HOME


Sunday, 24 March 2013

Mana Simpang Cinta...? Bab 13


Bab 13
Suasana sunyi di jalanan menjadi santapan pandangan Adriana. Kesakitan yang dialaminya akibat insiden petang tadi bagaikan datang dan pergi. Aneh. 

Sesekali terasa sakit namun hilang dan akan datang kembali. Mana taknya, otak pandainya sedang bercelaru memikirkan apa yang telah terjadi.

Mula-mula insiden kayu jatuh yang menyebabkan Syaqir telah patah kaki kiri. Insiden tu memang terkejut giler. Tapi ada yang lebih mengejutkan lagi.

Yang menyebabkan Ard lebih terkejut be-rok lagi apabila dia dan Yana terserempak dengan Hadif Irfan yang merupakan bekas senior mereka di sekolah suatu ketika dahulu yang dalam diam Adriana pernah menaruh perasaannya kepadanya dan merupakan abang kepada Hanif Izfan bekas classmate Ard dan Yana.

Atau bak kata lain, cinta hati pengarang jantung Ard dalam diam. Yang hansome, bijak, pandai, baik, gentleman dan yang sewaktu dengannya.

Setelah sampai dirumah, Adriana membersihkan dirinya. Banyak sangat dah perkara yang telah dihadapiya hari ni.

Dalam pada tu, Ard yang baru nak bersiap ambil wudhu’ namun, pintu biliknya telah diketuk. Siapa lagi kalau bukan housemate tersayang, Yana!

“Masukla, tak kunci pun…” laung Ard dari biliknya.

“Ehehe, aku mengganggu kau ke? Dah okey ke tak sakit tu?”, soal Yana sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Ard.

“Aku nak ambil wudhu’ tadi sebab belum Isya’ lagi. Sakit tu masih lah jugak tapi aku kena lah tahan kan. Tak boleh nak bawak sangat rasa sakit ni, nanti makin melarat rasa sakit. Tak nak la manja-manja macam kau. Aku kan kuat macam Hulk. Ehehehe…”, sempat lagi Ard bergurau.

“Ye lah tu. PERASAAN  lah sangat nak jadi Hulk. Aku tengok macam bini Shrek si Fiona bila dia jadi hijau tu adelah. Ni aku datang ni nak cakap something pasal Syaqir tu.”sengaja Yana menekankan sedikit nada pada perkataan PERASAAN yang dalam erti kata lain nya PERASAN.

“Cis, kau samakan wajah comel aku ni dengan bini Shrek si Fiona tu. Tak guna!”, lantas Ard membaling bantal pada Yana.

“Aha, rasakan. Amacam?best? itu lah, cakap tu main lepas je kan. Kenape dengan Syaqir? kritikal ke? Alamak, macam mana boleh jadi macam ni. tadi kan keadaan dia dah stabil. Ya Allah…macam mane ni Yana. Kenape dengan Syaqir..”, tukas Ard tiba-tiba. Wajahnya semakin bimbang, takut sekiranya keadaan Syaqir semakin serius.

Belum habis lagi Yana berkata-kata Ard dah buat andaian sendiri. Tudiaa…kalut Ard dah mai dah…

“Ish, ape kau ni. Aku belum habis cakap lagi kau dah potong, kerat, cincang, overtake and what so ever menyampuk. Kau ni, kalut sangat lah Ard. Cuba kau dengar dulu aku habiskan ayat-ayat dialog aku ni.”

Ard mengangguk faham setelah mendengar bebelan Yana.

“Aku nak cakap yang keadaan Syaqir tu dah stabil, bukan ke petang tadi aku dah cakap?? Ke kau tak korek telinga lagi?? Then, Aiman ade call aku tadi. Dia cakap yang Syaqir dah boleh gelak-gelak, berjalan-jalan bagai…”,

Ard memandang muka Yana dengan hairan dan blur. Hebat jugak Syair yang baru patah kaki dan pengsan bagai nak rak petang tadi dah boleh buat macam tu. Memang tak masuk akal langsung lah.

“Aha. Memang tak masuk akal langsung kan?”, soal Yana kepada Ard. Macam tau-tau je Yana yang Ard tengah soal dia macam tu.

Sekali lagi Ard mengangguk menjawab pertanyaan Yana.

“Ehehe, aku tipu jelah. Sebenarnya, Syaqir baru je sedar tadi. Semua yang aku cakap pasal Syaqir tadi aku saje reka untuk buat joke dekat muka ketat kau ni.”

“Kurang asam jawa Adabi jugak kau. Nah, rasakan!”. Sekali lagi Ard membaling bantal pada Yana.

Suasana di dalam bilik Ard semakin riuh dengan gelak ketawa mereka berdua. Mana tak nya, yang sorang tu asyik nak kenakan yang sorang lagi dan sebaliknya. Dah tu, mereka saling berbalas-balas.

