HOME


Sunday, 2 June 2013

Mana Simpang Cinta...? Bab 15



Bab 15

Satu jemputan yang baik tetapi tidak pernah difikirkan oleh Adriana. Jemputan ke majlis doa selamat itu membuatkan hatinya bercampur baur rasanya.

Gembira pun ada, takut pun ada dan yang teruk, malas pun ada tau. Mana taknya, tak pernah-pernah sebelum ni Adriana di jemput mahupun diundang ke majlis keluarga tersebut.

Rasa gembira sebab dapat berjumpa lagi dengan Auntie Sofia. Rasa takut sebab berjumpa dengan satu family diorang dan sudah semestinya banyak orang-orang besar yang akan datang nanti. Mesti la ada rasa malu nanti.

Malu lah kan, mana lah tahu nanti, Ard terpanggil makcik tu auntie, padahal auntie tu mak datin kau! Aha, tak ke malu nye nanti.

Rasa malas pulak sebab, perlu keluar waktu malam. Adriana sememangya tidak suka keluar mahupun memandu pada waktu malam kerana dia mempunyai masalah silau.

Jemputan itu telah disampaikan oleh Yana kepada Ard. Jemputan apa tu?

Tu adalah jemputan untuk majlis makan-makan disertai dengan doa selamat sempena Syed Syaqir semakin sembuh dari kecederaanya. Sebentar tadi, Yana telah memberitahu kepada Ard tentang majlis tersebut.

Yana memberitahu Ard semasa mereka berada di pejabat siang tadi.

“Ard, Aiman call aku tadi. Dia kata ada jemputan untuk kita la.”, kata Yana kepada Ard.

“Jemputan apa pulak ni? korang kan lagi ade dalam empat bulan nak kahwin kan, lama lagi tu…”, terus Adriana menjawab.

“Eh, ke situ pulak kau fikir. Yang tu lama lagi lah. Actually family Syaqir tu nak buat majlis makan-makan serta doa selamat malam esok. Datin Sofia yang suruh ajak kita sekali, terutamanya kau Ard. Dato’ pun jemput Abang Aqief dengan Taufiq jugak. Tu, Aiman yang bagitau tadi.. so, sekarang ni, tinggal nak bagitau kat kau je…hehehhe…”.

“Ek elehh…aku jugak yang last kau nak bagitahu? kawan ape macam ni babe, ni yang tak best nya kalau orang dah nak kahwin ni. Asyik lambat je nak bagi info dekat aku.”.

“The reason why, kau adalah salah seorang yang dikehendaki untuk pergi. So, perlu masa yang sesuai la nak bagitahu dekat kau kan…”.

“Eh…asal pulak? Kalau aku tak nak macam mane? Kau pun tahu kan aku ni tak suka keluar waktu malam…”.

“Betul, aku tak tipu…Aiman yang cakap datin tu nak sangat kau pergi. Mungkin dia rindu kot nak jumpa gadis yang bakal menambat hati anak terunanya kot… Ehehehe…”.

“Erk…whatever lah Yana. Tengok lah macam mana nanti. Lagipun tu malam esok kan, bagi lah aku fikir lagi. Lagipun kerja banyak ni, nak siapkan untuk esok, kau pun sama jugak kan. Tak baik buat kerja separuh jalan tau, nanti tak berkat hidup…”.

“Hahahem…dan sesungguhnya jugak adalah tidak baik dan tidak elok sekiranya seseorang yang telah dijemput untuk datang ke sesuatu majlis namun tidak menghadirinya. Ahahaha…nak berceramah dengan aku la konon, tapi sendiri yang kena balik. Lawak la kau ni Ard. By the way, kecik hati datin nanti kalau kau tak datang. Jangan jadi menantu derhaka pulak…dan sesungguhnya…”. Belum sempat Yana meneruskan kata-katanya itu, Adriana telah mencelah terlebih dahulu.

“Eh, eh… banyak la kau punya ‘dan sesungguhnya’… kau ni kan, memang pandai sangat nak mengayat aku. Dah tu, tetiba pulak pasal menantu derhaka ni muncul. Ni bukan kisah Si Tanggang tu tau. Jauh nye kau menyimpang dari cerita tadi. Merepek je lah. Yela-yela, aku fikirkan lah nanti ye future wife Mr. Aiman…”, dalih Ard sambil tergelakkan Yana.

“Eyy…tak sabar nak aku tinggalkan kau kat rumah tu ke?”, Yana mengenakan Ard kembali.

Namun, tiba-tiba HTC milik Ard telah berbunyi untuk minta di jawab. Ard melihat pada skrin Androidnya, satu nombor yang tidak dikenali sedang menelefonnya.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Hello?,”,  jawab Ard ketika menjawab panggilan tersebut sambil memandang Yana yang berada dihadapannya.

“Hello, Assalamualaikum…ni Ard ke?”, soal suara yang menelefon Ard.

“Ya, saya Ard. Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”.

“Oh ya, ni auntie, umi Syaqir. Ard masih ingat tak?”, rupa-rupanya Datin Sofia yang menelefon Adriana. Wajah Ard tiba-tiba berubah merah kerana malu dan penyakit nervous dia tu dah datang.

“Owh…auntie, Ard ingatkan siapa yang call tadi. Lagipun tak ade nama dekat panggilan tadi, maaf ya auntie. Hmm…mestilah Ard masih ingat lagi dekat auntie. Auntie apa khabar, sihat?”, soal Ard kepada Datin Sofia.

Manakala Yana yang berada dihadapan Ard sedikit terkejut dan teruja apabila Ard menyebut “auntie” dalam perbualannya. Kalau macam tu dah sah-sah la yang Datin Sofia sedang bercakap dengan Ard di telefon.

Ape lagi, Yana sempat lagi membuat mimik muka terujanya dan sekejap-sekejap boleh gelak sorang-sorang pulak. Tetiba aneh pulak perangai Yana. Namun, Ard meneruskan perbualannya dengan Datin Sofia.

“Alhamdulillah, auntie sihat. Ard pulak macam mana, tangan Ard tu dah baik ke belum?”, soal Datin Sofia sekali lagi.

Nampak gayanya, Datin Sofia dan Ard ni memang menjual dan membeli soalan je dari tadi. Macam tak nak habiskan perbualan je. Dah macam orang berpantun pulak dah. Baik masuk pesta pantun kan.

