Belum bekerja nih. Mana nak dapat duit ni. Nak tunggu bantuan 1 Malaysia, aku belum berkeluarga lagi.
Kalau tunggu bantuan dari saudara sendiri, confirm dapat kot. Tapi, takkan
la nak menyusahkan dia pulak kan. Karang, kata aku ni ambil kesempatan kat dia
la pulak.
“Tapi, Kak Syira, kalau boleh belanja lah adikmu yang bertuah ni...”,
hatiku berharap dan berkata-kata.
Sambil berlalu-lalu di kompleks, kami telah masuk ke sebuah kedai pakaian
Elle. Kak Syira memang suka pergi kedai ni kalau dia shopping. Tadi pun dia
yang suggest aku untuk beli baju kat sini. Baju kat sini semua simple dan
cantik sangat.
Satu persatu baju yang bergantung itu aku belek. Harga? Hmm...cekik darah
jugak la.
“Cantiknya.! Simple je and nampak formal...”, aku memegang penyangkut baju
tersebut sambil memadankan pada badanku. Okay, not bad, just nice.
“Cantik? ape tunggu, ambil la...”, tiba-tiba Kak Syira yang entah bila masa
pulak sudah berada di belakangku. Aku hanya tersengih sambil memegang baju
tersebut.
“Ambillah baju tu, akak belanja. Pilihla lagi kalau ada yang berkenan.
Tapi, yang sesuai untuk pergi kerja je...” kata Kak Syira kepadaku. Baik kan
kakak aku ni.
Mungkin sebab aku lah satu-satunya saudara kandung yang dia ada. Kak Syira
memang selalu bagi yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah, syukur sangat.
Aku rasa bersalah la pulak, asyik Kak Syira je tanggung aku selama ni.
Nanti apa pulak kata Abang Aqief, ‘adik ipar yang boros!’. Aku tak nak la dia
cop aku macam tu. Aku bukan pisau cukur tau!
Tambah-tambah lagi dah la aku akan
bekerja di company Abang Aqief sebagai jurutera awam pengurusan projek. Habis
je aku ambil master haritu, Abang Aqief dah offer untuk aku bekerja di company
dia.
Masa habis degree dulu dia nak ambil aku bekerja tapi, aku nekad nak
sambung master. Jadi, bila dah habis ni, aku kerja lah dengan Abang Aqief.
“Eissh, tak nak la kak. Ard tak nak la asyik akak je tanggung Ard. Takpe,
kali ni Ard akan tanggung sendiri. Nanti apa pulak kata Abang Aqief...”, ujarku
kepada Kak Syira. Kak Syira hanya tersenyum manis mendengar penjelasanku.
“Alaa...takpe. Akak ikhlas la, lagipun Abang Aqief faham. Biarlah kali ni
akak tanggung Ard, nanti bila Ard dah dapat gaji sendiri baru lah akak
kurangkan untuk tanggung Ard. Lepas ni, Ard dah ada gaji sendiri, masa tu la
Ard boleh guna untuk tanggung kehidupan Ard dan akak akan sokong dari belakang.
Please... accept my decision just for this time. But another time it’ll based
on what type of situations...”, pensyarah UPM ni dah bagai bagi lecture kat
student dia la pulak.
Ada-ada je ulasan dan alasan Kak Syira ni. Ni yang buat aku rasa bersalah
jugak. hmm... baik salah, jahat pun salah. Mentang-mentanglah pensyarah, ayat
yang di guna punyalah mempengaruhi otak aku ni. Otak ni pun satu, nak jugak
terima.
Hampehh~
“Hmm...ni yang payah ni kalau lecturer dah start bagi lecture kat student
dia kan Aqiel? Their words are full with flowers...”, aku menjawab penjelasan
Kak Syira tadi dan sengaja bertanya pendapat pada anak saudaraku yang sedang di
peluk oleh mamanya, Kak Syira.
Aqiel atau nama penuhnya Tengku Aqiel Rizqie Shah Tengku Aqief Emeriz Shah
yang hanya baru berumur satu tahun lima bulan itu hanya seakan-akan mengangguk dan berkata-kata sebagai tanda faham apa yang cuba aku
katakan.
Hakikatnya, budak-budak sememangnya tak faham pun apa yang orang dewasa
cuba sampaikan. Betul kan?
Lucu la pulak aku tengok Aqiel buat muka macam tu. Senyum-senyum dan
gelak-gelak je dia. Apa yang dia cuba nak cakap pun aku tak faham sepatah pun.
Biasalah bahasa budak-budak ni cuma diorang-diorang je faham, ye dok?
Comel nya Aqiel ni, kecik-kecik dah nampak lesung pipit dia yang cute tu.
Part tu, dia ikut aku kot, sebab papa dan mama dia takde pun lesung pipit.
Haha!
