aha! Alhamdulillah. Dah jumpa pun kau trouble file. Walaupun kau sebesar A4 paper je tapi kau lah nyawa aku untuk terus bertahan di Emperial Shah Holding ni tau. Wahh...nikmat, nikmat, nikmat...”, omel Adriana di sisi keretanya.

“Owkey, sekarang ni kau ikut aku balik office k. Sebab banyak orang rindu dekat kau ni. Maklumlah, kau ni nilai nya berjuta-juta. Kalau hilang, 50 tahun pun aku kerja, tetap tak mampu nak ganti jumlah kau. Tak gitu?...”, ujar Adriana pada fail yang sekarang ini terletak pada tangannya dan menggerakkan hujung fail tersebut sebagai tanda faham fail itu mengikut katanya.

Dengan keadaan Adriana yang berseorangan di basement dan bercakap seorang diri dengan fail pulak tu, memang tak ubah macam orang sewel.

Kalau lah Pak Guard yang jaga CCTV dengan bangunan tu, terserempak dengan Adriana depan-depan tak ke ngeri tu. Terserempak dengan manusia aneh yang pernah bercakap sorang-sorang dengan fail. Kalau bercakap depan cermin, tu perkara biasa lah bagi perempuan, kan?Ehehehe...

“Ya Allah, tinggal 15 minit lagi nak meeting. Macam mana lah aku boleh leka dekat sini. Nak kena transform jadi macam Flashman dalam cite Justice League tu nampaknya. Tapi, kali ni versi turqouise dan bukan merah. Ehehehe...lari, lari, lari!!, omel Ard pada dirinya sendiri.

Setelah itu, dia tergesa-gesa menuju ke pejabat dengan langkah yang beribu-ribu langkah. Dalam keadaannya yang terburu-buru, Ard telah terlanggar seseorang.

Puncanya? Sebab dia letak mata dekat lutut lah, tu lah pasal sampai terlanggar.

“Oops...sor...sor...sorry encik...”, lantas Ard melafazkan maaf pada orang yang telah dilanggarnya.

“Awak...!”, serentak Ard dan Syaqir berkata sambil berpandangan antara satu sama lain. Sedikit riak terkejut pada wajah mereka berdua.

“Eh, dia ni. Syaqir lah...”, getus Ard dalam hati.

“Sorry, Syaqir... Saya tak nampak, lagipun saya tergesa-gesa ni. Maaf...”, ujar Ard kepada Syaqir sambl memperkemaskan baju dan fail di tangannya.

“Eh, takpe. It’s okey. Salah saya jugak tak nampak awak. Awak pergi lah dulu, nampak macam ade hal yang urgent je...”, dalih Syaqir kepada Ard.

“Ha’ah, okey...sorry, saya pergi dulu. Assalamualaikum...”, setelah mengungkapkan kata-kata itu Adriana lantas menuju ke pejabatnya.

Waa’laikummussalam, jawab Syaqir di dalam hati.

“Eh, tu bukan Ard ke babe...?”, soal Aiman kepada Syaqir yang baru sahaja sampai di ruang hadapan pintu utama Emperial Shah Holding.

“Yup, that’s Adriana kawan kau. Dia terlanggar aku tadi masa dia lalu kat sini...”, terang Syaqir kepada Aiman.

“Oowh, ye ke. Hmm...baguslah macam tu...”, Aiman melemparkan senyumannya yang agak curious untuk dirungkaikan.

“Eh, apa yang bagus? Sengihan kau tu lain macam je aku tengok...”,

“Takde pape. Cuma, punya lah besar bangunan ni, kau jugak yang dia langgar kan? Aku cuma harap kau akan dapat jodoh secepat yang mungkin. Lagi cepat dari aku lagi lah bagus. Adriana tu orangnnya masih single, baik, bijak, pandai plus cantik puak tu. Tak berkenan ke wahai Syed Syaqir al-Fatha??”,

“Aii cik abang sorang ni, nak kena penangan hikmat dari cik adik Yana ke? Bukan main lagi puji Adriana nampak...”,

“Aku puji dia bagi pihak kau lah babe. Biar mata dan hati kau terbukak luas nak pergi cari isteri. Kau ni, usik sikit pun tak boleh ke? Aku suggest kau usha lah Ard tu, mane lah tahu kot-kot dia pun sangkut jugak kat kau ke...”,

