Sebenarnya hari ni adalah hari konvo aku. Tapi, dalam hati aku sebenarnya sedih. Bukan apa, rakan-rakan lain menyambut bersama ibubapa tatkala aku pula sebaliknya.
Kalau dah ada suami kan best dapat celebrate dengan hubby.
“Tahniah sayang! Sayang dah graduate, nak ada baby la lepas ni...” aku berangan-rangan kalau memang betul lah aku dah bersuami sekarang ni, aku agak la dia akan cakap macm ni.
Kalau lah betul, kang aku lempang pulak laki aku tu nanti. Haha. Wahh!! Melebih-lebih la pulak kan. hehehh.
Hmm... takpe lah, dah tu memang takdir aku. Tapi, kena lah hadapi dengan tabah kan. Kalau tak, takkan la nak tersungkur macam game ragbi. Habis kena tempuh dengan badan yang besar-besar dengan body ala-ala six pack. Tu dah kes naya dah.
Ya Allah, alangkah bahagianya kalau abah dan ibu masih ada. Mesti mereka bangga dengan pencapaian aku sekarang ni. Walaubagaimanapun, aku harus tabah. Banyak lagi orang yang susah selain aku di luar sana.
Kau mesti kuat Ard! Hmm...emosi lah pulak...
“Okay, bagi ceria sikit Ard!”, selorohku di dalam hati.
Aku rasa macam cantik semacam je hari ni, padahal aku tengok ramai lagi pelajar lain yang lebih cantik kot...Hehe...
“0pocot!”, ya Allah, tu la mengelamun lagi. Handphone berdering menjerit-jerit pun terkejut beruk asam jugak.
“Ard, kau kat mane?aku dah sampai dah ni, tak sabar rasa nya....”. Laa...minah ni rupanya, dia ni kan, memang tak sah kalau tak kacau hidup aku kejap. Yana ni kan, jaga lah kau karang.
Lantas aku menjawab panggilannya, “Aku baru je sampai. Sekarang kat parking kereta ni dengan Kak Syira dan buah hati dia lah. Kau pulak kat mane?”, selamba badak je aku jawab macam tu. Hehe, Abang Aqief senyum je dan Kak Syira geleng-gelengkan kepala.
“Ape lah lambat nye kau. Aku kat luar dewan ni, tunggu kau datang, baru lah aku masuk. Jumpa kat sini sekarang eh. Cepat tau! Aku tunggu..”, arah Yana kepadaku di dalam talian.
“Oow...sorry Yana! Ehhehhe... Okay, okay aku datang sekarang. Tunggu kejap tau. Kau kira satu sampai seratus k.”, terus aku mematikan talian sebab aku tahu, Yana gerenti akan membebel sebab aku dok gi main-mainkan dia pulak.
Yana tu memang, memang selalu awal sikit dari aku.
For your information, awal sikit je pun, takde lah banyak sangat. Ahaha. Dari zaman sekolah, matrikulasi sehinggalah universiti nih, dialah ratu awal. Apa-apapun dia adalah sahabat baik aku selamanya.
Susah senang Yana dan aku akan hadapi bersama-sama dan sekarang, kami masih lagi berkawan baik walaupun semakin meningkat umur.
Huh, apa aku cakap nih? meningkat umur? Cam haremmm...kih, kih, kihh....
“Hensem bakal abang ipar kau eh...”, ujar Yana selamba kepadaku sambil dia asyik membetulkan topi segiempat di kepalanya.
“Ahahhaaha..!”, sama-sama kami tergelak ketika berada di dalam Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai, Johor.
“Tu la pasal, tapi tu Kak Syira yang punya. Nanti aku pun nak cari yang hensem jugak la. Dah la hensem, baik giler pulak tu.” Kataku kepada Yana sambil membelek-belek buku tentang intentif konvo hari ni.
“Kau tu senang je nak dapat Ard, genius lah katakan...”.
“Ewah, ewah, ewahh....sesedap mee sedaap je mulut kau cakap. Kalau senang, dah tentu sekarang ni kau dah jumpa kot bakal suami bestfriend kau nih. Kau tu, sama je aku tengok nasib dengan aku nih. Uahahhaa..!”, jawabku pada Yana lagi.
Kami tergelak sama-sama bila mengenang nasib yang menimpa diri kami yang masih belum jumpa lagi pasangan hidup...hehhee... sabar, sat lagi jumpa lah karang kan..?
“Senyum lebih manis sikit Ard, bukan selalu dapat scroll tu. Ni pun first time dapat, tu pun tak merasa scroll diploma...”, tegur Kak Syira yang entah sejak bila pulak dah bertukar kerja jadi photographer ni.
