Bab 14
Perlahan-lahan Adriana mengetuk pintu bilik wad Syed Syaqir.
Pelbagai rasa yang dirasainya sekarang. Pahit, manis, masam, masin, nervous,
sehinggakan rasa teringin nak pengsan pun ada.
Lutut pun dah rasa macam nak tercabut. Badan sejuk macam di Iceland,
wajah dah pucat plus nervous macam kena panggil cikgu disiplin yang bawak
rotan. Dasyat and scary sangat!
“Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hamba mu ini…berikanlah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua ini, aminn...”, doa Adriana di dalam
hati.
Dup dapp, dup dapp…!! Hatinya berbunyi, sambil menolak
perlahan pintu tersebut.
“Assalamualaikum…”, sapa Adriana kepada semua yang berada di
dalam wad Syed Syaqir tersebut dan sebuah senyuman turut di hadiahkannya.
Justeru dia melangkah ke arah Yana. Yana yang pada mulanya
sedang duduk di sofa sambil berborak dengan seorang wanita dan bayinya berdiri
sebaik sahaja Adriana masuk kedalam wad tersebut.
Kelihatan Dato’ Iskandar, Syed Aiman dan seorang wanita yang
manis orangnya yang sedang mendukung bayi turut berada di situ. Syed Syaqir
pula sedang elok berbaring di atas katilnya.
“Waa’laikummusalam…”, jawab semua yang berada di situ
termasuk Syed Syaqir.
“Maaf saya lambat”, terang Ard sebaik sahaja berdiri di
sebelah Yana.
Dia juga turut menghampiri wanita yang mendukung bayi itu
untuk menyalaminya. Muka Ard nampak sangat blurr dan nervous. Takut kena hentam
lah tu.
“Ahaha…takde ape lah Ard, takkan lari bilik nya Syaqir ni.”
kali ini Dato’ Iskandar pula yang bersuara.
Yang lain hanya senyum memandang Ard. Mereka kembali duduk di
sofa tadi tetapi tidak bagi Dato’ Iskandar. Yang duduk hanyalah Yana, Syed
Aiman dan juga wanita yang cukup manis orangnya yang sedang mendukung bayi
tadi.
“Dato’ apa khabar, sihat?”, soal Ard berani kepada Dato’
Iskandar.
“Lorh…! she didn’t ask that to me? Yang pi sibuk nak tanya
ayah aku sihat ke tak tu apesal pulak. Pelik la minah ni. padahal dia datang
sini pun sebab nak jumpa aku kan. Takpun dia datang atas sebab
terpaksa…hissh…pelik pulak aku dengan minah ni. She’s really unexpected…”,
desis hati Syaqir.
“Alhamdulillah sihat…and you Adriana, masih sakit lagi ke
tangan kamu tu?”,kali ini Dato’ Iskandar yang menyoal Ard.
“Alhamdulillah sihat, Dato’. Tangan ni pun dah beransur
sembuh, dah tak rasa sakit sangat macam semalam dah. Ermm…keadaan Encik Syaqir
pulak macam mana?”. Soal Ard berani kepada Syed Syaqir sambil memandangnya.
“Erm… alhamdulillah sihat. Okey, cuma ni je lah, yang
berbalut kat kaki ni makes me uncomfortable and susah nak gerak. Syaq tak sabar
nak balik rumah and nak bukak balutan ni tapi, tau-tau je lah kan it takes a
time.” jelas Syed Syaqir kepada Adriana. Sebuah senyuman turut diberikan
sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit Syed Syaqir.
Dalam keadaannya yang separuh duduk bersandarkan bantal itu,
sebenarnya Syed Syaqir memang maksudkan pun apa yang diperkatakannya terhadap
Adriana tadi.
Salah satu sebabnya adalah, dia ni jenis yang tak suka duduk
dekat hospital. Rasa macam terkongkong sangat.
“Aduh! Comel giler senyuman Syaqir nih! Siap ade dimple lagi.
Mane la tak comel nya kalau dah dua-dua belah pipi tu ade dimple. Boleh cair
aku, mati lah kalau macam ni..”, getus hati Adriana sebaik sahaja melihat
senyuman manis tahap gaban yang diberikan oleh Syed Syaqir.