“Alhamdulillah auntie, Ard pun sihat. Tangan pulak dah pulih lama dah. Keadaan Syaqir pulak macam mana auntie? Dah ade perkembangan dekat kaki dia?”.
Semakin galak Yana ketawa bila dengar soalan ditujukan Ard ke Datin Sofia. Bukan apa, macam pelik je Yana dengar Ard boleh tanya pasal Syed Syaqir. Hehehhe…

“Ha’ah, tu la auntie nak telefon Ard ni. Syaqir alhamdulillah sihat, his leg also already slowly recovered and now he just used canes to move..”.

“Owh…really? Alhamdulillah, glad to hear that auntie…”.

“Actually Ard, auntie call ni sebab nak jemput Ard datang ke majlis doa selamat and makan-makan malam esok. Would you like to come and join us? bawa lah Yana sekali. Lagipun, auntie dah pesan dekat Aiman suruh bawa both of you and also dato’ pun dah jemput Tengku and Taufiq to come. If I’m not mistaken his name is Taufiq, your colleague right?...”.

“Ya auntie, his name is Taufiq. About tomorrow night, Yana already told me just now and she knew it from Aiman. InsyaAllah auntie, if there’s no barrier I will come and join it, for sure..”.

“Glad to hear that also Ard. Auntie harap Ard dapat datang besok, boleh la kita berborak lagi kan. Lagipun, auntie pun dah lama tak jumpa Ard. Nasib baikla Aiman ade nombor telefon Ard, dapat lah jugak auntie berborak dengan Ard walaupun sekejap kan...”.

“Ahahaa…yeke? Auntie dapat dari Aiman rupanya. Tak apelah auntie, bercakap dalam telefon ni pun kira okey jugak. Ard pun dah lama tak berborak dengan auntie. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, Ard dengan Yana akan datang la ke majlis tu besok. Terima kasih sebab jemput kiteorang, auntie…”.

“Your welcome my dear. Jangan lupa majlis esok… auntie nak letak dah ni, mesti Ard banyak lagi kerja kan?”,

“Ha’ah, ade kerja tapi tak la sibuk sangat sekarang ni. Tentang esok, auntie jangan risau. InsyaAllah, kami akan datang..”.

“Baikla, jaga diri baik-baik ya. Kita jumpa dan berborak lagi esok. Assalamualaikum…”.

“Ya auntie, terima kasih. Waa’laikummussalam…”, akhirnya tamat jua perbualan di antara Adriana dengan Datin Sofia.

Setelah itu, apa lagi Yana. Dia dah siap dah dengan soalan yang dia nak tanya dengan Ard. Yelah, dia tengok tadi bukan main rancak lagi Ard berbual dengan Datin Sofia di dalam telefon.

Tapi, belum sempat Yana bertanya, Ard telah terlebih dahulu bersuara. Habis la kau Yana…

“Asal kau buat muka tu? Ade something yang pelik ke dekat aku? Kau jangan nak soal aku macam-macam eh. Dari riak muka kau yang mengade tu, aku dah tahu…”, tukas Ard sebaik melihat riak muka Yana yang seperti sudah sarat dengan bertubi-tubi soalan.

“Aha! Tu la, kan aku dah kata tadi. Bukan aku je, Aiman pun cakap macam tu. Tengok, sampai datin pun sanggup call kau sendiri tau nak jemput kau pergi ke majlis malam esok. Mana nak cari orang yang care sangat-sangat macam tu tau. Ahahhaa, ni belum jadi menantu dia dah layan kau macam ni. Kalau dah jadi menantu dia, confirm kau akan bahagia lah. Seronok lah kau nanti, aku pun turut menumpang keseronokkan kau tu….Ehehhehe…”, rumus Yana.

“Kau ni kan, tak habis-habis ke situ. Sudah-sudah lah tu Yana oii… mengade betul la. Ni, cuba kau tengok jam. Dah pukul berapa dah ni? baik kau balik ke bilik kau, nanti boss nampak, fikir kau ni dok asyik melepak je nanti dan dengan aku sekali kena karang..”, dalih Ard.

“Ek elehh, tadi tu dia berbual dalam handphone bukan main lagi rancak. Siap gelak-gelak lagi tu…”.

“Itu urusan kerja yang lain, sama je tapi dalam situasi yang berbeza..”.

“Iye lah tu. Urusan kerja lah sangatt… urusan mencari calon suami namanya tu…ahahha.”,

“Eyy…mengade betul la minah depan aku ni. Dah lah tu Yana, please back to the reality yerk… urusan kau kat sini dah selesai kan? Pergi la balik ke bilik kau, aku nak sambung kerja ni. Lunch nanti macam biase ye…Hehehhe…”.

“Sengihan kau tu macam ade makne je. Lunch nanti sendirian berhad okay, takde makna nya nak ade tajaan dari penaja. Okey la, aku keluar dulu. Yang pasal esok tu, kita pergi eh...”.

“InsyaAllah, kalau kau belanja lunch, aku 99% akan pergi. Kau tu macam lah aku tak tahu, kau nak pergi sangat sebab nak jumpa dengan Aiman je pun kan…”.

“Tengok tu, buat kerja tak ikhlas. Tak baik tau, tak berkat nanti…dan sesungguhnya…Ehehe, yela-yela aku keluar, tak perlu la kau nak buat muka macam tu. Aku tahu, lagi lama aku kat bilik kau ni lagi panjang pulak masa lepak aku...”.

“Eh, sedar rupanya. Alhamdulillah…tau takpe..”.

Sejurus selepas itu, Yana keluar meninggalkan bilik Adriana dan kembali ke biliknya. Suasana di pejabat agak sibuk dengan perkembangan projek baru yang telah ditandatangani oleh Emperial Shah Holding.

***************
Keesokkan harinya, di pejabat, Adriana bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja yang akan diberikan kepada Taufiq untuk disemak. Ketika itu, Adriana kelihatan sibuk bagi menyiapkannya.

“Alhamdulillah, siap pun kau. Jom aku bawak kau jumpa dengan Taufiq eh…”, getus hatinya sambil memegang kertas kerja tersebut.

Sebelum memasuki bilik pejabat Taufiq, Adriana terlebih dahulu mengetuk pintu biliknya.

“Masuk la…”, ujar Taufiq yang sedang menghadap komputer ribanya.

“Assalamualaikum…”, ucap Adriana sambil memegang fail ditangannya yang akan diberikan kepada Taufiq.

“Wa’alaikummussalam…please have a sit.”, balas Taufiq dengan sebuah senyuman.

