HOME


Tuesday, 30 October 2012

Mana Simpang Cinta...? 10


Isnin atau dalam English ‘Monday’. Hmm... it takes four more days to weekends. Alah, isnin kan hari permulaan, banyak orang tak suka tapi tak termasuk aku. Bagi aku, biasa je hari ni dengan weekdays yang lain. Terlebih semangat pulak masuk office.

Sometimes ada yang kata hari isnin ni ‘Bad Monday’. Oh my~ tak perlu lah sampai macam tu sekali. Patutnya kita bersyukur sebab masih lagi bernyawa okey...

Hari ni aku rembat baju kurung warna turqouise dengan shawl warna kuning cair yang sepadan dengan corak bunga pada baju aku. Ikutkan hati, aku nak je rembat yang warna ungu. Tapi memandangkan hari ni ada meeting dengan lembaga pengarah dan client baru so, aku tak nak lah nampak macam kartun Barney nanti.

Tak pasal-pasal ada pulak yang nyanyi lagu ending Barney masa habis  meeting nanti. Mana aku nak letak muka karang.

Sampai-sampai je di office, mamat tu dah tersengih-sengih tengok aku. Mamat mane? Sape lagi kalau bukan Taufiq.  Nape ek? Shawl aku ni terbalik ke? Tak pun senget macam menara condong? Atau gincu aku ni terseret ke pipi? Eh, aku mana ada pakai gincu, lip balm je aku guna.

“Yes Encik Taufiq, anything wrong with me?...”, Soalku berani kepada Taufiq yang asyik tersengih je tengok aku. Dah tu, tangan sebelah nya memegang fail manakala sebelah lagi cekak pada pinggang. Ingat macho sangat ke buat gaya macam tu. Oh please~

“Oops...sorry,sorry... Nothing, but I just wanna say you look so pretty today. Very nice attire and it makes you looks very confident...”, jelas Taufiq kepadaku. Wow! Ni dah lebih-lebih dah puji ni.

Argh, kurang asam jawa jugak dia ni. Pagi-pagi dah buat aku blushing. Baik aku pakai purple je tadi, biar lah dia nak kata aku macam Barney ke, Blackcurrant ke ape segala purple ke aku tak kisah. Kasih spoil mood aku je.

“Whatever... I got to go now...’’, aku berlalu pergi meninggalkan Taufiq yang dok tercegat je berdiri dekat pintu office tu.

Handbag ku letakkan kemas pada rak yang berada di belakang kerusiku manakala laptop ku letakkan di penjuru mejaku. Ape lagi, lets start the feast! Eh, maksud aku, mula kan kerja macam biasa ler. Takkan lah nak sambut party dalam office ni pulak. Tak pasal-pasal orang kata aku ni meroyan, tak ke kes naya tu.

Kerja sesi pagi telah pun berjalan dengan beres yerk. Nasib baik dah pergi lunch tadi, kalau tak, payah aku nak pergi meeting lepas ni. Banyak persediaan nak kena buat. Tinggal setengah jam lagi untuk hadiri mesyuarat ni. Baik siapkan apa yang perlu dulu.

"Oh my, where did I put that file? Semalam ade dekat Yana ke atau aku dah bagi dekat Abang Aqief? Eii, tak leh jadi ni...", getus Adriana di dalam hati.

Terus punat telefon yang berada di mejanya di tekan dan mendail nombor Yana.

“Assalamualaikum Yana, aku nakkan kepastian ni. Kau ade pegang ke contract file tu semalam?...”,

“Waa’laikummussalam...contract file? Yang warna biru tu ke...?”,

“Ha’ah, warna biru. Aku tak jumpa lah fail tu...”,

“Aku tak pegang lah, kan kau yang  last settlekan dengan Dato’ Iskandar tu...”,

“Aku tak ingat lah. By the way, instinct aku ni kuat kata yang fail tu memang ade dengan aku. Tapi, bila cari, takde pun... Aku risau lah, dah lah tinggal setengah jam lagi nak meeting ni. Dato’ Iskandar pun ade jugak..”,

“Laa...ye ke. Hmm...kau kata fail tu macam ade dekat dengan kau but then bila kau cari kau tak jumpa. Aku suggest kau carilah dalam kereta. Mana lah tahu kau lupa nak bawak fail tu naik kan? Sebab tu kau rasa dekat tapi bila cari, takde... Eh macam chipsmore, kejap ade kejap takde...”,

“Marvellous, thanks Yana..!! it’s great idea! Aku lupa pulak nak cari dalam kereta eyh... wahh, tak sia-sia je kan aku call kau ni. Lega sikit hati aku ni. Heheh, aku tertinggal file tu dalam kereta kot...Okey lah, aku nak turun kejap amik fail tu. By the way, thanks a lot my friend!!...”,

“Ya Allah, Ard. Tak payah la sampai nak menjerit, aku ni belum pekak lagi lah. Dah la tu, pergi cari cepat. Tak sampai setengah jam lagi nak meeting ni. Last but not least, good luck my friend for looking that trouble file...”,

“Okey, bye Yana...!!”, terus aku meletakkan telefon menuju ke parking kereta. hmm... dengan harapan aku jumpa lah fail bertuah tu.