“Ha’ah, betul tu. Balutan ni kalau nak buka pun ambil masa
jugak. Encik Syaqir kena sabar menunggu sampai tiba masanya nanti.” Jawab
Adriana dalam separuh angaunya dengan senyuman Syed Syaqir.
“Ard, duduk la sini. Boleh sembang lebih lagi dengan Syaqir.
Saya nak pergi berborak dengan diorang kat situ kejap.” kata Dato’ Iskandar
lagi.
Dato’ Iskandar mempelawa Ard untuk duduk di kerusi
berhampiran dengan katil Syaqir manakala dirinya akan duduk di sofa bersama
dengan yang lain. Ini kerana, dia yakin bahawa ada perkara yang agak peribadi
akan dibincangkan oleh mereka berdua.
Akhirnya Ard menurut pelawaan Dato’ Iskandar itu dan duduk
berhampiran dengan katil Syaqir.
“Terima kasih Dato’”, ucap Adriana kepada Dato’ Iskandar.
Dato’ Iskandar sekadar senyum mendengar ucapan Ard. Dalam
pada itu, Yana dan Syed Aiman sempat lagi memberikan senyuman dan jelingan
nakal kepada Ard.
Yelah, Dato’ Iskandar macam bagi greenlight je dekat Ard
untuk merapatkan lagi silaturrahim antara Ard dan Syaqir.
“Uissh…asal aku tetiba rasa macam malu ni weii. Dah la dia ni
betul-betul depan aku. Kau jangan senyum weyh, nanti aku cair macam ice-cream
kan susah karang. Apa-apa pun aku kena minta maaf dulu kat dia nih.” getus hati
Ard sebaik sahaja duduk di kerusi tadi.
“Hmm,erm…saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih
sangat-sangat sebab Encik Syaqir tolong saya semalam. Dan lagi satu, saya nak
minta maaf sangat-sangat dekat Encik Syaqir disebabkan saya, keadaan Encik
Syaqir jadi macam ni. Saya minta maaf ya, kalau tak kerana saya leka semalam,
takdelah Encik Syaqir jadi mcam ni..” ujar Ard kepada Syaqir.
“Owh, it’s okay Ard. No worries. Lagipun keadaan saya semakin
stabil tapi kaki ni jelah kena tunggu at least dalam tiga bulan lagi boleh
pulih sepenuhnya. Yang semalam tu lupakan jelah. Kalau saya tak bertindak macam
tu semalam, saya rasa keadaan lagi bertambah teruk kot… Takdela, saya gurau je
yang tu. Jangan ambil hati pulak. Saya ikhlas tolong awak semalam. Dah takdir
saya tengok kayu tu jatuh semalam, jadi saya kenalah selamatkan ape yang yang
patut. And one more thing, let makes it simple, just call me Syaqir. It’s sound
better, right? tak perlu la formal dengan saya.” terang Syed Syaqir kepada
Adriana.
Siap dengan senyuman lagi tu.
“Mak aii…asal mamat ni senyum lagi, cair lah aku ni. Jangan
cair dulu, please! aduhh…parah ni duduk sini lama-lama. Baik aku cepatkan je
sesi temuramah ni..” desis hati Ard lagi.
“Err…baikla Encik Syaqir, eh maaf. Sssyaqir… maafla, saya
masih tak biasa lagi. Lagi sekali saya nak minta maaf atas kejadian semalam.
Hmm…saya nak tanya something ni, tapi saya harap Syaqir tak ambil hati sangat.”
Soal Ard kepada Syaqir.
“Bunyi macam nampak serius je ni. So, apa yang Ard nak
tanya?”.
“Takde la serius sangat cuma saya nak tanya, macam mana
respons parents Syaqir bila dapat tahu keadaan Syaqir sekarang ni. Kalau Dato’ saya
tengok dia okey je tapi macam mana pulak dengan datin? mesti datin terkejutkan?
tentu datin marah dekat saya sebab saya, Syaqir jadi macam ni.” soal Ard lagi
kepada Syaqir.
Namun belum sempat Syaqir hendak menjawab persoalan Ard,
pintu bilik wad tersebut telah di ketuk dan didatangi oleh dua orang.
