Panas terik
jugak petang ni. Walaupun dah petang tapi, bahang panas nye tetap terasa. Baru
dua suku. Abang Aqief pun belum sampai lagi ni. Tapi yang penting, nasib baik
perut bertuah dah isi. Seloroh Adriana dalam hati.
Sekarang ni,
Adriana dan Yana telah berada di Putrajaya, tempat tapak projek yang mereka
cooperate dengan Xavier Holding. Mereka berdua masih berada di dalam kereta
sementara menunggu kedatangan Abang Aqief, Aiman dan Syaqir.
“Awal jugak kita
sampai eh? Memang pandai aku drift tadi, hebat, hebat…”, Adriana membuka bicara
di dalam kereta.
“Ceh, perah
santan betul! Drift lah sangaaatt... Kau tu yang paksa aku lunch cepat-cepat
tadi. Nak tercekik aku tau tak. Perut aku ni rasa macam memulas je sebab
makanan tak hadam. Kalau perut aku ni ade masalah ape-ape ke, aku claim
insurans dekat kau tau…”, jelas Yana kepada Adriana.
“Elehh…suruh
makan cepat tu pun nak jadi isu ke? Pape je lah. Lagipun ni kan first project
kita. Sebab tu lah kena semangat sikit kawan…ye dok??...”, ujar Adriana kepada
Yana sambil tangannya menekan-nekan HTC miliknya yang tengah bermain game ninja fruit. Siap
dengan bunyi ninja sekali. Watchaa!!
“Yela yela,
semangat, semangat. Caiyook!! Ahahaha, but babe. Mane diorang ni tak
sampai-sampai lagi ni? batang hidung kereta pun tak nampak, apatah lagi batang
hidung tuan punya kereta. Bertelor kita tunggu ni… I can’t wait… I can’t wait…
heheh, exited je lebih nih.”,
“E’elehh…minah
ni, sabar ler. Kejap lagi bos-bos besar tu sampai lah. Dengar je lagu kau dekat
radio ni. Takpun, layan lah main game dalam handphone kau tu. Aha, bercakap
tentang bos besar, kau tanya lah Aiman diorang kat mane sekarang ni… ”,
“Ha’ah eh.
Tapi…tak payah lah kot nak tanye, destinasi diorang kan kat sini jugak. Karang,
sampai lah diorang tu. Erm… Hmm… ehehe, message je lah.”,
“Cis! jual mahal
jugak nak message rupanya. Mengade betul lah!…”,
Lantas Yana
mencapai Androidnya untuk menghantar pesanan kepada Aiman. Dalam dia sibuk
mencari di dalam wallet nya, tiba-tiba Yana menjerit.
“Ya Allah ya
tuhanku.!! Astargfirullah hal’azim!! Aiman…!!!!!”, jerit Yana tiba-tiba dan
membuatkan Adriana lantas memandangnya. Terkejut punya pasal~
Adriana
memandang Yana dengan muka yang blur. Sesaat selepas itu dia galak ketawakan
Yana sampai berair-air je mata Ard. Lah…Ard ni nak gelak ke nak nangis~ bukan
cerita sedih ni Ard!!
“Awak!! Terkejut
saya tau. Nasib baik saya takde sakit jantung kalau tak, siap lah awak nanti
kalau saya…”, tukas Yana sambil tangannya menekan butang bagi menurunkan cermin
kereta.
“Saya, saya, saya
ape?? Ahahhaha, saya nak gurau je pun tak boleh ke Cik Dayana Emieyra my
sweetheart..!! Ehehehe, sorry ler…”,
Pinta Aiman
kepada Yana. La…nak buat drama slot Akasia ke kat sini?siap romantik bagai
diaorang ni.
Actually insiden
yang berlaku tadi sebenarnya, masa Yana sibuk nak cari handphone dalam handbag
rupa-rupanya Aiman dah ade kat luar tingkap. Aiman senyum buat muka pelik dekat
luar tingkap Yana.
