HOME


Sunday, 2 June 2013

Mana Simpang Cinta...? Bab 15



Bab 15

Satu jemputan yang baik tetapi tidak pernah difikirkan oleh Adriana. Jemputan ke majlis doa selamat itu membuatkan hatinya bercampur baur rasanya.

Gembira pun ada, takut pun ada dan yang teruk, malas pun ada tau. Mana taknya, tak pernah-pernah sebelum ni Adriana di jemput mahupun diundang ke majlis keluarga tersebut.

Rasa gembira sebab dapat berjumpa lagi dengan Auntie Sofia. Rasa takut sebab berjumpa dengan satu family diorang dan sudah semestinya banyak orang-orang besar yang akan datang nanti. Mesti la ada rasa malu nanti.

Malu lah kan, mana lah tahu nanti, Ard terpanggil makcik tu auntie, padahal auntie tu mak datin kau! Aha, tak ke malu nye nanti.

Rasa malas pulak sebab, perlu keluar waktu malam. Adriana sememangya tidak suka keluar mahupun memandu pada waktu malam kerana dia mempunyai masalah silau.

Jemputan itu telah disampaikan oleh Yana kepada Ard. Jemputan apa tu?

Tu adalah jemputan untuk majlis makan-makan disertai dengan doa selamat sempena Syed Syaqir semakin sembuh dari kecederaanya. Sebentar tadi, Yana telah memberitahu kepada Ard tentang majlis tersebut.

Yana memberitahu Ard semasa mereka berada di pejabat siang tadi.

“Ard, Aiman call aku tadi. Dia kata ada jemputan untuk kita la.”, kata Yana kepada Ard.

“Jemputan apa pulak ni? korang kan lagi ade dalam empat bulan nak kahwin kan, lama lagi tu…”, terus Adriana menjawab.

“Eh, ke situ pulak kau fikir. Yang tu lama lagi lah. Actually family Syaqir tu nak buat majlis makan-makan serta doa selamat malam esok. Datin Sofia yang suruh ajak kita sekali, terutamanya kau Ard. Dato’ pun jemput Abang Aqief dengan Taufiq jugak. Tu, Aiman yang bagitau tadi.. so, sekarang ni, tinggal nak bagitau kat kau je…hehehhe…”.

“Ek elehh…aku jugak yang last kau nak bagitahu? kawan ape macam ni babe, ni yang tak best nya kalau orang dah nak kahwin ni. Asyik lambat je nak bagi info dekat aku.”.

“The reason why, kau adalah salah seorang yang dikehendaki untuk pergi. So, perlu masa yang sesuai la nak bagitahu dekat kau kan…”.

“Eh…asal pulak? Kalau aku tak nak macam mane? Kau pun tahu kan aku ni tak suka keluar waktu malam…”.

“Betul, aku tak tipu…Aiman yang cakap datin tu nak sangat kau pergi. Mungkin dia rindu kot nak jumpa gadis yang bakal menambat hati anak terunanya kot… Ehehehe…”.

“Erk…whatever lah Yana. Tengok lah macam mana nanti. Lagipun tu malam esok kan, bagi lah aku fikir lagi. Lagipun kerja banyak ni, nak siapkan untuk esok, kau pun sama jugak kan. Tak baik buat kerja separuh jalan tau, nanti tak berkat hidup…”.

“Hahahem…dan sesungguhnya jugak adalah tidak baik dan tidak elok sekiranya seseorang yang telah dijemput untuk datang ke sesuatu majlis namun tidak menghadirinya. Ahahaha…nak berceramah dengan aku la konon, tapi sendiri yang kena balik. Lawak la kau ni Ard. By the way, kecik hati datin nanti kalau kau tak datang. Jangan jadi menantu derhaka pulak…dan sesungguhnya…”. Belum sempat Yana meneruskan kata-katanya itu, Adriana telah mencelah terlebih dahulu.