Tak sampai sepuluh minit aku telah berada di hadapan Suzuki Swift kesayanganku. Ape lagi, bertukar jadi CSI lah sebab nak geledah kereta tu. Ala, macam Eddie Cibrian dalam CSI Miami tu.

Tu one of my favourite cerita. Dulu cita-cita nak jadi ahli forensik tapi tak jadi sebab Kak Syira tak kasi. Sebab nya, nanti susah nak cari calon suami. Ye ke, ade ke macam tu? Merepek je kan?

Tapi, betul-betul pulak aku ikut kata Kak Syira. Ehehehe...

“Aha! Alhamdulillah. Dah jumpa pun kau trouble file. Walaupun kau sebesar A4 paper je tapi kau lah nyawa aku untuk terus bertahan di Emperial Shah Holding ni tau. Wahh...nikmat, nikmat, nikmat...”, omel Adriana di sisi keretanya.

“Owkey, sekarang ni kau ikut aku balik office k. Sebab banyak orang rindu dekat kau ni. Maklumlah, kau ni nilai nya berjuta-juta. Kalau hilang, 50 tahun pun aku kerja, tetap tak mampu nak ganti jumlah kau. Tak gitu?...”, ujar Adriana pada fail yang sekarang ini terletak pada tangannya dan menggerakkan hujung fail tersebut sebagai tanda faham fail itu mengikut katanya.

Dengan keadaan Adriana yang berseorangan di basement dan bercakap seorang diri dengan fail pulak tu, memang tak ubah macam orang sewel.

Kalau lah Pak Guard yang jaga CCTV dengan bangunan tu, terserempak dengan Adriana depan-depan tak ke ngeri tu. Terserempak dengan manusia aneh yang pernah bercakap sorang-sorang dengan fail. Kalau bercakap depan cermin, tu perkara biasa lah bagi perempuan, kan?Ehehehe...

“Ya Allah, tinggal 15 minit lagi nak meeting. Macam mana lah aku boleh leka dekat sini. Nak kena transform jadi macam Flashman dalam cite Justice League tu nampaknya. Tapi, kali ni versi turqouise dan bukan merah. Ehehehe...lari, lari, lari!!, omel Ard pada dirinya sendiri.

Setelah itu, dia tergesa-gesa menuju ke pejabat dengan langkah yang beribu-ribu langkah. Dalam keadaannya yang terburu-buru, Ard telah terlanggar seseorang.

Puncanya? Sebab dia letak mata dekat lutut lah, tu lah pasal sampai terlanggar.

“Oops...sor...sor...sorry encik...”, lantas Ard melafazkan maaf pada orang yang telah dilanggarnya.

“Awak...!”, serentak Ard dan Syaqir berkata sambil berpandangan antara satu sama lain. Sedikit riak terkejut pada wajah mereka berdua.

“Eh, dia ni. Syaqir lah...”, getus Ard dalam hati.

“Sorry, Syaqir... Saya tak nampak, lagipun saya tergesa-gesa ni. Maaf...”, ujar Ard kepada Syaqir sambl memperkemaskan baju dan fail di tangannya.

“Eh, takpe. It’s okey. Salah saya jugak tak nampak awak. Awak pergi lah dulu, nampak macam ade hal yang urgent je...”, dalih Syaqir kepada Ard.

“Ha’ah, okey...sorry, saya pergi dulu. Assalamualaikum...”, setelah mengungkapkan kata-kata itu Adriana lantas menuju ke pejabatnya.

Waa’laikummussalam, jawab Syaqir di dalam hati.

“Eh, tu bukan Ard ke babe...?”, soal Aiman kepada Syaqir yang baru sahaja sampai di ruang hadapan pintu utama Emperial Shah Holding.

“Yup, that’s Adriana kawan kau. Dia terlanggar aku tadi masa dia lalu kat sini...”, terang Syaqir kepada Aiman.

“Oowh, ye ke. Hmm...baguslah macam tu...”, Aiman melemparkan senyumannya yang agak curious untuk dirungkaikan.