“Owh, thanks… Here, I have brought a proposal for you to check, please take a look…”.

“Owh…okay.” Balas Taufiq lagi.

Sambil Taufiq membelek-belek proposal tersebut, sempat lagi Adriana meneliti wajah Taufiq. Dari pandangannya, Taufiq seperti tidak cukup rehat. Eh! Sempat lagi ye.

Jelas kelihatan pada mata Taufiq agak kuyup, mungkin kerana tidak cukup rehat mahupun tidur. Tapi, Taufiq ni memang memiliki jenis mata yang kuyup. Hmm…

Baru Ard teringat, Taufiq ni baru balik dari Dubai dua hari yang lepas di atas urusan kerja. Lama jugak Taufiq berada di Dubai, lebih kurang satu bulan dia berada di situ. Dia pun baru masuk kerja petang semalam namun, Adriana tidak sempat berjumpa dengannya.

Mungkin sebab dah hampir sebulan Taufiq outstation dekat Dubai jadi, bila balik ke Malaysia mungkin dia masih lagi tidak biasa dengan suasana dan keadaan di Malaysia barangkali.

Mulalah Adriana ni berangan dan mengelamun. Sempat lagi tu tau. Ard ni memang tak kira tempat la dia macam tu.

“Ard, hello?? Ard…”, tukas Taufiq sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Adriana.

Laa…minah ni sempat mengelamun bagai.

“Owh, ye. Sorry, sorry…erk…hmm, how was that proposal, it’s okay?”, soal Adriana agak tergopoh-gapah kepada Taufiq.

Bukan apa, Ard ni nak cover malu sebenarnya, sebab tu la tanya soalan dekat Taufiq.  Muka dah bukan main lagi merah tahan malu. Tu la sempat lagi nak mengelamun depan orang. Sendiri tanggung malu ler…

“About this proposal, it’s okay. You did a good job for this. Hmm…why are you looking at me like that? Do you miss me? Ahaha…if in that case, Taufiq pun rindu dekat Ard jugak sebenarnya. Maklum la, lama sangat stay dekat Dubai. Rindu pulak nak tengok muka Ard yang suka blur nih. Ahahaha…”, seraya je Taufiq meluahkan rasa rindunya kepada Ard di sertai dengan gelak.

Adriana ape lagi, geram segeramnya lah bila dengar statement Taufiq tu. Dah la suka suki je cakap ‘muka Ard yang suka blurr nih’. Panas statement tu, tapi sebenarnya memang betul pun kan.?? Tapi tetap jugak panas,panas…

Pergh! Malu lagi muka aku nih. Mane kotak? aku rasa macam nah letak muka dalam tu je supaya takde la nak blushing je. Getus hati Ard. Geram punya pasal.

“Eh, no…Mane ade saya tengok awak, saya tengah berfikir something la..”.

“Ye lah tu, nampak sangat nipu…Ahahha…”, sekali lagi Taufiq tergelak kerana Ard. Statement Taufiq dah macam Ucup Wilca dalam HKBR je.

“Ye la,  betul la apa saya cakap. Awak tu yang fikir lebih-lebih pulak..”.

“Kalau macam tu, boleh saya tahu apa yang Ard fikir tadi?”. Soal taufiq lagi sambil keningnya naik turun bertanya kepada Ard. Lucu pulak dia melihat gelagat Adriana.

“Tak…err…hmm…I just thinking that, why your face is looks lifeless? Did you not get enough sleep or what?...”, tersoal jugak akhirnya Adriana kepada Taufiq.

Sekali lagi taufiq tergelak kerana Ard. Soalan yang ditujukan oleh Ard membuatkan Taufiq geli hati mendengarnya. Bagi Adriana pula, dia tidak merasa pun yang dia telah membuat lawak sebentar tadi.

“Ahahaha…sebab tu rupanya. Saya ingatkan sebab ape lah tadi. Hmm…caring jugak awak dengan saya, ya Ard. Sampaikan awak perasan pulak dengan muka lifeless saya nih. Mungkin sebab saya tak cukup tidur dan tak cukup rehat kot… penat tu memang ade, but what to do. A lot of work is waiting for me and also to see you, Ard…”, rumus Taufiq.

“To see me? takde maknanya la. Kenapa tak nak ambil mc, kalau dah tahu penat, ambil je la kan…”.

“Iya, betul…taknak la ambil mc, lagipun saya nak jumpa Ard la the reason why I’m back to work. Especially, when I found out about the incident that happen to you a few weeks ago..”.

“Ha! Awak tahu tentang tu? ni mesti Abang Aqief yang bagitahu kan? Tak lain dan tak bukan, dia lah kan…”.

“Of course la dia, siapa lagi kalau bukan dia kan. Baguslah tu, dia nak bagitahu saya, kalau nak harapkan awak, sampai bila-bila pun saya takkan tahu kan, am I right?...”.

Pada masa itu, Adriana sudah mula menundukkan wajahnya. Ape lagi, sebab malu la dan tak terkata untuk menjawab soalan Taufiq tu.

“So, macam mana dengan tangan tu, nampak macam dah okey kan?”.

“Alhamdulillah okey…lama dah tangan ni baik. Lagipun insiden tu pun dah lama…”.

“Ye ke lama? ha’ah…agak lama jugak sebab agak lama jugak tak tengok muka Ard kan…”.

“Suka hati awak la nak cakap ape. Kalau dah takde ape-ape lagi, saya nak balik ke bilik saya. Ade lagi kerja yang nak buat...”.

“Siapa cakap takde ape-ape lagi.. Tentang malam ni, I’m sure you knew that right?...”.

“Malam ni? Hmm…ha’ah, majlis doa selamat dekat rumah Dato’ Iskandar tu ke? erm…yup,so kenapa?...”.

“I thought I wanted to pick up you and Yana going to that event tonight, may I?...”.

“Owh…erm…hmm…it sounds great to have a driver for tonight, ahahahha… but I need to ask Yana first and later on I’ll let you know. It’s okay?”. soal Ard kepada Taufiq.

Hmm…agak mengejutkan juga kerana Ard sudi untuk Taufiq menjemputya dan Yana pada malam ini untuk pergi ke majlis di rumah Dato’ Iskandar. Selalunya bukan main lagi Ard juah mahal dekat Taufiq.

Ni Ard tengah demam panas ke ape sampai dia pun setuju dengan cadangan Taufiq tu. Pelik pulak rasanya di atas persetujuan Ard tadi.