Sekali tengok, Aqiel ni ada macam pan Asia pun ada jugak. Macam Tom Cruise
sikit lah, mata coklat hazel macam mama dan Mak Su dia. Hidung pulak mancung
bagai hidung Zizan Rajalawak tapi tu semua takde kene mengena dengan Zizan
sebab tu dah memang dari genetik papa dia, Tengku Aqief.
Aku hanya tersengih je, dengar penjelasan Kak Syira. Sememangnya dia ikhlas
nak tanggung dan bantu aku. memandangkan ada yang betul jugak apa yang Kak
Syira cuba jelaskan. Akhirnya aku hanya mengikut apa yang di kehendakinya.
“Baiklah akak ku sayang. Adik tersayang ni ikut je. Tapi, Ard nak ni yang
last tau! Nanti, Ard tak nak lagi akak buat macam ni. Lagi satu, bila Ard dah
dapat gaji pertama nanti, Ard janji akan belanja akak. Pergi makan ke, belikan
baju untuk akak ke. Ard tak kisah...”, seraya aku menjelaskan pilihanku dan
menyatakan beberapa janji kepada Kak Syira.
Selesai je berbeli barang kat Elle, aku, Kak Syira dan baby Aqiel pergi ke
tempat makan. Dah tengahari ni, kiteorang pun bercadang nak pergi lunch dulu sebelum
balik. Abang Aqief pergi outstation, malam karang baru dia balik. Kalau tak,
biasanya Kak Syira akan sediakan lunch untuk dia.
Kami berjalan sambil menuju ke restoran Kenny Rogers. Tiba-tiba ada suara
menyapaku.
“Ard! amboi, shopping sakan nampak?,,,”, satu suara menegurku dari tepi.
Macam kenal sesangat.
Bukan Yana tapi Aiman. Aiman ni satu universiti dengan aku dan Yana. Ni kira bestfriend aku jugak la ni selain
Yana. Dan jugak merangkap buah hati pujangga Yana. Ehehehe...
“Eh, Aiman! kau rupanya. Kau ni lain kali bagilah salam dulu. Assalamualaikum...!”,
kan dah kena dengan aku. Haha! Dia ni memang perangai gila-gila sikit.
“Waa’laikummussalam...Ehehe, aku exited jumpa kau, maklum la lama dah tak
jumpa kan... Eh, lama tak jumpa , kau dah ada baby eh?kahwin tak cakap pun?
dulu kata aku ni bestfriend...”, ujar Aiman kepadaku.
Apa kes Aiman ni, kata bestfriend tapi tak tahu. Kebetulan masa tu aku
tengah bawa Aqiel ni.
Ting!! Tiba-tiba satu idea telah
muncul. Terbaik la ni.
“Alaa...aku yang kahwin, bukannya kau. Tak perlulah nak heboh dekat kau kan?
Kau kan bestfriend aku. sampaikan aku dah kahwin ke belum kahwin ke pun kau tak
tahu. Memang bestfriend sangat lah tu kan?...”, sengaja aku bagi statement yang
berbelit kat dia.
Apa punya bestfriend lah dia ni. Aku belum kahwin lagi lah Syed Aisy Aiman.
“Jahat nye kau tak bagitahu aku Ard. sampai hati, melepas lah aku ni...”,
sedikit nada kecewa pada perbualanya. Erk! Melepas mende dia ni. Si Yana tu dia
nak letak mana?
Nak kena penendang hikmat dari Yana lah tu.
“Banyak lah kau punya melepas Aiman. Kau ni memang tak up to date eh? Ni
aku nak habaq, ni anak saudara aku la. Sebelah aku ni,ibu punya baby comel ni.
Kenalkan, she’s my beloved sister Kak Syira...”, aku memperkenalkan Kak Syira
dan baby Aqiel kepada Aiman dan juga seorang pemuda yang berada di sebelahnya.
Muka Aiman dah berubah merah sebab malu lah tu. Seorang lelaki yang bersama
Aiman tergelak mendengar penjelasanku. Tu lah, suka suki je nak tembak orang.
Kan dah malu.
“Owh, kau ni mana lah aku tahu....”,
“Dah kau tak tanya betul-betul dah tu, main tembak je...”, ujarku kepada
Aiman.
Lelaki yang bersama-sama dengan Aiman menggeleng-gelengkan kepala sambil
gelak kepada Aiman. Kak Syira pun turut tergelak mendengar perbualanku dengan
Aiman.
“Kau ni Ard, dari dulu sampai sekarang memang tak habis-habis nak usik
orang je kan. Ni aku kenalkan orang sebelah aku yang asyik gelakkan aku dari
tadi, ni abang aku, Syed Syaqir al-Fatha...”, Aiman memperkenalkan lelaki itu
kepada aku dan Kak Syira.
“Syaqir je..”, ujar Syaqir kepada aku dan Kak Syira sambil tangannya
menyiku Aiman. Mana tak nye, Aiman ni pun satu, nak introduce guna full name
jugak ke?.
