“Bangun pagi... gosok gigi... cuci muka terus
mandi...gigi putih sihat dan kuat...Dania Adriana sangat suka...hahahaa...”,
nyanyi Adriana sendirian di bilik air ketika ini.
Hujung minggu yang sangat best. Semua orang sangat
sukakan hujung minggu, ape lagi it’s shopping time!
Tok.tokk.tokk.... bunyi ketukkan pada pintu bilik mandi
Adriana. Siapa lagi kalau bukan si Yana yang bertuah tu.
“Oi Cik Dania Adriana, cepat lah sikit mandi tu. Karang
ada pulak kena tinggal nanti. Sibuk nak nyanyi je, mana tak lama mandi nya tu.
Patut lah lama...cepat tau!”, arah Yana kepada Adriana di dalam bilik mandi.
“Cepat lah sangat...Ye, iye aku cepatlah ni. Sabar lah kejap. Nanti aku belanja kau makan
yer...”, umpanku kepada Yana. Yana ni, sebut je pasal makan, aku sure 120% dia
akan setuju punya maa...
“Hmm...yela yelah. Pandai kau ek nak bodek aku dengan
makanan. Cepat sikit bersiap tu nanti aku demand nak makan dekat hotel five
stars, baru kau tahu nak buat muka kesian dekat aku pulak. Masa tu akan ada
istilah ‘tiada kesian bagimu’...”, jawab Yana yang berlalu pergi meninggalkan
bilik Adriana.
Sengaja Yana menekankan sedikit nada ketika menyebut
perkataan terakhir.
Uissh...Yana ni memang tak sah kalau tak buat hidup aku
ni kelam kabut. Tak sampai lima minit Adriana telah keluar dari bilik mandi.
Setelah itu, dia berkejar-kejar di dalam bilik untuk bersiap keluar shopping
dengan Yana.
Hari ni, Adriana memilih untuk memakai pashmina hitam dan
mengenakan baju biru bercorak bunga hitam. Disebabkan dia dalam keadaan tergesa-gesa
jadi tak sempat lah nak gosok baju dan sebab tu jugak dia pilih baju yang tak
nampak kedut. Nampak sangat malas kan?
Bukan malas tapi tak sempat je, okey... Eh, lebih kurang je
tu.
“Sorry lambat, sengaja. Let’s go..”, tukas Adriana kepada Yana yang sedang
membelek majalah di sofa ruang tamu kediaman mereka.
“Kau ni kan, memang sengaja tau... Okey, sekarang ni kita
nak keluar naik kereta aku ke atau kereta kau?”, soal Yana kepada Adriana.
Sudah menjadi kebiasaan mereka berdua apabila keluar shopping, mereka akan menggunakan sebuah kereta iaitu salah sebuah kereta
antara mereka. Bukan apa, berkongsi kereta kan lebih baik lebih-lebih lagi pada
waktu hujung minggu dan dapat menjimatkan minyak.
“Hmm...guna kereta aku lah. Kau kan dah puas tunggu aku
bersiap tadi. Lagipun aku ingat nak isi minyak kereta tu...”, ujar Adriana kepada Yana sambil
mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.
“Okey, jom gerak...”, arah Yana pula kepada Adriana.
Yana mengunci pintu pagar rumah manakala Adriana
menghidupkan enjin Suzuki Swift miliknya. Aha. Baru je keja dah ada kereta?
Suzuki Swift pulak tu?
Sebenarnya kereta tu hadiah daripada Abang Aqief dan Kak
Syira. Diorang kasi sebab aku dah berjaya tamatkan pelajaran dan juga sebagai
hadiah hari jadi aku yang ke 25 tahun.
Mula-mula memang lah aku taknak terima, hadiah tu punya lah besar
sangat lah dan tak sanggup nak terima sebab diorang dah cukup baik selama ni.
Tapi, setelah di pujuk Kak Syira dan Abang Aqief aku menerima hadiah tersebut
dengan hati yang terbuka tapi dengan syarat.
Syaratnya adalah, tu adalah pemberian yang terakhir
daripada mereka kerana banyak sangat dah mereka tolong aku.
Sebaik sahaja Adriana dan Yana sampai ke shopping
kompleks, Adriana mencari parkir kereta dan akhirnya menemui parkir yang
terletak betul-betul berhadapan dengan pintu masuk kompleks tersebut.
“1212...hmm, cantik nombor plat kereta ni. Mesti mahal,
tengok kereta pun dah tahu mahal. Eh, macam tarikh lahir Hadif lah pulak 12
Disember...”, seloroh Adriana di dalam hati sebaik sahaja keluar dari kereta
untuk menuju ke pintu masuk kompleks tersebut.