Bagi Ard, dia bagaikan macam pernah dan kenal sangat dengan
dua orang tersebut. Macam baru je berkenalan dan beramah mesra beberapa ketika
dulu.
Walaubagaimanapun, sah dan memang sah! Bukan dulu tapi baru je
berkenalan tadi, okey.
Tak sampai sejam pun berkenalan.
Dua orang yang baru masuk tadi adalah auntie yang terlanggar
oleh budak perempuan tadi dan Encik Aril. Eh! Ape diorang buat kat wad Syed
Syaqir ni?
Ade kenduri ke? Takde pulak lauk pauk dekat meja sofa tu. Eh!
Ape suma ni, takkan lah auntie dengan Encik Aril ni…
“Umi…”, ujar Syed Syaqir kepada auntie tersebut sambil
memandang muka Adriana. Sementara itu, Syed Syaqir sempat menunjukkan isyarat
tangan “Okay” kepada Adriana.
“Okay?”, soal Ard kembali kepada Syaqir. Sememangnya dia
tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Syaqir kerana sikapnya yang blurr itu
sudah datang.
Syed Syaqir sudah mengagak yang Adriana sedang blurr. Mana
tak nye, reaksi muka Ard sama je macam semalam, waktu dia nak bagitahu dekat
Ard yang kayu tu nak jatuh.
Setelah itu, Ard kembali berpaling kepada auntie dan Encik
Aril terebut.
“Auntie…”, terkeluar perkataan tersebut dari mulut Adriana
sebaik sahaja wanita tersebut menghampirinya disertai dengan sebuah senyuman.
Terus Ard bangun dan menyalami tangan wanita tersebut.
Kedua-dua mereka nampak agak terkejut kerana boleh berjumpa di situ.
“My dear Ard, are you here visiting your friend which is
Syaqir?”, soal auntie tersebut.
“Ya, auntie…auntie dengan Encik Aril…”.
“Saya abang kepada Syaqir dan auntie ni adalah umi kiteorang,
nice to meet you again Ard”, celah Encik Aril.
“How did you know her?”, soal Dato’ Iskandar kepada Encik
Aril dan auntie tadi.
“It’s a long story ayah, dekat rumah nanti Aril cerita ya.
Yang penting, Ard baru je tolong umi tadi..” jelas Encik Aril kepada Dato’
Iskandar dan semua yang berada di dalam wad Syed Syaqir.
Semua yang berada di situ tersenyum melihat Adriana. Adriana
ape lagi, malu giler la, dah la sempat buat muka blurr tadi masa umi Syed Syaqir
tu datang.
Rupa-rupanya auntie yang Ard tolong tadi adalah ibu kepada
Syaqir manakala Encik Aril merupakan abang sulung kepada Syaqir. Atau dalam
nama penuhnya Syed Syahril al-fatha bin Syed Iskandar al-fatha.
Selain itu juga, wanita yang manis orangnya yang mendukung
bayi tadi adalah isteri kepada Encik Aril iaitu Puan Qisha. Ingat tak, yang
sebelum ni auntie pernah tanya dekat Encik Aril pasal Qisha? Itu la menantu dia
isteri kepada Encik Aril.
Auntie tu pulak nama penuhnya Sofia Aisyah binti Abdullah
atau pun nama panggilannya Datin Sofia. Rupa-rupanya Datin Sofia ni muallaf dan
berasal dari Scotland,UK yang telah berkahwin dengan Dato’ Iskandar. Namun,
semenjak berkahwin, Datin Sofia telah pun menetap di Malaysia.
Patutla muka Syed Syaqir dan Encik Aril tu macam pan Asia
ala-ala Brad Pit bagai. Hansem, macho, muka memang pan Asia dan badan tough.
Pergh! Untung la siapa yang jadi bini diorang ni.
Tapi aku tengok, muka Syed Syaqir ni ada iras-iras macam
George Young yang pernah jadi host dalam rancangan Travel & Living Channel
tu. Beza nya Cuma mata je kot, mata Syed Syaqir ni agak besar dari George
Young. Ehehehee…
Dalam pada itu, keadaan di dalam wad Syaqir agak sedikit riuh
rendah dengan pertemuan Datin Sofia dan Adriana. Semua yang berada di situ
teruja mendengar cerita mengenai kejadian yang berlaku pada Ard dan Syaqir
semalam.
Nampak gayanya, tekaan Ard terhadap Datin Sofia mengenai
kejadian yang menimpa Syaqir adalah bertentangan sekali. Ini kerana, Datin
Sofia sedikit pun tidak terkecil hati ataupun memedam rasa dengan pekerja yang
telah di selamatkan oleh Syaqir yang telah menyebabkan Syaqir patah kaki kiri.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Syed Syaqir dengan
isyarat ‘okay’ yang baru diberikan
kepada Ard semasa Datin Sofia masuk ke dalam wad tersebut.
Pekerja yang di maksudkan itu sudah tentulah Ard iaitu
Adriana. Datin Sofia menganggap kejadian tersebut hanyalah kebetulan dan takdir
dimana mungkin ada hikmah sebaliknya.
Semakin rancak mereka berborak di dalam wad Syaqir tersebut
tapi takde lah sampai riuh rendah macam kenduri. Yang tu, agak-agak la kot
dalam hospital kan.
Lebih kurang satu jam setengah Ard dan Yana berada di wad
tersebut. Almaklum la asyik sibuk berborak sebab tu la tak terasa dah lama berada
kat situ.
Ard sibuk berobrak dengan Datin Sofia dan Syaqir manakala
Yana pulak asyik sibuk berborak dengan Aiman, Dato’ Iskandar, Kak Qisha dan
Abang Aril.
Eh?? Kak Qisha dan Abang Aril? Kenapa panggilan Encik dan
Puan tak ada? Sebabnya, tak lama lagi kawan baik Ard iaitu si Yana ni akan
kahwin dengan Aiman. Jadi, diorang tak nak la formal sangat panggilan tu.
Adriana pun turut mengekalkan panggilan ‘auntie’ terhadap
Datin Sofia kerana itu adalah permintaan Datin Sofia sendiri supaya lebih
senang dan selesa untuk mereka berborak. Lagipun, Datin Sofia seorang yang
lemah lembut dan merendah diri orangnya.
Setelah sembang-sembang dan berasa sudah lama berada di situ,
mereka berdua pun mula untuk meminta diri untuk balik.
**********
Dalam perjalanan pulang, Ard telah membuka bicara di dalam
kereta.
“Ade la orang tu kan, dah nak kahwin rupanya. Tapi, takde pun
niat dihati nak bagitahu kat kite ni. sape lah kita kan…sampai hati.” Rungut
Ard.
“Weii, ko marah kat aku ke? Haha, cool lah babe. Aku bukan
tak nak bagitahu pun, aku nak bagitahu kau. Tapi, aku ingat nak tunggu Aiman
ade sekali baru la nak bagitahu kat kau babe. Alaa…takkan merajuk pulak, sejak
bila pulak Cik Dania Adriana boleh menanam sifat merajuk ni? aku tak rasa la
yang sebelah aku ni Ard ke tidak, macam pelik je mood dia hari
ni…ahahahhaaha…”, dalih Yana.
“Heyy, ape lah kau ni. Suka suki je eh, aku masih Ard yang
dulu la. Kau pun satu, benda baik macam tu pun nak tangguh-tangguh jugak ke nak
bagitahu aku. Nasib baik la tadi pergi situ, kalau tak, entah bila la aku ni
akan tahu kan..??”.
“Yela-yela sorry lah babe. Ahahha, yang tu aku dah tahu yang
kau masih Ard yang dulu. Ahahahah… tapi kan, aku rasa la, aku pun tak lama lagi
akan merasa nasi minyak orang sebelah ni..”. dalih Yana.
Ard sudah mula buat muka blurr.
“Maksud kau ape eh? Aku tak berapa nak faham la?”, soal Ard.
“Ape lah kau ni. Maksud aku, aku maksudkan kau la Ard oii..
aku tengok bukan main lagi rancak kau berborak dengan Syaqir tadi. Boleh jadi
ni yang Syaqir tu akan tackle kau. Dah la dia tu sanggup selamatkan kau
semalam. Pergh! Memang gentleman lah Syaqir ni. Lagi-lagi dia tu baik dan
seorang yang bekerjaya di tambah pulak dengan package yang dia yang segak lagi
kacak…hmm, aku tengok dia macam ada iras-iras macam seorang host tu la. Ape eh
nama host dalam TLC tu, aku lupa la, ape eh…”, fikir Yana sambil mengingat nama
host tersebut.