Lepastu, Yana
terpandang lah dekat tingkap. Dia pun terkejut be-rok jugak lah tiba-tiba Aiman
dekat tingkap, siap buat muka pelik bagai. Mane tak terkejut.
**********
“So, how is’t
Tengku? It’s seems this project was being handled well so far.”, soal Syaqir
kepada Abang Aqief sewaktu di tapak projek di Putrajaya.
“Yup, that’s
right Syaqir. So far, it’s okey. Hmm…Ard dengan Yana pulak macam mane? since
this is the first project for both of you…”, soal Abang Aqief pulak kepada Yana
dan Ard.
Keempat-empat
lelaki termasuk seorang penyelia dari tapak projek ini memandang ke arah Yana
dan Ard. Kedua-dua mereka kelihatan agak sukar untuk melihat akibat topi
keselamatan yang di pakaikan.
“For me Tengku,
this project was being handled similar according to the schedule. So, as long
it same with the schedule I think it
should be no problems here…”, jelas Adriana.
“Ya, that’s
right. Anyway Tengku, there’s some area that I found a bit messy with a pile of
woods and bricks…”, kali ni Yana pulak menerangkan pandangannya.
“Owh, really?
Which area miss?”, soal seorang penyelia yang bersama dengan kami.
Lantas Yana menunjukkan
kawasan yang sedikit berselerak dan tidak teratur dengan bahan-bahan binaan.
“Oowh, situ.
Maafla, tempat tu diaorang memang longgokkan dekat situ buat sementara then
diorang akan alihkan satu persatu. Cik, encik dan Tengku jangan risau. Lepas ni
saya akan uruskan dan bagitahu dekat pekerja untuk uruskan secepat yang
mungkin…”, jelas penyelia tersebut.
Setelah itu,
mereka berenam berbincang mengenai beberapa perkara. Setelah hampir sepuluh
minit berbincang, mereka berehat sebentar sebelum meneruskan pemantauan untuk
kali terakhir. Manakala Abang Aqief telah meminta diri untuk kembali ke pejabat
kerana ada urusan lain lagi yang perlu diselesaikan.
Tapi tidak bagi
Adriana. Dia masih ingin untuk berjalan-jalan di sekitar tapak projek tersebut. Saje
nak berlagak macam penyelia bagai. Gaya dah macam leftenan tengah periksa
perbarisan pulak Ard ni.
Yana pulak
sedang rancak berborak dengan Aiman. Siap dengan gelak-gelak macam tengah
tengok running man je. Guling-guling je yang tak.
Syaqir pulak ke
hulu ke hilir mundar mandir tengok kawasan sekeliling sambil matanya sesekali
menatap pada Androidnya. Adriana berada tidak jauh daripada mereka bertiga.
Dalam pada itu,
Syaqir yang tengah meneliti kawasan tapak projek itu, dia ternampak sesuatu.
Dia ternampak beberapa batang kayu yang jatuh daripada bangunan yang hampir 40%
siap itu. Malangnya, kayu itu sedang jatuh ke kawasan yang Adriana sedang
berada.
Aiman dengan
Yana pulak, bukannye nak tahu keadaan sekeliling. Borak memanjang je.
“Ard..!!!
lari..!!”, jerit Syaqir kepada Ard.
Ketika itu semua
memandang ke arah Syaqir termasuk juga Adriana. Namun Adriana tidak dapat
menangkap apa yang ingin diperkatakan oleh Syaqir. Dia ingat Syaqir saje je nak
main jerit-jerit ke ape sebab nak kacau Aiman dengan Yana.
Yelah, Syaqir tak
pernah pun main jerit-jerit atau gurau-gurau dengan Ard. Sebab tu lah Ard yang
memang seorang yang blur semakin bertambah blur.