Hampir sejam Adriana dan Yana berjalan-jalan di dalam
kompleks tersebut. Adriana yang sudah terasa penat dan lapar sekadar mengikut
arah jalan Yana.
“Wei, babe. Tunggulah kejap. Kau tak penat ke? Aku dah
lapar dah ni, siap berdisko lagi perut ni tau. Kita lunch dulu nak tak?...”,
soal Adriana kepada Yana. Sengaja tangannya menunjuk perutnya yang lapar itu
kepada Yana.
“Ha’ah lah...dah dekat nak pukul satu suku lah. Patutlah
perut aku shuffle jugak ni. Okey lah, kita pergi makan dululah. Nak makan kat
mana ni? Eh, aku lupa, kau yang belanja kan?...” , dalih Yana kepada Adriana.
“Hmm...yela, memang aku yang belanja pun. Kan masa kat
rumah tadi aku dah offer...nape? taknak ke? Kalau taknak, lagi senang kerja
aku. Tak payah aku nak keluarkan duit dari wallet kan? hahaha...”, siap
gelakkan Yana lagi Adriana dengan statement nya terhadap Yana.
“Laa...kau ni kedekut nye. Aku cuma tanya je, saje nak
test memory kau je lah. Takde-takde, kau yang kena belanja aku. Janji harus
ditepati tau. Sekali sekala sedekah la dengan aku ni...”.
“Ahahah...ape lah kau ni Yana. Yelah, memang aku kena
belanja kau pun kerana kesabaran kau tunggu aku bersiap tadi. Ahahaha... jom,
makan dekat Kenny Rogers je nak?...”.
“Kenny Rogers? Okey sangat tu, makan dekat situ memang
mengenyangkan. Ayam, nasi, salad, muffin...hmm...I like...”,
“Tengok tu, dah mula dah buat perangai. Kalau lah Aiman
tengok kau macam ni, malu semalunya kot Aiman disebabkan kau. Dah jom pergi
makan...”, ajak Adriana kepada Yana.
Mereka berjalan menuju ke Kenny Rogers. Setibanya di
tempat duduk di dalam restoran tersebut, tiba-tiba Adriana terpandang seseorang
yang sedang berjalan menuju ke kedai sukan yang bertentangan dengan Kenny
Rogers. Dia terpegun seketika melihat lelaki yang memakai T-shirt berwarna
Turquoise.
“Yana, cuba kau tengok lelaki baju Turquoise tu...”, arah
Adriana kepada Yana. Lantas Yana terus menjenguh ke luar cermin.
“Eh. Sape tu? Hensem nye babe. Kau dah pandai skodeng
lelaki eh, sejak bila pulak ni ha... Wahh, hebat! Tapi macam kenal je. Tapi, macam
je lah...”, jelas Yana kepada Adriana. Ceh, hampeh betul lah Yana ni. ‘Tapi’
je yang banyak..
“Kau ni kan, cakap macam confident giler. Tapi last last,
hampeh giler. Ape lah. Bila masa pulak aku nak skodeng, aku nk kau recognise
je sape lelaki tu. Muka dia macam...”,
“Hadif Irfan...!!”, serentak Yana dan Adriana menjawab.
“Yup, muka dia macam Hadif senior sekolah kite dulu
merangkap ketua pengawas yang paling baik dan paling bijak. Eh, aku rasa memang
bukan lagi dah. Tu memang dah sah-sah Hadif...”,
“Ha’ah lah babe. Ard, aku rasa tu memang Hadif la,
walaupun bertahun-tahun tak jumpa tapi aku tetap rasa yang tu Hadif. Tengok tu,
masih pakai spec lagi...”,
“Ape nak buat eh,”,
“Pergi lah tegur dia, lagipun kau kan junior yang paling
rapat dengan Hadif dulu. Mesti dia masih ingat dekat kau...”,
“Kau sendiri pun cakap ‘dulu’, so automatiknya sekarang
tak lagi ler...”.
“Ya Allah, lurus bendul jugak kau ni eh. Belajar je
tinggi-tinggi. Sungguh tak ku sangka, aahhahah... pergi je lah, pergi tanya
khabar ke apa ke...”.
“Ee...kau mengutuk aku eh? Sedap nye mulut. Takpe, dah la
kau order makanan banyak tadi kan, lepas ni bayar sendiri okey. Aku nak tegur
dia kejap...”,
Baru je Adriana nak bangun dari meja makan, lelaki tersebut
telah berjalan pergi meninggalkan kedai tersebut. Apa lagi, tekedu Adriana
melihat lelaki tersebut berjalan menuju meninggalkan kedai tersebut.
Belum sempat Adriana datang untuk menyapanya, tetapi dia
telah bergerak meninggalkan kedai sukan itu. Perasaan kecewa dan menyesal telah
hadir di dalam hati Adriana.
