Bab 15
Satu jemputan
yang baik tetapi tidak pernah difikirkan oleh Adriana. Jemputan ke majlis doa
selamat itu membuatkan hatinya bercampur baur rasanya.
Gembira pun ada,
takut pun ada dan yang teruk, malas pun ada tau. Mana taknya, tak pernah-pernah
sebelum ni Adriana di jemput mahupun diundang ke majlis keluarga tersebut.
Rasa gembira
sebab dapat berjumpa lagi dengan Auntie Sofia. Rasa takut sebab berjumpa dengan
satu family diorang dan sudah semestinya banyak orang-orang besar yang akan
datang nanti. Mesti la ada rasa malu nanti.
Malu lah kan,
mana lah tahu nanti, Ard terpanggil makcik tu auntie, padahal auntie tu mak
datin kau! Aha, tak ke malu nye nanti.
Rasa malas pulak
sebab, perlu keluar waktu malam. Adriana sememangya tidak suka keluar mahupun
memandu pada waktu malam kerana dia mempunyai masalah silau.
Jemputan itu
telah disampaikan oleh Yana kepada Ard. Jemputan apa tu?
Tu adalah
jemputan untuk majlis makan-makan disertai dengan doa selamat sempena Syed
Syaqir semakin sembuh dari kecederaanya. Sebentar tadi, Yana telah memberitahu
kepada Ard tentang majlis tersebut.
Yana memberitahu
Ard semasa mereka berada di pejabat siang tadi.
“Ard, Aiman call
aku tadi. Dia kata ada jemputan untuk kita la.”, kata Yana kepada Ard.
“Jemputan apa
pulak ni? korang kan lagi ade dalam empat bulan nak kahwin kan, lama lagi tu…”,
terus Adriana menjawab.
“Eh, ke situ
pulak kau fikir. Yang tu lama lagi lah. Actually family Syaqir tu nak buat
majlis makan-makan serta doa selamat malam esok. Datin Sofia yang suruh ajak kita
sekali, terutamanya kau Ard. Dato’ pun jemput Abang Aqief dengan Taufiq jugak.
Tu, Aiman yang bagitau tadi.. so, sekarang ni, tinggal nak bagitau kat kau je…hehehhe…”.
“Ek elehh…aku
jugak yang last kau nak bagitahu? kawan ape macam ni babe, ni yang tak best nya
kalau orang dah nak kahwin ni. Asyik lambat je nak bagi info dekat aku.”.
“The reason why,
kau adalah salah seorang yang dikehendaki untuk pergi. So, perlu masa yang
sesuai la nak bagitahu dekat kau kan…”.
“Eh…asal pulak?
Kalau aku tak nak macam mane? Kau pun tahu kan aku ni tak suka keluar waktu
malam…”.
“Betul, aku tak
tipu…Aiman yang cakap datin tu nak sangat kau pergi. Mungkin dia rindu kot nak
jumpa gadis yang bakal menambat hati anak terunanya kot… Ehehehe…”.
“Erk…whatever
lah Yana. Tengok lah macam mana nanti. Lagipun tu malam esok kan, bagi lah aku
fikir lagi. Lagipun kerja banyak ni, nak siapkan untuk esok, kau pun sama jugak
kan. Tak baik buat kerja separuh jalan tau, nanti tak berkat hidup…”.
“Hahahem…dan
sesungguhnya jugak adalah tidak baik dan tidak elok sekiranya seseorang yang
telah dijemput untuk datang ke sesuatu majlis namun tidak menghadirinya.
Ahahaha…nak berceramah dengan aku la konon, tapi sendiri yang kena balik. Lawak
la kau ni Ard. By the way, kecik hati datin nanti kalau kau tak datang. Jangan
jadi menantu derhaka pulak…dan sesungguhnya…”. Belum sempat Yana meneruskan
kata-katanya itu, Adriana telah mencelah terlebih dahulu.