“Peace!”, aku membuat gaya peace sewaktu Kak Syira adakan photoshot free untuk adik nya yang bertuah ini. Ehehehe...
“Akak, Ard nak bergambar dengan bakal abang ipar pulak....”, pintaku pada Kak Syira.
Lantas Kak Syira melemparkan senyuman sinis nya terhadapku. Dah dia yang dok berkepit dengan DSLR dia tu, Abang Aqief cuma jadi penonton pulak pada aku dan Kak Syira. Baik aku ajak dia sekali kan dalam photoshot free nih.
“Ehehehh...jangan marah, nanti cepat tua. Abang Aqief meh la ambil gambar dengan Ard....”, ajakku kepada Abang Aqief.
“Ya, okey adik sayang!”, jawab Abang Aqief sambil menahan gelak.
Uahahhahah! seraya aku dan abang Aqief terbahak-bahak ketawa apabila melihat muka Kak Syira yang memang dah merah padan dari tadi sejak aku mengusiknya. Dah macam mak andam terlebih letak blusher la pulak.
Ahaha, ape la sangat nye akak oi. Bulan depan kan dah nak kahwin, tu pun masih nak segan silu dengan adik dia ke? Ape darr...
“Agaknya kalau Ard tak study kat UTM nih, tak kot akak jumpa dengan network engineer nih, betul tak Sir. Aqief? Eheheh...”, ujarku kepada Kak Syira di hadapan Abang Aqief.
“Hmm...ade kot betul nya Ard. Memang ada hikmah di sebalik pertemuan...”, Abang Aqief bersuara dengan ceria yang di akhiri dengan senyuman.
“Eh, salah tu, ada udang di sebalik mee...”, aku sengaja mengusik Abang Aqief.
“Ard ni memang takde kerja lain lah sekarang eh? Asyik dok menyakat je kan...”, Kak Syira bersuara. Aku hanya mengangguk dan ketawa. Abang Aqief pulak tak lekang dengan senyumannya.
Ahahha... aku teringat lagi kali pertama akak bertembung dengan Abang Aqief. Andai kata aku jadi pengarah suatu hari nanti, nak pulak aku terbit kisah percintaan diaorang berdua ni. Nanti, nak minta Mamat Khalid lah tolong sekali.
Wehh, hampeih~ berangan lagi! Alaa, nak dijadikan cerita, macam ni je. Setahun yang lepas~~~
Masa tu, hujan turun renyai-renyai je kat area Plaza Angsana. Tiba-tiba tengah akak reverse keretanya dari parking.
Tiba-tiba “Boommm...!” kereta akak melanggar sebuah kereta di belakangnya di sisi pemandu.
Alangkah terkejutnya aku dan Kak Syira sebaik sahaja mendengar dentuman tersebut, rasa macam nak pitam je, jantung pulak berdegup dengan kencang macam nak larian marathon je. Aku pandang muka Kak Syira yang memang dah merah padan.
Itu, kalau tak muka nak marah mungkin muka terkejut. Aku nak tegur pun seram sejuk jugak tengok muka Kak Syira sekarang ni.
Tak lama lepas tu, pemandu yang memandu Audi A5 monsoon grey itu keluar dari kenderaan nya dengan berpayung mengetuk tingkap pemandu kereta Kak Syira. Kalau lah ni berlaku kat aku malam-malam, alamatnya lemas dalam kereta la kot.
Lantas Kak Syira memberikan isyarat bahawa dia akan keluar sementara mencari payung di tempat duduk belakang. Setelah itu, Kak Syira pun keluar dari kereta dan berbincang dengan pemuda tersebut.
Apa lagi aku, aku cuma intai dari tingkap je. Nak praktis jadi spy. Maklumla, dulu aku nak jadi ahli Charlies’ Angles.
Muka pemuda tu macam aku pernah nampak, tapi tak ingat. Mungkin hanya perasan je kot. Tapi, setelah agak lama mereka berbincang, aku pun dah tak tahan jugak duk dalam kereta, aku pun keluar dari kereta dan mendapatkan Kak Syira untuk berkongsi payung dengannya. Aku pun berdiri di sebelah Kak Syira.
“Apa cerita ni kak? Dari tadi bincang tak habis lagi ke?”, soalku pada Kak Syira. Eh, aku tersoal la pulak. Mampus la aku lepas ni kena bom.
“Ard, janganlah menyampuk kejap boleh tak?”, Kak Syira menjawab persoalanku. Kan betul apa aku cakap tadi.
Ada berbaur marah pun ada pada nada suara Kak Syira tadi. Sape la tak berang, kalau kereta kesayangan kena langgar orang.