“Eh, eh… banyak la kau punya ‘dan sesungguhnya’… kau ni kan, memang pandai sangat nak mengayat aku. Dah tu, tetiba pulak pasal menantu derhaka ni muncul. Ni bukan kisah Si Tanggang tu tau. Jauh nye kau menyimpang dari cerita tadi. Merepek je lah. Yela-yela, aku fikirkan lah nanti ye future wife Mr. Aiman…”, dalih Ard sambil tergelakkan Yana.

“Eyy…tak sabar nak aku tinggalkan kau kat rumah tu ke?”, Yana mengenakan Ard kembali.

Namun, tiba-tiba HTC milik Ard telah berbunyi untuk minta di jawab. Ard melihat pada skrin Androidnya, satu nombor yang tidak dikenali sedang menelefonnya.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Hello?,”,  jawab Ard ketika menjawab panggilan tersebut sambil memandang Yana yang berada dihadapannya.

“Hello, Assalamualaikum…ni Ard ke?”, soal suara yang menelefon Ard.

“Ya, saya Ard. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”.

“Oh ya, ni auntie, umi Syaqir. Ard masih ingat tak?”, rupa-rupanya Datin Sofia yang menelefon Adriana. Wajah Ard tiba-tiba berubah merah kerana malu dan penyakit nervous dia tu dah datang.

“Owh…auntie, Ard ingatkan siapa yang call tadi. Lagipun tak ade nama dekat panggilan tadi, maaf ya auntie. Hmm…mestilah Ard masih ingat lagi dekat auntie. Auntie apa khabar, sihat?”, soal Ard kepada Datin Sofia.

Manakala Yana yang berada dihadapan Ard sedikit terkejut dan teruja apabila Ard menyebut “auntie” dalam perbualannya. Kalau macam tu dah sah-sah la yang Datin Sofia sedang bercakap dengan Ard di telefon.

Ape lagi, Yana sempat lagi membuat mimik muka terujanya dan sekejap-sekejap boleh gelak sorang-sorang pulak. Tetiba aneh pulak perangai Yana. Namun, Ard meneruskan perbualannya dengan Datin Sofia.

“Alhamdulillah, auntie sihat. Ard pulak macam mana, tangan Ard tu dah baik ke belum?”, soal Datin Sofia sekali lagi.

Nampak gayanya, Datin Sofia dan Ard ni memang menjual dan membeli soalan je dari tadi. Macam tak nak habiskan perbualan je. Dah macam orang berpantun pulak dah. Baik masuk pesta pantun kan.

“Alhamdulillah auntie, Ard pun sihat. Tangan pulak dah pulih lama dah. Keadaan Syaqir pulak macam mana auntie? Dah ade perkembangan dekat kaki dia?”.
Semakin galak Yana ketawa bila dengar soalan ditujukan Ard ke Datin Sofia. Bukan apa, macam pelik je Yana dengar Ard boleh tanya pasal Syed Syaqir. Hehehhe…

“Ha’ah, tu la auntie nak telefon Ard ni. Syaqir alhamdulillah sihat, his leg also already slowly recovered and now he just used canes to move..”.

“Owh…really? Alhamdulillah, glad to hear that auntie…”.

“Actually Ard, auntie call ni sebab nak jemput Ard datang ke majlis doa selamat and makan-makan malam esok. Would you like to come and join us? bawa lah Yana sekali. Lagipun, auntie dah pesan dekat Aiman suruh bawa both of you and also dato’ pun dah jemput Tengku and Taufiq to come. If I’m not mistaken his name is Taufiq, your colleague right?...”.

“Ya auntie, his name is Taufiq. About tomorrow night, Yana already told me just now and she knew it from Aiman. InsyaAllah auntie, if there’s no barrier I will come and join it, for sure..”.

“Glad to hear that also Ard. Auntie harap Ard dapat datang besok, boleh la kita berborak lagi kan. Lagipun, auntie pun dah lama tak jumpa Ard. Nasib baikla Aiman ade nombor telefon Ard, dapat lah jugak auntie berborak dengan Ard walaupun sekejap kan...”.