“George Young…”, tiba-tiba Ard menyebut nama host tersebut
dalam nada yang cukup perlahan namun cukup jelas di dengar oleh Yana.
“Eii…asal mulut aku ni gatal sangat TERsebut nama tu. Alamak,
tersasul la pulak. Mati la aku… malu wei, malu… mulut ni pun satu, dok je diam,
tak yah la menyampuk sangat…hampehh, habisla aku lepas ni. For sure mak cik
machine gun tu nak kenakan aku…”, getus hatinya sambil menekan-nekan bibirnya.
“Aha! Betul tu. Muka dia ada iras macam George Young. Eh?
Perasan pulak kau eh, siap tahu lagi nama host tu. Mesti kau ni dah terpikat
dekat Syaqir kan? Dahla siap ambil hati bakal mak mertua pulak tu tadi. Ahaha, datin
tu pulak nampak macam seronok sangat berborak dengan kau Ard. Macam nak dapat
menantu je aku tengok. Bukan aku je, Aiman pun rasa macam tu tau. Alangkah
baiknya kalau tu menjadi kan. Dapatlah kita bersaudara nanti…”, jawab Yana.
“Ya Allah ya tuhanku… ape lah kau ni, sampai ke situ pulak.
Jangan nak berangan sangat boleh tak? kau ni, makin kuat berangan kau eh. Tau
la tak lama lagi nak jadi isteri orang kan. Aku dengan auntie tu tadi
borak-borak biasa je lah. Lagipun dia rasa berterima kasih sebab aku tolong dia
tadi la. Kau ni, sama je eh dengan Aiman. Fikir yang bukan-bukan je..”,
“Eh, takde la. Tu apa yang kiteorang nampak je. Ehehehe…
ha’ah la, lupa aku. Macam mana pulak auntie tu boleh kenal kau eh tadi? Yang
buat kiteorang semua blurr sekejap macam kau. Ahahah…”, soal Yana lagi.
“Panjang cerite nya. Macam ni lah, aku pendekkan eh. Masa aku
nak ke toilet tadi, ade lah sorang budak perempuan yang aku agak umur 10 tahun
terlanggar auntie tu sampai dia terjatuh. Then, aku tolong lah auntie tu bangun
dan duduk dekat kerusi yang ade kat situ. Tak lama lepas tu, Encik Aril pun
tetiba datang dan tanya lah apa yang dah jadi dekat auntie tu. Kiteorang pun
ade lah borak-borak kejap. Lastly, aku baru teringat nak pergi toilet and nak
jumpa korang so, aku minta izin la nak blah. Erm…macam tu lah cerita nya. Sebab
tu la, aku blurr sekejap tadi bila auntie dan Encik Aril tu masuk wad Syed
Syaqir. Takde melibatkan yang hidup atau yang mati pun… ehehehehe…”, terang
Ard.
“Owh…macam tu rupanya. Untung lah kau, tak lama lagi ade lah
calon kan… ahahaha.”.
“Tak habis-habis lagi ke, takde maknanya lah…dah, drive je
elok-elok dan cepat sikit nak sampai. Tak pasal-pasal pulak jalan jammed
nanti..”,
“Baikla future Mrs Syaqir… ahahahaa..”, Yana menjawab.
Lantas, Ard hanya memberi jelingan geram terhadap Yana dan
menggelengkan kepala.
Yana meneruskan perjalanan dengan fokus memandu kereta
manakala Ard hanya diam dan mendengar lagu yang di mainkan didalam radio.
Bagi Ard, banyak perkara yang telah berlaku pada hari ni dan
diharapnya esok dia akan lebih tabah menghadapi apa jua sebarang keadaan.
p/s tolong komen sikit o_O
maaf, ada pembetulan dekat bab ni. Nama umi Syed Syaqir sebenarnya adalah Datin Sofea dan bukan Datin Munirah kerana saya telah membuat sedikit pembetulan & perubahan...tQ~
No comments:
Post a Comment