Ard yang tengah
berdiri dengan muka blur memandang Syaqir. Dengan gaya Ard yang blur, Syaqir
sudah mengagak bahawa Ard sebenarnya tidak faham apa yang cuba disampaikannya.
Lantas Syaqir
berlari mendapatkan Ard.
Namun Ard telah
tersungkur ke tepi terlebih dahulu akibat perlanggarannya dengan Syaqir.
Akhirnya mereka berdua telah jatuh ke tanah. Aiman dan Yana dan beberapa pekerja
telah menyaksikan insiden tersebut. Terus mereka mengerumuni ke arah Ard dan
Syaqir.
“Ya
Allah…Syaqir..!!!”, laung Adriana kepada Syaqir.
Ard yang
tersungkur dan rebah telah cuba untuk bangun mendapatkan Syaqir yang berada di
depannya. Syaqir yang telah rebah ke tanah hanya mampu mengerang kesakitan.
Kira-kira dalam dua batang kayu telah jatuh dari atas bangunan dan telah
menghempap kaki Syaqir.
Wajah pucat
Syaqir di tenung Ard. Jelas terpancar rasa sakit pada wajah yang ditenungnya.
Dia yang memang terkejut dengan insiden yang berlaku dan sedikit mengelabah
tiba-tiba matanya yang sudah berkaca itu jatuh jua airnya.
“Syaqir..!!
bertahan Syaqir, bertahan…!”, raung Adriana kepada Syaqir yang seakan-akan
sudah hilang suara akibat menahan kesakitan.
Kelihatan Syaqir
telah luka pada pipi kirinya dan terdapat sedikit pendarahan keluar daripada
hidungnya. Adriana yang mendampinginya semakin gugup melihat keadaan Syaqir
yang semakin lemah.
Rasa bersalah
dan kasihan telah timbul pada Adriana. Kerana dialah, punca Syaqir jadi begini.
Ketika itu,
Adriana yang telah mendapatkan Syaqir terlebih dahulu daripada yang lain.
Setelah itu, Aiman, Yana dan beberapa orang bekerja telah sampai di tempat
kejadian.
“Ya Allah… Syaq,
Ard!! Syaq, bangun Syaq!!”, pinta Aiman kepada Syaqir. Syaqir yang seakan
seperti tidak sedarkan diri lagi.
Lalu Aiman cuba
menggerakkan badan Syaqir. Namun, usahanya itu gagal.
“Ard!!
masyAllah…kau okey tak? tangan kau dah luka ni… dah, dah, dah, jangan nangis.
Bawak bertenang k…”, kali ini Yana pulak memujuk Ard.
Lantas mereka
menghubungi ambulans. Keadaan di sekitar itu agak kelam-kabut.
Aiman yang
berada di sebelah Syaqir telah mengalihkan kayu-kayu yang telah menghempap kaki
Syaqir. Namun dia tidak mengalihkan posisi kaki Syaqir kerana bimbang akan
menyebabkan kecederaan yang lain.
Dari
pandangannya, besar kemungkinan kaki Syaqir telah patah. Tidak sampai lima
minit mereka menghubungi ambulans, ambulans telah pun sampai ke tempat
kejadian. Sejurus itu, Syaqir dan Ard di bawa ke hospital.
***************
“Macam mana
keadaan anak saya doktor?...”, soal Dato’ Iskandar yang merupakan ayah kepada
Syaqir.
“Alhamdulillah…
Encik Syaqir dalam keadaan yang stabil dan tiada mengalami sebarang kecederaan
serius. Cuma mengalami kecederaan pada kaki kiri sahaja dan sekarang ni
keadaannya masih lemah. Alhamdulillah,there is no other serius injuries that
have found. No worries, Dato’ and Datin…”,
“Maksud doktor,
anak saya patah kaki kiri?...”, kali ini Datin Sofea iaitu ibu Syaqir pulak
yang menyoal doktor.