“Eh, apa yang bagus? Sengihan kau tu lain macam je aku tengok...”,

“Takde pape. Cuma, punya lah besar bangunan ni, kau jugak yang dia langgar kan? Aku cuma harap kau akan dapat jodoh secepat yang mungkin. Lagi cepat dari aku lagi lah bagus. Adriana tu orangnnya masih single, baik, bijak, pandai plus cantik puak tu. Tak berkenan ke wahai Syed Syaqir al-Fatha??”,

“Aii cik abang sorang ni, nak kena penangan hikmat dari cik adik Yana ke? Bukan main lagi puji Adriana nampak...”,

“Aku puji dia bagi pihak kau lah babe. Biar mata dan hati kau terbukak luas nak pergi cari isteri. Kau ni, usik sikit pun tak boleh ke? Aku suggest kau usha lah Ard tu, mane lah tahu kot-kot dia pun sangkut jugak kat kau ke...”,

“Dah, dah, dah... merepek je kau ni. Jom lah naik, nanti lambat pulak. Naib baik kau dengan aku, kalau dengan ayah aku tadi entah tak tahu lah ape nak jadi. Tapi ayah aku tu baik...”,

“Hmm...tu aku setuju. Ayah kau memang baik dan disebabkan dia sangat baik, kalau lah Pak Long yang terlanggar dengan Ard tadi, aku sure dia akan pinangkan Ard untuk anak teruna dia yang belum reti-reti nak kawen-kawen lagi ni. And that’s you Syed Syaqir al-Fatha...”, ulas Aiman kepada Syaqir sambil tangannya menepuk lembut belakang Syaqir.

“Kau ni memang tak boleh di layan sikit, dah jom gerak”, arah Syaqir.

Ape lah Aiman ni, macam nak sangaatt jodohkan aku dengan kawan dia tu , Adriana. Aku lebih sayang kan Maria la weii...

Di dalam bilik mesyuarat Adriana hanya diam dan mendengar kertas kerja yang disampaikan oleh Taufiq selaku ketua projek bagi Emperial Shah Holding. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Syaqir di dalam meeting yang diadakan.

Apa yang dia tahu adalah Dato’ Iskandar dan Syed Aisy Aiman yang akan hadir pada mesyuarat itu sebagai wakil daripada Xavier holding. Tapi yang hadir adalah Aiman dan juga Syaqir.

Rupa-rupanya Syaqir adalah anak kepada Dato’ Iskandar iaitu Syed Syaqir al-Fatha Syed Iskandar, Pemilik kepada Xavier Holding. Kedatangannya pada mesyuarat hari ini adalah menggantikan ayahnya yang tidak dapat hadir pada mesyuarat ini di atas urusan kerja yang lain. Patutlah aku terserempak dengan dia tadi.

Aha! Same goes on that day! Aku pernah ternampak dia dekat bangunan ni haritu. Masa aku mula-mula masuk bekerja dekat sini. Patut lah pernah nampak. Company diorang ada link dengan company Abang Aqief rupanya.

Selesai sudah mesyuarat dan secara rasminya Emperial Shah Holding telah mengikat satu contract dengan Xavier Holding.

“Tak sangka pulak aku yang anak Dato’ tu yang gantikan dia hari ni. Aiman tak cakap pun...”, bisik Yana kepadaku. Aku hanya mengjengket bahu mendengar kata-kata Yana.

Sewaktu itu, mesyuarat telah selesai dan semua orang tengah sibuk untuk beredar tapi tidak bagi Abang Aqief, Taufiq, Aiman dan jugak Syaqir. mereka berempat masih lagi berborak.

“Aiman lupe lah tu nak bagitau dekat kau. So, mesti kau tengah hepi sekarang ni kan? Cik abang pengarang jantung di depan mata lah katakan...”, sengaja aku mengusik Yana memandangan Aiman berada di ESH ni.

“Hish, kau ni kan. Walau ape pun, kena behave jugak. boss tengok nanti, boleh kena potong gaji. Taknak lah aku...”,

“Haha tau takpe. Jom keluar.” Ajakku kepada Yana untuk beredar dari bilik mesyuarat tersebut.

Sebaik sahaja Aiman melihat aku dan Yana hendak keluar dari bilik itu, dia dan Syaqir segera meminta diri dengan Abang Aqief dan Taufiq.

“Tengku, nampaknya saya dengan Syaq nak minta diri dulu lah. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam projek ni...”, pinta Aiman kepada Abang Aqief.