“Ahahaa…yeke? Auntie dapat dari Aiman rupanya. Tak apelah auntie, bercakap dalam telefon ni pun kira okey jugak. Ard pun dah lama tak berborak dengan auntie. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, Ard dengan Yana akan datang la ke majlis tu besok. Terima kasih sebab jemput kiteorang, auntie…”.

“Your welcome my dear. Jangan lupa majlis esok… auntie nak letak dah ni, mesti Ard banyak lagi kerja kan?”,

“Ha’ah, ade kerja tapi tak la sibuk sangat sekarang ni. Tentang esok, auntie jangan risau. InsyaAllah, kami akan datang..”.

“Baikla, jaga diri baik-baik ya. Kita jumpa dan berborak lagi esok. Assalamualaikum…”.

“Ya auntie, terima kasih. Waa’laikummussalam…”, akhirnya tamat jua perbualan di antara Adriana dengan Datin Sofia.

Setelah itu, apa lagi Yana. Dia dah siap dah dengan soalan yang dia nak tanya dengan Ard. Yelah, dia tengok tadi bukan main rancak lagi Ard berbual dengan Datin Sofia di dalam telefon.

Tapi, belum sempat Yana bertanya, Ard telah terlebih dahulu bersuara. Habis la kau Yana…

“Asal kau buat muka tu? Ade something yang pelik ke dekat aku? Kau jangan nak soal aku macam-macam eh. Dari riak muka kau yang mengade tu, aku dah tahu…”, tukas Ard sebaik melihat riak muka Yana yang seperti sudah sarat dengan bertubi-tubi soalan.

“Aha! Tu la, kan aku dah kata tadi. Bukan aku je, Aiman pun cakap macam tu. Tengok, sampai datin pun sanggup call kau sendiri tau nak jemput kau pergi ke majlis malam esok. Mana nak cari orang yang care sangat-sangat macam tu tau. Ahahhaa, ni belum jadi menantu dia dah layan kau macam ni. Kalau dah jadi menantu dia, confirm kau akan bahagia lah. Seronok lah kau nanti, aku pun turut menumpang keseronokkan kau tu….Ehehhehe…”, rumus Yana.

“Kau ni kan, tak habis-habis ke situ. Sudah-sudah lah tu Yana oii… mengade betul la. Ni, cuba kau tengok jam. Dah pukul berapa dah ni? baik kau balik ke bilik kau, nanti boss nampak, fikir kau ni dok asyik melepak je nanti dan dengan aku sekali kena karang..”, dalih Ard.

“Ek elehh, tadi tu dia berbual dalam handphone bukan main lagi rancak. Siap gelak-gelak lagi tu…”.

“Itu urusan kerja yang lain, sama je tapi dalam situasi yang berbeza..”.

“Iye lah tu. Urusan kerja lah sangatt… urusan mencari calon suami namanya tu…ahahha.”,

“Eyy…mengade betul la minah depan aku ni. Dah lah tu Yana, please back to the reality yerk… urusan kau kat sini dah selesai kan? Pergi la balik ke bilik kau, aku nak sambung kerja ni. Lunch nanti macam biase ye…Hehehhe…”.

“Sengihan kau tu macam ade makne je. Lunch nanti sendirian berhad okay, takde makna nya nak ade tajaan dari penaja. Okey la, aku keluar dulu. Yang pasal esok tu, kita pergi eh...”.

“InsyaAllah, kalau kau belanja lunch, aku 99% akan pergi. Kau tu macam lah aku tak tahu, kau nak pergi sangat sebab nak jumpa dengan Aiman je pun kan…”.

“Tengok tu, buat kerja tak ikhlas. Tak baik tau, tak berkat nanti…dan sesungguhnya…Ehehe, yela-yela aku keluar, tak perlu la kau nak buat muka macam tu. Aku tahu, lagi lama aku kat bilik kau ni lagi panjang pulak masa lepak aku...”.

“Eh, sedar rupanya. Alhamdulillah…tau takpe..”.

Sejurus selepas itu, Yana keluar meninggalkan bilik Adriana dan kembali ke biliknya. Suasana di pejabat agak sibuk dengan perkembangan projek baru yang telah ditandatangani oleh Emperial Shah Holding.

***************
Keesokkan harinya, di pejabat, Adriana bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja yang akan diberikan kepada Taufiq untuk disemak. Ketika itu, Adriana kelihatan sibuk bagi menyiapkannya.

“Alhamdulillah, siap pun kau. Jom aku bawak kau jumpa dengan Taufiq eh…”, getus hatinya sambil memegang kertas kerja tersebut.

Sebelum memasuki bilik pejabat Taufiq, Adriana terlebih dahulu mengetuk pintu biliknya.

“Masuk la…”, ujar Taufiq yang sedang menghadap komputer ribanya.

“Assalamualaikum…”, ucap Adriana sambil memegang fail ditangannya yang akan diberikan kepada Taufiq.

“Wa’alaikummussalam…please have a sit.”, balas Taufiq dengan sebuah senyuman.

“Owh, thanks… Here, I have brought a proposal for you to check, please take a look…”.

“Owh…okay.” Balas Taufiq lagi.

Sambil Taufiq membelek-belek proposal tersebut, sempat lagi Adriana meneliti wajah Taufiq. Dari pandangannya, Taufiq seperti tidak cukup rehat. Eh! Sempat lagi ye.

Jelas kelihatan pada mata Taufiq agak kuyup, mungkin kerana tidak cukup rehat mahupun tidur. Tapi, Taufiq ni memang memiliki jenis mata yang kuyup. Hmm…

Baru Ard teringat, Taufiq ni baru balik dari Dubai dua hari yang lepas di atas urusan kerja. Lama jugak Taufiq berada di Dubai, lebih kurang satu bulan dia berada di situ. Dia pun baru masuk kerja petang semalam namun, Adriana tidak sempat berjumpa dengannya.

Mungkin sebab dah hampir sebulan Taufiq outstation dekat Dubai jadi, bila balik ke Malaysia mungkin dia masih lagi tidak biasa dengan suasana dan keadaan di Malaysia barangkali.

Mulalah Adriana ni berangan dan mengelamun. Sempat lagi tu tau. Ard ni memang tak kira tempat la dia macam tu.

“Ard, hello?? Ard…”, tukas Taufiq sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Adriana.

Laa…minah ni sempat mengelamun bagai.

“Owh, ye. Sorry, sorry…erk…hmm, how was that proposal, it’s okay?”, soal Adriana agak tergopoh-gapah kepada Taufiq.

Bukan apa, Ard ni nak cover malu sebenarnya, sebab tu la tanya soalan dekat Taufiq.  Muka dah bukan main lagi merah tahan malu. Tu la sempat lagi nak mengelamun depan orang. Sendiri tanggung malu ler…

“About this proposal, it’s okay. You did a good job for this. Hmm…why are you looking at me like that? Do you miss me? Ahaha…if in that case, Taufiq pun rindu dekat Ard jugak sebenarnya. Maklum la, lama sangat stay dekat Dubai. Rindu pulak nak tengok muka Ard yang suka blur nih. Ahahaha…”, seraya je Taufiq meluahkan rasa rindunya kepada Ard di sertai dengan gelak.

Adriana ape lagi, geram segeramnya lah bila dengar statement Taufiq tu. Dah la suka suki je cakap ‘muka Ard yang suka blurr nih’. Panas statement tu, tapi sebenarnya memang betul pun kan.?? Tapi tetap jugak panas,panas…

Pergh! Malu lagi muka aku nih. Mane kotak? aku rasa macam nah letak muka dalam tu je supaya takde la nak blushing je. Getus hati Ard. Geram punya pasal.

“Eh, no…Mane ade saya tengok awak, saya tengah berfikir something la..”.

“Ye lah tu, nampak sangat nipu…Ahahha…”, sekali lagi Taufiq tergelak kerana Ard. Statement Taufiq dah macam Ucup Wilca dalam HKBR je.

“Ye la,  betul la apa saya cakap. Awak tu yang fikir lebih-lebih pulak..”.

“Kalau macam tu, boleh saya tahu apa yang Ard fikir tadi?”. Soal taufiq lagi sambil keningnya naik turun bertanya kepada Ard. Lucu pulak dia melihat gelagat Adriana.

“Tak…err…hmm…I just thinking that, why your face is looks lifeless? Did you not get enough sleep or what?...”, tersoal jugak akhirnya Adriana kepada Taufiq.

Sekali lagi taufiq tergelak kerana Ard. Soalan yang ditujukan oleh Ard membuatkan Taufiq geli hati mendengarnya. Bagi Adriana pula, dia tidak merasa pun yang dia telah membuat lawak sebentar tadi.

“Ahahaha…sebab tu rupanya. Saya ingatkan sebab ape lah tadi. Hmm…caring jugak awak dengan saya, ya Ard. Sampaikan awak perasan pulak dengan muka lifeless saya nih. Mungkin sebab saya tak cukup tidur dan tak cukup rehat kot… penat tu memang ade, but what to do. A lot of work is waiting for me and also to see you, Ard…”, rumus Taufiq.

“To see me? takde maknanya la. Kenapa tak nak ambil mc, kalau dah tahu penat, ambil je la kan…”.

“Iya, betul…taknak la ambil mc, lagipun saya nak jumpa Ard la the reason why I’m back to work. Especially, when I found out about the incident that happen to you a few weeks ago..”.

“Ha! Awak tahu tentang tu? ni mesti Abang Aqief yang bagitahu kan? Tak lain dan tak bukan, dia lah kan…”.

“Of course la dia, siapa lagi kalau bukan dia kan. Baguslah tu, dia nak bagitahu saya, kalau nak harapkan awak, sampai bila-bila pun saya takkan tahu kan, am I right?...”.

Pada masa itu, Adriana sudah mula menundukkan wajahnya. Ape lagi, sebab malu la dan tak terkata untuk menjawab soalan Taufiq tu.

“So, macam mana dengan tangan tu, nampak macam dah okey kan?”.

“Alhamdulillah okey…lama dah tangan ni baik. Lagipun insiden tu pun dah lama…”.

“Ye ke lama? ha’ah…agak lama jugak sebab agak lama jugak tak tengok muka Ard kan…”.

“Suka hati awak la nak cakap ape. Kalau dah takde ape-ape lagi, saya nak balik ke bilik saya. Ade lagi kerja yang nak buat...”.

“Siapa cakap takde ape-ape lagi.. Tentang malam ni, I’m sure you knew that right?...”.

“Malam ni? Hmm…ha’ah, majlis doa selamat dekat rumah Dato’ Iskandar tu ke? erm…yup,so kenapa?...”.

“I thought I wanted to pick up you and Yana going to that event tonight, may I?...”.

“Owh…erm…hmm…it sounds great to have a driver for tonight, ahahahha… but I need to ask Yana first and later on I’ll let you know. It’s okay?”. soal Ard kepada Taufiq.

Hmm…agak mengejutkan juga kerana Ard sudi untuk Taufiq menjemputya dan Yana pada malam ini untuk pergi ke majlis di rumah Dato’ Iskandar. Selalunya bukan main lagi Ard juah mahal dekat Taufiq.

Ni Ard tengah demam panas ke ape sampai dia pun setuju dengan cadangan Taufiq tu. Pelik pulak rasanya di atas persetujuan Ard tadi.

“Really? are you sure? Macam tak caye je, boleh saya tahu kenapa Ard boleh terima pelawaan saya kali ni? awak demam panas eh? Ke dapat bonus hari ni?”.

“Ape pulak kaitan demam dengan bonus dalam cerita kita ni. Asal pulak tak caye, awak serius ke tak ni? lagipun saya tak suka keluar waktu malam apatah lagi nak drive, sebabnya saya ade masalah silau..”.

“Owh…macam tu. Teruk ke masalah silau awak?”.

“Not really… so, may I back to my office now? Tentang jadi ke tak malam ni, nanti saya bagitahu awak. Ni nak kena tanya dengan Yana dulu la…”.

“Ha’ah, jauh pulak sembang kita ni. Saya tunggu jawapan dari awak untuk malam ni tau. Back to this proposal, it’s okey and I’ll submit it to Aqief later. Congrats for the great job Ard..”, ucap Taufiq sambil memegang dan meletakkan proposal itu ke mejanya.

“Thanks, I got to go now…thanks once again, assalamualaikum…”, kata Ard sambil berlalu keluar meninggalkan bilik Taufiq.

“Wa’alaikummussalam…”, jawab Taufiq dengan nada yang perlahan.

Sememangnya Taufiq tidak menyangka bahawa Adriana sudi untuk menerima pelawaannya. Terubat sedikit rindunya terhadap Adriana setelah hampir sebulan berada di Dubai atas urusan kerja.

Selepas keluar dari bilik Taufiq, Adriana sempat singgah ke bilik Yana untuk memberitahu pelawaan Taufiq sebentar tadi. Akhirnya tanpa sebarang halangan dan pertanyaan daripada Yana, Yana pun turut bersetuju dengan pelawaaan tersebut.

Beberapa jam telah berlalu dan malamnya sudah tiba. Akhirnya selepas Isya’, Taufiq telah datang ke rumah sewa Yana dan Ard untuk menjemput mereka berdua pergi kerumah Dato’ Iskandar.

Di dalam kereta mereka agak seronok berborak. Macam-macam topik yang diborakkan. Namun, dalam hati Ard sebenarnya dia sudah mula merasa gemuruh bercampur teruja untuk berjumpa dengan Datin Sofia.

Kira nak hilangkan rasa tu, dia layan je lah apa topik yang Taufiq ajak untuk berborak. Kesian dekat Taufiq kan. Asalkan hati dapat senang maa…

Hampir dua puluh minit perjalanan kami ke Ukay Perdana menuju ke rumah Dato’ Iskandar. Kami telah pun sampai di hadapan banglo mewah tersebut. Betapa besar dan cantiknya rumah Dato’ Iskandar dengan tumbuhan hijau dan juga terdapat sebuah kolam mandi. Sudah pastinya, penghuni di rumah ini tahu berenang. Huhu…

Untung juga jadi anak orang berada ni kan. Untung memang untung asalkan tak lupa pada agama. Kerana agama penting untuk meningkatkan keimanan didalam jiwa seorang insan itu sendiri.

Majlis yang diadakan nampaknya agak sederhana dengan jemputan dari kaum keluarga Dato’ Iskandar yang terdekat sahaja. Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut, Yana dan Adriana menuju ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Datin Sofia.

Manakala, Taufiq pula terserempak dengan Abang Aqief dan Aiman dan seperti biasa, kalau lelaki berjumpa, berborak lah jawabnya.

Ini juga menunjukkan, sudah semestinya Kak Syira dan baby Aqiel sudah sampai dan berada di dalam rumah tersebut. Sebab ni la juga membuatkan Adriana segera nak masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan anak buah kesayangannya, baby Aqiel.

Banyak kaum keluarga Dato’ Iskandar pada malam itu dan semua mereka kelihatan peramah dan baik. Walaupun saling tidak mengenali, mereka sudahpun dapat beramah mesra sesama sendiri. Belum sempat Adriana sampai ke dapur, dia telah melihat kelibat Datin Sofia. Terus sahaja Adriana menghampirinya.

“Assalamualaikum, auntie…”, ucap Adriana sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin Sofia dan juga turut dituruti oleh Yana.

“Wa’alaikummussalam, Ard, Yana… alhamdulillah, datang jugak kamu. Auntie tercari-cari jugak dengan kamu berdua ni tadi…”, jawab Datin Sofia dengan cerianya melihat wajah kedua-dua sahabat baik itu.

“Maafla kiteorang lambat sampai, auntie..”, ujar Yana kepada Datin Sofia.

“No problem my dear, kamu berdua bukannya lambat sangat pun. Yang penting, kamu berdua datang malam ni. Kamu berdua datang sendiri ke? Auntie dah jumpa dah dengan kakak kamu Ard kat sana tadi. Comel sungguh anak dia kan…”.

“Owh yeke? Auntie dah jumpa kak Syira rupanya. Kiteorang dengan Taufiq sekali tadi. Dia yang jemput kiteorang dekat rumah, senang sikit nak pergi rumah auntie sebab dia pun tahu selok belok tempat ni..”.

“Bagusla kalau macam tu. Meh la duduk kat sana sementara tunggu majlis ni selesai. Akak Ard dengan Qisha pun ade kat sana..”.

“Err…auntie, ade apa-apa yang nak ditolong tak?”.

“Takde my dear, semuanya dah settle. Nak tunggu masa makan je lagi..”. terang Datin Sofia kepada Yana dan Ard.

Selepas itu, mereka menuju ke arah dimana Kak Syira dan Kak Qisha berada. Sesudah sampai ditempat tersebut mereka pun berborak-borak. Dari jauh Adriana ada ternampak kelibat Syed Syaqir.

Gembira hatinya melihat Syed Syaqir yang semakin pulih keadaan kakinya walaupun masih menggunakan tongkat dan tidak lagi kerusi roda. Dalam mereka berbual, Yana dan Ard sempat berbual dan beramah mesra dengan saudara-mara Syed Syaqir dan juga Syed Aiman yang merupakan keluarga besar Dato’ Iskandar.

Dalam Adriana sibuk melayan karenah anak buahnya, Aqiel dia juga sempat bermain dengan anak buah Syed Syaqir iaitu Sharifah Syifaa Qalisya atau nama panggilannya Syifaa. Syifaa merupakan anak kepada Encik Aril dan Puan Qisha yang baru berumur setahun dua bulan.

Seronok betul Adriana melayan karenah budak-budak, sebab Adriana memang jenis yang sukakan budak-budak. Kalau jumpa Aqiel, memang habisla masa dia bermain dengannya.

Di samping itu, dalam mereka berkenalan dan beramah mesra dengan keuarga besar Dato’ Iskandar, rupa-rupanya Encik Aril mempunyai seorang kembar namun, berlainan jantina iaitu Sharifah Syahila Fathia atau nama panggilannya Syahila.

Ini bermaksud, Syed Syaqir mempunyai seorang abang dan seorang kakak yang kedua-duannya merupakan pasangan kembar. Seronok jugak ada saudara kembar nih.

Hasil perkahwinan Dato’ Iskandar dan Datin Sofia, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak. Anak sulung mereka merupakan pasangan kembar itu, Syed Syahril Al-fatha dan kembarnya Sharifah Syahila Fathia. Manakala anak bongsu mereka adalah Syed Syaqir Al-fatha. Anak bongsu rupanya, patutla manja kan…

Ketika dimajlis rumah Dato’ Iskandar itulah dia tahu serba sedikit tentang latar belakang keluarga Dato’ Iskandar. Adriana dan Yana juga sempat berkenalan dengan kakak kepada Syed Syaqir iaitu kembar kepada Encik Aril, Kak Syahila.

Dari pandangannya, Kak Syahila agak berbeza daripada Syed Syaqir dan Encik Aril. Kak Syahila orangnya seperti agak sombong dan mukanya dengan penuh curiga je Adriana lihat.