“Really? are you sure? Macam tak caye je, boleh saya tahu kenapa Ard boleh terima pelawaan saya kali ni? awak demam panas eh? Ke dapat bonus hari ni?”.

“Ape pulak kaitan demam dengan bonus dalam cerita kita ni. Asal pulak tak caye, awak serius ke tak ni? lagipun saya tak suka keluar waktu malam apatah lagi nak drive, sebabnya saya ade masalah silau..”.

“Owh…macam tu. Teruk ke masalah silau awak?”.

“Not really… so, may I back to my office now? Tentang jadi ke tak malam ni, nanti saya bagitahu awak. Ni nak kena tanya dengan Yana dulu la…”.

“Ha’ah, jauh pulak sembang kita ni. Saya tunggu jawapan dari awak untuk malam ni tau. Back to this proposal, it’s okey and I’ll submit it to Aqief later. Congrats for the great job Ard..”, ucap Taufiq sambil memegang dan meletakkan proposal itu ke mejanya.

“Thanks, I got to go now…thanks once again, assalamualaikum…”, kata Ard sambil berlalu keluar meninggalkan bilik Taufiq.

“Wa’alaikummussalam…”, jawab Taufiq dengan nada yang perlahan.

Sememangnya Taufiq tidak menyangka bahawa Adriana sudi untuk menerima pelawaannya. Terubat sedikit rindunya terhadap Adriana setelah hampir sebulan berada di Dubai atas urusan kerja.

Selepas keluar dari bilik Taufiq, Adriana sempat singgah ke bilik Yana untuk memberitahu pelawaan Taufiq sebentar tadi. Akhirnya tanpa sebarang halangan dan pertanyaan daripada Yana, Yana pun turut bersetuju dengan pelawaaan tersebut.

Beberapa jam telah berlalu dan malamnya sudah tiba. Akhirnya selepas Isya’, Taufiq telah datang ke rumah sewa Yana dan Ard untuk menjemput mereka berdua pergi kerumah Dato’ Iskandar.

Di dalam kereta mereka agak seronok berborak. Macam-macam topik yang diborakkan. Namun, dalam hati Ard sebenarnya dia sudah mula merasa gemuruh bercampur teruja untuk berjumpa dengan Datin Sofia.

Kira nak hilangkan rasa tu, dia layan je lah apa topik yang Taufiq ajak untuk berborak. Kesian dekat Taufiq kan. Asalkan hati dapat senang maa…

Hampir dua puluh minit perjalanan kami ke Ukay Perdana menuju ke rumah Dato’ Iskandar. Kami telah pun sampai di hadapan banglo mewah tersebut. Betapa besar dan cantiknya rumah Dato’ Iskandar dengan tumbuhan hijau dan juga terdapat sebuah kolam mandi. Sudah pastinya, penghuni di rumah ini tahu berenang. Huhu…

Untung juga jadi anak orang berada ni kan. Untung memang untung asalkan tak lupa pada agama. Kerana agama penting untuk meningkatkan keimanan didalam jiwa seorang insan itu sendiri.

Majlis yang diadakan nampaknya agak sederhana dengan jemputan dari kaum keluarga Dato’ Iskandar yang terdekat sahaja. Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut, Yana dan Adriana menuju ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Datin Sofia.

Manakala, Taufiq pula terserempak dengan Abang Aqief dan Aiman dan seperti biasa, kalau lelaki berjumpa, berborak lah jawabnya.

Ini juga menunjukkan, sudah semestinya Kak Syira dan baby Aqiel sudah sampai dan berada di dalam rumah tersebut. Sebab ni la juga membuatkan Adriana segera nak masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan anak buah kesayangannya, baby Aqiel.

Banyak kaum keluarga Dato’ Iskandar pada malam itu dan semua mereka kelihatan peramah dan baik. Walaupun saling tidak mengenali, mereka sudahpun dapat beramah mesra sesama sendiri. Belum sempat Adriana sampai ke dapur, dia telah melihat kelibat Datin Sofia. Terus sahaja Adriana menghampirinya.

“Assalamualaikum, auntie…”, ucap Adriana sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin Sofia dan juga turut dituruti oleh Yana.

“Wa’alaikummussalam, Ard, Yana… alhamdulillah, datang jugak kamu. Auntie tercari-cari jugak dengan kamu berdua ni tadi…”, jawab Datin Sofia dengan cerianya melihat wajah kedua-dua sahabat baik itu.

“Maafla kiteorang lambat sampai, auntie..”, ujar Yana kepada Datin Sofia.

“No problem my dear, kamu berdua bukannya lambat sangat pun. Yang penting, kamu berdua datang malam ni. Kamu berdua datang sendiri ke? Auntie dah jumpa dah dengan kakak kamu Ard kat sana tadi. Comel sungguh anak dia kan…”.

“Owh yeke? Auntie dah jumpa kak Syira rupanya. Kiteorang dengan Taufiq sekali tadi. Dia yang jemput kiteorang dekat rumah, senang sikit nak pergi rumah auntie sebab dia pun tahu selok belok tempat ni..”.

“Bagusla kalau macam tu. Meh la duduk kat sana sementara tunggu majlis ni selesai. Akak Ard dengan Qisha pun ade kat sana..”.

“Err…auntie, ade apa-apa yang nak ditolong tak?”.

“Takde my dear, semuanya dah settle. Nak tunggu masa makan je lagi..”. terang Datin Sofia kepada Yana dan Ard.

Selepas itu, mereka menuju ke arah dimana Kak Syira dan Kak Qisha berada. Sesudah sampai ditempat tersebut mereka pun berborak-borak. Dari jauh Adriana ada ternampak kelibat Syed Syaqir.

Gembira hatinya melihat Syed Syaqir yang semakin pulih keadaan kakinya walaupun masih menggunakan tongkat dan tidak lagi kerusi roda. Dalam mereka berbual, Yana dan Ard sempat berbual dan beramah mesra dengan saudara-mara Syed Syaqir dan juga Syed Aiman yang merupakan keluarga besar Dato’ Iskandar.

Dalam Adriana sibuk melayan karenah anak buahnya, Aqiel dia juga sempat bermain dengan anak buah Syed Syaqir iaitu Sharifah Syifaa Qalisya atau nama panggilannya Syifaa. Syifaa merupakan anak kepada Encik Aril dan Puan Qisha yang baru berumur setahun dua bulan.