“Baiklah Aiman, maklumlah bunganya ade dekat sini kan? tak sabar nak jumpa lah tu. Saya pun nak ucap terima kasih jugak dekat Aiman dan Syaqir sebab sudi bekerjasama dengan kami. Nanti, sampaikan salam saya kepada Dato’ ye...”, ujar Abang Aqief kepada Aiman dan Syaqir.

“Baiklah Tengku, saya akan sampaikan. Orang sebelah ni je yang macam dah tak sabar nak jumpa bunga dia tu...”, terang Syaqir kepada Abang Aqief sambil mengenakan Aiman yang berada di sebelahnya.

Setelah selesai bersalam Aiman dan Syaqir mula turun ke bawah ke tempat receptionist. Di situ, mereka menunggu Yana untuk berjumpa dengan Aiman.

“Ard, teman aku turun bawah jumpa Aiman jap. Tolong lah...”, rayu Yana kepadaku sebelum aku sempat masuk kebilik pejabatku.

“Alah, nak dating pun perlu ajak aku jugak ke? Aneh, pelik...”,

“Jom lah, temankan aku kejap...jom lah...”, rayu Yana memujukku.

“Kau belanja aku dinner malam ni, boleh?...”, umpan ku terhadap Yana.

“Yela yela, aku belanja kau nanti...”,

Berjaya je proses pujuk memujuk Yana dengan aku, kami terus turun ke bawah untuk berjumpa dengan Aiman. Dari jauh aku sudah melihat kelibat Aiman dan Syaqir yang telah duduk di sofa yang telah di sediakan di bahagian penyambut tetamu itu.

Aiman segera bangun manakala Syaqir masih leka menekan-nekan Androidnya. Setelah beberapa ketika barulah Syaqir bangun dan menghala ke arah kami bertiga.

“Alamak, ade orang ade jodoh lah pulak dekat sini selain saya dengan awak Yana...”, ujar Aiman sebaik sahaja Syaqir datang mendekati kami.

Apa yang Aiman cuba nak cakap ni. Tak kesampaianlah apa point dia.

“Oowh...Yana faham. Maksud Aiman, Ard dengan Syaqir ade jodoh lah kan, betol tak? Tengok, warna baju pun sama turqouise...hehehhe...”, terang Yana dengan jelas.

Ha’ah lah, baru aku perasan. Baju aku dengan Syaqir sama warnalah. Masa mesyuarat tadi takde lah perasan sangat sebab masa meeting Syaqir pakai coat suit. Sekarang ni dia dah buka coat so, nampak lah warna kameja Syaqir.

“Tengok tu, muka Ard dah blushing...ahahhaa...” usik Aiman kepadaku. Aiman ni memang tak sah kalau tak usik aku, dari zaman universiti lagi.

“Weyh, diam lah. Mane ade aku blushing, suka suki je eyh... Yana, aku naik atas dulu lah, banyak kerja nak buat...”, dalihku pada Yana.

“Ard, kejap lah, tunggu kejap k. Tak payah ambil hati dengan Aiman tu. Macam kau tak tahu perangai dia yang suka mengusik kau tu...hehehe...”, pujuk Yana.

“Hmm...aku tunggu kau dekat kereta je lah Man...”, kali ni Syaqir pula bersuara dengan Aiman.

“Aha, ni lagi sorang. Sabar kejap babe. Dah nak habis dah pun conversation ni. Yana, Ard kiteorang balik dulu lah. Fikirlah nanti pasal ape yang kite bincang kejap tadi tentang hujung minggu ni...”, ujar Aiman.

“Ha’ah...InsyaAllah, nanti kiteorang dua bagitahu lah macam mane nanti k.”, jawab Yana

“Kiteorang gerak dulu. Assalamualaikum...”, ucap Aiman sebelum beredar.

“Waa’laikummussalam...”, seraya aku dan Yana menjawab.

Syaqir hanya tersenyum dan kemudiannya dia dan Aiman bergerak keluar menuju ke arah kereta mereka.

Melepaslah aku nak main dengan Aqiel hujung minggu ni kalau si Yana ni berjaya pujuk aku. Tapi best jugak pergi jalan-jalan. Lagipun, Legoland tu kan tempat baru and baru siap pulak tu.

Aha! Ape kata aku ajak Kak Syira dengan Abang Aqief sekali then bawa baby Aqiel sekali. Kan best tu. Nanti lah aku bagitahu. Harap-harap jadi...



p/s tolong komen sikit o_O

*maaflah kalau yang highlight putih tu mengganggu pembacaan korang. Iftiya pun dah cuba macam2 nak hilangkan, tapi tak jugak dpt2...xpe, yg penting dapat bace kan?




1 comment: