Pen di tangan di ketuk-ketukkan pada meja. Otaknya kini menjadi tidak
tenteram.
Mana taknya, masa lunch tadi Syed Syaqir al-Fatha atau Syaqir sepupu kepada
Aiman terserempak dengan Adriana iaitu sahabat baik kepada Aiman.
‘Sahabat baik tu, kalau kawan biasa-biasa je, takde nye aku nak
pening-pening kepala ni. Hish, kes naya ni...’, desis Syaqir di dalam hati.
Sebenarnya Syaqir perasan kahadiran Adriana ketika dia sedang lunch bersama
teman wanitanya tengahari tadi. Sape la yang tak perasan kalau dah
terang-terang tempat duduk Adriana tadi tu betul-betul nampak orang yang keluar
masuk restoran.
Namun, pada waktu tu, Syaqir sengaja
buat-buat seakan dia tidak mengenali Adriana.
Ini kerana, dia berasa malu dan tergugat sekiranya Adriana memberitahu Aiman
bahawa dirinya telah keluar bersama seorang perempuan iaitu Maria yang boleh
dikatakan berpakaian tidak cukup kain itu.
Kalaulah Aiman tahu, masak la Syaqir
ni kena dengan Aiman. Lebih-lebih lagi kalau ayah dan uminya tahu. Semestinya,
hubungannya dengan Maria tidak akan diterima oleh kedua ibu bapanya.
‘Agaknya Adriana ni kaki busybody ke tak? Kalau betullah, mampuslah aku
nanti kalau ayah dan umi tahu...’, soal Syaqir pada dirinya sendiri. Argh, tak
tenang dah rasanya, tak tenang!
Sememangnya keluarga Syaqir adalah dalam kalangan yang berada. Ayahnya
seorang usahawan yang berjaya dan Syaqir bekerja di salah satu syarikat
cawangan ayahnya.
Oleh itu, dia amat berhati-hati kerana bimbang perhubungannya dengan Maria
akan menyebabkan keluarganya huru-hara dan musnah.
Aiman sepupunya juga bekerja di syarikat ayahnya yang menyebabkan dia perlu
berhati-hati dalam perhubungannya bersama Maria.
Fikirannya kini agak berserabut memikirkan peristiwa yang berlaku di
Restoran Secret Recipe tengahari tadi. Sedang asyik Syaqir mengelamun,
tiba-tiba dia tersedar dari lamunannya.
“Oit, Syaq! Ape yang kau mengelamun tu? Nak kata fikir pasal kahwin, calon
satu pun aku tak nampak. Nak kata fikir pasal kerja, kau tu jenis yang
efficient bila buat kerja. Nak kata kau...”, tegur Aiman kepada Syaqir yang
sedang asyik mengelamun sambil tangannya melambai-lambai pada wajah Syaqir.
Namun, belum sempat Aiman meneruskan kata-katanya, Syaqir telah mencelah
terlebih dahulu.
“Okey, okey...enough Aiman. Kau ni kalau tak kacau hidup aku memang tak sah
kan? Annoyying betul! Mengalahkan mak cik-mak cik yang shopping kat pasar tamu
tu...”.
“A’ah...tu memang betul. Aku kan memang selalu kacau hidup kau. Yang ni pun
satu, mengelamun sampai ke kutub utara tu pasai pa? Dah lah jambang kat muka kau
tak shave. Memang tak ubah macam PATI kena tahan imigresen lah babe. Macam
besaq giler je problem kau...”.
Papppp!! Bahu Aiman di hempuk oleh Syaqir. Sesedap mee sedaap je dia kata
aku ni tak ubah macam PATI yang kena tahan imigresen. Weii, aku Syed Syaqir al-Fatha
yang segak lagi bergaya lah babe. PATI-PATI aku tak main okey.
Jambang ni wujud pun sebab tak
sempat nak beli shave baru. Eh, bukan malas ke? Whatever~
“Aha, macam mane? Sedap tak kena hempuk dengan aku. Tu la, cakap tu main
sesedap mee sedaap je cakap aku macam tu. Nasib baik hempuk je, if other than
that, you should’ve already know what I’m going to do. Memang masalah yang aku
ada sekarang ni memang besar tapi kau tak perlu lah nak tahu sebab banyak
sangat lah perkara yang kau dah tahu. Dah full dah memory RAM kau tu. So, tak
payah nak tahu lah ye...”, dalih Syaqir kepada Aiman.
Syaqir membuat muka tak bersalahnya terhadap Aiman. Aiman yang tadinya
mengurut bahunya yang di hempuk oleh Syaqir segera mempamerkan muka geram
terhadap Syaqir. Actually Syaqir saje je nak menukar topik.
Dia tak nak sekiranya Aiman ingin sangat nak tahu apa yang baru
difikirkannya sebentar tadi.
Aiman yang berada dihadapan Syaqir dari tadi hanya mengangkat bahu
mendengar penjelasan Syaqir. Dia hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh
Syaqir. Sebenarnya Aiman dah malas nak ambil tahu pasal Syaqir ni.
Dah banyak sangat dah kot hal Syaqir yang Aiman tahu tapi kecuali satu
perkara iaitu pasal awek-awek Syaqir. Hal ni je yang Aiman langsung tak tahu
dan tak nak ambil tahu pun. Aiman kemudian mengambil posisi untuk duduk di
kerusi tetamu yang terletak di dalam pejabat Syaqir.
“Syaq, tadi Pak Long kata dia dah jumpa wakil dari Emperial Shah Holding.
Diorang bincang pasal projek baru dan nampaknya, ayah kau macam berminat je nak
sign kontrak dengan diorang...”, Aiman menyatakan hasrat sebenarnya untuk
berjumpa dengan Syaqir.
“Ha’ah...itu aku tahu. Tadi ayah aku ada ajak join diaorang meeting. Tapi,
aku ada hal sikit lah tadi so, aku masih tak tahu lagi keputusan ayah aku tu.
Nanti, ade lah tu dia bagitahu keputusan. Just wait for his decision...”,
Syaqir menjelaskan kepada Aiman.
Sebenarnya, ‘hal sikit’ yang dikatakan oleh Syaqir adalah dia dok sibuk
temankan Maria shopping.
“Adriana kawan kau yang kita jumpa
dekat kompleks haritu ade tak contact kau harini?...”, soal Syaqir kepada Aiman
dengan nada yang sangat berhati-hati dan penuh dengan penantian.
Aiman sedikit pelik dengan pertanyaan Syaqir. Tak pernah-pernah Syaqir ni
nak tanya pasal Ard. Ni demam panas ke demam sejuk ke demam meroyan ke apa
budak ni. Ni memang dah buang tabiat dah ni and dah di luar syllabus.
“Eh, kau tanya ape tadi? Aku ni tengah mimpi atas katil ke atau tengah
mengigau berjalan pergi ke pejabat kau ni? Ape...ape kau sebut tadi? Adriana
eh? Ard?...”, jawab Aiman dengan penuh kehairanan.
Mana tak nya, baru sekali Syaqir jumpa Ard itu pun dah berkurun lama dan
tiba-tiba je dia tanya pasal Ard sekarang ni. Memang ade something wrong
somewhere ni.
Ish, sepupu aku ni memang nak kena lagi la kot. Aku tanya dia, dia tanya
aku pulak. Macam mana ni. Tak boleh jadi ni, nanti boleh kantoi. Bisik Syaqir
di dalam hati.
“Ek, eleh mamat ni... aku hempuk lagi kang baru tau. Orang tanya dia, dia
pulak yang sibuk nak soal kita balik. Aku tanye je, ade tak kawan kau yang nama
Adriana tu contact kau harini? Aku Cuma tanya je T.A.N.Y.A tanya faham?...”, jawab Syaqir dengan mengeja
tanya dengan satu persatu.