“Iya datin. Dan
disebabkan itu, dia perlu berehat at least for three months. Besides that, he
needs to obtains treatment which is physiotherapy for let him to get used the fractured
leg…”, jelas doktor tersebut.
“Alhamdulillah, nothing
is serious happen. Terima kasih doktor. Boleh kami jenguk Syaqir?...”, soal
Dato’ Iskandar.
“Boleh Dato’ cuma,
if possible do not too many. Bimbang nanti mengganggu rehat Syaqir. Dato’ dan
datin faham kan maksud saya?”,
“Ha’ah, kami
faham doktor. Anyway, thanks doctor…,”
“My pleasure
Dato’. Dato’ dengan Datin silalah masuk…”, pelawa doktor tersebut kepada Dato’
Iskandar dan Datin Sofea.
Sejurus itu,
mereka pun masuk ke dalam wad Syaqir berada. Mereka diikuti dengan Aiman yang
juga masuk untuk melihat keadaan Syaqir.
Sementara itu,
Adriana baru sahaja keluar dari salah satu bilik rawatan. Yana yang menunggunya
di luar terus mendapatkannya.
“Macam mane? Kau
dah okey dah? Dah la, tak payah susah hati lagi k… lagipun keadaan Syaqir dah
stabil…”, terang Yana kepada Ard.
Ard masih lagi
dalam keadaan yang sedikit penat pada riak wajahnya. Berjalan beriringan dengan
Yana.
“Aku okey, cuma
penat sikit… macam mane aku tak susah hati, Syaqir jadi macam tu disebabkan aku
tau tak? keadaan dia macam mane Yana? Kecederaan dekat kaki dia tu, aku sure
kaki dia patah. Aku nak jenguk dia lah. Tunjukkan aku wad dia…”, pinta Ard
kepada Yana.
“Baiklah, aku
bawak kau pergi wad dia k. Tapi kau jangan lah lemah sangat macam ni. Takut aku
tengak kau macam ni. Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni tau. Baru je
tadi Aiman call, dia cakap yang Syaqir okey cuma kaki kiri dia patah je. Dia
pun tengah melawat Syaqir dekat wad. Dia kata, yang Syaqir masih belum sedar
lagi…”, rumus Yana.
“Thanks Yana…”,
ujar Ard kepada Yana.
Dia sangat bersyukur
kerana mempunyai sahabat seperti Yana. Walaupun kadang-kadang Yana agak
mengjengkelkan namun dia tidak mempedulikannya. Kerana dia tahu, adakalanya
Yana akan bersikap lain daripada yang lain bagi melepaskan geram.
Sama seperti
dirinya juga. Sebab itulah mereka tetap masih sebagai sahabat yang dah macam
adik-beradik dah.
Dalam perjalanan
mereka hendak ke wad Syaqir, tiba-tiba Ard dan Yana terhenti seketika
langkahnya apabila seorang doktor telah berhenti di hadapan mereka.
“Assalamualaikum…
is’t you two?Ard and you Yana?...”, soal doktor itu kepada Yana dan Ard.
Mereka saling
berpandangan antara satu sama lain. Ard ape lagi, blur dua tiga saat lah dengan
menanggung sakit yang luka pada tangannya. Asyik-asyik blur je, dah macam muka
koala nak tidur je. Sah! Lebih kurang sama je sebenarnya.
Seraya selepas
itu mereka berdua menyambut salam dari doktor lelaki tersebut. Setelah itu,
barulah Ard mula mengenali doktor tersebut.
“Hadif Irfan!!”,
getus Ard di dalam hati.
p/s tolong komen sikit o_O
maaf, ada pembetulan dekat bab ni. Nama umi Syed Syaqir sebenarnya adalah Datin Sofea dan bukan Datin Munirah kerana saya telah membuat sedikit pembetulan & perubahan...tQ~
Iftiya Zafyra

No comments:
Post a Comment