Kak Syira hanya mengangguk tetapi aku tidak! Lelaki tersebut memandang
Aiman dengan pandangan yang pelik. Aku pun hairan. Aha! Baru aku teringat.
“Weyh, kau jangan nak auta aku lah. Aku tahu kau tu anak teruna tunggal dan
ada sorang adik perempuan...”, aku sememangya pasti apa yang aku katakan.
“Alaa..kau ni, asyik kau je. Bagi lah aku pulak yang nak auta kau kan?...”,
“Ahahha,mana-mana lah Aiman...”, lelaki tersebut hanya tersenyum mendengar
kata-kataku.
“Dia ni sepupu aku. Kenalkan ni Syaqir...”. ujar Aiman.
Syaqir hanya senyum dan mengangguk. Aku dan Kak Syira pun turut mengangguk
tanda faham apa yang cuba disampaikan oleh Aiman. Statement ni baru lah betul dan boleh dipercayai.
Syaqir seakan berbisik sesuatu kepada Aiman. Aku agak dia kurang senang
untuk menemankan Aiman berborak di situ dengan aku. Mungkin disebabkan kami sedang berada di laluan orang
lalu-lalang ni. Dahla tengah berdiri jugak kami berbual ni. Lenguh kaki ni
berdiri tau.
“Ard, aku nak jalan dulu ni. Kami berdua ada hal, nanti aku contact kau
okey...kita lepak ke ape ke. Macam dulu-dulu. Nak bawak Syaq ni jalan-jalan
cari barang dia. Kitaorang pergi dulu tau...Assalamualaikum...”.
“Waa’laikummussalam...Okey, nanti kita jumpa lagi...”, Aiman berlalu pergi
bersama Syaqir.
Kan betul apa aku cakap tadi. Syaqir tu macam kurang senang je. Entah apa
lah yang diorang nak cari agaknya. Aku dan Kak Syira berlalu pergi ke restoran
Kenny Rogers.
************
Dua hari telah berlalu, dan kini harinya sudah tiba.
Haha! Hari ni, aku teruja sesangat. Bak kata orang puteh ‘exited’. Handbag
baru, baby shoes pun baru. Baju? Buju kurung ni je yang lama. Hehe. Save bajet
lah sikit kan.
Hari ni aku akan mula bekerja. Kerja apa? Hmm...aku kerja kat company Abang
Aqief ler.
Jawatan aku hanyalah sebagai Civil Engineer in Project Management. Sesuai
dengan program master yang aku ambil kat UTM dulu. Lebih kurang macam arkitek
jugak lah. Aku rasa lah kot.
Rasa malu dan nervous pulak bila Abang Aqief memperkenalkan aku kepada
pekerjanya di dalam pejabat tersebut. Maklumlah, baru hari pertama dan belum
lagi sempat beramah dengan diorang.
Tapi pekerja dekat situ memang
nampak peramah je aku tengok. Senyum diorang tak pernah lekang tau!
Boss diaorang ni baik sangat sebab tu pekerja pun okey je aku tengok. Happy
go lucky je diaorang ni. Sebenarnya, Yana pun bekerja kat sini jugak tau. Abang
Aqief yang offer kat Yana. Dia semangnya dah merancang jawatan untuk aku dan
Yana.
Maklumlah, aku dengan Yana memang dari dulu lagi asyik bersama je. Tu yang
buat Abang Aqief terfikir untuk ambil Yana bekerja kat sini. Lagipun jawatan
aku dan Yana lebih kurang sama je. Bertambah seronoklah bekerja kat sini kalau
si Yana tu ada.
Abang Aqief menjelaskan satu persatu department yang ada di situ dan
memperkenalkan beberapa nama pekerjanya.Antaranya adalah Taufiq yang merupakan
orang kedua terpenting di dalam company Abang Aqief ni. Dia merupakan timbalan
pengarah kat sini.
Diorang ni kan, muda-muda dah ada pangkat besar-besar. Mesti terlebih bijak
kot, sebab tu senang nak dapat. Ehehehe, untung lah kan~
Perkara pertama yang Abang Aqief bagitahu aku tentangTaufiq ni, dia masih
single dan nampak gayanya Abang Aqief ni macam nak jodohkan aku dengan Taufiq
ni je.
Ape kes ni Abang Aqief? Company dia ni company nak carikan jodoh ke ape.
Taufiq hanya tersenyum je dengan usikan Abang Aqief.
Abang Aqief membawa aku di sekitar pejabat tersebut. Ni lah yang best, boss
sendiri yang guide, jarang nak jumpa boss macam ni tau. Abang Aqief ni memang
humble dan peramah orangnya.
Laa...ada jugak aku nampak mata yang menjeling aku. Ni mesti kes tak puas
hati dengan kedatangan aku ni.
“Stop!...”, tiba-tiba pandangan aku terhenti pada satu sudut. Eh, dia? Apa
dia buat apa kat sini?.

No comments:
Post a Comment