“Eh, eh… banyak
la kau punya ‘dan sesungguhnya’… kau ni kan, memang pandai sangat nak mengayat
aku. Dah tu, tetiba pulak pasal menantu derhaka ni muncul. Ni bukan kisah Si
Tanggang tu tau. Jauh nye kau menyimpang dari cerita tadi. Merepek je lah.
Yela-yela, aku fikirkan lah nanti ye future wife Mr. Aiman…”, dalih Ard sambil
tergelakkan Yana.
“Eyy…tak sabar
nak aku tinggalkan kau kat rumah tu ke?”, Yana mengenakan Ard kembali.
Namun, tiba-tiba
HTC milik Ard telah berbunyi untuk minta di jawab. Ard melihat pada skrin
Androidnya, satu nombor yang tidak dikenali sedang menelefonnya.
Tanpa
melengahkan masa, dia terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello?,”, jawab Ard ketika menjawab panggilan tersebut
sambil memandang Yana yang berada dihadapannya.
“Hello,
Assalamualaikum…ni Ard ke?”, soal suara yang menelefon Ard.
“Ya, saya Ard.
Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”.
“Oh ya, ni
auntie, umi Syaqir. Ard masih ingat tak?”, rupa-rupanya Datin Sofia yang
menelefon Adriana. Wajah Ard tiba-tiba berubah merah kerana malu dan penyakit
nervous dia tu dah datang.
“Owh…auntie, Ard
ingatkan siapa yang call tadi. Lagipun tak ade nama dekat panggilan tadi, maaf
ya auntie. Hmm…mestilah Ard masih ingat lagi dekat auntie. Auntie apa khabar,
sihat?”, soal Ard kepada Datin Sofia.
Manakala Yana
yang berada dihadapan Ard sedikit terkejut dan teruja apabila Ard menyebut
“auntie” dalam perbualannya. Kalau macam tu dah sah-sah la yang Datin Sofia
sedang bercakap dengan Ard di telefon.
Ape lagi, Yana
sempat lagi membuat mimik muka terujanya dan sekejap-sekejap boleh gelak
sorang-sorang pulak. Tetiba aneh pulak perangai Yana. Namun, Ard meneruskan
perbualannya dengan Datin Sofia.
“Alhamdulillah,
auntie sihat. Ard pulak macam mana, tangan Ard tu dah baik ke belum?”, soal
Datin Sofia sekali lagi.
Nampak gayanya,
Datin Sofia dan Ard ni memang menjual dan membeli soalan je dari tadi. Macam
tak nak habiskan perbualan je. Dah macam orang berpantun pulak dah. Baik masuk
pesta pantun kan.
“Alhamdulillah
auntie, Ard pun sihat. Tangan pulak dah pulih lama dah. Keadaan Syaqir pulak
macam mana auntie? Dah ade perkembangan dekat kaki dia?”.
Semakin galak
Yana ketawa bila dengar soalan ditujukan Ard ke Datin Sofia. Bukan apa, macam
pelik je Yana dengar Ard boleh tanya pasal Syed Syaqir. Hehehhe…
“Ha’ah, tu la
auntie nak telefon Ard ni. Syaqir alhamdulillah sihat, his leg also already
slowly recovered and now he just used canes to move..”.
“Owh…really?
Alhamdulillah, glad to hear that auntie…”.
“Actually Ard,
auntie call ni sebab nak jemput Ard datang ke majlis doa selamat and
makan-makan malam esok. Would you like to come and join us? bawa lah Yana
sekali. Lagipun, auntie dah pesan dekat Aiman suruh bawa both of you and also
dato’ pun dah jemput Tengku and Taufiq to come. If I’m not mistaken his name is
Taufiq, your colleague right?...”.
“Ya auntie, his
name is Taufiq. About tomorrow night, Yana already told me just now and she
knew it from Aiman. InsyaAllah auntie, if there’s no barrier I will come and
join it, for sure..”.
“Glad to hear
that also Ard. Auntie harap Ard dapat datang besok, boleh la kita berborak lagi
kan. Lagipun, auntie pun dah lama tak jumpa Ard. Nasib baikla Aiman ade nombor
telefon Ard, dapat lah jugak auntie berborak dengan Ard walaupun sekejap
kan...”.
“Ahahaa…yeke?
Auntie dapat dari Aiman rupanya. Tak apelah auntie, bercakap dalam telefon ni
pun kira okey jugak. Ard pun dah lama tak berborak dengan auntie. InsyaAllah,
kalau takde aral melintang, Ard dengan Yana akan datang la ke majlis tu besok.
Terima kasih sebab jemput kiteorang, auntie…”.
“Your welcome my
dear. Jangan lupa majlis esok… auntie nak letak dah ni, mesti Ard banyak lagi
kerja kan?”,
“Ha’ah, ade
kerja tapi tak la sibuk sangat sekarang ni. Tentang esok, auntie jangan risau.
InsyaAllah, kami akan datang..”.
“Baikla, jaga
diri baik-baik ya. Kita jumpa dan berborak lagi esok. Assalamualaikum…”.
“Ya auntie,
terima kasih. Waa’laikummussalam…”, akhirnya tamat jua perbualan di antara
Adriana dengan Datin Sofia.
Setelah itu, apa
lagi Yana. Dia dah siap dah dengan soalan yang dia nak tanya dengan Ard. Yelah,
dia tengok tadi bukan main rancak lagi Ard berbual dengan Datin Sofia di dalam
telefon.
Tapi, belum
sempat Yana bertanya, Ard telah terlebih dahulu bersuara. Habis la kau Yana…
“Asal kau buat
muka tu? Ade something yang pelik ke dekat aku? Kau jangan nak soal aku
macam-macam eh. Dari riak muka kau yang mengade tu, aku dah tahu…”, tukas Ard
sebaik melihat riak muka Yana yang seperti sudah sarat dengan bertubi-tubi
soalan.
“Aha! Tu la, kan
aku dah kata tadi. Bukan aku je, Aiman pun cakap macam tu. Tengok, sampai datin
pun sanggup call kau sendiri tau nak jemput kau pergi ke majlis malam esok. Mana
nak cari orang yang care sangat-sangat macam tu tau. Ahahhaa, ni belum jadi menantu
dia dah layan kau macam ni. Kalau dah jadi menantu dia, confirm kau akan
bahagia lah. Seronok lah kau nanti, aku pun turut menumpang keseronokkan kau
tu….Ehehhehe…”, rumus Yana.
“Kau ni kan, tak
habis-habis ke situ. Sudah-sudah lah tu Yana oii… mengade betul la. Ni, cuba
kau tengok jam. Dah pukul berapa dah ni? baik kau balik ke bilik kau, nanti
boss nampak, fikir kau ni dok asyik melepak je nanti dan dengan aku sekali kena
karang..”, dalih Ard.
“Ek elehh, tadi
tu dia berbual dalam handphone bukan main lagi rancak. Siap gelak-gelak lagi
tu…”.
“Itu urusan
kerja yang lain, sama je tapi dalam situasi yang berbeza..”.
“Iye lah tu.
Urusan kerja lah sangatt… urusan mencari calon suami namanya tu…ahahha.”,
“Eyy…mengade
betul la minah depan aku ni. Dah lah tu Yana, please back to the reality yerk…
urusan kau kat sini dah selesai kan? Pergi la balik ke bilik kau, aku nak
sambung kerja ni. Lunch nanti macam biase ye…Hehehhe…”.
“Sengihan kau tu
macam ade makne je. Lunch nanti sendirian berhad okay, takde makna nya nak ade
tajaan dari penaja. Okey la, aku keluar dulu. Yang pasal esok tu, kita pergi
eh...”.
“InsyaAllah,
kalau kau belanja lunch, aku 99% akan pergi. Kau tu macam lah aku tak tahu, kau
nak pergi sangat sebab nak jumpa dengan Aiman je pun kan…”.
“Tengok tu, buat
kerja tak ikhlas. Tak baik tau, tak berkat nanti…dan sesungguhnya…Ehehe,
yela-yela aku keluar, tak perlu la kau nak buat muka macam tu. Aku tahu, lagi
lama aku kat bilik kau ni lagi panjang pulak masa lepak aku...”.
“Eh, sedar
rupanya. Alhamdulillah…tau takpe..”.
Sejurus selepas
itu, Yana keluar meninggalkan bilik Adriana dan kembali ke biliknya. Suasana di
pejabat agak sibuk dengan perkembangan projek baru yang telah ditandatangani
oleh Emperial Shah Holding.
***************
Keesokkan
harinya, di pejabat, Adriana bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja yang akan
diberikan kepada Taufiq untuk disemak. Ketika itu, Adriana kelihatan sibuk bagi
menyiapkannya.
“Alhamdulillah,
siap pun kau. Jom aku bawak kau jumpa dengan Taufiq eh…”, getus hatinya sambil
memegang kertas kerja tersebut.
Sebelum memasuki
bilik pejabat Taufiq, Adriana terlebih dahulu mengetuk pintu biliknya.
“Masuk la…”,
ujar Taufiq yang sedang menghadap komputer ribanya.
“Assalamualaikum…”,
ucap Adriana sambil memegang fail ditangannya yang akan diberikan kepada
Taufiq.
“Wa’alaikummussalam…please
have a sit.”, balas Taufiq dengan sebuah senyuman.
“Owh, thanks…
Here, I have brought a proposal for you to check, please take a look…”.
“Owh…okay.”
Balas Taufiq lagi.
Sambil Taufiq
membelek-belek proposal tersebut, sempat lagi Adriana meneliti wajah Taufiq.
Dari pandangannya, Taufiq seperti tidak cukup rehat. Eh! Sempat lagi ye.
Jelas kelihatan
pada mata Taufiq agak kuyup, mungkin kerana tidak cukup rehat mahupun tidur.
Tapi, Taufiq ni memang memiliki jenis mata yang kuyup. Hmm…
Baru Ard
teringat, Taufiq ni baru balik dari Dubai dua hari yang lepas di atas urusan
kerja. Lama jugak Taufiq berada di Dubai, lebih kurang satu bulan dia berada di
situ. Dia pun baru masuk kerja petang semalam namun, Adriana tidak sempat
berjumpa dengannya.
Mungkin sebab
dah hampir sebulan Taufiq outstation dekat Dubai jadi, bila balik ke Malaysia
mungkin dia masih lagi tidak biasa dengan suasana dan keadaan di Malaysia
barangkali.
Mulalah Adriana
ni berangan dan mengelamun. Sempat lagi tu tau. Ard ni memang tak kira tempat
la dia macam tu.
“Ard, hello??
Ard…”, tukas Taufiq sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah
Adriana.
Laa…minah ni
sempat mengelamun bagai.
“Owh, ye. Sorry,
sorry…erk…hmm, how was that proposal, it’s okay?”, soal Adriana agak
tergopoh-gapah kepada Taufiq.
Bukan apa, Ard
ni nak cover malu sebenarnya, sebab tu la tanya soalan dekat Taufiq. Muka dah bukan main lagi merah tahan malu. Tu
la sempat lagi nak mengelamun depan orang. Sendiri tanggung malu ler…
“About this
proposal, it’s okay. You did a good job for this. Hmm…why are you looking at me
like that? Do you miss me? Ahaha…if in that case, Taufiq pun rindu dekat Ard
jugak sebenarnya. Maklum la, lama sangat stay dekat Dubai. Rindu pulak nak tengok
muka Ard yang suka blur nih. Ahahaha…”, seraya je Taufiq meluahkan rasa
rindunya kepada Ard di sertai dengan gelak.
Adriana ape
lagi, geram segeramnya lah bila dengar statement Taufiq tu. Dah la suka suki je
cakap ‘muka Ard yang suka blurr nih’. Panas statement tu, tapi sebenarnya
memang betul pun kan.?? Tapi tetap jugak panas,panas…
Pergh! Malu lagi
muka aku nih. Mane kotak? aku rasa macam nah letak muka dalam tu je supaya
takde la nak blushing je. Getus hati Ard. Geram punya pasal.
“Eh, no…Mane ade
saya tengok awak, saya tengah berfikir something la..”.
“Ye lah tu,
nampak sangat nipu…Ahahha…”, sekali lagi Taufiq tergelak kerana Ard. Statement
Taufiq dah macam Ucup Wilca dalam HKBR je.
“Ye la, betul la apa saya cakap. Awak tu yang fikir
lebih-lebih pulak..”.
“Kalau macam tu,
boleh saya tahu apa yang Ard fikir tadi?”. Soal taufiq lagi sambil keningnya
naik turun bertanya kepada Ard. Lucu pulak dia melihat gelagat Adriana.
“Tak…err…hmm…I
just thinking that, why your face is looks lifeless? Did you not get enough
sleep or what?...”, tersoal jugak akhirnya Adriana kepada Taufiq.
Sekali lagi
taufiq tergelak kerana Ard. Soalan yang ditujukan oleh Ard membuatkan Taufiq
geli hati mendengarnya. Bagi Adriana pula, dia tidak merasa pun yang dia telah
membuat lawak sebentar tadi.
“Ahahaha…sebab
tu rupanya. Saya ingatkan sebab ape lah tadi. Hmm…caring jugak awak dengan
saya, ya Ard. Sampaikan awak perasan pulak dengan muka lifeless saya nih. Mungkin
sebab saya tak cukup tidur dan tak cukup rehat kot… penat tu memang ade, but
what to do. A lot of work is waiting for me and also to see you, Ard…”, rumus
Taufiq.
“To see me?
takde maknanya la. Kenapa tak nak ambil mc, kalau dah tahu penat, ambil je la
kan…”.
“Iya, betul…taknak
la ambil mc, lagipun saya nak jumpa Ard la the reason why I’m back to work.
Especially, when I found out about the incident that happen to you a few weeks
ago..”.
“Ha! Awak tahu
tentang tu? ni mesti Abang Aqief yang bagitahu kan? Tak lain dan tak bukan, dia
lah kan…”.
“Of course la
dia, siapa lagi kalau bukan dia kan. Baguslah tu, dia nak bagitahu saya, kalau
nak harapkan awak, sampai bila-bila pun saya takkan tahu kan, am I right?...”.
Pada masa itu,
Adriana sudah mula menundukkan wajahnya. Ape lagi, sebab malu la dan tak
terkata untuk menjawab soalan Taufiq tu.
“So, macam mana
dengan tangan tu, nampak macam dah okey kan?”.
“Alhamdulillah
okey…lama dah tangan ni baik. Lagipun insiden tu pun dah lama…”.
“Ye ke lama?
ha’ah…agak lama jugak sebab agak lama jugak tak tengok muka Ard kan…”.
“Suka hati awak
la nak cakap ape. Kalau dah takde ape-ape lagi, saya nak balik ke bilik saya.
Ade lagi kerja yang nak buat...”.
“Siapa cakap
takde ape-ape lagi.. Tentang malam ni, I’m sure you knew that right?...”.
“Malam ni?
Hmm…ha’ah, majlis doa selamat dekat rumah Dato’ Iskandar tu ke? erm…yup,so
kenapa?...”.
“I thought I
wanted to pick up you and Yana going to that event tonight, may I?...”.
“Owh…erm…hmm…it
sounds great to have a driver for tonight, ahahahha… but I need to ask Yana
first and later on I’ll let you know. It’s okay?”. soal Ard kepada Taufiq.
Hmm…agak
mengejutkan juga kerana Ard sudi untuk Taufiq menjemputya dan Yana pada malam
ini untuk pergi ke majlis di rumah Dato’ Iskandar. Selalunya bukan main lagi
Ard juah mahal dekat Taufiq.
Ni Ard tengah
demam panas ke ape sampai dia pun setuju dengan cadangan Taufiq tu. Pelik pulak
rasanya di atas persetujuan Ard tadi.
“Really? are you
sure? Macam tak caye je, boleh saya tahu kenapa Ard boleh terima pelawaan saya
kali ni? awak demam panas eh? Ke dapat bonus hari ni?”.
“Ape pulak
kaitan demam dengan bonus dalam cerita kita ni. Asal pulak tak caye, awak
serius ke tak ni? lagipun saya tak suka keluar waktu malam apatah lagi nak
drive, sebabnya saya ade masalah silau..”.
“Owh…macam tu.
Teruk ke masalah silau awak?”.
“Not really… so,
may I back to my office now? Tentang jadi ke tak malam ni, nanti saya bagitahu
awak. Ni nak kena tanya dengan Yana dulu la…”.
“Ha’ah, jauh
pulak sembang kita ni. Saya tunggu jawapan dari awak untuk malam ni tau. Back
to this proposal, it’s okey and I’ll submit it to Aqief later. Congrats for the
great job Ard..”, ucap Taufiq sambil memegang dan meletakkan proposal itu ke
mejanya.
“Thanks, I got
to go now…thanks once again, assalamualaikum…”, kata Ard sambil berlalu keluar
meninggalkan bilik Taufiq.
“Wa’alaikummussalam…”,
jawab Taufiq dengan nada yang perlahan.
Sememangnya
Taufiq tidak menyangka bahawa Adriana sudi untuk menerima pelawaannya. Terubat
sedikit rindunya terhadap Adriana setelah hampir sebulan berada di Dubai atas
urusan kerja.
Selepas keluar
dari bilik Taufiq, Adriana sempat singgah ke bilik Yana untuk memberitahu
pelawaan Taufiq sebentar tadi. Akhirnya tanpa sebarang halangan dan pertanyaan
daripada Yana, Yana pun turut bersetuju dengan pelawaaan tersebut.
Beberapa jam
telah berlalu dan malamnya sudah tiba. Akhirnya selepas Isya’, Taufiq telah
datang ke rumah sewa Yana dan Ard untuk menjemput mereka berdua pergi kerumah
Dato’ Iskandar.
Di dalam kereta
mereka agak seronok berborak. Macam-macam topik yang diborakkan. Namun, dalam
hati Ard sebenarnya dia sudah mula merasa gemuruh bercampur teruja untuk
berjumpa dengan Datin Sofia.
Kira nak
hilangkan rasa tu, dia layan je lah apa topik yang Taufiq ajak untuk berborak.
Kesian dekat Taufiq kan. Asalkan hati dapat senang maa…
Hampir dua puluh
minit perjalanan kami ke Ukay Perdana menuju ke rumah Dato’ Iskandar. Kami
telah pun sampai di hadapan banglo mewah tersebut. Betapa besar dan cantiknya
rumah Dato’ Iskandar dengan tumbuhan hijau dan juga terdapat sebuah kolam
mandi. Sudah pastinya, penghuni di rumah ini tahu berenang. Huhu…
Untung juga jadi
anak orang berada ni kan. Untung memang untung asalkan tak lupa pada agama.
Kerana agama penting untuk meningkatkan keimanan didalam jiwa seorang insan itu
sendiri.
Majlis yang
diadakan nampaknya agak sederhana dengan jemputan dari kaum keluarga Dato’
Iskandar yang terdekat sahaja. Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut, Yana dan
Adriana menuju ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Datin Sofia.
Manakala, Taufiq
pula terserempak dengan Abang Aqief dan Aiman dan seperti biasa, kalau lelaki
berjumpa, berborak lah jawabnya.
Ini juga
menunjukkan, sudah semestinya Kak Syira dan baby Aqiel sudah sampai dan berada
di dalam rumah tersebut. Sebab ni la juga membuatkan Adriana segera nak masuk
ke dalam rumah untuk berjumpa dengan anak buah kesayangannya, baby Aqiel.
Banyak kaum
keluarga Dato’ Iskandar pada malam itu dan semua mereka kelihatan peramah dan
baik. Walaupun saling tidak mengenali, mereka sudahpun dapat beramah mesra
sesama sendiri. Belum sempat Adriana sampai ke dapur, dia telah melihat kelibat
Datin Sofia. Terus sahaja Adriana menghampirinya.
“Assalamualaikum,
auntie…”, ucap Adriana sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan
Datin Sofia dan juga turut dituruti oleh Yana.
“Wa’alaikummussalam,
Ard, Yana… alhamdulillah, datang jugak kamu. Auntie tercari-cari jugak dengan
kamu berdua ni tadi…”, jawab Datin Sofia dengan cerianya melihat wajah
kedua-dua sahabat baik itu.
“Maafla
kiteorang lambat sampai, auntie..”, ujar Yana kepada Datin Sofia.
“No problem my
dear, kamu berdua bukannya lambat sangat pun. Yang penting, kamu berdua datang
malam ni. Kamu berdua datang sendiri ke? Auntie dah jumpa dah dengan kakak kamu
Ard kat sana tadi. Comel sungguh anak dia kan…”.
“Owh yeke?
Auntie dah jumpa kak Syira rupanya. Kiteorang dengan Taufiq sekali tadi. Dia
yang jemput kiteorang dekat rumah, senang sikit nak pergi rumah auntie sebab
dia pun tahu selok belok tempat ni..”.
“Bagusla kalau
macam tu. Meh la duduk kat sana sementara tunggu majlis ni selesai. Akak Ard
dengan Qisha pun ade kat sana..”.
“Err…auntie, ade
apa-apa yang nak ditolong tak?”.
“Takde my dear,
semuanya dah settle. Nak tunggu masa makan je lagi..”. terang Datin Sofia
kepada Yana dan Ard.
Selepas itu,
mereka menuju ke arah dimana Kak Syira dan Kak Qisha berada. Sesudah sampai
ditempat tersebut mereka pun berborak-borak. Dari jauh Adriana ada ternampak
kelibat Syed Syaqir.
Gembira hatinya
melihat Syed Syaqir yang semakin pulih keadaan kakinya walaupun masih
menggunakan tongkat dan tidak lagi kerusi roda. Dalam mereka berbual, Yana dan
Ard sempat berbual dan beramah mesra dengan saudara-mara Syed Syaqir dan juga
Syed Aiman yang merupakan keluarga besar Dato’ Iskandar.
Dalam Adriana
sibuk melayan karenah anak buahnya, Aqiel dia juga sempat bermain dengan anak
buah Syed Syaqir iaitu Sharifah Syifaa Qalisya atau nama panggilannya Syifaa.
Syifaa merupakan anak kepada Encik Aril dan Puan Qisha yang baru berumur
setahun dua bulan.
Seronok betul
Adriana melayan karenah budak-budak, sebab Adriana memang jenis yang sukakan
budak-budak. Kalau jumpa Aqiel, memang habisla masa dia bermain dengannya.
Di samping itu,
dalam mereka berkenalan dan beramah mesra dengan keuarga besar Dato’ Iskandar,
rupa-rupanya Encik Aril mempunyai seorang kembar namun, berlainan jantina iaitu
Sharifah Syahila Fathia atau nama panggilannya Syahila.
Ini bermaksud,
Syed Syaqir mempunyai seorang abang dan seorang kakak yang kedua-duannya
merupakan pasangan kembar. Seronok jugak ada saudara kembar nih.
Hasil
perkahwinan Dato’ Iskandar dan Datin Sofia, mereka telah dikurniakan dengan
tiga orang anak. Anak sulung mereka merupakan pasangan kembar itu, Syed Syahril
Al-fatha dan kembarnya Sharifah Syahila Fathia. Manakala anak bongsu mereka
adalah Syed Syaqir Al-fatha. Anak bongsu rupanya, patutla manja kan…
Ketika dimajlis
rumah Dato’ Iskandar itulah dia tahu serba sedikit tentang latar belakang
keluarga Dato’ Iskandar. Adriana dan Yana juga sempat berkenalan dengan kakak
kepada Syed Syaqir iaitu kembar kepada Encik Aril, Kak Syahila.
Dari
pandangannya, Kak Syahila agak berbeza daripada Syed Syaqir dan Encik Aril. Kak
Syahila orangnya seperti agak sombong dan mukanya dengan penuh curiga je
Adriana lihat.
“Asal pulak akak
Syaqir ni macam tak suka aku ni? sombong semacam je. Anak dia dah la comel,
kembar pulak tu. Riak wajah tak suka tu sekadar nak try test uji kebaikan aku
ke ape eh. Takpe, nanti-nanti dia tahulah aku ni jenis yang macam mana kan. Tak
baik kalau aku nak menilai seseorang tu dalam masa yang singkat ni. Nasib baik
anak-anak dia comel. Nevermind Ard, you can handle it right?...”, getus hati
Ard.
Dia merasakan
Kak Syahila melihatnya seperti seorang penjenayah kes rompakan lah pulak. Dah
tu, Kak Syahila seperti endah tidak endah sahaja perbualan Adriana terhadapnya.
Lagak seperti seorang yang sombong. Mentang-mentang lah anak orang kaya kan.
Tapi, tak pula seperti Encik Aril dan Syed Syaqir, diorang bukan main lagi
ramah dengan orang lain walaupun tidak saling mengenali.
Sikap Kak
Syahila itu turut dirasakan oleh Yana juga. Yana sempat lagi berbisik dengan
Adriana tentang perilaku Kak Syahila.
Tapi apakan
daya, itu adalah rumah mereka dan terpulang bagi mereka untuk melayan tetamu.
Namun, adab tetamu semestinya diterapkan dalam setiap insan. Mungkin itu adalah
memang perangai Kak Syahila dengan orang yang baru berkenalan dengannya
barangkali.
Tidak lama
selepas itu, majlis doa selamat telah selesai dan tiba masa untuk menjamu selera. Tiba-tiba Adriana dan
Yana terdengar Datin Sofia memanggil Aisya.
Lantas wanita
yang bernama Aisya bangun untuk berjumpa dengan Datin Sofia. Namun, dalam
perbualan mereka membuatkan Yana dan Ard sedikit tergamam.
“Aisya, meh ke
depan kejap… Hadif panggil ni…”, pesan Datin Sofia kepada wanita yang bernama
Aisya tersebut.
“Owh, yeke?
Baikla mak long, Aisya datang ni…”, jawabnya.
“Yana, Ard,
Syira, Qisha jom kita ke depan. Kita makan sama-sama kat sana. Come…”, kali ini
Datin Sofia mengajak Yana, Ard, Kak Syira dan Kak Qisha untuk menjmu selera.
Hadif?? Mak
long??
Dua perkataan
ini membuatkan Adriana berfikir sebentar. Mak long?? Maksudnya, Aisya adalah
anak saudara Dato’ Iskandar dan Datin Sofia.
Hadif?? Adakah
Hadif yang dia kenal selama ini. Entah-entah…Hmm…tak mungkin kot, tu cuma
kebetulan je nama yang sama.
Yana dan Ard
sempat saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua seperti
memberitahu masing-masing tentang apa yang difikirkan. Kiranya, otak pandai
mereka berdua ini memikirkan perkara yang sama dalam masa yang sama.
“Yana,
Ard…kenapa masih tercegat kat situ lagi, meh la kita ke depan. Come, come…”,
ajak Datin Sofia lagi.
Yela, Yana
dengan Ard ni pun satu. Sempat lagi nak berangan walaupun orang dah panggil.
Ish, ish, ish… Yana pun dah terikut dengan perangai Ard nampaknya.
Dalam perjalanan
Yana dan Ard ke ruang depan, mereka berdua melihat kelibat seorang wanita
bersama tengah berborak dengan seorang lelaki. Alangkah terkejutnya Yana dan
Ard apabila melihat wajah pasangan yang sedang berborak itu.
Sedikit rasa
kecewa dan terkejut dalam diri Adriana apabila melihat pasangan itu. Namun, dia
tetap bersabar dan diharap dia dapat mengetahui perihal sebenar dia turut
berada di majlis ini.
p/s tolong komen sikit o_O
Thanks sudi membaca & hope korang enjoy!