Seronok betul Adriana melayan karenah budak-budak, sebab Adriana memang jenis yang sukakan budak-budak. Kalau jumpa Aqiel, memang habisla masa dia bermain dengannya.

Di samping itu, dalam mereka berkenalan dan beramah mesra dengan keuarga besar Dato’ Iskandar, rupa-rupanya Encik Aril mempunyai seorang kembar namun, berlainan jantina iaitu Sharifah Syahila Fathia atau nama panggilannya Syahila.

Ini bermaksud, Syed Syaqir mempunyai seorang abang dan seorang kakak yang kedua-duannya merupakan pasangan kembar. Seronok jugak ada saudara kembar nih.

Hasil perkahwinan Dato’ Iskandar dan Datin Sofia, mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak. Anak sulung mereka merupakan pasangan kembar itu, Syed Syahril Al-fatha dan kembarnya Sharifah Syahila Fathia. Manakala anak bongsu mereka adalah Syed Syaqir Al-fatha. Anak bongsu rupanya, patutla manja kan…

Ketika dimajlis rumah Dato’ Iskandar itulah dia tahu serba sedikit tentang latar belakang keluarga Dato’ Iskandar. Adriana dan Yana juga sempat berkenalan dengan kakak kepada Syed Syaqir iaitu kembar kepada Encik Aril, Kak Syahila.

Dari pandangannya, Kak Syahila agak berbeza daripada Syed Syaqir dan Encik Aril. Kak Syahila orangnya seperti agak sombong dan mukanya dengan penuh curiga je Adriana lihat.

“Asal pulak akak Syaqir ni macam tak suka aku ni? sombong semacam je. Anak dia dah la comel, kembar pulak tu. Riak wajah tak suka tu sekadar nak try test uji kebaikan aku ke ape eh. Takpe, nanti-nanti dia tahulah aku ni jenis yang macam mana kan. Tak baik kalau aku nak menilai seseorang tu dalam masa yang singkat ni. Nasib baik anak-anak dia comel. Nevermind Ard, you can handle it right?...”, getus hati Ard.

Dia merasakan Kak Syahila melihatnya seperti seorang penjenayah kes rompakan lah pulak. Dah tu, Kak Syahila seperti endah tidak endah sahaja perbualan Adriana terhadapnya. Lagak seperti seorang yang sombong. Mentang-mentang lah anak orang kaya kan. Tapi, tak pula seperti Encik Aril dan Syed Syaqir, diorang bukan main lagi ramah dengan orang lain walaupun tidak saling mengenali.

Sikap Kak Syahila itu turut dirasakan oleh Yana juga. Yana sempat lagi berbisik dengan Adriana tentang perilaku Kak Syahila.

Tapi apakan daya, itu adalah rumah mereka dan terpulang bagi mereka untuk melayan tetamu. Namun, adab tetamu semestinya diterapkan dalam setiap insan. Mungkin itu adalah memang perangai Kak Syahila dengan orang yang baru berkenalan dengannya barangkali.

Tidak lama selepas itu, majlis doa selamat telah selesai dan tiba masa  untuk menjamu selera. Tiba-tiba Adriana dan Yana terdengar Datin Sofia memanggil Aisya.

Lantas wanita yang bernama Aisya bangun untuk berjumpa dengan Datin Sofia. Namun, dalam perbualan mereka membuatkan Yana dan Ard sedikit tergamam.

“Aisya, meh ke depan kejap… Hadif panggil ni…”, pesan Datin Sofia kepada wanita yang bernama Aisya tersebut.

“Owh, yeke? Baikla mak long, Aisya datang ni…”, jawabnya.

“Yana, Ard, Syira, Qisha jom kita ke depan. Kita makan sama-sama kat sana. Come…”, kali ini Datin Sofia mengajak Yana, Ard, Kak Syira dan Kak Qisha untuk menjmu selera.

Hadif?? Mak long??

Dua perkataan ini membuatkan Adriana berfikir sebentar. Mak long?? Maksudnya, Aisya adalah anak saudara Dato’ Iskandar dan Datin Sofia.

Hadif?? Adakah Hadif yang dia kenal selama ini. Entah-entah…Hmm…tak mungkin kot, tu cuma kebetulan je nama yang sama.

Yana dan Ard sempat saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua seperti memberitahu masing-masing tentang apa yang difikirkan. Kiranya, otak pandai mereka berdua ini memikirkan perkara yang sama dalam masa yang sama.

“Yana, Ard…kenapa masih tercegat kat situ lagi, meh la kita ke depan. Come, come…”, ajak Datin Sofia lagi.

Yela, Yana dengan Ard ni pun satu. Sempat lagi nak berangan walaupun orang dah panggil. Ish, ish, ish… Yana pun dah terikut dengan perangai Ard nampaknya.

Dalam perjalanan Yana dan Ard ke ruang depan, mereka berdua melihat kelibat seorang wanita bersama tengah berborak dengan seorang lelaki. Alangkah terkejutnya Yana dan Ard apabila melihat wajah pasangan yang sedang berborak itu.

Sedikit rasa kecewa dan terkejut dalam diri Adriana apabila melihat pasangan itu. Namun, dia tetap bersabar dan diharap dia dapat mengetahui perihal sebenar dia turut berada di majlis ini.




p/s  tolong komen sikit o_O

Thanks sudi membaca & hope korang enjoy! 

http://www.yoursite.com

Mana Simpang CInta...? Bab 14

Bab 14

Perlahan-lahan Adriana mengetuk pintu bilik wad Syed Syaqir. Pelbagai rasa yang dirasainya sekarang. Pahit, manis, masam, masin, nervous, sehinggakan rasa teringin nak pengsan pun ada.

Lutut pun dah rasa macam nak tercabut. Badan sejuk macam di Iceland, wajah dah pucat plus nervous macam kena panggil cikgu disiplin yang bawak rotan. Dasyat and scary sangat!

“Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hamba mu ini…berikanlah kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua ini, aminn...”, doa Adriana di dalam hati.

Dup dapp, dup dapp…!! Hatinya berbunyi, sambil menolak perlahan pintu tersebut.

“Assalamualaikum…”, sapa Adriana kepada semua yang berada di dalam wad Syed Syaqir tersebut dan sebuah senyuman turut di hadiahkannya.

Justeru dia melangkah ke arah Yana. Yana yang pada mulanya sedang duduk di sofa sambil berborak dengan seorang wanita dan bayinya berdiri sebaik sahaja Adriana masuk kedalam wad tersebut.