“Asal pulak akak Syaqir ni macam tak suka aku ni? sombong semacam je. Anak dia dah la comel, kembar pulak tu. Riak wajah tak suka tu sekadar nak try test uji kebaikan aku ke ape eh. Takpe, nanti-nanti dia tahulah aku ni jenis yang macam mana kan. Tak baik kalau aku nak menilai seseorang tu dalam masa yang singkat ni. Nasib baik anak-anak dia comel. Nevermind Ard, you can handle it right?...”, getus hati Ard.

Dia merasakan Kak Syahila melihatnya seperti seorang penjenayah kes rompakan lah pulak. Dah tu, Kak Syahila seperti endah tidak endah sahaja perbualan Adriana terhadapnya. Lagak seperti seorang yang sombong. Mentang-mentang lah anak orang kaya kan. Tapi, tak pula seperti Encik Aril dan Syed Syaqir, diorang bukan main lagi ramah dengan orang lain walaupun tidak saling mengenali.

Sikap Kak Syahila itu turut dirasakan oleh Yana juga. Yana sempat lagi berbisik dengan Adriana tentang perilaku Kak Syahila.

Tapi apakan daya, itu adalah rumah mereka dan terpulang bagi mereka untuk melayan tetamu. Namun, adab tetamu semestinya diterapkan dalam setiap insan. Mungkin itu adalah memang perangai Kak Syahila dengan orang yang baru berkenalan dengannya barangkali.

Tidak lama selepas itu, majlis doa selamat telah selesai dan tiba masa  untuk menjamu selera. Tiba-tiba Adriana dan Yana terdengar Datin Sofia memanggil Aisya.

Lantas wanita yang bernama Aisya bangun untuk berjumpa dengan Datin Sofia. Namun, dalam perbualan mereka membuatkan Yana dan Ard sedikit tergamam.

“Aisya, meh ke depan kejap… Hadif panggil ni…”, pesan Datin Sofia kepada wanita yang bernama Aisya tersebut.

“Owh, yeke? Baikla mak long, Aisya datang ni…”, jawabnya.

“Yana, Ard, Syira, Qisha jom kita ke depan. Kita makan sama-sama kat sana. Come…”, kali ini Datin Sofia mengajak Yana, Ard, Kak Syira dan Kak Qisha untuk menjmu selera.

Hadif?? Mak long??

Dua perkataan ini membuatkan Adriana berfikir sebentar. Mak long?? Maksudnya, Aisya adalah anak saudara Dato’ Iskandar dan Datin Sofia.

Hadif?? Adakah Hadif yang dia kenal selama ini. Entah-entah…Hmm…tak mungkin kot, tu cuma kebetulan je nama yang sama.

Yana dan Ard sempat saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua seperti memberitahu masing-masing tentang apa yang difikirkan. Kiranya, otak pandai mereka berdua ini memikirkan perkara yang sama dalam masa yang sama.

“Yana, Ard…kenapa masih tercegat kat situ lagi, meh la kita ke depan. Come, come…”, ajak Datin Sofia lagi.

Yela, Yana dengan Ard ni pun satu. Sempat lagi nak berangan walaupun orang dah panggil. Ish, ish, ish… Yana pun dah terikut dengan perangai Ard nampaknya.

Dalam perjalanan Yana dan Ard ke ruang depan, mereka berdua melihat kelibat seorang wanita bersama tengah berborak dengan seorang lelaki. Alangkah terkejutnya Yana dan Ard apabila melihat wajah pasangan yang sedang berborak itu.

Sedikit rasa kecewa dan terkejut dalam diri Adriana apabila melihat pasangan itu. Namun, dia tetap bersabar dan diharap dia dapat mengetahui perihal sebenar dia turut berada di majlis ini.




p/s  tolong komen sikit o_O

Thanks sudi membaca & hope korang enjoy! 

http://www.yoursite.com

No comments:

Post a Comment