“Dah, dah, dah... merepek je kau ni. Jom lah naik, nanti lambat pulak. Naib baik kau dengan aku, kalau dengan ayah aku tadi entah tak tahu lah ape nak jadi. Tapi ayah aku tu baik...”,

“Hmm...tu aku setuju. Ayah kau memang baik dan disebabkan dia sangat baik, kalau lah Pak Long yang terlanggar dengan Ard tadi, aku sure dia akan pinangkan Ard untuk anak teruna dia yang belum reti-reti nak kawen-kawen lagi ni. And that’s you Syed Syaqir al-Fatha...”, ulas Aiman kepada Syaqir sambil tangannya menepuk lembut belakang Syaqir.

“Kau ni memang tak boleh di layan sikit, dah jom gerak”, arah Syaqir.

Ape lah Aiman ni, macam nak sangaatt jodohkan aku dengan kawan dia tu , Adriana. Aku lebih sayang kan Maria la weii...

Di dalam bilik mesyuarat Adriana hanya diam dan mendengar kertas kerja yang disampaikan oleh Taufiq selaku ketua projek bagi Emperial Shah Holding. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Syaqir di dalam meeting yang diadakan.

Apa yang dia tahu adalah Dato’ Iskandar dan Syed Aisy Aiman yang akan hadir pada mesyuarat itu sebagai wakil daripada Xavier holding. Tapi yang hadir adalah Aiman dan juga Syaqir.

Rupa-rupanya Syaqir adalah anak kepada Dato’ Iskandar iaitu Syed Syaqir al-Fatha Syed Iskandar, Pemilik kepada Xavier Holding. Kedatangannya pada mesyuarat hari ini adalah menggantikan ayahnya yang tidak dapat hadir pada mesyuarat ini di atas urusan kerja yang lain. Patutlah aku terserempak dengan dia tadi.

Aha! Same goes on that day! Aku pernah ternampak dia dekat bangunan ni haritu. Masa aku mula-mula masuk bekerja dekat sini. Patut lah pernah nampak. Company diorang ada link dengan company Abang Aqief rupanya.

Selesai sudah mesyuarat dan secara rasminya Emperial Shah Holding telah mengikat satu contract dengan Xavier Holding.

“Tak sangka pulak aku yang anak Dato’ tu yang gantikan dia hari ni. Aiman tak cakap pun...”, bisik Yana kepadaku. Aku hanya mengjengket bahu mendengar kata-kata Yana.

Sewaktu itu, mesyuarat telah selesai dan semua orang tengah sibuk untuk beredar tapi tidak bagi Abang Aqief, Taufiq, Aiman dan jugak Syaqir. mereka berempat masih lagi berborak.

“Aiman lupe lah tu nak bagitau dekat kau. So, mesti kau tengah hepi sekarang ni kan? Cik abang pengarang jantung di depan mata lah katakan...”, sengaja aku mengusik Yana memandangan Aiman berada di ESH ni.

“Hish, kau ni kan. Walau ape pun, kena behave jugak. boss tengok nanti, boleh kena potong gaji. Taknak lah aku...”,

“Haha tau takpe. Jom keluar.” Ajakku kepada Yana untuk beredar dari bilik mesyuarat tersebut.

Sebaik sahaja Aiman melihat aku dan Yana hendak keluar dari bilik itu, dia dan Syaqir segera meminta diri dengan Abang Aqief dan Taufiq.

“Tengku, nampaknya saya dengan Syaq nak minta diri dulu lah. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam projek ni...”, pinta Aiman kepada Abang Aqief.

“Baiklah Aiman, maklumlah bunganya ade dekat sini kan? tak sabar nak jumpa lah tu. Saya pun nak ucap terima kasih jugak dekat Aiman dan Syaqir sebab sudi bekerjasama dengan kami. Nanti, sampaikan salam saya kepada Dato’ ye...”, ujar Abang Aqief kepada Aiman dan Syaqir.

“Baiklah Tengku, saya akan sampaikan. Orang sebelah ni je yang macam dah tak sabar nak jumpa bunga dia tu...”, terang Syaqir kepada Abang Aqief sambil mengenakan Aiman yang berada di sebelahnya.

Setelah selesai bersalam Aiman dan Syaqir mula turun ke bawah ke tempat receptionist. Di situ, mereka menunggu Yana untuk berjumpa dengan Aiman.