“Aha, tahu pulak kau Ard! Yela-yela, aku tahu aku salah...” Selorohku sendiri di dalam hati.
“Ni ha, cik adik manis ni yang reverse kereta tak confirm betul-betul nak reverse. Tengok, apa dah jadi...”, pemilik Audi A5 tu bersuara sambil menunjuk ke arah bahagian keretanya yang dilanggar.
Bagi aku, memang teruk jugak la Audi A5 tu, lampu depan pemandu pecah then ada kesan calar garis-garis. Mak aii! Mampus la ni kalau kena tanggung kos nak repair kereta ni. Setahun tak makan nasi kot, sebab nak save bajet untuk bayar rosak ni.
“Encik, for your information, saya memang dah confirm dah tadi, encik tu yang bawak kereta tak tengok kiri kanan. Lagipun, cuba encik tengok kereta sebelah nih. Kereta ni dah lah tinggi, besar pulak tu so, payah la sikit saya nak reverse. Dan encik pun perlu la consider jugak kan. Kalau encik berada di tempat saya sekalipun, memang payah la nak reverse kalau macam ni kan...?”, Kak Syira berhujah sambil menunjukkan Toyota Urban hitam yang parking di sebelah Toyota Vios putih kesayangannya.
Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil melihat Toyota Urban tersebut and terlebih feel la pulak sebab menyampah pulak aku tengok Toyota Urban tu.
“Ya, saya faham cik. Tapi masalah nya sekarang, kereta saya lebih teruk rosak dari kereta cik. So,..”, Kak Syira mencelah perbualan Abang Aqief.
“So, macam ni je lah encik...?” Kak Syira bernada soal kepada Abang Aqief.
“Aqief Emeriz...”, Abang Aqief memperkenalkan namanya.
“Actually saya dengan adik saya ni nak cepat, ade hal yang nak di uruskan. Takpe, macam ni je Encik Aqief. Ni number handphone saya, nama saya Insyirah. Saya rasa Encik Aqief hantar je kereta encik ke bengkel, nanti encik contact lah saya kalau kereta encik dah siap and saya akan bayar kos rosak tu nanti. Jangan risau, saya takkan tipu encik. Anyway, kami nak cepat nih. Macam mana? Boleh tak?...”, soal Kak Syira pada Abang Aqief.
“Hmm...Takpe, saya percaya dengan Cik Insyirah. Okey, saya setuju. Saya akan buat apa yang Cik Insyirah katakan dan saya harap cik tak lari nanti...”, jawab Abang Aqief. Nampak puas hati di wajahnya. Hmm...pelik pulak.
“Jangan risau, saya jenis yang pegang pada janji. Terima kasih Encik Aqief...”,
Kak Syira menghembuskan nafas leganya kerana Abang Aqief percaya padanya. Dan sebenarnya, memang pun kami ni nak cepat sebab Kak Syira nak pergi menjenguk sahabatnya yang kemalangan di hospital.
Selesai je bincang, kami masuk ke dalam kereta dan terus bergerak. Suasana di dalam kereta senyap je. Aku? ape lagi, berborak la...
“Wahh...hebat Kak Syira. Encik Aqief tu percaya dengan akak. Tapi kan, Encik Aqief tu hensem lah kak, macam orang baik je. Tak berkenan ke kak? Siap bagi number phone kat dia pulak tu...”, aku membuka perbualan di dalam kereta.
“Jangan nak mengada lah Ard, tu memang dah salah akak jugak tadi. Tapi dia pun ade jugak salah. Tak baik ambil kesempatan kat orang yang baik tau, tu pun akak bersyukur sangat dia percaya kat akak. Kalau tak, masak lak akak nanti jawabnye...”.
“Ard nak tanya sikit, mampu ke akak nak bayar ganti rugi kereta dia tu? Bukan sembarangan kereta tu kak, import lagi sport tu kak. Masak akak nanti nak membayar ganti rugi, Ard tak tanggung...”. memang betul apa yang aku nak cuba hujahkan dekat Kak Syira ni.
“Ahah, tu la pasal. Akak pun bingung jugak pasal tu. Tapi, harap-harap la tak la mahal sangat bayar nya nanti. Harap-harap akak mampu la nak bayar. We just can wait and see it soon...”, harap lah tak mahal sangat?
Macam tu je Kak Syira cakap? bukan Kancil tu kak sayang oii! Audi A5 tu... confirm la kena prepare 3k nak repair kereta tu.
Walaubagaimanapun, dah nak masuk dua bulan encik Aqief tak contact akak. Entah apa dah jadi la kat dia and Audi A5 tu agaknya. Itu lah pertemuan pertama diantara aku dan Kak Syira dengan Abang Aqief.

No comments:
Post a Comment