“Owh, takde lah babe. Aku C.U.M.A cuma hairan je tiba-tiba je kau tanya
pasal dia. Takde pulak dia contact aku harini. Lagipun buat ape aku nak contact
dia, baik aku contact makwe aku je si Yana ‘tersayang’ tu. Nape babe? Tiba-tiba
je kau tanya...”, soal Aiman kepada Syaqir dengan sedikit hairan dan membalas
balik soalan Syaqir dengan mengeja C.U.M.A cuma satu persatu dan menekankan sedikit
nada pada perkataan ‘tersayang’.
“Nothing la. I’ve told you just now that I’m just asking...”.
“Owh... I see. But its looks weird. Hmm...nevermind la...”.
Setelah itu, Syaqir dan Aiman berbincang mengenai hal kerja mereka. Namun,
pada masa yang sama, Syaqir masih berasa bimbang kot-kot Adriana akan
memberitahu kepada Aiman.
**********
‘Aah...jalan jammed ni la paling aku lemah sangat. Terlebih masa pulak aku
spent time duduk dalam kereta ni. Kalau nak di ikutkan, aku nak berkelah dalam
kereta ni pun boleh tau.
Jammed panjang giler ni. Mungkin ada kemalangan kot kat depan sana.’, keluh
Ard di dalam hatinya.
Nasib baik Yana ada, ada teman berborak. Biasanya, aku drive pergi dan balik
kerja sorang-sorang je. Tapi, hari ni Yana hantar kereta dia pergi servis.
Sebab tu lah dia tumpang aku. lagipun aku dengan Yana tinggal rumah sewa yang
sama.
Nak save bajet lah katakan, lagipun ada teman untuk gaduh kalau balik
rumah.
Memang Kak Syira ada ajak aku untuk tinggal bersamanya dengannya tapi aku
taknak. Takkan lah nak kacau dan tinggal di rumah orang yang dah berumahtangga
kot. Takde privasi lah diorang nanti.
Rumah sewa ni pun payah aku nak pujuk Kak Syira supaya dia setuju bagi aku
tinggal situ.
Tapi, nasib baik la dia setuju jugak akhirnya tapi dengan syarat, mesti ada
teman. Dan teman yang aku ajak adalah Yana. Nasib baik jugak Yana nak sewa
rumah sama dengan aku.
Boringnya rasa, dahla jalan jammed, penumpang yang duduk sebelah aku ni dok
asyik memekak je layan nyanyi lagu dalam radio tu. Yana ni, kalau bagi bab
merosakkan lagu memang sah confirm dia akan dapat nombor satu.
Buka je mulut dia nak nyanyi, abeh ar... Bernanah telinga ni mendengar nye
babe~ adoi.!
“Excuse me Cik Dayana Emieyra, pitching tu boleh kurengkan sikit tak?
Bernanah telinga ni dengar tau, habis lah cair apa yang ada dalam telinga aku
ni karang. Nanti sape yang susah, kau jugak kan?...”, pintaku kepada Yana yang
sedang asyik melayan perasaannya menyanyi mengikut lagu yang keluar di corong
radio di dalam keretaku.
Package dengan gaya tangan sekali dia nyanyi.
“Alaa...kau ni, aku baru nak warming up suara. Bosan lah macam ni. Nak tak
nak, kau kena jugak tadahkan teilnga kau untuk dengar aku nyanyi, okey?...”.
Hesyh...Yana ni kan, aku bagitahu Aiman perangai dia ni karang baru dia tau.
Suara dia ni memang lebih kurang macam katak panggil hujan je. Ish, ish, ish...
Eh, Aiman? hmm...patut ke aku cakap dan tanya at Yana pasal sepupu Aiman tu.
p/s tolong komen sikit 0_o
p/s tolong komen sikit 0_o

No comments:
Post a Comment