“Esok temankan aku jenguk Syaqir nak tak?”, soal Ard kepada Yana.

“Amboi…caring jugak kau dengan Syaqir eh? Ahahha, cuba lah kau dengar cakap aku dengan Aiman. Jadi je teman Syaqir tu. Dapat lah aku nanti bersaudara dengan bestfriend aku sendiri. Eh, wait!! Ke kau nak jumpa dengan Dr. Hadif yang hansome lagi ganteng ala-ala Nikhun yang bila dia senyum sikit je dah buat wanita cair jadi ice-cream atau pun macam lilin yang sedang membakar. Pergh!! Macho habis babe…”,

“Ish, Yana! ape kau merepek ni. Aku cakap lain, kau pulak dah melarut sampai ke Korea pulak, dah. Something wrong somewhere dah kawan aku ni.”, bebel Ard kepada Yana.

Yana masih lagi tergelak-gelakkan Ard. Seronok sangat lah tu bila dapat mengusik sahabat nya itu dengan topik yang totally 123% Ard amat tidak sukai.

Topik ape? topik tentang soal jodoh ler. Ard ni memang ada sensitive sikit kalau cakap pasal jodoh. Sentitive bagai orang yang kena sakit kulit pun ada.

“Uahahaha…!! Yela-yela, aku gurau je babe. Baiklah Princess Fiona, esok aku akan temankan kau k. Eh, tapikan ape yang aku cakap tadi masih ade betul lah…”.

“Berani kau panggil aku macam tu lagi. Nanti aku report kat Abang Aqief yang kau selalu buli adik ipar kesayangan dia ni. By the way, part mane pulak yang betul nya? Aku rasa, memang dah 321% rekaan semata-mata kan…??”.

“Ek, elehh…nak main report report bagai. Pape je la. Part yang Hadif tu hansome la, dulu memang dia hansome pun kan. Tapi, sekarang ni bertambah-tambah pulak ke hansomen dia. Kau tak perasan ke? Then, tak nak ke kau nak usha Hadif? Bukan ke dulu korang tu senior-junior yang paling cool and match gitu, hahha.”

“Ek elehh minah depan aku ni. Bukan main lagi puji Hadif tu. Aiman tu kau nak letak mane? Tu cerita lama la. Lama sangat dah tu, entah-entah dia dah kahwin kot, dah ade bini, anak pulak dah 2 3 orang. Memang dah jadi keluarga bahagia. Hmm..pape je lah. Okey, now dah takde pape lagi kan? Pergi balik bilik kau sekarang, aku nak solat ni, lepastu nak tido nak rest, penat plus minus bahagi darab equal to mengantuk. Okey, bye..!!” Arah Ard kepada Yana sambil membuat gaya menguap.

“Alaa…aku baru je nak ce cite dengan kau. Hmm…takpe la, esok kan masih ade. Nanti aku kacau kau lagi. Bersiap sedia lah kau eh.hahaha… Okey, goodnight!”.

Yana berlalu keluar meninggalkan bilik Ard. Dalam pada itu, Ard terfikirkan apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu mengenai Hadif.

Ya, memang benar Hadif semakin kacak berbanding dulu. Wajahnya memang ada iras-iras seperti Nikhun dari kumpulan K-pop 2pm. Namun, dia dapat merasakan bahawa yang Hadif tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Malah, merasakan bahawa Hadif sudah pun mempunyai teman hidup sendiri. Sebagai petunjuk, Hadif tidak meminta nombor telefon Ard.

Secara logik akal, seseorang lelaki yang berminat terhadap seorang perempuan pastinya akan berbuat demikian, namun tidak bagi Hadif terhadap Ard. Dan disebabkan itu, Ard merasakan bahawa Hadif tidak pernah menaruh perasaan terhadapnya.

Perbualannya dengan Hadif dan Yana pada petang tadi di Kafe hospital mengingatkan Ard tentang sesuatu. Sesuatu peringatan Hadif kepada dirinya.

“Hmm…dah bertahun-tahun kita tak berjumpa kan? Alhamdulillah, dekat hospital ni jugak la kita berjumpa. Itu pun, kebetulan. So, Ard can you tell me what happen to your arm?”. Soal Hadif kepada Ard sambil menghulurkan minuman kepada Adriana.

“Ye lah kan, dah lama tak jumpa. Dah berjumpa ni pun, dengan keadaan Ard yang macam ni. Segan pulak Ard. Hmm…it’s long story Hadif, a lot of thing happens. Yang berbalut dekat tangan ni pun masih baru. Masa dekat site tadi, ade kayu yang jatuh dari atas bangunan but I didn’t realize that. Then, suddenly my partner noticed that and he run to save me. Unfortunately, I was fell down and so do him but a piece of wood was fall on his legs. Now, I feel so sorry for him and di sebabkan Ard, dia patah kaki kiri. Until now, Ard rasa bersalah sangat…”, cerita Ard kepada Hadif tentang insiden yang telah berlaku kepadanya.