Kelihatan Dato’ Iskandar, Syed Aiman dan seorang wanita yang manis orangnya yang sedang mendukung bayi turut berada di situ. Syed Syaqir pula sedang elok berbaring di atas katilnya.

“Waa’laikummusalam…”, jawab semua yang berada di situ termasuk Syed Syaqir.

“Maaf saya lambat”, terang Ard sebaik sahaja berdiri di sebelah Yana.

Dia juga turut menghampiri wanita yang mendukung bayi itu untuk menyalaminya. Muka Ard nampak sangat blurr dan nervous. Takut kena hentam lah tu.

“Ahaha…takde ape lah Ard, takkan lari bilik nya Syaqir ni.” kali ini Dato’ Iskandar pula yang bersuara.

Yang lain hanya senyum memandang Ard. Mereka kembali duduk di sofa tadi tetapi tidak bagi Dato’ Iskandar. Yang duduk hanyalah Yana, Syed Aiman dan juga wanita yang cukup manis orangnya yang sedang mendukung bayi tadi.

“Dato’ apa khabar, sihat?”, soal Ard berani kepada Dato’ Iskandar.

“Lorh…! she didn’t ask that to me? Yang pi sibuk nak tanya ayah aku sihat ke tak tu apesal pulak. Pelik la minah ni. padahal dia datang sini pun sebab nak jumpa aku kan. Takpun dia datang atas sebab terpaksa…hissh…pelik pulak aku dengan minah ni. She’s really unexpected…”, desis hati Syaqir.

“Alhamdulillah sihat…and you Adriana, masih sakit lagi ke tangan kamu tu?”,kali ini Dato’ Iskandar yang menyoal Ard.

“Alhamdulillah sihat, Dato’. Tangan ni pun dah beransur sembuh, dah tak rasa sakit sangat macam semalam dah. Ermm…keadaan Encik Syaqir pulak macam mana?”. Soal Ard berani kepada Syed Syaqir sambil memandangnya.

“Erm… alhamdulillah sihat. Okey, cuma ni je lah, yang berbalut kat kaki ni makes me uncomfortable and susah nak gerak. Syaq tak sabar nak balik rumah and nak bukak balutan ni tapi, tau-tau je lah kan it takes a time.” jelas Syed Syaqir kepada Adriana. Sebuah senyuman turut diberikan sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit Syed Syaqir.

Dalam keadaannya yang separuh duduk bersandarkan bantal itu, sebenarnya Syed Syaqir memang maksudkan pun apa yang diperkatakannya terhadap Adriana tadi.

Salah satu sebabnya adalah, dia ni jenis yang tak suka duduk dekat hospital. Rasa macam terkongkong sangat.

“Aduh! Comel giler senyuman Syaqir nih! Siap ade dimple lagi. Mane la tak comel nya kalau dah dua-dua belah pipi tu ade dimple. Boleh cair aku, mati lah kalau macam ni..”, getus hati Adriana sebaik sahaja melihat senyuman manis tahap gaban yang diberikan oleh Syed Syaqir.

“Ha’ah, betul tu. Balutan ni kalau nak buka pun ambil masa jugak. Encik Syaqir kena sabar menunggu sampai tiba masanya nanti.” Jawab Adriana dalam separuh angaunya dengan senyuman Syed Syaqir.

“Ard, duduk la sini. Boleh sembang lebih lagi dengan Syaqir. Saya nak pergi berborak dengan diorang kat situ kejap.” kata Dato’ Iskandar lagi.

Dato’ Iskandar mempelawa Ard untuk duduk di kerusi berhampiran dengan katil Syaqir manakala dirinya akan duduk di sofa bersama dengan yang lain. Ini kerana, dia yakin bahawa ada perkara yang agak peribadi akan dibincangkan oleh mereka berdua.

Akhirnya Ard menurut pelawaan Dato’ Iskandar itu dan duduk berhampiran dengan katil Syaqir.

“Terima kasih Dato’”, ucap Adriana kepada Dato’ Iskandar.

Dato’ Iskandar sekadar senyum mendengar ucapan Ard. Dalam pada itu, Yana dan Syed Aiman sempat lagi memberikan senyuman dan jelingan nakal kepada Ard.

Yelah, Dato’ Iskandar macam bagi greenlight je dekat Ard untuk merapatkan lagi silaturrahim antara Ard dan Syaqir.

“Uissh…asal aku tetiba rasa macam malu ni weii. Dah la dia ni betul-betul depan aku. Kau jangan senyum weyh, nanti aku cair macam ice-cream kan susah karang. Apa-apa pun aku kena minta maaf dulu kat dia nih.” getus hati Ard sebaik sahaja duduk di kerusi tadi.

“Hmm,erm…saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab Encik Syaqir tolong saya semalam. Dan lagi satu, saya nak minta maaf sangat-sangat dekat Encik Syaqir disebabkan saya, keadaan Encik Syaqir jadi macam ni. Saya minta maaf ya, kalau tak kerana saya leka semalam, takdelah Encik Syaqir jadi mcam ni..” ujar Ard kepada Syaqir.

“Owh, it’s okay Ard. No worries. Lagipun keadaan saya semakin stabil tapi kaki ni jelah kena tunggu at least dalam tiga bulan lagi boleh pulih sepenuhnya. Yang semalam tu lupakan jelah. Kalau saya tak bertindak macam tu semalam, saya rasa keadaan lagi bertambah teruk kot… Takdela, saya gurau je yang tu. Jangan ambil hati pulak. Saya ikhlas tolong awak semalam. Dah takdir saya tengok kayu tu jatuh semalam, jadi saya kenalah selamatkan ape yang yang patut. And one more thing, let makes it simple, just call me Syaqir. It’s sound better, right? tak perlu la formal dengan saya.” terang Syed Syaqir kepada Adriana.

Siap dengan senyuman lagi tu.

“Mak aii…asal mamat ni senyum lagi, cair lah aku ni. Jangan cair dulu, please! aduhh…parah ni duduk sini lama-lama. Baik aku cepatkan je sesi temuramah ni..” desis hati Ard lagi.

“Err…baikla Encik Syaqir, eh maaf. Sssyaqir… maafla, saya masih tak biasa lagi. Lagi sekali saya nak minta maaf atas kejadian semalam. Hmm…saya nak tanya something ni, tapi saya harap Syaqir tak ambil hati sangat.” Soal Ard kepada Syaqir.