“Ard, teman aku turun bawah jumpa Aiman jap. Tolong lah...”, rayu Yana kepadaku sebelum aku sempat masuk kebilik pejabatku.

“Alah, nak dating pun perlu ajak aku jugak ke? Aneh, pelik...”,

“Jom lah, temankan aku kejap...jom lah...”, rayu Yana memujukku.

“Kau belanja aku dinner malam ni, boleh?...”, umpan ku terhadap Yana.

“Yela yela, aku belanja kau nanti...”,

Berjaya je proses pujuk memujuk Yana dengan aku, kami terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan Aiman. Dari jauh aku sudah melihat kelibat Aiman dan Syaqir yang telah duduk di sofa yang telah di sediakan di bahagian penyambut tetamu itu.

Aiman segera bangun manakala Syaqir masih leka menekan-nekan Androidnya. Setelah beberapa ketika barulah Syaqir bangun dan menghala ke arah kami bertiga.

“Alamak, ade orang ade jodoh lah pulak dekat sini selain saya dengan awak Yana...”, ujar Aiman sebaik sahaja Syaqir datang mendekati kami.

Apa yang Aiman cuba nak cakap ni. Tak kesampaianlah apa point dia.

“Oowh...Yana faham. Maksud Aiman, Ard dengan Syaqir ade jodoh lah kan, betol tak? Tengok, warna baju pun sama turqouise...hehehhe...”, terang Yana dengan jelas.

Ha’ah lah, baru aku perasan. Baju aku dengan Syaqir sama warnalah. Masa mesyuarat tadi takde lah perasan sangat sebab masa meeting Syaqir pakai coat suit. Sekarang ni dia dah buka coat so, nampak lah warna kameja Syaqir.

“Tengok tu, muka Ard dah blushing...ahahhaa...” usik Aiman kepadaku. Aiman ni memang tak sah kalau tak usik aku, dari zaman universiti lagi.

“Weyh, diam lah. Mane ade aku blushing, suka suki je eyh... Yana, aku naik atas dulu lah, banyak kerja nak buat...”, dalihku pada Yana.

“Ard, kejap lah, tunggu kejap k. Tak payah ambil hati dengan Aiman tu. Macam kau tak tahu perangai dia yang suka mengusik kau tu...hehehe...”, pujuk Yana.

“Hmm...aku tunggu kau dekat kereta je lah Man...”, kali ni Syaqir pula bersuara dengan Aiman.

“Aha, ni lagi sorang. Sabar kejap babe. Dah nak habis dah pun conversation ni. Yana, Ard kiteorang balik dulu lah. Fikirlah nanti pasal ape yang kite bincang kejap tadi tentang hujung minggu ni...”, ujar Aiman.

“Ha’ah...InsyaAllah, nanti kiteorang dua bagitahu lah macam mane nanti k.”, jawab Yana

“Kiteorang gerak dulu. Assalamualaikum...”, ucap Aiman sebelum beredar.

“Waa’laikummussalam...”, seraya aku dan Yana menjawab.

Syaqir hanya tersenyum dan kemudiannya dia dan Aiman bergerak keluar menuju ke arah kereta mereka.

Melepaslah aku nak main dengan Aqiel hujung minggu ni kalau si Yana ni berjaya pujuk aku. Tapi best jugak pergi jalan-jalan. Lagipun, Legoland tu kan tempat baru and baru siap pulak tu.

Aha! Ape kata aku ajak Kak Syira dengan Abang Aqief sekali then bawa baby Aqiel sekali. Kan best tu. Nanti lah aku bagitahu. Harap-harap jadi...



p/s tolong komen sikit o_O

*maaflah kalau yang highlight putih tu mengganggu pembacaan korang. Iftiya pun dah cuba macam2 nak hilangkan, tapi tak jugak dpt2...xpe, yg penting dapat bace kan?




Mana Simpang Cinta...? 9


“Bangun pagi... gosok gigi... cuci muka terus mandi...gigi putih sihat dan kuat...Dania Adriana sangat suka...hahahaa...”, nyanyi Adriana sendirian di bilik air ketika ini.

Hujung minggu yang sangat best. Semua orang sangat sukakan hujung minggu, ape lagi it’s shopping time!

Tok.tokk.tokk.... bunyi ketukkan pada pintu bilik mandi Adriana. Siapa lagi kalau bukan si Yana yang bertuah tu.