“Owh, really? if I’m not mistaken, he was Syed Syaqir right? a son of Dato’ Iskandar, am I right?...”.

“Yup, Syaqir Dato’ Iskandar. But, how did you know him?”.

Baru je Syaqir nak menjawab persoalan Hadif, Yana yang baru sampai dari tandas telah datang untuk duduk di kerusi bersebelahan dengan Ard.

“Wahh, macam best je korang berborak Yana tengok dari jauh tadi. Macam serius semacam, macam bincang masalah negara je. Tapi, macam je lah…”, Yana yang baru sampai terus mencelah perbualan Ard dan Hadif. Dah lah banyak pulak ‘Macam’ Yana ni.

“Ahaha, borak kosong je Yana. So, Yana nak order air ape? order je, Hadif belanja both of you, since lama dah tak jumpa kan...”.

Yana dan Ard hanya tersenyum dan mengangguk dengan apa yang diperkatakan oleh Hadif.

“Hmm…Ard, actually Syaqir was my patient’s for now. That’s way I know him and I’ve heard that incident from his parents. By the way Ard, don’t worry too much. He’s in good conditions now and there’s nothing serious to him. I believe that he can get well soon.”

“Owh, really? Alhamdulillah, lega lah kalau macam tu…”.

“And you Ard, I don’t want you to being too much worries about him, he’s okey. Your nervous and clumsy a little bit tu, kena lah kawal sikit Ard. Sebab tu kan jadi macam ni?...”, tebak Hadif kepada Ard.

Uwarghh!! Akak! Hadif buat Ard malu la…dah berasap dah kot pipi Ard ni tahan malu. Hadif masih ingat lagi la perangai Ard yang suka nervous and clumsy ni. Desis Ard di hati.

“Aha. That’s right. Dari dulu until now perangai Ard masih macam tu tau Hadif. Kalut semacam, hahah macam Clumsy Smurf kan, Hadif?”, gurau Yana kepada Hadif.

Seraya mereka berdua gelakkan Ard. Ard hanya diam tersenyum tersipu malu.

Ish, diorang ni. Agak-agak la nak kenakan aku ni. Dah la tengah sakit ni. Dah la depan Hadif pulak tu. Tak pe Yana, tunggu kau dekat rumah nanti. Sabar je la. Hati Ard berbicara sesuatu bagi menangkan perasaan malunya.

Namun, pesanan Hadif itu ada benarnya dan akan menjadi ingatan buat Ard. Tersentak dengan itu, Adriana tersedar dari lamunannya dan dia bangun untuk mengambil wudhu’ bagi menunaikan solat Isya’.

***********

Yana memakirkan keretanya di kawasan parking di hospital tersebut. Sesekali dia melihat wajah Adriana yang gelisah semacam.

“Lorh, apesal kau ni? gelisah macam ulat bulu je aku tengok. Nak pergi jenguk Syaqir je pun, bukannye nak pergi dating dengan Hadif sampai kau kena buat muka macam tu…”, terang Yana kepada Ard setelah melihat muka sahabatnya itu nervous semacam.

“Kau ni kan, kalau tak usik aku tak sah. Tunggu lah kejap, aku nak redakan rasa nervous ni. Macam mana nanti kalau dato’ dan datin ade jugak? bertambah malu lah aku. Dah la, aku ni punca anak diorang jadi macam tu. Kau tak rasa diorang benci ke menyampah ke tengok aku ni Yana? Acaner ni Yana…”, tukas Ard.

“Ish…sampai ke situ kau fikir. Relax la, diorang okey punya. Tu kan memang dah takdir Syaqir selamatkan kau dan jatuh sampai dia patah kaki pulak tu. Tu bukan salah kau la, tu dah ketentuan. Diorang mesti faham punya. Dah la, kawal sikit nervous kau tu. Kalau dato’ aku sure dia okey je lagipun kau tau kan dato’ tu macam mana orangnya. Kalau datin, tu aku tak sure, sebab belum pernah jumpa lagi…hehehh”. Jelas Yana kepada Ard.

Sejurus selepas itu, mereka keluar dari kereta dan bergerak menuju ke wad Syaqir.

Dalam perjalanan mereka menuju ke wad Syaqir, Ard meminta diri untuk ke tandas sebentar.

“Babe, aku rasa aku nak pergi toilet kejap la. Ape kata, kau pergi dulu. Karang aku sampai la. Lagipun, Aiman kan ade. Ade lah teman kau nak berborak kejap kan. Sorry yerk, tak lama, kejap je…”, pinta Ard kepada Yana.