“Bunyi macam nampak serius je ni. So, apa yang Ard nak tanya?”.

“Takde la serius sangat cuma saya nak tanya, macam mana respons parents Syaqir bila dapat tahu keadaan Syaqir sekarang ni. Kalau Dato’ saya tengok dia okey je tapi macam mana pulak dengan datin? mesti datin terkejutkan? tentu datin marah dekat saya sebab saya, Syaqir jadi macam ni.” soal Ard lagi kepada Syaqir.

Namun belum sempat Syaqir hendak menjawab persoalan Ard, pintu bilik wad tersebut telah di ketuk dan didatangi oleh dua orang.

Bagi Ard, dia bagaikan macam pernah dan kenal sangat dengan dua orang tersebut. Macam baru je berkenalan dan beramah mesra beberapa ketika dulu.

Walaubagaimanapun, sah dan memang sah! Bukan dulu tapi baru je berkenalan tadi, okey.

Tak sampai sejam pun berkenalan.

Dua orang yang baru masuk tadi adalah auntie yang terlanggar oleh budak perempuan tadi dan Encik Aril. Eh! Ape diorang buat kat wad Syed Syaqir ni?

Ade kenduri ke? Takde pulak lauk pauk dekat meja sofa tu. Eh! Ape suma ni, takkan lah auntie dengan Encik Aril ni…

“Umi…”, ujar Syed Syaqir kepada auntie tersebut sambil memandang muka Adriana. Sementara itu, Syed Syaqir sempat menunjukkan isyarat tangan “Okay” kepada Adriana.

“Okay?”, soal Ard kembali kepada Syaqir. Sememangnya dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Syaqir kerana sikapnya yang blurr itu sudah datang.

Syed Syaqir sudah mengagak yang Adriana sedang blurr. Mana tak nye, reaksi muka Ard sama je macam semalam, waktu dia nak bagitahu dekat Ard yang kayu tu nak jatuh.

Setelah itu, Ard kembali berpaling kepada auntie dan Encik Aril terebut.

“Auntie…”, terkeluar perkataan tersebut dari mulut Adriana sebaik sahaja wanita tersebut menghampirinya disertai dengan sebuah senyuman.

Terus Ard bangun dan menyalami tangan wanita tersebut. Kedua-dua mereka nampak agak terkejut kerana boleh berjumpa di situ.

“My dear Ard, are you here visiting your friend which is Syaqir?”, soal auntie tersebut.

“Ya, auntie…auntie dengan Encik Aril…”.

“Saya abang kepada Syaqir dan auntie ni adalah umi kiteorang, nice to meet you again Ard”, celah Encik Aril.

“How did you know her?”, soal Dato’ Iskandar kepada Encik Aril dan auntie tadi.

“It’s a long story ayah, dekat rumah nanti Aril cerita ya. Yang penting, Ard baru je tolong umi tadi..” jelas Encik Aril kepada Dato’ Iskandar dan semua yang berada di dalam wad Syed Syaqir.

Semua yang berada di situ tersenyum melihat Adriana. Adriana ape lagi, malu giler la, dah la sempat buat muka blurr tadi masa umi Syed Syaqir tu datang.

Rupa-rupanya auntie yang Ard tolong tadi adalah ibu kepada Syaqir manakala Encik Aril merupakan abang sulung kepada Syaqir. Atau dalam nama penuhnya Syed Syahril al-fatha bin Syed Iskandar al-fatha.

Selain itu juga, wanita yang manis orangnya yang mendukung bayi tadi adalah isteri kepada Encik Aril iaitu Puan Qisha. Ingat tak, yang sebelum ni auntie pernah tanya dekat Encik Aril pasal Qisha? Itu la menantu dia isteri kepada Encik Aril.

Auntie tu pulak nama penuhnya Sofia Aisyah binti Abdullah atau pun nama panggilannya Datin Sofia. Rupa-rupanya Datin Sofia ni muallaf dan berasal dari Scotland,UK yang telah berkahwin dengan Dato’ Iskandar. Namun, semenjak berkahwin, Datin Sofia telah pun menetap di Malaysia.

Patutla muka Syed Syaqir dan Encik Aril tu macam pan Asia ala-ala Brad Pit bagai. Hansem, macho, muka memang pan Asia dan badan tough. Pergh! Untung la siapa yang jadi bini diorang ni.

Tapi aku tengok, muka Syed Syaqir ni ada iras-iras macam George Young yang pernah jadi host dalam rancangan Travel & Living Channel tu. Beza nya Cuma mata je kot, mata Syed Syaqir ni agak besar dari George Young. Ehehehee…

Dalam pada itu, keadaan di dalam wad Syaqir agak sedikit riuh rendah dengan pertemuan Datin Sofia dan Adriana. Semua yang berada di situ teruja mendengar cerita mengenai kejadian yang berlaku pada Ard dan Syaqir semalam.

Nampak gayanya, tekaan Ard terhadap Datin Sofia mengenai kejadian yang menimpa Syaqir adalah bertentangan sekali. Ini kerana, Datin Sofia sedikit pun tidak terkecil hati ataupun memedam rasa dengan pekerja yang telah di selamatkan oleh Syaqir yang telah menyebabkan Syaqir patah kaki kiri.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Syed Syaqir dengan isyarat ‘okay’ yang baru diberikan kepada Ard semasa Datin Sofia masuk ke dalam wad tersebut.

Pekerja yang di maksudkan itu sudah tentulah Ard iaitu Adriana. Datin Sofia menganggap kejadian tersebut hanyalah kebetulan dan takdir dimana mungkin ada hikmah sebaliknya.

Semakin rancak mereka berborak di dalam wad Syaqir tersebut tapi takde lah sampai riuh rendah macam kenduri. Yang tu, agak-agak la kot dalam hospital kan.

Lebih kurang satu jam setengah Ard dan Yana berada di wad tersebut. Almaklum la asyik sibuk berborak sebab tu la tak terasa dah lama berada kat situ.

Ard sibuk berobrak dengan Datin Sofia dan Syaqir manakala Yana pulak asyik sibuk berborak dengan Aiman, Dato’ Iskandar, Kak Qisha dan Abang Aril.

Eh?? Kak Qisha dan Abang Aril? Kenapa panggilan Encik dan Puan tak ada? Sebabnya, tak lama lagi kawan baik Ard iaitu si Yana ni akan kahwin dengan Aiman. Jadi, diorang tak nak la formal sangat panggilan tu.