Yana pula sempat gelakkan Adriana namun terhenti setelah
Adriana memberikan jelingan dan mempamerkan muka yang mengerikan.
“Jelas bebenor terpancar riak sedih muka Ard ni, it’s
dangerous...”, getus Yana di dalam hati.
“Takpe Ard, mungkin belum ada jodoh untuk kau bersemuka
dengan Hadif. Mane lah tahu kan kalau-kalau esok lusa kau akan terserempak
dengan dia lagi. Masa tu, kau jangan
pulak lepaskan peluang nak tegur dia. Nanti merana disebabkan persoalan...”,
terang Yana kepada Adriana.
“Yelah, aku tahu. Kenape lah aku lambat sangat nak
bertindak tadi. Aigoo...”, omel Adriana pada dirinya sendiri. Tidak lama
selepas itu, makanan yang di pesan mereka telah pun sampai dan mereka menjamu
selera dengan keadaan yang sedikit senyap terutamanya Adriana yang dah tak ubah
macam budak-budak yang hilang mainan.
Selesai makan, mereka pergi ke surau untuk menunaikan
solat zohor. Setelah itu, mereka meneruskan membeli-belah di beberapa buah
kedai yang berada di dalam kompleks itu. Dalam masa yang sama, Adriana berharap
agar dia dapat bertemu dan terserempak dengan Hadif sekali lagi.
Semasa Yana masih di dalam kedai barangan Nose, Adriana
berada di luar kedai tersebut. Dia tidak merancang untuk membeli barang lagi.
Sebenarnya dia masih memikirkan kejadian yang telah berlaku tadi.
Di dalam keadaannya yang asyik ke hulu ke hilir
memikirkan Hadif, tiba-tiba dia telah tersedar dari lamunannya akibat
perlanggarannya dengan seseorang.
Aduh.! Itu adalah yang di perkatakan oleh Adriana sebaik
sahaja teranjak ke belakang akibat perlanggaran tadi dan yang paling membuatkan
hatinya panas adalah, barang-barang dan beg-beg yang dibawanya telah jatuh ke
lantai.
“Wei, buta ke.?”, soal perempuan muda yang cantik dan
terlebih seksi itu kepada Adriana.
“Maafkan saya, saya tak sengaja. Sorry..”, wajah
perempuan seksi itu di pandang Adriana. Eh, perempuan ni. Pernah nampak la.
Tapi... aha. Perempuan yang keluar dengan sepupu Aiman hari tu.
“Dah lah tu B, dia tak sengaja pun. Lagipun takde ape-ape
kan.? Kita pergi kedai lain nak?...”, soal lelaki yang datang bersama dengan
perempuan seksi tersebut.
Menyampah nye aku, dah lah langgar aku. lagilah aku
menyampah dengar word “B” tu a.k.a “Baby”... Uwekks~
Tapi kenapa dia dengan lelaki lain pulak, bukan dengan
Syaqir sepupu Aiman tu. Ni mesti perempuan ni curang dan main kayu banyak
sangat. Mesti Syaqir tak tahu yang perempuan seksi ni keluar dengan lelaki tua
ni. Eh, tak baik buruk sangka dengan orang.
“Okey, I maafkan you. Jom B, kita pergi jalan tempat lain
pulak...”, ujar perempuan seksi itu dengan Adriana dengan sombongya. Nampak
sangat tak ikhlas minta maaf.
Adriana mengambil barang-barang dan beg-beg nya yang
terlepas dari tangannya akibat perlanggarannya dengan perempuan seksi itu.
Setelah itu, Yana telah selesai membeli barang di kedai dan hairan melihat
Adriana yang seakan menunduk mengambil barang-barangnya.
“Apesal ni Ard? macam ada something wrong somewhere
je?...”, soal Yana.
“Ha’ah. Memang something wrong somewhere. Entah dari mana
datang nya perempuan tak cukup kain tu terlanggar aku, habis terlepas semua
barang-barang ni...”, berang Adriana sewaktu mengambil barang-barangnya.
“Hmm...banyak nye dugaan kau hari ni Ard... ish, ish,
ish... simpati pulak aku...”, kata Yana sambil sedikit gelak tawa di hujung
ayatnya.
Adriana hanya memberikan jelingan dan mukanya masih
terpancar ketidakpuasan hatinya akibat insiden tadi. Ni dah termasuk dua dah
insiden yang berlaku pada masa yang singkat di kompleks tersebut.
Agaknya, apa lagi lah dugaan aku lepas ni...getus di
dalam hati Adriana.
p/s tolong komen sikit o_O
p/s tolong komen sikit o_O

No comments:
Post a Comment