“Oi Cik Dania Adriana, cepat lah sikit mandi tu. Karang ada pulak kena tinggal nanti. Sibuk nak nyanyi je, mana tak lama mandi nya tu. Patut lah lama...cepat tau!”, arah Yana kepada Adriana di dalam bilik mandi.

“Cepat lah sangat...Ye, iye aku cepatlah ni. Sabar lah kejap. Nanti aku belanja kau makan yer...”, umpanku kepada Yana. Yana ni, sebut je pasal makan, aku sure 120% dia akan setuju punya maa...

“Hmm...yela yelah. Pandai kau ek nak bodek aku dengan makanan. Cepat sikit bersiap tu nanti aku demand nak makan dekat hotel five stars, baru kau tahu nak buat muka kesian dekat aku pulak. Masa tu akan ada istilah ‘tiada kesian bagimu’...”, jawab Yana yang berlalu pergi meninggalkan bilik Adriana.

Sengaja Yana menekankan sedikit nada ketika menyebut perkataan terakhir.

Uissh...Yana ni memang tak sah kalau tak buat hidup aku ni kelam kabut. Tak sampai lima minit Adriana telah keluar dari bilik mandi. Setelah itu, dia berkejar-kejar di dalam bilik untuk bersiap keluar shopping dengan Yana.

Hari ni, Adriana memilih untuk memakai pashmina hitam dan mengenakan baju biru bercorak bunga hitam. Disebabkan dia dalam keadaan tergesa-gesa jadi tak sempat lah nak gosok baju dan sebab tu jugak dia pilih baju yang tak nampak kedut. Nampak sangat malas kan?

Bukan malas tapi tak sempat je, okey... Eh, lebih kurang je tu.

“Sorry lambat, sengaja. Let’s go..”,  tukas Adriana kepada Yana yang sedang membelek majalah di sofa ruang tamu kediaman mereka.

“Kau ni kan, memang sengaja tau... Okey, sekarang ni kita nak keluar naik kereta aku ke atau kereta kau?”, soal Yana kepada Adriana.

Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua apabila keluar shopping, mereka akan menggunakan sebuah kereta iaitu salah sebuah kereta antara mereka. Bukan apa, berkongsi kereta kan lebih baik lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu dan dapat menjimatkan minyak.

“Hmm...guna kereta aku lah. Kau kan dah puas tunggu aku bersiap tadi. Lagipun aku ingat nak isi minyak kereta  tu...”, ujar Adriana kepada Yana sambil mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.

“Okey, jom gerak...”, arah Yana pula kepada Adriana.

Yana mengunci pintu pagar rumah manakala Adriana menghidupkan enjin Suzuki Swift miliknya. Aha. Baru je keja dah ada kereta? Suzuki Swift pulak tu?

Sebenarnya kereta tu hadiah daripada Abang Aqief dan Kak Syira. Diorang kasi sebab aku dah berjaya tamatkan pelajaran dan juga sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 25 tahun.

Mula-mula memang lah aku taknak terima, hadiah tu punya lah besar sangat lah dan tak sanggup nak terima sebab diorang dah cukup baik selama ni. Tapi, setelah di pujuk Kak Syira dan Abang Aqief aku menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka tapi dengan syarat.

Syaratnya adalah, tu adalah pemberian yang terakhir daripada mereka kerana banyak sangat dah mereka tolong aku.

Sebaik sahaja Adriana dan Yana sampai ke shopping kompleks, Adriana mencari parkir kereta dan akhirnya menemui parkir yang terletak betul-betul berhadapan dengan pintu masuk kompleks tersebut.

“1212...hmm, cantik nombor plat kereta ni. Mesti mahal, tengok kereta pun dah tahu mahal. Eh, macam tarikh lahir Hadif lah pulak 12 Disember...”, seloroh Adriana di dalam hati sebaik sahaja keluar dari kereta untuk menuju ke pintu masuk kompleks tersebut.

Hampir sejam Adriana dan Yana berjalan-jalan di dalam kompleks tersebut. Adriana yang sudah terasa penat dan lapar sekadar mengikut arah jalan Yana.

“Wei, babe. Tunggulah kejap. Kau tak penat ke? Aku dah lapar dah ni, siap berdisko lagi perut ni tau. Kita lunch dulu nak tak?...”, soal Adriana kepada Yana. Sengaja tangannya menunjuk perutnya yang lapar itu kepada Yana.