Sempat lagi Ard ni nak ke tandas. Yana hanya menuruti kata Ard dan dia terus menuju ke wad Syaqir.

Dalam perjalanan Ard hendak pergi ke tandas, seorang budak perempuan telah berlari di hadapannya. Malangnya budak perempuan tersebut telah terlanggar seorang wanita yang berusia agak dalam lingkungan 40-an di hadapannya. Lantas Ard segera mendapatkan mereka.

Ard membantu wanita tersebut untuk bangun.

“Sorry auntie, I’m so sorry. I’m not intention to make you fall.”, rayu budak perempuan yang baru sahaja terlanggar wanita tadi. Dari paras wajah budak perempuan itu, jelas dia merupakan pelancong dari Europe, mungkin…kerana wajahnya lebih ke arah Barat macam Katy Perry.

“It’s okey my dear, don’t worry. It’s not your fault, it just accidently. I’m okey my dear…”, jelas wanita itu kepada budak perempuan tersebut.

Baik nya hati budi auntie ni. Dah jatuh macam ni pun masih boleh cakap lemah lembut. Untung lah kalau dapat ibu macam ni. Kalaulah boleh jadi mak mertua ni, boleh jadi geng kot. Hehehh… Getus hati Ard.

“Thanks auntie, may god bless you.”.

“Your welcome my dear…”.

“Auntie, kita duduk dekat situ dulu ye…”, pinta Ard kepada wanita itu sambil memapahnya untuk duduk. Wanita itu hanya menurut.

“Thanks young lady for helping me. You’re so kind.”, ucap wanita itu kepada Ard.

Eh, auntie ni speaking pulak dengan aku. Tapi muka memang macam ada Pan Asia. Darah kacukan kot… desis hati Ard.

“It’s okey auntie, just a small matter.”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki datang dan menyapa wanita itu. Malah, turut duduk bersebelahan dengannya.

“Umi, what happens? Puas Aril cari umi. Daddy told me that you are going to ladies room just now. But now, you’re here with…”, ujar pemuda yang bernama Aril tersebut dan memandang Ard dengan sedikit persoalan di akhir perbualannya.

“I’m Adriana, can called me Ard.”, jawab Ard.

“Actually Aril, just now ade a little girl yang terlanggar umi then umi terjatuh. Luckily, Ard datang tolong umi…”. Ujar wanita tersebut sambil tersenyum memandang Ard.

“Owh, really? by the way, thanks Ard sebab tolong umi Aril.”

“Your welcome, lagipun hal kecil je. Kalau orang lain berada di tempat Ard pun, tentu diorang akan buat the same thing…”, hujah Ard. Wahh…sempat~

“Qisha mane? Dia tak ikut kamu ke?”, soal wanita itu kepada Aril.

“She’s here and already dekat wad dengan ayah and adik.”

Memandangkan anak beranak tu dah mula berborak tentang familly diorang, baik aku cau sekarang. Tak elok di buat orang pasang telinga dengar cerita family orang. Nanti, lama pulak diorang tunggu dekat wad tu. Desis hati Ard.

“Hmm…auntie, since Encik Aril ade temankan auntie, Ard rasa Ard kena gerak dulu. Lagipun, lebih selesa lagi kan auntie nak berbincang dengan Encik Aril ni. Ard nak kena pergi lawat kawan Ard, bimbang pulak nanti diorang tunggu Ard lama. May I?”, soal Ard kepada wanita tersebut.

“Owh, yeke? Sorry my dear. And thanks a lot sebab tolong auntie tadi. Kalau ada jodoh lagi, auntie nak lagi berborak dengan Ard. Terima kasih sekali lagi…”, ucap ikhlas wanita tersebut terhadap Ard begitu juga dengan Aril.

“Sama-sama. InsyaAllah, auntie. Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi, kita berborak panjang lagi ye. Saya minta maaf sebab kena minta diri dulu. Assalamualaikum…”, jelas Ard kepada wanita itu sambil menyalami tangannya.

Setelah itu Ard berlalu pergi meninggalkan wanita tersebut dengan anaknya. Dari pandangannya, wanita itu sangat baik dan peramah. Memang beruntung siapa yang mmenjadi anaknya.

Tiba-tiba HTC miliknya telah berbunyi menandakan untuk di angkat. Siapa lagi kalau bukan Yana yang menelefonnya. Di sebabkan dia pergi ke tandas dalam mengambil masa yang lama, Yana telah pun menelefonnya. Lantas Adriana menjawab panggilannya.



p/s tolong komen sikit o_O

Iftiya Zafyra
http://www.yoursite.com

2 comments:

  1. takde sambungan lagi ke..
    next n3 please.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks sgt2 sudi baca ;) sy dh update da next chapter, selamat membaca! ^_^ hope enjoy & sebarang komen amat sy hargai...

    ReplyDelete