Adriana pun turut mengekalkan panggilan ‘auntie’ terhadap Datin Sofia kerana itu adalah permintaan Datin Sofia sendiri supaya lebih senang dan selesa untuk mereka berborak. Lagipun, Datin Sofia seorang yang lemah lembut dan merendah diri orangnya.

Setelah sembang-sembang dan berasa sudah lama berada di situ, mereka berdua pun mula untuk meminta diri untuk balik.

**********
Dalam perjalanan pulang, Ard telah membuka bicara di dalam kereta.

“Ade la orang tu kan, dah nak kahwin rupanya. Tapi, takde pun niat dihati nak bagitahu kat kite ni. sape lah kita kan…sampai hati.” Rungut Ard.

“Weii, ko marah kat aku ke? Haha, cool lah babe. Aku bukan tak nak bagitahu pun, aku nak bagitahu kau. Tapi, aku ingat nak tunggu Aiman ade sekali baru la nak bagitahu kat kau babe. Alaa…takkan merajuk pulak, sejak bila pulak Cik Dania Adriana boleh menanam sifat merajuk ni? aku tak rasa la yang sebelah aku ni Ard ke tidak, macam pelik je mood dia hari ni…ahahahhaaha…”, dalih Yana.

“Heyy, ape lah kau ni. Suka suki je eh, aku masih Ard yang dulu la. Kau pun satu, benda baik macam tu pun nak tangguh-tangguh jugak ke nak bagitahu aku. Nasib baik la tadi pergi situ, kalau tak, entah bila la aku ni akan tahu kan..??”.

“Yela-yela sorry lah babe. Ahahha, yang tu aku dah tahu yang kau masih Ard yang dulu. Ahahahah… tapi kan, aku rasa la, aku pun tak lama lagi akan merasa nasi minyak orang sebelah ni..”. dalih Yana.

Ard sudah mula buat muka blurr.

“Maksud kau ape eh? Aku tak berapa nak faham la?”, soal Ard.

“Ape lah kau ni. Maksud aku, aku maksudkan kau la Ard oii.. aku tengok bukan main lagi rancak kau berborak dengan Syaqir tadi. Boleh jadi ni yang Syaqir tu akan tackle kau. Dah la dia tu sanggup selamatkan kau semalam. Pergh! Memang gentleman lah Syaqir ni. Lagi-lagi dia tu baik dan seorang yang bekerjaya di tambah pulak dengan package yang dia yang segak lagi kacak…hmm, aku tengok dia macam ada iras-iras macam seorang host tu la. Ape eh nama host dalam TLC tu, aku lupa la, ape eh…”, fikir Yana sambil mengingat nama host tersebut.

“George Young…”, tiba-tiba Ard menyebut nama host tersebut dalam nada yang cukup perlahan namun cukup jelas di dengar oleh Yana.

“Eii…asal mulut aku ni gatal sangat TERsebut nama tu. Alamak, tersasul la pulak. Mati la aku… malu wei, malu… mulut ni pun satu, dok je diam, tak yah la menyampuk sangat…hampehh, habisla aku lepas ni. For sure mak cik machine gun tu nak kenakan aku…”, getus hatinya sambil menekan-nekan bibirnya.

“Aha! Betul tu. Muka dia ada iras macam George Young. Eh? Perasan pulak kau eh, siap tahu lagi nama host tu. Mesti kau ni dah terpikat dekat Syaqir kan? Dahla siap ambil hati bakal mak mertua pulak tu tadi. Ahaha, datin tu pulak nampak macam seronok sangat berborak dengan kau Ard. Macam nak dapat menantu je aku tengok. Bukan aku je, Aiman pun rasa macam tu tau. Alangkah baiknya kalau tu menjadi kan. Dapatlah kita bersaudara nanti…”, jawab Yana.

“Ya Allah ya tuhanku… ape lah kau ni, sampai ke situ pulak. Jangan nak berangan sangat boleh tak? kau ni, makin kuat berangan kau eh. Tau la tak lama lagi nak jadi isteri orang kan. Aku dengan auntie tu tadi borak-borak biasa je lah. Lagipun dia rasa berterima kasih sebab aku tolong dia tadi la. Kau ni, sama je eh dengan Aiman. Fikir yang bukan-bukan je..”,

“Eh, takde la. Tu apa yang kiteorang nampak je. Ehehehe… ha’ah la, lupa aku. Macam mana pulak auntie tu boleh kenal kau eh tadi? Yang buat kiteorang semua blurr sekejap macam kau. Ahahah…”, soal Yana lagi.

“Panjang cerite nya. Macam ni lah, aku pendekkan eh. Masa aku nak ke toilet tadi, ade lah sorang budak perempuan yang aku agak umur 10 tahun terlanggar auntie tu sampai dia terjatuh. Then, aku tolong lah auntie tu bangun dan duduk dekat kerusi yang ade kat situ. Tak lama lepas tu, Encik Aril pun tetiba datang dan tanya lah apa yang dah jadi dekat auntie tu. Kiteorang pun ade lah borak-borak kejap. Lastly, aku baru teringat nak pergi toilet and nak jumpa korang so, aku minta izin la nak blah. Erm…macam tu lah cerita nya. Sebab tu la, aku blurr sekejap tadi bila auntie dan Encik Aril tu masuk wad Syed Syaqir. Takde melibatkan yang hidup atau yang mati pun… ehehehehe…”, terang Ard.

“Owh…macam tu rupanya. Untung lah kau, tak lama lagi ade lah calon kan… ahahaha.”.

“Tak habis-habis lagi ke, takde maknanya lah…dah, drive je elok-elok dan cepat sikit nak sampai. Tak pasal-pasal pulak jalan jammed nanti..”,

“Baikla future Mrs Syaqir… ahahahaa..”, Yana menjawab.

Lantas, Ard hanya memberi jelingan geram terhadap Yana dan menggelengkan kepala.

Yana meneruskan perjalanan dengan fokus memandu kereta manakala Ard hanya diam dan mendengar lagu yang di mainkan didalam radio.


Bagi Ard, banyak perkara yang telah berlaku pada hari ni dan diharapnya esok dia akan lebih tabah menghadapi apa jua sebarang keadaan.




p/s tolong komen sikit o_O

maaf, ada pembetulan dekat bab ni. Nama umi Syed Syaqir sebenarnya adalah Datin Sofea dan bukan Datin Munirah kerana saya telah membuat sedikit pembetulan & perubahan...tQ~

http://www.yoursite.com