“Ha’ah lah...dah dekat nak pukul satu suku lah. Patutlah perut aku shuffle jugak ni. Okey lah, kita pergi makan dululah. Nak makan kat mana ni? Eh, aku lupa, kau yang belanja kan?...” , dalih Yana kepada Adriana.

“Hmm...yela, memang aku yang belanja pun. Kan masa kat rumah tadi aku dah offer...nape? taknak ke? Kalau taknak, lagi senang kerja aku. Tak payah aku nak keluarkan duit dari wallet kan? hahaha...”, siap gelakkan Yana lagi Adriana dengan statement nya terhadap Yana.

“Laa...kau ni kedekut nye. Aku cuma tanya je, saje nak test memory kau je lah. Takde-takde, kau yang kena belanja aku. Janji harus ditepati tau. Sekali sekala sedekah la dengan aku ni...”.

“Ahahah...ape lah kau ni Yana. Yelah, memang aku kena belanja kau pun kerana kesabaran kau tunggu aku bersiap tadi. Ahahaha... jom, makan dekat Kenny Rogers je nak?...”.

“Kenny Rogers? Okey sangat tu, makan dekat situ memang mengenyangkan. Ayam, nasi, salad, muffin...hmm...I like...”,

“Tengok tu, dah mula dah buat perangai. Kalau lah Aiman tengok kau macam ni, malu semalunya kot Aiman disebabkan kau. Dah jom pergi makan...”, ajak Adriana kepada Yana.

Mereka berjalan menuju ke Kenny Rogers. Setibanya di tempat duduk di dalam restoran tersebut, tiba-tiba Adriana terpandang seseorang yang sedang berjalan menuju ke kedai sukan yang bertentangan dengan Kenny Rogers. Dia terpegun seketika melihat lelaki yang memakai T-shirt berwarna Turquoise.

“Yana, cuba kau tengok lelaki baju Turquoise tu...”, arah Adriana kepada Yana. Lantas Yana terus menjenguh ke luar cermin.

“Eh. Sape tu? Hensem nye babe. Kau dah pandai skodeng lelaki eh, sejak bila pulak ni ha... Wahh, hebat! Tapi macam kenal je. Tapi, macam je lah...”, jelas Yana kepada Adriana. Ceh, hampeh betul lah Yana ni. ‘Tapi’ je yang banyak..

“Kau ni kan, cakap macam confident giler. Tapi last last, hampeh giler. Ape lah. Bila masa pulak aku nak skodeng, aku nk kau recognise je sape lelaki tu. Muka dia macam...”,

“Hadif Irfan...!!”, serentak Yana dan Adriana menjawab.

“Yup, muka dia macam Hadif senior sekolah kite dulu merangkap ketua pengawas yang paling baik dan paling bijak. Eh, aku rasa memang bukan lagi dah. Tu memang dah sah-sah Hadif...”,

“Ha’ah lah babe. Ard, aku rasa tu memang Hadif la, walaupun bertahun-tahun tak jumpa tapi aku tetap rasa yang tu Hadif. Tengok tu, masih pakai spec lagi...”,

“Ape nak buat eh,”,

“Pergi lah tegur dia, lagipun kau kan junior yang paling rapat dengan Hadif dulu. Mesti dia masih ingat dekat kau...”,

“Kau sendiri pun cakap ‘dulu’, so automatiknya sekarang tak lagi ler...”.

“Ya Allah, lurus bendul jugak kau ni eh. Belajar je tinggi-tinggi. Sungguh tak ku sangka, aahhahah... pergi je lah, pergi tanya khabar ke apa ke...”.

“Ee...kau mengutuk aku eh? Sedap nye mulut. Takpe, dah la kau order makanan banyak tadi kan, lepas ni bayar sendiri okey. Aku nak tegur dia kejap...”,

Baru je Adriana nak bangun dari meja makan, lelaki tersebut telah berjalan pergi meninggalkan kedai tersebut. Apa lagi, tekedu Adriana melihat lelaki tersebut berjalan menuju meninggalkan kedai tersebut.

Belum sempat Adriana datang untuk menyapanya, tetapi dia telah bergerak meninggalkan kedai sukan itu. Perasaan kecewa dan menyesal telah hadir di dalam hati Adriana.

Yana pula sempat gelakkan Adriana namun terhenti setelah Adriana memberikan jelingan dan mempamerkan muka yang mengerikan.

“Jelas bebenor terpancar riak sedih muka Ard ni, it’s dangerous...”, getus Yana di dalam hati.

“Takpe Ard, mungkin belum ada jodoh untuk kau bersemuka dengan Hadif. Mane lah tahu kan kalau-kalau esok lusa kau akan terserempak dengan dia  lagi. Masa tu, kau jangan pulak lepaskan peluang nak tegur dia. Nanti merana disebabkan persoalan...”, terang Yana kepada Adriana.

“Yelah, aku tahu. Kenape lah aku lambat sangat nak bertindak tadi. Aigoo...”, omel Adriana pada dirinya sendiri. Tidak lama selepas itu, makanan yang di pesan mereka telah pun sampai dan mereka menjamu selera dengan keadaan yang sedikit senyap terutamanya Adriana yang dah tak ubah macam budak-budak yang hilang mainan.

Selesai makan, mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat zohor. Setelah itu, mereka meneruskan membeli-belah di beberapa buah kedai yang berada di dalam kompleks itu. Dalam masa yang sama, Adriana berharap agar dia dapat bertemu dan terserempak dengan Hadif sekali lagi.

Semasa Yana masih di dalam kedai barangan Nose, Adriana berada di luar kedai tersebut. Dia tidak merancang untuk membeli barang lagi. Sebenarnya dia masih memikirkan kejadian yang telah berlaku tadi.

Di dalam keadaannya yang asyik ke hulu ke hilir memikirkan Hadif, tiba-tiba dia telah tersedar dari lamunannya akibat perlanggarannya dengan seseorang.

Aduh.! Itu adalah yang di perkatakan oleh Adriana sebaik sahaja teranjak ke belakang akibat perlanggaran tadi dan yang paling membuatkan hatinya panas adalah, barang-barang dan beg-beg yang dibawanya telah jatuh ke lantai.

“Wei, buta ke.?”, soal perempuan muda yang cantik dan terlebih seksi itu kepada Adriana.

“Maafkan saya, saya tak sengaja. Sorry..”, wajah perempuan seksi itu di pandang Adriana. Eh, perempuan ni. Pernah nampak la. Tapi... aha. Perempuan yang keluar dengan sepupu Aiman hari tu.

“Dah lah tu B, dia tak sengaja pun. Lagipun takde ape-ape kan.? Kita pergi kedai lain nak?...”, soal lelaki yang datang bersama dengan perempuan seksi tersebut.

Menyampah nye aku, dah lah langgar aku. lagilah aku menyampah dengar word “B” tu a.k.a “Baby”... Uwekks~

Tapi kenapa dia dengan lelaki lain pulak, bukan dengan Syaqir sepupu Aiman tu. Ni mesti perempuan ni curang dan main kayu banyak sangat. Mesti Syaqir tak tahu yang perempuan seksi ni keluar dengan lelaki tua ni. Eh, tak baik buruk sangka dengan orang.

“Okey, I maafkan you. Jom B, kita pergi jalan tempat lain pulak...”, ujar perempuan seksi itu dengan Adriana dengan sombongya. Nampak sangat tak ikhlas minta maaf.

Adriana mengambil barang-barang dan beg-beg nya yang terlepas dari tangannya akibat perlanggarannya dengan perempuan seksi itu. Setelah itu, Yana telah selesai membeli barang di kedai dan hairan melihat Adriana yang seakan menunduk mengambil barang-barangnya.

“Apesal ni Ard? macam ada something wrong somewhere je?...”, soal Yana.

“Ha’ah. Memang something wrong somewhere. Entah dari mana datang nya perempuan tak cukup kain tu terlanggar aku, habis terlepas semua barang-barang ni...”, berang Adriana sewaktu mengambil barang-barangnya.

“Hmm...banyak nye dugaan kau hari ni Ard... ish, ish, ish... simpati pulak aku...”, kata Yana sambil sedikit gelak tawa di hujung ayatnya.

Adriana hanya memberikan jelingan dan mukanya masih terpancar ketidakpuasan hatinya akibat insiden tadi. Ni dah termasuk dua dah insiden yang berlaku pada masa yang singkat di kompleks tersebut.

Agaknya, apa lagi lah dugaan aku lepas ni...getus di dalam hati Adriana.



p/s tolong komen sikit o_O